"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, January 1, 2011

TAHUN 2011....masih adakah hari esuk untuk kita?

Tahun Baru Masehi 2011. Tidak kira tahun apa, (Hijriah atau Masehi),  umur kita tetap bertambah seditik setiap tarikan nafas. Ini bererti kita lebih dekat menghapiri garis penamat, jika kita ibaratkan hidup ini satu larian.Tidak kira berapa umur kita sekarang ini.  Oleh itu jangan kita membazirkan umur yang Allah kurnia. Hanya Allah yang mengetahui bila kita akan dipanggil balik menemuiNya.

Masih adakah lagi Esuk untuk kita?

Sempena menjelangnya tahun baru 2011, suka saya mengingatkan kembali pengiraan bulan dan tahun yang kita lalui selama ini. Semoga dengan mengingatkannya kita akan menjadi lebih bersyukur atas segala kurnian dan Rahmat dari Allah sebagai asas keselesaan hidup di dunia ini untuk meraih bekalan hidup bagi keselesaan di akhirat pula nanti.

Saya ambil ingatan yang mudah-mudah sahaja. Kiraan bulan dalam tahun  Hijriah adalah mengikut pusingan planet Bulan tetapi kiraan bulan pada tahun Masehi adalah mengikut pusingan planet Matahari. Dalam alQuran ada disebut dalam surah 18, Al Kahfi, ayat 25 dengan maksud seperti berikut  berikut:
" Dan mereka tinggal tidur dalam gua mereka selama 300 tahun dan ditambah sembilan (9)."
Mengikut M. Quraish Shihab dalam bukunya "MUKJIZAT AL QURAN"  " Penambahan 9 tahun itu adalah akibat perbezaan perkiraan Syamsiah (matahari) dan Qamariah (bulan).  Perkiraan Syamsiah  yang dikenal dengan Gregorian Calendar yang baru ditemui pada abad ke 16 itu, ia berselisih sekadar 11 hari dengan tahun yang disebut oleh ayat di atas. Ia adalah hasil perkiraan 300 X 11 hari = 3.300 hari atau lebih kurang 9 tahun lamanya."

Seterus nya surah al Kahfi, ayat 28 memberi peringatan kepada kita semua.
"Dan jadikanlah diri mu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; Dan janganlah engkau memalingkan pandangan mu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; Dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami mengetahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami dalam alQuran, serta ia menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya adalah melampaui batas."
Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan  untuk menjadikan  kehidupan kita sterusnya suatu munafaat dan bukan sesuatu yang nantinya akan membebankan kita. Ameen.

No comments:

Related Posts with Thumbnails