"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, December 14, 2012

Muar - dulu saya tak suka.....




A020 
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-'Ankabuut 29:20
 
Ramai juga antara kita yang suka pergi menjelajah jauh untuk melihat kebesaran Allah seperti yang tersebut dalam ayat di atas, (surah al Angkabut, ayat 20.) Kebesaran Allah ada di mana-mana asalkan sahaja kita melihat dengan mata hati. Subhanallah, Allahuakbar.

Pengalaman saya hujung minggu lalu mengingatkan saya fakta itu. Sudah lama suami saya mengajak  pergi ke Muar dalam perjalanan pulang dari Pontian, Johor. Tetapi sering tiada kesempatan. Maka pada Ahad baru-baru ini kami dengan dua teman suami isterri pergi ke Muar untuk mencari Sate buat sarapan di pagi hari.
 
 Pemandang dari jejantas berhampiran Perhentian Texi.
 

 
 Sudah beberapa tahun saya tidak ke bandar Muar. Maka saya agak teruja dengan perubahan dan perbezaan yang saya lihat. Dahulu kala ketika bersekolah, terutamanya semasa tingkatan enam dalam tahun enam-puluhan, saya tak suka Muar dan Johor Bahru sebab ketika itu sangat iri hati dengan pembangunan yang ada dan Pontian sentiasa dipinggirkan oleh kerajaan ketika itu. Semua pembangunan disalurkan ke dua bandar itu. Tentunya rakyat Pontian rasa kecewa.
 
Tidak mengapa kerana itu cerita lama dan pemikiran lama sudah jumud. Alhamdulilah kini berlainan. Tetapi saya masih merasakan dengan kekayaan yang ada di negara kita, sepatutnya pembangunan lebih giat lagi. Entahlah...mungkin kita perlu perubahan yang lain pula.
 
Sekadar melihat dan berfikir.....


 
...

4 comments:

Temuk said...

As-salam
Mengujakan, bila kita dapat ke tempat yang lama tidak kita singgahi dan melihat pelbagai perubahan yang berlaku di situ. Namun, apa pun yang indah Allah wujudkan tak mungkin sehebat apa yang diwujudkan di syurga-syurga-Nya. Dan apa juga kekurangan yang kita rasai di sini, sekalipun pada zahirnya kita sepatutnya boleh cuba mengubahnya, adalah dengan kehendak-Nya juga. Dia maha mengetahui kebaikan segala kekurangan itu untuk kita. Matur nuwun.

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan.

Saya pernah tinggal di JB selama setahun lebih ketika sambung belajar di UTM dalam tahun 91 hingga 93, selalulah ulang-alik seminggu atau dua minggu sekali.. suka bila lalu jambatan Muar untuk meninjau sungainya..

Salah satu cara Allah menyuruh kita mengenaliNya ialah dengan mengkaji perjalanan sejarah umat manusia dan melihat serta mengambil iktibar.

Saya baca semua kisah perjalanan kak ke Morocco tu. Terima kasih berkongsi.

ngasobahseliman said...

Waalaikummussalam Pak Temuk. Terima kasih mamper lihat "rambling" saya di musima cuti sekolah ni. Betul kata Pak Temuk tu. Semoga dalam kekurang ada hikmah yang dinikmati. Semoga Allah mengampuni kekurangan dan kelemahan. Semuanya atas kehendak Allah. Namun sunatullah juga kita harus amati.Kesuwun memberi ingatan.

ngasobahseliman said...

Salam Werda.
Semoga sihat-sihat. Sejarah umat manusia sekarang akak cuba ikuti di mana sahaja ada peluang. Baru nak tahu betapa kita lemah kerana tidak tahu sejarah perjuangan orang-orang beriman. Doakan akak tidak lagi ketinggalan.

Related Posts with Thumbnails