Maka semalam saya dan beberapa kawan dijemput oleh seorang ahli jemaah masjid untuk meraikan "Birthday" nya di sebuah hotel sederhana di Petaling Jaya selepas selesai program solat Subuh dan baca Quran. Seronok sembang dan menjamu selera. "Birthday boy" ini berumur 79 tahun. Alhamdulilah ia sihat . Umur kami yang sudah senja ini sememangnya sihat. Namun Allah sentiasa mengingatkan : Sihat pun boleh dijemput pulang. Tiada pilihan.
Yang saya ingin kongsikan hal birthday ini ialah kami para isteri dapat hadiah dari Birthday Boy sebanyak rm150 seorang. Saya dan seorang kawan agak terkejut sebab kami tidak pernah dapat hadiah seperti itu. Biasanya kita bagi hadiah pada yang dira'i. Ini sebaliknya. Semoga Allah memberkati murah hatinya kawan saya ini dan menjadi sebahagian dari amal solehnya. Di bawah ini saya rakam sebahagian gambar-gambar kenangan.
Birthday Boy dan isterinya.
Doa penutup sessi
Sebahagian teman-teman isteri
Suami saya mengusik birthday boy
Punya nak meraikan kawan, dengan pakaian solat pun kami sampai.
Pak Nik Husin dan Isteri.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan kami tidak lalai dan lagha. Umur senja pun kami masih berusaha berbakti mengikut kemampun yang ada. Sesekali kami bersantai seperti ini, cara tua. Semoga allah mengampuni dan memberkati. Amiin.
.........
4 comments:
Assalamu'alaikum kak Hajah Ngasobah
Semoga Allah memberkati usia kawan kak ni. Allah memberi tambahan umur sebenarnya kerana umat nabi Muhammad biasanya 60 tahun sahaja.
Saya dah emelkan no telefon ke sobah125@yahoo.com tapi dapat feedback gagal.
Kalau boleh kak emelkan no telefon kak ke emel saya werdahalim@yahho.com supaya saya boleh menghubungi kak.
Terima kasih ya kak
Assalamualaikum
Tumpang gembira 'geng' birthday boy semua tu. Syukur 'biso ketemu, karo mangan-mangan'. Semoga kalian sihat dan di dalam lindungan Allah sentiasa.
Salam Dear Werdah.Sekarang sedang disibukan. Nanti 2/3 hari lagi lega sikit boleh tulis di email. Meanwhile, take care. May Allah be with you always. My tel: 019 216 0064.
Kesuwon, Mas Temuk. Mugo-mugo di parengi umur nek ajeng ketemu maneh.Njaluk ngapuro seng kateh-kateh. Salam.
Post a Comment