"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, December 1, 2012

Morocco - Masjid dan Ilmu.




Antara tarikan para pelancung ke Morocco ialah Masjid King Hassan ll.

Pertama kali kami dibawa ke Msajid King  Hassan ll ialah pada pagi hari pertama kami di Casablanca. Kami melihatnya dari luar sahaja kerana rupa-rupanya masjid hanya di buka waktu solat 5 waktu  pada hari-hari biasa. Saya ingatkan tersalah dengar dan seperti tidak percaya bahawa fakta itu benar dan nyata. Jika kita hendak masuk pada ketika lainnya maka kita akan dikenakan bayaran 120 Dirham seorang dan dipimpin oleh seorang pemandu.

Saya rasa agak kecewa tetapi cuba bertenang. Kata ustaz: fikir dan zikir....

Saya membawa diri ke Casablanca dengan harapan dapat melihat sepuas hati masjid yang tebesar di Morocco dan hanya kedua terbesar selepas Masjid Haram di Makkah. Menaranya 200 meter adalah yang tertinggi di dunia.Difahamkan juga didalamnya ada dewan seminar, museum, komplex kebudayaan, khutubkhanah, dan berbagai lagi. Malangnya kami tidak melihatnya dan cuma berlegaran di luaran sahaja.



Kemudian kami beredar ketempat lain denagan berbagai rasa dan berbagai pertanyaan yang tiada jawapan. Begitu indah masjid tetapi tidak ada ruang dan peluang pada bila-bila masa untuk masuk solat di dalamnya, walaupun setakat solat sunat tahayatul masjid. Ia berdiri tersergam hanya untuk tontonan orang biasa jika tiada kena pada masanya ia dibuka. Mungkin ada rahsia tersirat.

Saya kira pasti kos pembinaannya memakan belanja ribuan juta dollar. Sememangnya kagum melihatnya walaupun dari luaran sahaja. Tetapi kalau bukan untuk kebebasan bersolat bagi sesiapa jua, maka saya kira munafaatnya tidak dapat di optimakan. Itu pendapat saya. Lantas saya teringat seorang ulamak ternama berbangsa Turkey, Fethullah  Gullen pernah membuat kenyataan yang lebih kurang bermaksud: Adakah lebih baik membina masjid yang besar dan cantik atau adakah  lebih baik  membina institusi pendidikan yang besar, lengkap dengan alat kelengkapan pengajaran dan pembelajaran yang canggih-canggih ? Is it not better to build good schools rather than build beautiful mosques.

Apa nak jawab ye?

Maka dalam menulis entry ini saya rujuk sedikit mengenai hal pendidikan di Morocco dari Wikipedia melalui google search. Antara lain katanya : Di Morocco pendidikan wajib dimulakan dari tahun 1963.(Tetapi tidak disebut bagaimana ia menguatkuasakan dasar ini). Dasar keciciran adalah tinggi. Hanya 61.7% pada tahun 2006 yang menghabiskan sekolah. Kadar buta huruf (illiteracy rate) adalah juga tinggi. Secara hitung panjang 52% dewasa tidak boleh membaca dan menulis. Perempuan kadarnya lebih tinggi, iaitu hingga 83% di kawasan luar bandar dan disetengah-setengah kelumpuk hingga 90%. Di Morocco Maths dan Sains diajar dalam bahasa Perancis. (teringat Malaysia dalam bahasa Inggeris) . Kekurangan guru Perancis menjadi masaalah utama dan kerajaan Morocco mengimport guru dari luar negara. Demikian juga di peringkat kolej dan universiti.

Institusi pendidikan atau sekolah adalah pusat menyebarkan ilmu, semua jenis ilmu. Al Quran pun mula dengan ayat IQRA'. Maka saya kurang faham mengapa Morocco membina masjid yang indah tetapi tidak menitikberatkan pembinaan sekolah-sekolah yang baik dan lengkap. Hasilnya menjadi seperti apa yang saya rakam di para atas. Dalam Islam Ilmu sangat dituntut dan diutamakan. Di masjid yang cantik tetapi selalu tertutup, waktu mana pula ia diguna untuk menyebar ilmu pada rakyat umum dan bukan hanya golongan yang terpilih sahaja. Saya terfikir-fikir. Pastinya ada sesuatu yang saya tidak tahu. Tetapi hakikatnya ialah jika ramai rakyat terpelajar dalam ilmu akademik dan ilmu Quran maka dengan sendirinya Masjid akan dapat dimakmurkan.

Mungkin kita ingin memikirkan konsep kos melepas dalam konteks ini. Jutaan Dollar boleh disalurkan untuk pembinaan sekolah-sekolah diluar bandar dan untuk latihan guru yang cekap dan mencukupi. Maka lebih ramai rakyat jelata mendapat peluang untuk pendidikan yang menyeluruh. Kita berpegang pada prinsip : Tiada Ilmu maka tiada pembangunan dan kemajuan.

Setengah teman yang bersama dalam pakej pengembaraan ini mengatakan pada saya jangan terlalu berfikir. Kita bercuti. Lihat dan bersenang-senang. (We are on a holiday. Think about having fun and relax). Mana mungkin jiwa saya relaks. Sebagai orang Islam dan menjadi sebahagian dari umat Islam sejagat, saya sentiasa rasa sakit...cubit peha kiri peha kanan sakit juga.



Sepanjang perjalanan saya menaruh harapan semoga apa yang saya khuatiri mengenai kelemahan sektor pendidikan dan sektor dakwah adalah hanya dalam fikiran saya sahaja. Bagaimana orang Islam dapat memerintah dan menguasai dunia  jika tidak ada ilmu.

Maka pada hari Jumaat,  semasa di Marakech,  apabila mendengar ahli rombongan lelaki ingin solat Jumaat bersama penduduk tempatan saya rasa seronok kerana pastinya akan dapat memahami sedikit sebanyak pemikiran penduduk tempatan. Mereka dibawa ke sebuah masjid yang agak terkenal di daerah itu iaitu Masjid  Kurtubiah  atau Masjid Koutoubia atau Booksellers Mosque.  Tetapi malangnya tidak dibenarkan masuk kerana Sultan solat di situ dan atas sebab-sebab keselamatan hanya mereka yang dijemput rasmi sahaja yang boleh solat di masjid itu. Maka ahli rombongan kenalah pergi cepat-cepat dan berebut-rebut ke Masjid lain.
Mujurlah di Malaysia tidak begitu. Sultan kita  mesra Rakyat, alhamdulilah.






Dalam perjalanan pulang dari makan tengah hari selepas solat Jumaat, kami bertemu dengan sekumpulan pelajar Malaysia yang menegur kami dahulu. Baik budi bahasanya. Lantas saya bertanyakan betulkah solat di masjid di Morocco punya peraturan tertentu yang bolih menyulitkan orang ramai. Mereka senyum mengiakan. Katanya dalam tahun 2010 pernah terjadi huru hara di masjid maka mereka amat berhati-hati.

Mereka menuntut di Morocco kerana pengajian di sana tidak dikenakan yuran. Mereka hanya perlu dana untuk sara hidup dan keperluan lain. Kebanyakakn mereka dibiayai oleh kerajaan negeri.  Ada yang sudah sampai keperingkat sarjana. Pada malamnya kami bertemu dengan kumpulan pelajar yang lain. Kali ini saya sarankan untuk mereka belajar bahasa Perancis. Itu sahaja yang dapat memberi kelainan berbanding dengan pelajar dari Mesir, Jordan dan sebagainya.

Saya akhiri catatan kali ini hadis berikut:

Bermegah Dengan Binaan Masjid
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bin Malik :
قال الرسول e : لاتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِى المَسَاجِدِ
Maksudnya: Tidak akan berlaku qiamat sehingga umatku hanya bermegah-megah dengan binaan masjid sahaja

WaAllahua'lam.


...         

4 comments:

Kerabu Jantung said...

Salam Sis,

Saya setuju benar - pelajar-pelajar kita di sana belajar bahasa Peranchis, kalau tidak rugi begitu je kalau tak ambil kesempatan yang ada.

Saya pernah rasa kecewa dan rugi sebab tak dapat berkomunikasi dengan pekerja-pekerja wanita di tempat saya menginap...

Non France , non Arabic (language ) ?

My answer is no, no!

The ground people don't speak Inggelish

ngasobahseliman said...

Salam Sis. Betul tu. Kadang-kadang kalau dibawa ke tempat yang dahulu dikuasai Perancis, di tengah-tengah bandar, I thought I am in Paris. Hanya dengar bahasa Perancis. Dulu belajar Perancis sampai Intermediate level. Tapi tak boleh faham bila dengar cakap depa. Rasa rugi.

lina said...

Allah hu Akhbar teruja nya nk ke morocco moga Allah iznkan musafir ke morocco dec 2014 insya Allah

Unknown said...

Salam Sis

Yupp! Setuju...jk mahal dan indahnya masjid hanya utk tatapan luaran terasa rugi yg amaaaaaaat! Tiada konsep mengimarahkan ....dan bebas beribadah dirumah Allah...

Related Posts with Thumbnails