Untuk tidak lagi memfitnah diri ...
Katanya yakin pada Ilahi
Tetapi masih belum dapat meyelubungi hati
Untuk bertindak berlapang dada
Dalam apa jua
Untuk bangkit melaksana perintahNya
Walau terancam harta dan nyawa
Untuk meninggal larangnya sedaya upaya
Tanpa mencari sebab
berdolak-daleh membuang masa.
Kan ku ubah langkah, kan ku ubah cara
Hidup ini tinggal sedikit,
entah nanti, entah esuk atau lusa
Semoga Allah mengampuni dan menghapus dosa
Mengurnia Rahmatnya yang tidak terhingga.
Dan kesudahan ku
dalam pelukan kasih-sayangNya
Aku yang benar-benar perlu padaNya
Semoga aku di iktiraf hambadan ke Syurga Firdaus aku diangkat
bersama semua yang aku cinta.
Buat selamanya....
2 comments:
Assalamu'alaikum puan,
Terima kasih ke blog saya yang tak sepertinya.. saya juga suka baca pengisisian di blog ini..
Sempena datangnya hari yang dinanti-nanti, 'idul fitri ini saya mohon maaf zahir batin.
Semoga kita dapat menggilap hati menjadikan hati yang berbolak balik itu sejahtera agar dapat diterima menemuiNya.. amiin
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
Maaf Zahir dan batin.
Post a Comment