"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, January 2, 2011

SUATU PAGI......

 

 Sudah hampir enam bulan saya tidak menyertai kumpulan Tai Chi di Taman Aman, Petaling Jaya dengan warga keturunan Cina  kerana masalah logistic dan kesibukan yang memerangkap diri, (termasuk 'kemalasan').Tetapi alhamdulilah, Allah beri  saya kekuatan pada  pagi Ahad ini untuk memulakan , bukan Tai Chi, tetapi berjalan pantas di Taman Aman yang berhampiran dengan Kg. Tunku. Sebenarnya Taman ini Indah dan sangat 'conducive' untuk exercise berjalan kaki dan sebagainya. Cuma kita perlu azam yang kuat untuk menjaga kesihatan. Maka berjalanlah saya walaupun sudah jam 8.30 pagi, dengan mata hari yang sudah memancar dan sudah mula merasai panas. Tetapi saya katakan pada diri: Biar lambat, jangan tak buat. Sambil-sambil jalan saya ambil gambar dengan camera talipon Nokia saya itu.


 Saya ambil masa untuk berjalan, takut untuk berjalan cepat kerana urat-urat saya sudah agak lama berehat. (takut masalah lain pula yang timbul). Saya melihat pohon-pohon dan pokok-pokok bunga yang baru ditanam sejak terakhir saya ke sana (6 bulan yang lalu) maka saya sempat  juga brfikir-fikir menikmati keindahan yang ada.

Disamping laluan untuk berjalan dan jogging, Majlis Bandarraya Petaling Jaya menyediakan juga alat-alat untuk orang awam bersenam mengautkan otot-otot dan sebagainya. Tetapi yang ramai datang untuk memunafaatkan kemudahan ini adalah warga keturunan Cina. Warga Melayu tidak ramai.  Agaknya inilah punca-punca hilangnya "Ketuanan Melayu". (senyum).

Di bawah ini pohon bunga kuning dan ungu yang cantik. Sayang sekali saya tidak tahu namanya. MasyaAllah! keindahan ciptaan Tuhan tiada bandingnya. Maka nikmat Allah yang mana yang hendak kita dustakan?






 Diantara pokok yang menarik perhatian saya ialah pokok "lang Soya" (mengikut kata orang tua-tua) Katanya pokok ini ialah tempat kesukaan kediaman makhlik alus @ blis syaitan. Hakikat sebenarnya saya kurang pasti. Di dalam alQuran memang disebut Jin, Iblis,dan Syaitan. Katanya makhluk ini ada di mana- mana. Cuma kilta tidak dapat melihatnya. Ada ustaz yang ada "ilmu" sedikit mengenai makhluk alus  ini, kata nya ia suka pada pokok seperti digambar sebelah kiri ini. Jadi kata Ustaz jang ditanam di halaman rumah walaupun ia nampak cantik kerana perbuatan kita itu seperti "mengundang" mereka datang dekat. Jin Iblis sememangnya suka menggangu. Ia tidak semestinya menjadikan sesaorang itu terjerit-jerit dirasuk olehnya, tetapi memadai dengan menjadikan sesaorang itu malas dan merasa mengantuk sentiasa. Ini adalah bentuk ganguan yang membuat kita kurang melakukan ibadah-ibadah sunat seperti solat-solat sunat  terutama solat sunat dua-pertiga malam.  WaAllahu'alam.



Kata Ustaz makhluk halus  itu bukanlah ia "hantu". Sebab dalam al Quran tidak pernah disebut hantu. Ilmu sihir menyihir ada dalam Quran dan ada di Hadith. Contohnya di dalam alQuran ialah tukang sihir Firaun dimana ular-ularnya ditelan ular Nabi Musa. In adalh mukjizat Allah kepada nabi Musa AS. Tetapi hantu tiada  dalam alQuran. Di TV Astro ada program "The Ghost Busters" (tak ingat saluran mana).Ia mengenai sekumpulan ahli  penyelidik yang mahu memastikan kewujudan "makhluk alus atau Hantu". Mereka menggunakan alat-alat elektronik yang canggih-canggih.  Saya rasa cerita itu pun tidak ada asas yang boleh dipercayai.  Seperti juga program "Haunted".  Tetapi eluklah kita tanyakan hal ini pada yang  "ahli"  mengenainya, takut-takut tergelincir aqidah. Saya hanya meendengar-dengar sahaja. Tidak pernah melihat fenomena ini.WaAllahu'alam.

Lepas sejam  di Taman Aman, saya tergerak hati menziarahi seorang sahabat yang telah lama tidak ada khabar berita. Alhamdulilah ia sihat dalam umurnya yang telah melebihi 76 tahun Dahulunya saya sama berkerja bersamanya. Dia seorang guru yang mempunyai kepakaran makanan dan pemakanan. Agaknya sebab itu ia sihat dengan kehendak Allah. Saya belum tahu bagaimana  keadaan saya jika sampai keumur itu.
Semoga Allah memudahkan dan merahmati. Doa saya sentiasa saya panjatkan semoga saya dapat mengurus diri sendiri dan suami hingga keakhir hayat.

Namun ada satu perkara yang saya kesalkan mengenai sahabat saya ini. Dia tidak pernah mahu bercerita mengenai Islam. Bila saya buka cerita, ia tidak menyambut, dan akan bercerita yang lainnya. Biasanya mengenai cerita-cerita semasa berkerja dahulu. Telah banyak kali saya mengajak ia menambah ilmu pegetahuan mengenai Islam semoga dapat menambah amalan soleh yang sewajarnya. Tetapi ia enggan. Ia mengatakan yang dia ada sudah mencukupi. Kalau banyak-banyak nanti ia khuatir akan menjadi bingung. Semoga Allah mengasihaninya. Saya tidak dapat berbuat apa. Ia berkerja hingga umur 71 tahun dan selepas itu ia membaca alquran di rumah setiap hari. WaAllahu'alam. Iman dan taqwa hanya Allah yang boleh mengukur.

Itulah cerita suatu pagi Ahad ditahun baru Masehi. Semoga Allah mengampuni kami dan semoga Allah meredhai. Ameen.

No comments:

Related Posts with Thumbnails