"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 27, 2012

Mengakhiri 2012....pautan kasih keluarga







Menutup tirai 2012...satu kenangan manis bagi saya dan keluarga anak saudara saya di FELDA Kahang Barat, Kluang Johore. Saya dan suami dan beberapa sanak saudara lain menghadiri perkahwinan Yanti, cucu saudara yang pernah tinggal dengan saya 15 tahun yang lalu. Alhamdulilah, ia akan melayari bahtera baru dalam hidupnya. Semoga bahagia berkekalan dalam nikmat Iman dan Taqwa.

Tetapi apa yang lebih menyentuh hati saya hari itu ialah pertemuan saya dengan adiknya Liza yang pernah juga tinggal dengan saya bersama Yanti. Hidup ini yang penuh ujian dan dugaan telah memisahkannya dari keluarga untuk beberapa lama. Saya bertemu dengannya kali ini dalam majlis perkahwinan itu. Kami berpelukan dan menitis air mata keinsafan dan kerinduan. Kini ia telah berumah tangga dan punya 4 orang anak. Dua sahaja yang dapat saya rakam dalam kesuntukan masa. Manusia mana yang tidak pernah silap dalam membuat percaturan hidup. Semoga kami dapat menjalin semula talian kasih sayang untuk terus hidup dalam ruang lingkup tata budaya Islam yang Allah redha.

Ini Liza dan suami serta dua orang kakak saya bersama cucu-cucu yang pertama kali kami kenali.
Alhamdulilah. Air dicincang tidak akan putus.

Pembangunan ekonomi FELDA memang mengkagumkan manusia biasa. Ia disanjung hingga keluar negara. Ramai sanak saudara saya yang telah mendapat kurnia nikmat hidup di dunia melalui FELDA. Namun saya agak rasa kurang selesa dengan pembangunan rohani di kawasan ini yang saya perhatikan dalam kalangan sanak saudara saya. Jalinan hidup berasaskan kebendaan kurang diimbangi dengan pencerahan rohani. Saya rasa bersalah dalam hal ini kerana tidak dapat memberi tumpuan sewajarnya dikalangan saudara sendiri. Tidak ada alasan. Semoga Allah mengampuni. Maka saya bertekad cuba menghampiri anak-anak buah saya lebih erat lagi dan berkongsi kefahaman hidup berasaskan syariah Islam dalam jalur hidup seterusnya.

Tinggal beberapa hari lagi 2012 akan berlalu. Banyak cerita yang boleh diceritakan. Mungkin dilain entry. Saya bersyukur atas segala kurnia Allah. Saya cuba menghayati senang dan susah disisi Allah sama sahaja. Yang beza hanya cara bagaimana kita menangani masaalah yang berkaitan. Selalu saya sarankan pada anak-anak buah dan cucu-cucu supaya sentiasa ada rasa mahu berkongsi nikmat yang Allah kurnia. Bukan satu kejayaan kalau kejayaan itu tidak dikongsikan.

...

Saturday, December 22, 2012

Jalan ini jauh....lopak dan sempit.



Ya Rabb !
Aku  dan teman sedang terpaku fikir...terpaku usaha
Mahu menjadi sebahagian dari hamba Mu yang berpenat berulang-ulang
membanting tulang...
Belapar dahaga di bawah mentari panas perit tidak terkira
Kesejukan hingga ketulang belulang kerana tugasan bukan ditilam empuk berpelukan
Semata-mata kerana mahu menegakan Kebenaran
Mahukan umat sejagat mengerti apa itu kehidupan berTuhan
Apa itu kasih sayang, apa itu kebahagiaan
Berpaksikan Tauhid mengEsakan Tuhan sekian alam.

Ya Rabb,
Aku dan teman sedang cuba membina jambatan anak-anak kecil membesar riang
Dewasa nanti mereka berilmu beriman beramal bertaqwa walaupun persekitaran penuh kekangan
Berjiwa besar, berjati diri berani mengatakan yang benar itu benar walaupun berseorangan
Berani menerajui perjuangan satu tamadun yang tidak menyimpang
Dari jalan yang satu, yang lurus menuju pangkuan kesejahteraan 
Redha Allah Tuhan yang maha pencipta maha menentukan

Ya Rabb,
Berilah aku dan teman kekuatan..berilah kami kebijaksanaan
Turunkan pertolongan Mu yang tiada had dan tiada sempadan
Semoga jalan yang jauh, lopak dan sempit ini menjadi mudah, ringan tiada rasa ketakutan
Tiada rasa bimbang, tiada rasa bosan
Tabah cekal menghadapi sebarang rintangan yang bertalu-talu mendatang.
 Kerana pasti Engkau tidak akan membelakangi permohonan permintaan
Kerana janji Mu demi menegakan kebenaran tidak akan Engkau persiakan.

Ya Rabb ...
Kami mengharap maghfirah Mu memohon jutaan keampunan,
 Usaha kami ini amat kerdil ibarat setitik air di lautan
Melutut sujud hingga gersang umur ini akan kami teruskan mencari keredhaan
Di penghujung jalan ini  sepenuh hati kami nantikan pertemuan
 Dengan para siddiqin syuhada' dan solihin sekelian
Di Syurga Firdaus tanpa hisab dengan kurnia RahmatMu yang berkekalan.
Bersama semua yang kami sayang....

Ameen,....Ya Rabb.


*Dedicated to SmarTop Subur Fitrah Integrated
Pre-School (SUFI) Tangkak, Johore.

........

Monday, December 17, 2012

One Malaysia, One Tauhidic Paradigm ?






My husband and I was in Kluang Johore over the weekend to meet up with relatives on the occasion of a wedding reception in Kahang Barat, a FELDA settlement famed for its development and prosperity of the settlers. Almost none of the houses was in its original structure and form.

It is Yantie's wedding, the granddaughter of my late eldest sister. It was a great fanfare but we took leave early to be home timely for dinner. Chance has it that my nephew took us to a place where he said it is good to drink hot coffee before we hit the highway- Kluang RailCoffee.


This place is indeed very crowded and therefore it must be a good place, simplistic thinking... Initially we could not find a table to sit the whole extended family of about 15 kids and adults. We waited a while and I was utterly exhausted before we found one.

We sat on two tables and people were rambling and chatting their hearts out. I just watched and conversed little with my elder sisters because the three of us can't hear each other well. Our poor hearing is further drowned by the loud chatter of young enthusiastic people on the other tables.We ordered Mee Curry and black coffee and I sat smiling and thinking to myself. This is indeed a Cafe where you see " One Malaysia in action ". Malaysians of Chinese, Indian and Malays were all there enjoying the moments like in  a family.



I watched each table and smiled to myself  making wild guesses on why they like the place. Maybe they find the food exotic and the place has an ambiance soothing to the soul.  As I watched  ideas flashed into my head. What if the people of Malaysia talk more about  similarities rather than  differences between the various races..... What if wannabe ministers search their souls before talking to the people or their constituencies......What if each one of us irrespective of race or creed see the good in others....What if each one of us is willing to look at oneself in the mirror and ask 'who is our Creator and Sustainer'......What if...and What if..and What if.......

If we earnestly and honestly try and find answers to all the 'What if's' in our lives, I believe we can be better Malaysians and in fact better human beings . Many of us live in emptiness and in confusion not understanding why we exist on this earth. Many believe wealth is happiness. Many also make believe that despite the ups and downs in life, life is bliss. They feel they are in control of everything. If only they knew......

We all owe this blissful life to God Allah almighty. It is the TRUTH even if one does not believe in it. Maybe one day soon some one will ring the bell, blow the whistle and tell all people that life does not exist in a vacuum. Maybe one day soon there will be divine intervention in ways that the ordinary mind cannot comprehend. Only then maybe we will all believe in God Allah almighty, our Creator and Sustainer and none others is worthy of our total submission.

Pardon me folks, this is only my wishful thinking amidst young Malaysians of all races in RailCoffe in Kluang.
Wouldn't it be beautiful if One Malaysia submit to One Tauhidic Paradigm. There is none others worthy of worship but God Allah, most gracious most merciful.

May HE show all of us  the Right Path,
The Path  whom HE has bestowed His Grace.......

...

Friday, December 14, 2012

Muar - dulu saya tak suka.....




A020 
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-'Ankabuut 29:20
 
Ramai juga antara kita yang suka pergi menjelajah jauh untuk melihat kebesaran Allah seperti yang tersebut dalam ayat di atas, (surah al Angkabut, ayat 20.) Kebesaran Allah ada di mana-mana asalkan sahaja kita melihat dengan mata hati. Subhanallah, Allahuakbar.

Pengalaman saya hujung minggu lalu mengingatkan saya fakta itu. Sudah lama suami saya mengajak  pergi ke Muar dalam perjalanan pulang dari Pontian, Johor. Tetapi sering tiada kesempatan. Maka pada Ahad baru-baru ini kami dengan dua teman suami isterri pergi ke Muar untuk mencari Sate buat sarapan di pagi hari.
 
 Pemandang dari jejantas berhampiran Perhentian Texi.
 

 
 Sudah beberapa tahun saya tidak ke bandar Muar. Maka saya agak teruja dengan perubahan dan perbezaan yang saya lihat. Dahulu kala ketika bersekolah, terutamanya semasa tingkatan enam dalam tahun enam-puluhan, saya tak suka Muar dan Johor Bahru sebab ketika itu sangat iri hati dengan pembangunan yang ada dan Pontian sentiasa dipinggirkan oleh kerajaan ketika itu. Semua pembangunan disalurkan ke dua bandar itu. Tentunya rakyat Pontian rasa kecewa.
 
Tidak mengapa kerana itu cerita lama dan pemikiran lama sudah jumud. Alhamdulilah kini berlainan. Tetapi saya masih merasakan dengan kekayaan yang ada di negara kita, sepatutnya pembangunan lebih giat lagi. Entahlah...mungkin kita perlu perubahan yang lain pula.
 
Sekadar melihat dan berfikir.....


 
...

Saturday, December 8, 2012

Morocco......taking it easy !


.......and finally we decided to enjoy Morocco just as it is. No thinking, no commenting  and no nothing...just enjoy what comes along !
It's not everyday that one gets to go to Morocco from Malaysia.
So I'd like to share herewith some of the easy moments we had in this great part of the world, a nation by the Atlantic ocean.

The Atlantic ocean beyond. A photo shoot from the tour bus in Casablanca.




I had visited some Middle East countries while at work many years ago but never had I the opportunity to see up close the olive trees. So dear friends, here it is....
The olives are matured and red black in color. But how do I get to pick them and get the taste of the fruits freshly picked. We had to be creative. So I persuaded a younger member of the group to get on to the rock below the tree and started reaching out for the  fruits.

There it is ! My.....its "kelat" and bitter.
So dear friends, if you have never tried tasting them fresh before, it's okay. You don't miss much.
Just buy them from the traditional market (souk). Some sample below.
(note the beautiful scenery at the background)


From olive galore let's move on to the bazzar they called Jami' Fna. Don't ask me what it means. Just come with me and look at these chariots. Beautiful horses from afar and my hubby wanted to take a joy ride back to the hotel but decided otherwise as we came near them because he was afraid he could not handle sitting behind horses that are not well-groomed.







So we decided to go into the souk that sells all sorts of things from clothes, shoes, leather bags, you name it. We decided to  look around and maybe buy some traditional garments for dear hubby which they called the 'jubah'.
I had a slight discomfort in my stomach on that day and decided just to be with the crowd outside while waiting for dear hubby to get a good bargain price for what he wanted.

Later, when the haggling and the buying is done, I suggested to hubby to go into the food section and have a snack while waiting for the bus. It was not just a snack. Hubby and another friend could not resist the local delicacies. So we sat down to have lamb grilled the Moroccan way.



That was half the "fun". Now let me take you to some of the beautiful eating places the agency took us. The food was excellent if you like Couscous. Otherwise, bite your finger. Some of us improvised on what was served the Malaysian way....couscous with " rendang". Great taste!


Beautiful interior decor. This is our group leader, Professor Wahab
 from The Open University, Kuala Lumpur.
He speaks French besides English and some Arabic. It was fun having him around. He connects us with the local intellectuals (and beautiful French speaking  girls too).

Another beautiful eating place.

Wow....look at this! This the Moroccan version of the TEH TARIK man.


We were also shown beautiful monuments. 
This is an example where king (? sorry I forgot which King) lived with his four wives. 
This palace is called Palais Bahia.Those days palaces and traditional houses do not have windows facing outside. Windows are built only between rooms in the house or Palace.
(I asked why so. I didn't get a good answer. My guess is, that was the way the Master of the house control their women. Dear friends, doesn't it sound logical ?)

This is the Facade of the Royal Palace in Fez.

Some of us may wonder and want to know about the long bus trips from city to city. They do not have R&R like we do in Malaysia. "Toilet stops" are done on goodwill basis as in this Cafe or a Gas Service Station like the  one below. They are all nice and very clean 

Beautiful Gas station. We had coffee and snacks to rest our aching backs. The younger members of our group shop for tit-bits. See the sign...like we were in Paris.

Morocco has huge farmlands. This is an example where sheep grazed in abundance.

A cluster of farm houses seen from a distance.


Flowers ? Not much and nothing extraordinary. I snapped some because I love flowers and I never missed any in my trips. But this snap shot below is something I have not seen before. 
It is from a cactus plant, a native specie of the Moroccan land.


A closed-up look.

Finally the tour agency brought us to CHEZ ALI for dinner and cultural show.

There was a display of horsemen riding at great speed and dead stopped to shoot out
presumably at enemies. Nothing much on the show but it was fun all the same.


Hubby and I struggling to enjoy the show because the night was rather cold.

The Prayer Hall of King Hassan ll Mosque after the  Solat Maghrib ( prayers at dusk)

All is well that ends well. On the final night of our stay in Casablanca, Morocco, we had the chance to pray at the Grand Mosque. Above is a  photo shoot after the prayer at dusk (Maghrib) in the Hall for Women.
Alhamdulilah. All praises be to Allah, God Almighty.

One shot with dear hubby at the front of the Mosque. Doesn't he look Morrocan ?

King Hassan ll Mosque by night. May this great mosque be a Centre of Learning
for people across the World. May Allah bless the people of Morocco and bless us all.
Ameen, Ya Rabb.
.....

Thursday, December 6, 2012

Morocco - World Heritage....apa impaknya.



Kesan-kesan warisan peninggalan kerajaan Rome di Volubilis.

Semasa sekolah saya langsung tidak minat mata pelajaran sejarah. Alangkah ruginya. Setelah berkerja dan telah mendapat pendedahan banyak perkara mengenai hidup dan kehidupan barulah saya dapat menghargai apa itu sejarah dan impaknya pada kehidupan umat manusia dari zaman kezaman.  Semasa melawat kesan sejarah Rome seperti foto di atas saya menyatakan pada seorang teman yang bersama saya: Lebih 15 tahun dulu semasa saya melawat Jordan saya kagum dengan kesan sejarah kesan sejarah peninggalan empire Rome di Petra. Begitu jauh kerajaan Rome menguasai dunia. Kini saya terasa "bodoh" sekali lagi kerana baru tahu Rome juga berpengaruh hingga ke Morocco. Saya termenung sejenak memikirkan hakikat bahawa walau sebesar mana pengaruh Rome, pengaruh Islam adalah lebih besar di zaman Rasulullah dan Sahabat-sahabat Baginda. Ia samapi ke penghujung dunia seperti Afrika Selatan, China dan seterusnya. Tetapi kini pengaruh Islam seperti tergadai. Kata Syed Khutub antara sebab runtuhnya Empire Islam ialah kerana umatnya lebih melihat kepada kekayaan dunia semata-mata. Umat Islam runtuh akhlaknya, runtuh segalanya. Maka saya tidak puas-puas berfikir dimana kesalahan saya dalam senario ini. Sambil melihat-lihat bumi Moroccosaya berfikir di mana akan saya letak kesalahan saya ini.

Ya Allah, aku mohon keampunan dan tunjukilah jalan bagaimana aku dapat membela diri.

Maka dalam perjalanan melihat kesan-kesan sejarah yang lain saya terus tertanya-tanya di hati  atas setiap yang saya lihat. Apabila kami dibawa melawat kesan sejarah yang di panggil Medina di Fez terutamanya, saya ingin tahu kenapa kesan sejarah ini dipelihara hingga kini.

Fez adalah bandar tertua di Morocco yang dibina oleh King Idris ke ll dalam tahun 808. Ia berprestige dari segi seni binanya, seni ukirnya dan berbagai lagi seni hingga ke negara Eropah. Mereka juga mempunyai daya intelek yang tinggi yang dapat menghasilkan berbagai kejayaan di bidang pembangunan di kurun itu. Kata pemandu pelancung pada kami kegemilangan kerajaan Islam satu ketika dulu di Sepanyol adalah juga sumbangan tokoh-tokoh Islam berbagai bidang dari Morocco terutama di bidang seni bina yang ada kesan warisannya hingga kehari ini. Saya belum pernah ke Sepanyol dan hanya mendengar ceritanya sahaja. Siapa mempengaruhi siapa mungkin berlainan cerita dari ahli sejarah yang mahir.




Di Fez saya hanya ingin berkongsi pengalaman melawat "Medina" yang telah wujud berkuru-kurun lamanya. Medina adalah perkampungan yang sekarang digazette oleh UNESCO sebagai Worlad Heritage yang perlu dipelihara untuk disaksi oleh generasi kini dan seterusnya.

Foto di kiri ini adalah jalan untuk masuk ke kawasan Medina itu. Perkampungan ini terletak didalam kepongan kota yang dibina oleh pemeritah di zaman itu sebagi usaha menjaga keselamatan rakyatnya dari musuh-musuh luar. Di bandar-bandar lain kami dapati sememangnya banya tembok-tembok kota seperti gambar di bawah ini sebagai contoh.


Berikut ini adalah foto-foto sepanjang perjalanan kami melihat-melihat di "high street" Medina ketika ini yang menggambarkan apa yang berlaku ketika dahulu pada rakyat tempatan di Morocco.

  Pemandu Pelancung kami, Idris namanya, menunjuki jalan yang sempit. Ini permulaan jalan liku-liku yang sangat sempit untuk selama lebih 3 jam.

 
Hanya dua atau tiga orang sahaja yang boleh berselisih laluan. Bayangkan sempitnya.

Ini antara kedai-kedai yang menjual makanan tempatan. Foto di atas ini adalah kedai  buah-buahan kering dan di bawah ini adalah kedai  sebahagian makanan laut segar. Yang tergantung ini adalah siput laut tempatan.


Lihat bagaimana kami berkongsi laluan sempit dengan keldai membawa barangan untuk perniagaan.
 Perkongsian ini buka sekali bukan dua kali. Amat sering.
 Kalu bukan keldai ada pula kereta sorong yang berat dan ditolak laju oleh dua atau tiga orang pekerja. Kalau kita lambat mengelak maka kita akan kena rembat.
 Boleh jatuh tergolek kerana jalan-jalan itu ada yang basah dan licin.

Menyediakan keldai untuk mengangkat barang-barang perniagaan.

Ini antara laluan yang tidak sesak. Kadangkala laluan ini hanya cukup untuk seorang berjalan dan jika berselisih kenlah mengiringkan diri. Agaknya dulu orang Morocco ramai yang slim bentuk badannya.

Tetapi di dalam celah-celah jalan yang sempit ada lorong masuk ke dalam kedai yang agak besar. Antaranya ialah kedai karpet. Penerangan diberi dan ada antara ahli yang terpikat dan membeli. Saya rasa kualitinya tidak sehebat kualiti di Turkey. Itu hanya pendapat saya.
 Kami tidak ditunjuki tempat membuat karpet-karpet tersebut.

Ini jalan sempit naik tangga untuk kekedai menjual kulit dari binatang ternakan tempatan. 
Mutu kulit baik tetapi seni buatannya kurang halus dan cantik. Kalau membeli mesti menawar sekurang-kurangnya mula dari 50% harga tawaran.
Untuk foto di bawah ini saya tersenyum lebar. Tetapi sebenarnya bau kulit-kulit itu menguji ketahanan deria bau hidung saya.

 Tempat jualan di sebelah atas dan 
di bawahnya tempat mengawit dan memproses warna kulit-kulit tersebut seperti di bawah ini.

Bau kilang ini bukan sesuatu yang dapat diterima semua. Nyata ia sangat traditional dan kurang
penguatkuasaan kebersihan dan keselamatan.

Tetapi di celah-celak tempat sebegini ada semacam kelas tadika.
 Pintunya kecil dan kelasnya pun kecil. Ketika foto diambil saya tidak nampak ada gurunya.

Walau bagaimana pun ada juga terbina Makam Ulamak silam yang sering dikujjungi
 penduduk dari jauh dan dekat. Hiasan ukirannya cantik. Tetapi untuk apa ye?
Saya khuatir ia menggalakan amalan kurafat. Kami tidak masuk ke dalam.
Pemandu kami pun tidak minat bercerita panjang mengenainya.

Ada juga Masjid yang bersih kelihatan dari pintu besarnya. Kami tidak masuk dan hanya melihat dari luar kerana sudah kepenatan berjalan tanpa rehat. Tiada tempat duduk disepanjang perjalanan kami melainkan yang ada di kedai karpet di mana kami dihidangkan air teh panas tempatan.

Ini jualan manisan. Orang Arab Morocco seperti Arab di negara lain yang saya lawati
 sememangnya suka manisan. Ada ahli kami yang membeli untuk ole-ole.

Maka apakah yang terjadi selepas lawatan ini. Saya sakit perut dan mabuk kerana terlalu banyak berjalan dalam keadaan saya lapar kerana makanan tempatan kurang sesuai dengan selera saya. Saya ingin kongsikan pengalaman ini kerana saya kagum dengan orang tempatan yang hidup bertahun-tahun dalam keadaan demikian.

Kenapakah tempat ini masih dikekalkan. WORLD HERITAGE kata UNESCO. Satu warisan yang harus dipelihara untuk generasi mendatang.

Tetapi pada pemerhatian saya ini bukan untuk "kebaikan" generasi akan datang. Ini hanya pertunjukan untuk pelancung. Pelancung adalah manusia yang datang dan pergi. Siapa pun tidak kisah melainkan  orang yang dapat meraih keuntungan darinya.

Majority penduduk Morocco terdiri rakyat miskin. Penduduk Morocco terdiri lebih kurang 31 juta manusia dalam tahun 2010 mengikut laporan World Bank yang saya perolehi dari google. Penduduk luar bandar adalah lebih kurang 13 juta. Dari pada bilangan ini ada yang mengatakan lebih 4 juta penduduk hidup di bawah paras miskin. Majoritinya tidak tahu membaca dan menulis.

Maka saya berfikir kalau saya menjadi sebahagian dari pembuat dasar negara maka saya lebih cenderung membina sekolah-sekolah hingga ke seluruh pelusuk negara supaya rakyat menjadi bijak dan berkemahiran. Maka barulah negara boleh membangunan. Pada saya janganlah mengikut benar pendapat dan kehendak badan-badan antarabangsa yang memperakukan itu dan ini untuk negara sendiri. Apa prestigenya "world heritage" kalau rakyat hidup miskin dan taraf kesihatan yang tidak memuaskan. Saya rasa mereka perlu penempatan semula ke kawasan-kawasan yang boleh di bangunkan tanahnya untuk pertanian.. Sekarang ini pembangunan infrastuktur seperti jalan, air ,elektrik dan sebagainya masih terhad terutamanya di kawasan luar bandar.

Tetapi ini hanya pendapat seorang pelancung yang datang hanya sekali. Mungkin ini satu pemerhatian yang kurang adil. Namun itulah yang saya rasai bila berputar-putar dibawa melihat-lihat. Walaubagaimana pun jangan silap erti. Kami juga di bawa melalui kawasan dimana dahulu "protectorate" Perancis membina "perkampungan mereka". Pada saya  ini seperti kuasa-kuasa penjajah yang lain mereka menguasai kekayaan dan membina kesenanagan untuk mereka dahulu. Kemudian barulah mereka ingat pada rakyat tempatan. Bukankah di Malaysia begitu juga?

Maka apabila kami dibawa melalui sebuah kawasa peranginan orang-orang kaya saya menyedari bahawa jurang perbezaan antara kaya miskin amat jauh sekali. Di bawah ini foto yang saya rakam disatu kawasan cantik dan meriah dalam perjalanan kami dari Fez ke Marakesch. Katanya orang Perancis yang membina tempat ini. Kawasan ini lebih sejuk dari kawasan di tepi pantai. Ia di pergunungan yang menarik pemandangannya. Rumah-rumah nampak tersergam indah.



 






Ini merakam 'gaya' suami saya di kawasan orang-orang kaya.

Begitulah hakikatnya hidup di Dunia. Tiada yang pasti. Yang pasti hanya mati. Tidak salah hidup mewah kalau kemewahan itu dikongsikan. Tidak salah hidup bahagia kalau kebahagiaan itu pun dikongsikan. Sama-sama kita fikir dan zikir.

....
Related Posts with Thumbnails