"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, October 27, 2011
JANJI
Sebulan dahulu saya katakan pada cucu saya Ujai yang saya akan belikan nya 'Galaxy'. Pada Hari Depavali ia datang untuk menagih janji. Anak saya mengatakan mengapa janji alat yang mahal untuk umurnya. Saya katakan bukan untuknya secara mutlak. Saya hanya pinjamkan sahaja bila ia datang. Seperti "rasuah" cucu untuk datang tengok Tok Ayah dan Embah. Satu budaya yang tidak sehat tetapi sesekali terjadi juga. Ujai dah "jemu" mengacau komputer yang saya pakai. Kadang-kadang saya terfikir bagaimana anak-anak kecil mengawal diri dengan kecanggihan teknologi. Saya amat khuatir akan hilang budaya berhubung sesama manusia secara berhadapan. Tiada pandangan mata dan tiada sentuhan diri.
Sehubungan ini saya tersentak dengan reaksi kakak saya apabila anaknya menyarankan supaya guna kad ATM untuk mengambil duit pencennya di bank. Ia mengatakan bahawa ia lebih selesa pergi ke kaunter dan berurusan dengan pegawai bank dan lebih yakin yang cara itu lebih mudah dan selamat. Anak sulung lelakinya cuba menerangkan kemudahan yang lebih cepat dengan kad ATM. Saya pun sediki-sedikit menambah kebaikannya walaupun saya tidak sering memggunakan kemudahan elektronik. Tiba-tiba kakak saya menengis sedih teresak-esak dan beratanyakan mengapa anak-anak paksa begitu. Ia rasa tidak selesa dan rasa susah hendak belajar hal-hal elektronik di umur tua ini. Saya terperanjat dengan reaksi itu dan terus menyentuh bahunya supaya ia bertenang. Tidak saya sangka itu menjadi satu beban baginya.
Baru saya menyedari ia boleh jadi fobia bagi warga tua untuk berurusan dengan menggunakan cara baru begini. Maklumlah dari muda lagi tidak berurusan begitu. Kakak saya berumur 72 tahun dan seorang pesara guru. Itu pun susah. Maka saya pun insaf bahawa teknologi boleh membuat seseorang tertekan di hati dan minda kerana terasa dipaksa oleh anak-anak supaya jangan ketinggalan zaman.
Saya pun muhasabah diri berkaitan perkembangan teknologi kini. Saya teringat satu peristiwa di mana anak buah sepupu suami saya bercerita ia menangis pada hari pertama kerja sebagai pembantu teknik di JKR kerana kena menjawab telefon. Di kampung tiada telefon di rumah dan itu pertama kali ia terpaksa menjawab di pejabat. Ini cerita 30 tahu dahulu. Ketika itu saya tertawa bila dia bercerita, tetapi sekarang saya insaf betapa ia suatu tekanan yang tidak sepatutnya terjadi.
Maka nasihat saya pada anak-cucu yang muda belia supaya jangan mengandaikan teknologi itu perkara biasa. Saya sendiri pun tidak mudah menyesuaikan diri. Maaf kata saya sendiri "kolot". Banyak juga yang saya merangkak-rangkan belajar dari anak.
Begitulah cerita warga yang mencapai umur senja menjalani hidup. Semoga anak-cucu memahami senario ini dan tidak ambil mudah sahaj hal-hal seperti ini. Kakak saya tidak mahu anaknya membelikan telefon bimbit rupanya kerana itu. Ia mengatakan nak belajar tekan yang mana satu pun menjadi satu kesulitan dimindanya. Ia mengatakan ia lebih selesa berkejaran pergi menjawab telefon conventional daripada belajar guna fon bimbit.
Semoga generasi muda memahami dan simpati. Teknologi boleh meragut rasa kasih sayang.
......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamu'alaikum puan
Sungguh benar apa yang puan katakan di sini. Cucu saya yang baru berumur 3 tahun sudah pandai klik sana sini bila berhadapan dengan PC di rumah opahnya.. hingga pada ketika dia asyik berebut dengan abang dan sepupunya maka saya dan ibunya sepakat tidak membenarkan mereka on kan PC sehingga mereka berjanji tidak bergaduh. Biasalah janji anak-anak yang masih kecil begitu tentulah tidak tertunai, jadi hampir banyak bulan juga kami tidak on kan PC di hadapan mereka. Amanlah sedikit. Tak dapat main PC handset pula jadi mangsa.
Begitulah anak-anak sekarang kan, namun ada juga yang fobia dengan teknologi eperti yang puan katakan. Ada orang dibekalkan komputer di pejabat langsung tak usik sebab takut untuk mencuba, bila kita mengajar tak sabar pula. Sayapun tentang teknologi ni tak banyak juga yang tahu. Buat blog nipun belajar daripada anak.
Harapan saya agar anak-anak sekarang tidak menyalahkan gunakan kemahiran yang mereka ada.
Salam, Werda. Betul tu. Cucu-cucu saya pun berkelahi juga. Bila kita offkan pandai pulak dia cari temapt nak on kan. Cucu saya dah umur 6 tahun sekarang, tetapi mulanya dari lebih kurang 3 tahun lah. Semoga mereka ini nanti ditarbiah dengan betul dan pandai menggunakan komputer dan lain-lain alat dengan bijaksana,tak kira umur. Kita doakan sahaja. By the way, saya tak terima emel. Cuba emel ke sobah125@yahoo.com
Salam sekali lagi kak..boleh kan panggil kak...
InsyaAllah saya emelkan semula, hari tu emel ke akaun gmail (ambil daripada blog ni)...
emel saya werdahalim@yahoo.com
Post a Comment