"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, January 31, 2011

CAHAYA


CAHAYA

Dicelah-celah kegelapan tersinar cahaya
Disebalik luka-duka pasti lahir penawarnya
Yang gelap-gelita pasti  terang akhirnya
Tiada lagi pedih-peri yang akan dirasainya

Jangan mencari cahaya di tempat terang
Kerana tempat dibanjiri cahaya tidak lagi dihargai nikmatnya
Lihatlah cahaya diwajah-wajah muram yang merenungi jauh-jauh keawan biru
Akan nampak senyuman yang nyaman terserelah di situ.

Sunday, January 30, 2011

"KAWAN KU - LAWAN KU"



Betapa Allah menguji setiap manusia yang beriman.

Pergolakan politik dan pergolakan  sosial di negara Islam di Timur Tengah sekarang membawa berbagai persoalan untuk difikirkan, termasuk oleh kita negara Islam di Timur Jauh. Pergolakan di Tunisia dikatakan meyemarakan semangat untuk menunjuk perasaan di Mesir pula. Dikhabarkan secara ringkas bahawa di Algeria ada juga kekecohan berlaku. Di Lebenon krisis politik pun belum dapat diselesaikan secara muktamad. Tunjuk perasaan menyokong pemimpin pilihan masing-masing puak pun berlaku jua. Demikian juga di Yamen. Di Yamen pun berlaku juga ketidaksetabilan negara. Saya merasakan kesemuanya ini adalah kejadian-kejadian dalam masyarakat yang rakyatnya  mahu mengatakan rasa tidak puas hati yang terpendam selama bepuluh tahun. Kita semua, pemerintah negara dan rakyat, harus berfikiran rasional untuk mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Rakyat hari ini sudah celik mata, sudah tahu apa yang baik  dan apa yang buruk. Mereka sudah tahu apa itu hak asasi manusia da mereka sudah tahu apa itu demokrasi, (walaupun dalam Islam tidak semua prinsipnya boleh diterima). Manusia bukan UNTA, yang keperluannya amat sedikit dari dahulu hingga sekarang. Tetapi Unta pun tetap ada haknya. Dan Unta tahu bagaimana menunjukkannya. Mithalnya dia tidak akan bankit berdiri jika muatannya terlalu berat. Maha suci  Allah dari segala kekurangan dan kelemahan.

Pergolakan yang saya sebut tadi belum mengambil kira pergolakan di bumi barakah, Palestine. Lebih 60 tahun Palestine menderita dibawah pemerintahan Yahudi. Mereka seolaha-olah duduk dalam penjara terbesar di dunia. Semuanya di kuasai oleh Yahudi, api, air segalanya. Mereka sentiasa diasak dengan pengeboman dan berbagai lagi kezaliman yang sudah tidak dapat lagi diceritakan oleh akal yang waras.

Sekarang ini timbul pula cerita-cerita yang mengemparkan mengenai Krisis di sana. Al Jazeera mengejutkan dunia denaga pendedahan rahsia mengenai 'perundingan damai'  antara Palastine Authority dan pihak Penjajah Yahudi. "THE PALESTINE PAPERS" menggemparkan orang Islam di mana jua mereka berada. Secara ringkasnya apa yang telah dilakukan oleh Palestine Authority ialah mengkhianiti rakyatnya sendiri dengan memberi berbagai konsissi yang tidak munasabah dan tidak sepatutnya dibuat semata-mata untuk menubuhkan negara Palestine merdeka. (Kita boleh baca seterus dalam Transparency.aljazeera.net dan berbagailagi).

Tetapi dua hari kebelakangan ini media massa utama di dunia (yang saya ikuti CNN, BBC dan AL JAZEERA) disibukan dengan kisah di Egypt. Sejarah sedang dicatat dengan berbagai perubahan yang dituntut rakyatnya. Tetapi mereka belum puas hati sehinggalah  President MUBARAK meletak jawatan dan keluar dari Egypt. Perlantika Vice President Soliman pun tidak memberi kesan. Setakat ini mereka makin marah.

Saya hanya pemerhati yang bersimpati dengan rakyat Egypt. Saya bersimpati dengan siapa jua yang memuntut keadilan dari pemerintah yang zalim, tidak kira dia Arab atau bukan Arab. Telah lama rakyat di dunia ini yang bersimpati dengan rakyat Palestine dan rasa amat marah  dengan Mubarak kerana ia amat tidak memberi sokongan pada Palestine. Peristiwa-peristiwa di Rafa jelas membuktikan bahawa tidak ada simpati dari Mubarak. Dengan sebab itu saya sendiri pun merasakan seperti Mubarak ini bersubahat dengan pihak Israel. Dengan tersebarnya maklumat dalam "Palestine Papers" saya amat yakin banyak yang tidak kena dengan Mubarak ini. (Saya tidak membuat kajian sendiri maka perasaan saya hanya berdasarkan apa yang saya baca dan dengar).

Saya berdoa pada Allah swt semoga Allah mengasihani mereka yang dizalimi dan menolong mereka yang benar dan beriman dan mereka yang berjuang di jalan Allah. Semoga yang zalim (di mana jua, rakyat atau pemimpin)  meyedari bahawa keadilan dari Allah itu tidak tunggu Hari Qiamat. Di dunia Allah sudah tunjuk akibatnya. Semoga saya tergolong bersama-sama mereka yang insaf, beriman dan bertaqwa dan berbuat sesuatu semata-mata kerana Allah. Semoga Allah menurunkan pertolongan pada semua hambanya yang dikasihi dan apa jua bentuk perjuangan yang dilakukan untuk menegakakan kebenaran Allah memberkati dan meredhai. Semoga Allah meyakinkan pada diri-diri kita Siapa Kawan dan Siapa Lawan. Ameen.

Thursday, January 27, 2011

"RACE TO THE TOP"


Selama lebih lebih kurang sejam semalam saya menonton TV Aljazeera mengenai program "State Of The Union" Kongrss Amerika Syarikat. Saya memang suka mendengar pidatu personaliti orang-orang seperti Barak Obama untuk memahami serba sedikit cara pemikiran mereka. Saya tertarik khusus pada topik yang menyentuh dasar pendidikan negara Amarika. 

"Race To The Top" adalah inti pati dasar mereka. Kongress Amerika digesa supaya menentukan agar peruntukan belanjawan bagi sektor pendidikan diberi perhatian yang sewajarnya. Dasar cukai negara juga seharusnya selaras dengan  hakikat ini supaya sektor pengajian tinggi akan membolehkan mereka merancang pengambilam pelajar yang berkempampuan dari segi kewangan, dan juga membolehkan golongan kurang mampu berbuat demikian. Dari segi quantiti inilah antara objektif mereka. 

Dari segi quality pula kongress digesa untuk mempastikan agar peruntukan yang mencukupi untuk mempastika setiap sekolah dan college dan university menjalankan program bukan sahaja untuk menghasilkan straight A's tetapi sama pentingnya ialah proses pendidikan juga harus mampu membina individu yang bersikap analatikal dan juga kreatif. Selain itu kongress juga didesa supaya menyedari hakikat bahawa Amerika tidak akan dapat menerajui kepimpinan dunia seandainya sistem pendidikan tidak menggalakan individu untuk berminat mengerjakan penyelidikan. Dasar ini akan mengambil kira semua bidang dan penekanan diberi pada matematik, sains, engeeneering dan selainnya yang relevan untuk pembanunan ekonomi negara. Untuk di takuti dan digeruni dan di ikuti dan ditaati, mereka mesti pintar dan kaya.



Dalam mendengar huujah-hujah ini pemikiran saya terpaku pada dasar pendidikan negara Malaysia kita yang tercinta ini. Saya tidak meragui bahawa pentadbiran negara  kita mempunyai visi dan misi yang serupa. Tetapi yang saya ingin persoalkan ialah setakat mana kita mempunya 'political will ' untuk memastikan ini benar-benar terlaksana.  Jika kita ukur kekayan negara yang ada pada masa ini, seharusnya kita tidak perlu bimbang tentang kemampuan negara untuk mencapainya. Tetapi pada ketika ini saya perhatikan ini tidak berlaku. Semasa saya bekerja di Kementerian pendidikan dahulu, hal ini  juga boleh dipersoalkan. Tetapi masyarakat Malayisa duduk di zon selesa maka kuranglah persoalan yang di ketengahkan untuk mendapat jawapan yang sewajarnya dari pihak pentadbiran negara. 

Persoalannya adalah seperti: Adakah aktiviti penyelidikan diperingkat pengajian tinggi benar-benar diberi perhatian? Ataukah ia setakat melepas batuk ditangga.Peruntukan untuk membangunkan sistem delivery yang berkesan adakah mencukupi. Adakah kita berpuas hati dengan program latihan dan pendidikan guru. Mereka ini amat penting dalam proses "Race to the top". Guru seharusnya pintar dan kreatif, barulah mereka boleh mendidik pelajar untuk pintar dan kreatif  juga. 


Kita selalu diberi alasan mengapa pendapatan negara berkurangan dan kita selalu diberi alasan bahawa ini desebabkan faktor ekonomi dan kewangan dunia yang mengakibatkan  ekonomi Malaysia terjejas  sama dan  sebab itu mengalami kemelesetan. Sungguhpun ada kebenaran sedikit sebanyak mengenai fakta ini tetapi adakah ia bebar-beanr sabab musabab Malaysia kurang peruntukan. Kita selalu berbangga dengan kekayan hasil bumi, petrol dan minyak sawit dan berbagai lagi. Saya pun terfikir-fikir kemana perginya kekayan kita itu. Negara kita tidak pernah mengalami tsunami, kebakaran besar, banjir luar biasa, tanah runtuh dan berbagai malapetaka yang dialami negara asing. Tetapi mengapa kita sentiasa tidak mempunyai  kewangan yang mencukupi. Adakah fakata KETERESAN atau Kebocoran  berlaku dalam tabung kewangan negara yang rakyat tidak mengetahui dan sebab itu  rakyat masih taat dan akur dengan pujuk rayu pihak pentadbiran, atau adakah fakta lain yang boleh diterima akal. Sebagai rakyat biasa saya ingin mendapat  kefahaman hal yang sebenarnya.


"Race To The Top" ala President Obama sebenar hanya memenuhi sebahagian Visi dan misi kita. Ini adalah kerana Obama tidak bercerita mengenai pendidikan moral dan spiritual. Jadi kita di Malaysia janganlah terikut-ikut visi dan misi mereka sepenuhnya. Pentadbiran di Malaysia pun menyedari hakikat ini tetapi kurang serious melaksanakannya. Seringkali saya memperkatakan bahawa sikap di Malaysia mengenai hal ini adalah  seperti melepas batuk ditangga juga.




"Race To The Top" memang sewajarnya menjadi dasar kita. Tetapi ia harus selaras dengan apa yang dituntut oleh AlQuran dan Hadith. Kita tidak boleh pintar dan kaya membabi buta. Elemen Taqwa pada Allah maha Pencipta mesti ada. Allah menjajikan bahawa orang yang beriman akan menerajui kepimpinan dunia tetapi dengan syarat-syarat tertentu yang mesti dipatuhi.  Lihat Surah An Nur Ayat 55. Ia bermaksud:
"Allah telah menjadikan kepada orang-orang diantara kamu yang beriman dan yang mengerjakan yang baik-baik bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di Bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah diredhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembah Ku dengan tidak mempersekutukan Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa (tetap) kafirsetelah (janji) itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik."
Oleh itu kita jangan khuatir. Tetapi kita harus berikhtiar dan bertawakal. Berpegang teguh pada tali Allah. Semoga Allah menurunkan pertolonannya dan InsyaAllah Malaysia akan menerajui kepimpinan dunia bersama-sama mereka di negara-negara lain yang beriman jitu dan mengabdikan diri hanya pada Allah.
Semoga Allah meredhai.

Sunday, January 23, 2011

DUNIA INI BUKAN TEMPAT BEREHAT



Menjelangnya malam, sering saya berbicara santai dengan suami saya mengenai anak-anak muda sekarang termasuk anak-anak sendiri dan anak beranak adik-adik yang lain, jauh dan dekat. Entah mengapa saya tidak begitu puas hati dengan cara anak-anak muda sekarang mengendali masa seharian. Saya perhatikan amat kurang sikap untuk menghabiskan tugas yang ada di hadapan mata dan tugas harian sebelum berehat. Dengan lain perkataan, saya rasa amat tidak sempurna jika kita tidak memaksa diri untuk menghabiskan kerja (apa jua) sebelum membuat keputusan untuk berehat atau untuk terus tidur dan meninggalkan kerja untuk keesukan harinya. Pepatah Inggeris mengatakan "a stich in time saves nine" yang bererti kalau kita besegera menyelesai sesuatu masaalah pada ketika masaalah itu timbul, maka kita dapat mengelak kerugian yang akan timbul jika kita mengguhkan penyelesaiannya hingga ke hari esuk.

Saya akui kerja harian sememangnya banyak, termasuk pula kerja pejabat yang kadang kala terpaksa dibawa balik  ke rumah dan juga kerja mengurus anak-anak dan mengurus rumah tangga. Ini belum lagi termasuk kerja-kerja kemasyarakatan yang harus juga diberi perhatian atas prinsip bahawa hidup kita ini semestinya mengambil kira kepentingan sendri dan juga kepentingan orang lain. (hablumminallah dan hablumminannas). Jadi saya selalu menasihatkan anak-anak muda terutamanya anak-anak sendiri, supaya jangan banyak bersantai dan banyak tidur. DUNIA INI BUKAN  TEMPAT BEREHAT. Kita berehat nanti di Alam Barzah dan di Akhirat. Semoga Allah menjemput kita ke syurga tanpa hisab. Dunia ini adalah tempat pengabdian pada yang maha Pencipta dan pengabdian itu  wujud  dalam berbagai bentuk. Maka kita harus menyibukan diri secara optima.

Beribadah dan berubudiah adalah dua perilaku yang seharusnya serangkai. Dengan lain perkataan kita beribadah yang ritual dan kita membuat kerja-kerja yang lain semuanya dengan menyedari bahawa itu juga adalah sebahagian dari pengabdian jika tujuan kita adalah untuk sentiasa mengingati Allah dan mencari keredhaannya. Maka sehubungan dengan ini saya selalu mengingatkan diri  sendiri dan semua yang disekeliling saya supaya jangan sibuk bersantai dan membesarkan tidur dan membanyakan tidur  seolah-olah ia suatu yang mesti dilakukan. Lihatlah Rasulullah saw. Bila masa Rasulullah saw tidur kalau ia solat malam hingga bengkak kaki-kaki.

Rasa penat sebenarnya duduk di Minda kita. Kalau kita kata kita penat, maka penatlah kita. Siapa kata kita mesti tidur 5 atau 6 jam untuk menjamin kesihatan diri? Kalau ada pun yang berkata demikian, ini suatu yang boleh dipertikai. Lihat sahaja pejuang-pejuang Islam. Adakah masa bagi mereka untuk tidur dan tidur-tiduran dan bersantai. Berehatlah dan tidurlah sekadar yang perlu bukan mengikut yang kita mahu. Jangan sampai kita mengabaikan tugasan yang perlu disegerakan. Masa tidak menuggu kita hinggalah Allah swt bersumpah demi masa dalam alQuran surah 103 Al Asr,  ayat 1-3.

Sememangnya saya rasa "bengkek" kalau saya lihat siapa jua banyak tidur. Konon katanya hari tak kerja, maka bolehlah tidur lebih. Warisan siapa yang mengatakan demikian? Saya adalah keturunan Jawa. Bapak saya kaum pendatang lebih 100 tahun yang lalu. Saya dididik kerja kuat dan tidak membesarkan makan dan tidak membesarkan tidur. Hidup ini ada tujuan besar walau pun ketika itu saya tidak memahami kesemuanya falsafah hidup bapak dan emak saya. Cuma kami harus kerja dan kerja kerana kejayaan itu adalah suatu yang di tuntut.  Allahyarham bapak saya adalah seorang santri dari tanah Jawa dan di sini , disamping mencari sesuap nasi dan bumbung atap untuk tidur, ia mengajarkan agama pada kawan-kawan sekampung. Maka saya adik beradik tidak mengenal hidup bersantai dan tidur-tiduran. (It was hard work all through). Maka saya amat serabut kalau saya lihat siapa jua kuat tidur hingga mengabaikan kewajipan, terutamanya masa untuk bermesra dan tunjuk ajar pada anak-anak. Melentur buluh hendaklah dari  rebungnya. Itu pesanan orang-orang tua kita. Dalam Islam kita di tuntut melatih anak bersolat dan berpuasa sebelum umur tujuh tahun. Bila sudah tujuh tahun ia sudah mahir dan sudah menjadi sebahagian perilakunya seharian. Maka barulah kita boleh merotannya pada umur 10 tahun kalau dia enggan solat dan berpuasa.

WaAllahu'alam. Inilah pendirian saya. Semoga Allah mengampuni kekurangan dan kelemahan saya. Semoga Allah mengurnia kesabaran dalam menjalani hidup bersama. Semoga keyakinan saya ini saya tepati sendiri  hingga ke akhir hayat. Dunia ini buka tempat berehat. Semoga anak-anak muda pewaris kita dapat memikirkan apa yang saya kata dan lihat kebenaran fakta mengenai tidur. Semoga Allah sentiasa menunjukan jalan yang lurus dan semoga Allah meredhai.

Wednesday, January 19, 2011

PELANCUNG KAMPUNGAN


 Sajian Ubi Kayu dan Keledek Rebus

Alhamdulilah. Allah masih kurnia nikmat bermusafir. Hujung minggu lepas saya diajak anak-anak pergi ke Port Dickson. Demi kesejahteraan anak cucu, saya ikut sama walaupun saya terpaksa melepaskan beberapa aktiviti sosial dan NGO yang telah diatur. Ada kalanya anak cucu kena diberi keutamaan.  Resort Apartment  tempat  kami tinggal dekat dengan pantai dan ada kolam renang. Biasalah ... kerana Port Dickson adalah tempat pelancung. Oleh kerana "mood" saya bukan mood bercuti, maka saya mudah tersentuh hati dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Lihatlahlah gambar di atas. Ia adalah sebahagian hidangan buffet sarapan pagi. Kelihatan roti dan ubi keledek. Rupa-rupanya yang roti itu hanyalah untuk hiasan. Saya tanya pelayan di situ kenapa roti cuma untuk hiasan. Ia tersenyum. "Sebenarnya roti ini boleh makan kan?" Saya bertanya selamba. "Boleh," katanya. "Tetapi kena panaskan dulu." "Oh, kalau gitu panaskan lah sikit untuk saya roti yang nampak sedap tu." Pelayan itu tidak berkata apa, cuma senyum lebar dan terus beredar. Saya sebenarnya cuma mengacah budaya Resort melayan pelancung. Saya kata pada anak saya, " Mak rasa macam pelancung kampungan. Cuma layak makan Ubi kayu dan keledek rebus sahaja. Roti sedap cuma untuk hiasan. Kenapa agaknya ye?". Lantas saya terkenang semasa hidup susah dahulu kerana keluarga saya adalah keluarga pendatang. Saya membesar dengan ubi, keladi keledek. Jarang sekali makan nasi. Tiba-tiba saya rasa hiba di hati. Saya bayangkan orang-orang yang tidak ada kemampuan makan yang sedap-sedap. 

Tetapi dicelah-celah rasa hiba, rasa juga nostalgia kampungan. Allah maha adil pada hambanya. Nikmat makan bukan terletak pada jenis makan dan tempat hidangan makanan. Nimat makan terletak pada kurnia Allah semata-mata. Nasi bungkus yang kita makan di gerai-gerai, Allah boleh bagi nikmat sama dengan yang makan mewah di Restoran-restoran ternama. MasyaAllah. Inilah keadilan Allah pada hambanya. Nikmat makan adalah hak mutlak kurnia dariNya. Alhamdulilah, Allah beri peringatan pada saya. Lalu saya senyum pada anak-anak saya yang bertanya kenapa saya termenung di hadapan makanan. Saya cerita sebabnya dalam perjalanan pulang keesukan harinya. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati usaha saya mengeratkan kasih sayang keluarga.


Tuesday, January 18, 2011

DESTINASI



Berbagai rupa liku perjalanan
Namun destinasi hanya satu yang pasti
 Tiada pilihan wahai diri dan wahai teman
Bertemu pengadilan Allah itu suatu yang tidak boleh diragui

Hanya Iman dan amal  yang boleh menjadi pembela
Boleh membuka cerita dan bicara
Yang akan didengari oleh Rabbuljalil yang maha Esa,
Jangan kita silap perhitungan
Tiada belas kasihan walaupun kita  bangsawan berkedudukan


Ayuh diri dan teman semua
Jangan asyik bersantai berhibur seperti dunia ini kita yang punya
Mengikut jejak ketua yang tidak tahu erti hidup sebagai hamba
Yang tidak akan membela kita di hadapan yang maha Pencipta

Kita pohon maghfirah dari yang maha Pengasih maha Pemurah
Semoga diberi peluang menilai semula perjalanan
dan mengenal di mana lembah di mana lurah.
Semoga nanti....
Bila sampai ke destinasi, kita rasa aman damai sejahtera abadi.

Monday, January 17, 2011

HATI


HATI
Ke mana hati ini hendak ku bawa
Pada siapa duka lara  hendak ku cerita
Suami ada, anak pun ada....
Saudara ada, teman-teman pun ada...
Tapi hati ku sunyi ibarat di sekeliling ku semuanya tiada
 Ibarat  tiada  senyuman, tiada gurauan menyentuh hati ku seperti sekian lama.

Uzur ku mungkin membebani,  tiada insan yang ku rasa memahami
Tetapi mungkin perasaan ini hanya mainan minda yang lesu, khuatir diri
Seharian ku terus  cuba  renungi hidup ku  ini
Pastinya banyak salah dan silap yang ku redah
tanpa ku sedari akan akibah.


Tubuh ku lesu tiada maya untuk merasa dan berkata
Tiada upaya untuk berbuat kebaikan semoga tertutup kemungkaran 
Aku insaf...
Namun usia ku mustahil dapat ku ubah.
Ke mana  hati ini kan ku bawa.

Tidak putus ku pohon doa semoga aku di kasihani
Semoga tiada syaitan yang berani membisik fitnah menghasut hati
Mengelincirkan pendirian meyakini  pengertian kewujudan Ilahi.
Semoga kederat  yang tinggal  sedikit ini
Dapat ku munafaatkan untuk bekalan ku menghadap Nya yang maha Tinggi.
Semoga sejahtera dalam dakapan kasih sayangNya yang abadi.

ooooooooooooooooooooooooo

Wednesday, January 12, 2011

WHEN FRIENDS ARE LIKE FAMILY

Meeting up with friends from the Situwangi Boarding School in Garut yesterday afternoon  (Saturday) was indeed a joyous moment. Alhamdulilah. A dear friend invited me and hubby to a wedding reception of her nephew in Shah Alam, some 10 kilometers away from Petaling Jaya. The weather was just beautiful and the atmosphere was just exhilarating. We met up with friends from Jakarta and Bandung and Garut.  Who would have thought that  I would meet them all in one place. We thanked the host who has brought joy and excitement all round.

Everyone that matters to me seemed engrossed in connecting with each other. In all the excitement though, I managed to squeezed a minute or two to ask about the school project in Garut which I am part  of the team although my contribution was a meager piece of advise every now and then. Education (especially educating children)  has been my love and passion. But since my retirement from the public service my involvement has been  restricted mainly to the family circle.

My husband and I have little opportunity to discuss the development of the school with the founder member of the Situwangi Boarding School. But because we feel like a family, moving forward together, it does not dampened our spirit. May our commitment remain steadfast and and may success prevail by the Grace of Allah alMighty.

On that beautiful afternoon I "recorded"  the strong bond between us.

One for the album, we miss Hj Zaini and wife, and Ustaz Miftah and Ustaz Musa.

With one of the Founder member and sisters. We miss Ibu Hanifa.

Ustaz Afif and wife from Garut, always a smile on his face

The energetic Mario and wife, from Jakarta

The able-bodied men with Dato Safaruddin, the project coordinator. We miss Pak  Bambang.

Ustaz Muhibbuddin comforting his tired son, The Lead person on Campus we cannot do without.

My dear friend, Datin Noraini. The prime mover of the project.

My husband and I am looking forward to meeting each other again soon. May Allah show us the way forward and may Allah be pleased with our effort and grant us Jannah in the hereafter. Ameen.

Tuesday, January 11, 2011

ESUK

ESUK
Kenapa tunggu esuk untuk taat pada Nya

Belum tentu esuk Allah kurnia umur
Belum tentu esuk mentari terbit dari Timur
Mengapa kita terus bersantai dan seronok berhibur

Kenapa tunggu esuk untuk bertaubat

Belum tentu esuk peluang taubat terbentang luas
Belum tentu esuk kita sihat boleh bertindak cergas
Mengapa  kita masih  lagha dan melayan rasa malas

Kenapa tunggu esuk.......

Monday, January 10, 2011

DETIK PULANGNYA SEORANG ANAK.

                                                                     
 Sentiasa berbuat kebaikan, maka kebaikan akan suka merapati kita.

Ibarat berakhirnya mimpi ngeri. Anak yang disangka-sangka tidak akan kembali lagi ke kampung halaman, tiba-tiba muncul, juga dengan tidak disangka-sanga. Telah lebih 5 tahun  ia tidak pulang ke rumah dan tidak sekali pun ia menghantar berita. Itulah anak lelaki kakak saya. Kakak saya kini berumur 74 tahun dan sudah fitrahnya ia sentiasa merasa risau dan merinduinya walau pun ia jarang-jarang akan menyatakannya demikian pada kami adik beradik.

Betapa gembira rasa hati  seorang ibu. Hilang rasa kecewa dan marah yang pernah ia katakan pada saya. Rupanya kakak saya sedikit pun tidak menyimpan dendam. Rindu kasih sayangnya mengatasi marah dan kecewa yang dirasainya. Itulah juga fitrah seorang ibu.

Sebenarnya anaknya ini bukan anak kandung tetapi ia telah diangkat mengikut perundangan yang sah dari sejak lahirnya lagi. Maka kasih sayang seorang ibu tetap sama.Mak saudara kami yang juga seorang bidan yang telah memperakukan supaya keluarga kami mengangkat anak ini. Ibu kandungnya kini telah meninggal dunia. Keluarganya terlalu miskin dan tidak ada upaya untuk menyara seorang lagi anak. Alangkah sedih ceritanya. Nama timangannya ialah Ham. Kesemua ahli keluarga saya amat sayang padanya dan rasa kehilangan juga apabila ia tidak ada berita selama lebih 5 tahun.

Semasa kecil sudah berangan-angan punya kereta sendiri.
Masih diuji kesabaran, ketabahan, dan yakin pada Ilahi.
Gambar kenangan 1972

Memperingati Hari Lahir (5/6 tahun)
Ham depan tengah.

Ham diperkenalkan pada keluarga kandungnya semasa berumur awal duapuluhan. Ia tidak menunjukan apa-apa rasa hati yang mengkhuatirkan. Maka selepas itu hidupnya seperti biasa dengan keluarga kakak saya. Semuanya seperti biasa sehingga ia memulakan hidup berasingan setelah berumah tangga. Pada mulanya ia berkahwin dengan seorang yang muda padanya, walaupun kakak saya kurang berminat pada calon itu. Kehendaknya diikuti tetapi berakhir dengan perceraian. Dipendekan cerita ia berkahwin lagi dengan seorang yang jauh lebih tua umur nya dengan rasional supaya tidak ada masaalah jika berkahwin dengan seorang yang sudah matang. Tetapi setelah mendapat seorang anak peceraian berlaku lagi. 

Ini Ham dengan emaknya dan adik perempuannya apabila kakak saya berkahwin dengan ayahnya.

Saya tidak bermaksud bercerita tentang perkahwinannya tetapi ingin berkongsi pengalaman mengenai sensitiviti seorang anak angkat dan hubungannya dengan ahli keluarga yang lain. Ham terputus hubungan dengan semua adik beradik dan saudara mara keluarga kandung. Rasionalnya ketika itu ialah dikhuatiri ia akan berbalik kepada keluarga asalnya dan ini pastinya akan menyulitkan keadaan. Tetapi malangnya dalam keluarga kakak saya pulak ada beberapa fakta dan senario yang tidak berapa kodusif kepada perjalanan hidup sesaorang yang sudah sememangnya "berlainan dari yang lain". Maka pada pemerhatian saya sentiasa timbul  "krisis kasih sayang". Masalah ini menjadi lebih rumit kerana tahap ekonomi keluarga tidak dapat membantu dalam masaalah yang dihadapinya.

Sensitiviti anak angkat amat sukar diduga. Itu pengalaman saya. Berbagai cerita yang saya lalui mengenai keperibadian seorang anak angkat, terutama jika yang mengangkatnya itu tidak tinggi taraf sosial dan ekonominya. Ini lebih menyulitkan jika ilmu dan penghayatan Islamnya juga terhad.  Kata teman saya yang punya suami seorang anak angkat dari keluarga miskin ke keluarga kaya, masalah peribadi masih wujud, walaupun keluarga angkatnya tergolong dalam keluarga berada dan selesa taraf ekonominya.

Kami berpendapat bahawa dalam  situasi apa sekalipun akan timbul masaalah. Cuma ia tidak serupa dan berat ringannya akan masalah itu tidak sama. Ia bergantung pula pada laluan hidup yang direntasinya. Kematangan dan cara ia melihat perihal hidup dan kehidupan akan mempengaruhi cara dia berfikiran dan cara dia membuat keputusan. Dalam banyak situasi anak angkat seperti Ham tidak banyak merujuk pada emak angkatnya (dan kepada ahli keluarga angkatnya yang lain)  jika ada masalah yang melibatkan dirinya. Entah kenapa. Mungkin kerana ada perasaan keterasingan.

Saya berpendapat (semata-mata pendapat peribadi) bahawa ia merasakan dirinya terpinggir dan dipinggirkan dalam hubungan  kasih sayang. Ini satu persepsi yang susah hendak dibuktikan walau apapun justifikasi yang diberi. Keluarga kandung ada tetapi tiada, dan saudara angkat tidak dapat meyakinkan keberadaan kasih sayang di sekelilingnya. Maka  saya rasa  inilah yang meyebabkan Ham pergi menghilangkan diri. Tetapi takdir dan kehendak Allah yang maha bijaksana tiada siapa yang dapat menduga. Pulang juga ia akhirnya kepangkuan ibu angkatnya.

Ia memohon maaf pada kakak saya, iaitu ibunya dan setelah mengeluarkan dan menerangkan rasa hati sanubari semuanya kembali seperti sediakala jika dilihat dari zahirnya. Saya dan kakak saya yang seorang lagi kemudianya  bercerita-cerita dengan Ham dan memberi nasihat yang sewajarnya. Perkara asas yang kami cuba utrarakan ialah tentang hakikat bahawa kita manusia tidak dapat menyelesaikan apa jua masaalah tanpa pertolongan Allah yang maha kuasa. Maka kami menasihatkan Ham agar ia merujuk dan bermunajat pada Allah yang maha kuasa. Soal taubat nasuha amat penting.

Panjang lebar kami memberi contoh-contoh. Kebetulan pula ketika bercerita-cerita ada album lama di samping kami dan kami membelek-beleknya. Alhamdulilah ini menjada talian nostalgia yang memudahkan kami berinteraksi dengannya. Almaklumlah, fitrah manusia mudah lupa perjuangan orang tua-tua. Gambar-gambar yang ada dapat menyejukan hatinya sedikit sebanyak dan dapat meyakinkannya serba sedikit bahawa dia ada waris kuat walaupun tiada pertalian darah. Airmata nampak berlinang. Ini meyakinkan saya kepulangannya ini insyaAllah akan mengubah banyak perkara dalam hidupnya dari negatif kepositif. Alhamdulilah. Hanya Allah yang dapat memberi Hidayah. 

Bergambar untuk kenangan selamanya.

Setelah sehari bersamanya saya dan suami pulang ke Kuala Lumpur dengan penuh doa dan harapan kepulangan nya akan benar-benar dapat memebri ketenangan jiwa pada kakak saya yang sudah agak lanjut usia. Saya dimaklumkan kakak saya segera membuat persiapan untuk menyerahkan sedikit harta tanah yang ada padanya. Alhamdulilah. Semoga Allah memberi taufik hidayah dan pertolongan serta rahmatNya yang tidak terhingga sampailah  ke satu masa yang Allah telah tentukan. Semoga Allah meredhai semua ahli keluarga kami jauh dan dekat, bertalian darah atupun tidak dan dianugerah kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Semoga Ham akan membina dirinya menjadi anak yang soleh dan semoga ibu dan bapa kandungnya juga mendapat keberkatan dariNya. Ameen.

Wednesday, January 5, 2011

PERISTIWA LOBSTER

 

Kami pernah ke Pulau Acheh  di Acheh setahun yang lalu meninjau-ninjau kebarangkalian berdagang lobster untuk memecah monopoly di pasaran yang dikuasai oleh mereka yang bukan dari "jemaah" kami.
Ia suatu peristiwa yang mencabar minda kerana industri lobster sangat kompetitif dan memerlukan dana pelaburan yang tinggi. Apabila pulang ke Kuala Lumpur kami kami berusaha dan masih berusaha bagaimana untuk mendapatkan dana ini.


Berhenti sebentar di pasar borong Banda Acheh



Sementara itu kami "belegar-legar" di kalangan orang yang sudah menampakan kejayaan di bidang ini di Banda Aceh dan sedikit di Medan. Walaupun pasaran ini kompetitif ia tidak mustahil diterokai jika kita boleh mendapatkan pihak yang mahu mengeluarkan dana pelaburan. Oleh itu di mana jua kami pergi, idea berdagang dibidang ini sentiasa bermain diminda.

Maka pada musim cuti tahun 2010 kami singgah di Mersing dalam perjalanan kami dari Endau_Rompin ke Pontian, Johor. Dalam kami membeli barangan hasil laut disalah sebuah kedai kami bertanyakan peri hal lobster. Dengan tidak disangka tuan kedai menawarkan kami dua ekor lobster denga harga yang amat sederhana berbanding dengan harga di pasaran di Kuala Lumpur. Maka kami membelinya tanpa memikirkan bagaimana hendak memasaknya. Adakah periuk atau kuali yang besar yang boleh memuatkannya. Suami saya kata : Beli dulu. mungkin kita boleh pergi ke Hotel dimana-mana dan minta tolong ia memasakannya dengan bayaran upah. Saya mengatakan: Nanti harga upah lebih mahal dari harga membeli. Maka kami membuat keputusan untuk memasaknya sendiri mengikut respi sendiri. Hasilnya seperti di bawah ini.

Anak saya masak ala-sup dalam periuk besar.

Saiz lobster berbanding anak kecil berumur setahun 2 bulan


Ini  "master chef", anak saya dan isterinya membantu.

Kami memasak juga ketam sebagai menu tambahan.

Itulah peristiwa lobster dalam keluarga kami. Kami  "kendurikan" dengan anak-cucu sahaja pada petang dan malam tahun baru 2011. Semoga peristiwa ini memberi sedikit sebanyak pengalaman untuk meneroka perihal lobster seterusnya. Semoga Allah membuka ruang dan peluang dan memberika pertolonganNya hingga mencapai kejayaan demi ekonomi orang-orang Islam. Sering saya mengatakan pada anak-anak bahawa kita harus berusaha hingga "kita kaya", kerana orang Islam dituntut supaya kaya. Sebab itulah Rukun Islam yang ke4 ialah membayar zakat. Kita dituntut membantu yang miskin. Kita dituntut untuk memakmurkan dunia ini. Untuk meneroka dunia modalnya besar. Jangan melepaskan tugas ini pada pihak pemerintah sahaja. Kita ambil sebahagian tugas itu mengikut kemampuan yang ada. Tetapi kemampuan ini mesti kita usaha untuk mewujudkannya. Usaha seperti ini adalah sebahagian dari 'zikrullah'. Zikrullah buka diatas tikar solat dan di Masjid-masjid sahaja. Di hutan rimba pun zikrullah jika nowaitu kita betul, untuk mencari keredhaan allah. Sebab di dalam alQuran jelas orang mukmin dituntuk untuk berfikir, menjadi ululAlbab.

Panjang "khutbah" saya pada anak-anak. Tetapi  itu sahaja buat kali ini. Semoga kami  dan semua warga Islam menjadi kaya, (dengan limpah rahmat Allah)) sekurang-kurangnya ketahap kita tidak memerlukan pertolongan orang lain. Di zaman pemerintahan Khalifah  Umar Abdul Aziz hampir tidak ada orang miskin untuk melayakan mereka  menerima zakat. Semoga usaha setiap mukmin yang gigih, dan semoga gerakan dakwah yang berterusan akan memungkinkan Malaysia melahirkan pemimpin seperti Khalifah Umar Abd Aziz. Jika ini wujud, saya berpendapat barulah konsep 1 Malaysia betul-betul bermakna.
WaAllahu'alam.

Sunday, January 2, 2011

SUATU PAGI......

 

 Sudah hampir enam bulan saya tidak menyertai kumpulan Tai Chi di Taman Aman, Petaling Jaya dengan warga keturunan Cina  kerana masalah logistic dan kesibukan yang memerangkap diri, (termasuk 'kemalasan').Tetapi alhamdulilah, Allah beri  saya kekuatan pada  pagi Ahad ini untuk memulakan , bukan Tai Chi, tetapi berjalan pantas di Taman Aman yang berhampiran dengan Kg. Tunku. Sebenarnya Taman ini Indah dan sangat 'conducive' untuk exercise berjalan kaki dan sebagainya. Cuma kita perlu azam yang kuat untuk menjaga kesihatan. Maka berjalanlah saya walaupun sudah jam 8.30 pagi, dengan mata hari yang sudah memancar dan sudah mula merasai panas. Tetapi saya katakan pada diri: Biar lambat, jangan tak buat. Sambil-sambil jalan saya ambil gambar dengan camera talipon Nokia saya itu.


 Saya ambil masa untuk berjalan, takut untuk berjalan cepat kerana urat-urat saya sudah agak lama berehat. (takut masalah lain pula yang timbul). Saya melihat pohon-pohon dan pokok-pokok bunga yang baru ditanam sejak terakhir saya ke sana (6 bulan yang lalu) maka saya sempat  juga brfikir-fikir menikmati keindahan yang ada.

Disamping laluan untuk berjalan dan jogging, Majlis Bandarraya Petaling Jaya menyediakan juga alat-alat untuk orang awam bersenam mengautkan otot-otot dan sebagainya. Tetapi yang ramai datang untuk memunafaatkan kemudahan ini adalah warga keturunan Cina. Warga Melayu tidak ramai.  Agaknya inilah punca-punca hilangnya "Ketuanan Melayu". (senyum).

Di bawah ini pohon bunga kuning dan ungu yang cantik. Sayang sekali saya tidak tahu namanya. MasyaAllah! keindahan ciptaan Tuhan tiada bandingnya. Maka nikmat Allah yang mana yang hendak kita dustakan?






 Diantara pokok yang menarik perhatian saya ialah pokok "lang Soya" (mengikut kata orang tua-tua) Katanya pokok ini ialah tempat kesukaan kediaman makhlik alus @ blis syaitan. Hakikat sebenarnya saya kurang pasti. Di dalam alQuran memang disebut Jin, Iblis,dan Syaitan. Katanya makhluk ini ada di mana- mana. Cuma kilta tidak dapat melihatnya. Ada ustaz yang ada "ilmu" sedikit mengenai makhluk alus  ini, kata nya ia suka pada pokok seperti digambar sebelah kiri ini. Jadi kata Ustaz jang ditanam di halaman rumah walaupun ia nampak cantik kerana perbuatan kita itu seperti "mengundang" mereka datang dekat. Jin Iblis sememangnya suka menggangu. Ia tidak semestinya menjadikan sesaorang itu terjerit-jerit dirasuk olehnya, tetapi memadai dengan menjadikan sesaorang itu malas dan merasa mengantuk sentiasa. Ini adalah bentuk ganguan yang membuat kita kurang melakukan ibadah-ibadah sunat seperti solat-solat sunat  terutama solat sunat dua-pertiga malam.  WaAllahu'alam.



Kata Ustaz makhluk halus  itu bukanlah ia "hantu". Sebab dalam al Quran tidak pernah disebut hantu. Ilmu sihir menyihir ada dalam Quran dan ada di Hadith. Contohnya di dalam alQuran ialah tukang sihir Firaun dimana ular-ularnya ditelan ular Nabi Musa. In adalh mukjizat Allah kepada nabi Musa AS. Tetapi hantu tiada  dalam alQuran. Di TV Astro ada program "The Ghost Busters" (tak ingat saluran mana).Ia mengenai sekumpulan ahli  penyelidik yang mahu memastikan kewujudan "makhluk alus atau Hantu". Mereka menggunakan alat-alat elektronik yang canggih-canggih.  Saya rasa cerita itu pun tidak ada asas yang boleh dipercayai.  Seperti juga program "Haunted".  Tetapi eluklah kita tanyakan hal ini pada yang  "ahli"  mengenainya, takut-takut tergelincir aqidah. Saya hanya meendengar-dengar sahaja. Tidak pernah melihat fenomena ini.WaAllahu'alam.

Lepas sejam  di Taman Aman, saya tergerak hati menziarahi seorang sahabat yang telah lama tidak ada khabar berita. Alhamdulilah ia sihat dalam umurnya yang telah melebihi 76 tahun Dahulunya saya sama berkerja bersamanya. Dia seorang guru yang mempunyai kepakaran makanan dan pemakanan. Agaknya sebab itu ia sihat dengan kehendak Allah. Saya belum tahu bagaimana  keadaan saya jika sampai keumur itu.
Semoga Allah memudahkan dan merahmati. Doa saya sentiasa saya panjatkan semoga saya dapat mengurus diri sendiri dan suami hingga keakhir hayat.

Namun ada satu perkara yang saya kesalkan mengenai sahabat saya ini. Dia tidak pernah mahu bercerita mengenai Islam. Bila saya buka cerita, ia tidak menyambut, dan akan bercerita yang lainnya. Biasanya mengenai cerita-cerita semasa berkerja dahulu. Telah banyak kali saya mengajak ia menambah ilmu pegetahuan mengenai Islam semoga dapat menambah amalan soleh yang sewajarnya. Tetapi ia enggan. Ia mengatakan yang dia ada sudah mencukupi. Kalau banyak-banyak nanti ia khuatir akan menjadi bingung. Semoga Allah mengasihaninya. Saya tidak dapat berbuat apa. Ia berkerja hingga umur 71 tahun dan selepas itu ia membaca alquran di rumah setiap hari. WaAllahu'alam. Iman dan taqwa hanya Allah yang boleh mengukur.

Itulah cerita suatu pagi Ahad ditahun baru Masehi. Semoga Allah mengampuni kami dan semoga Allah meredhai. Ameen.

Saturday, January 1, 2011

TAHUN 2011....masih adakah hari esuk untuk kita?

Tahun Baru Masehi 2011. Tidak kira tahun apa, (Hijriah atau Masehi),  umur kita tetap bertambah seditik setiap tarikan nafas. Ini bererti kita lebih dekat menghapiri garis penamat, jika kita ibaratkan hidup ini satu larian.Tidak kira berapa umur kita sekarang ini.  Oleh itu jangan kita membazirkan umur yang Allah kurnia. Hanya Allah yang mengetahui bila kita akan dipanggil balik menemuiNya.

Masih adakah lagi Esuk untuk kita?

Sempena menjelangnya tahun baru 2011, suka saya mengingatkan kembali pengiraan bulan dan tahun yang kita lalui selama ini. Semoga dengan mengingatkannya kita akan menjadi lebih bersyukur atas segala kurnian dan Rahmat dari Allah sebagai asas keselesaan hidup di dunia ini untuk meraih bekalan hidup bagi keselesaan di akhirat pula nanti.

Saya ambil ingatan yang mudah-mudah sahaja. Kiraan bulan dalam tahun  Hijriah adalah mengikut pusingan planet Bulan tetapi kiraan bulan pada tahun Masehi adalah mengikut pusingan planet Matahari. Dalam alQuran ada disebut dalam surah 18, Al Kahfi, ayat 25 dengan maksud seperti berikut  berikut:
" Dan mereka tinggal tidur dalam gua mereka selama 300 tahun dan ditambah sembilan (9)."
Mengikut M. Quraish Shihab dalam bukunya "MUKJIZAT AL QURAN"  " Penambahan 9 tahun itu adalah akibat perbezaan perkiraan Syamsiah (matahari) dan Qamariah (bulan).  Perkiraan Syamsiah  yang dikenal dengan Gregorian Calendar yang baru ditemui pada abad ke 16 itu, ia berselisih sekadar 11 hari dengan tahun yang disebut oleh ayat di atas. Ia adalah hasil perkiraan 300 X 11 hari = 3.300 hari atau lebih kurang 9 tahun lamanya."

Seterus nya surah al Kahfi, ayat 28 memberi peringatan kepada kita semua.
"Dan jadikanlah diri mu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; Dan janganlah engkau memalingkan pandangan mu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; Dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami mengetahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami dalam alQuran, serta ia menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya adalah melampaui batas."
Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan  untuk menjadikan  kehidupan kita sterusnya suatu munafaat dan bukan sesuatu yang nantinya akan membebankan kita. Ameen.
Related Posts with Thumbnails