Kesan-kesan warisan peninggalan kerajaan Rome di Volubilis.
Semasa sekolah saya langsung tidak minat mata pelajaran sejarah. Alangkah ruginya. Setelah berkerja dan telah mendapat pendedahan banyak perkara mengenai hidup dan kehidupan barulah saya dapat menghargai apa itu sejarah dan impaknya pada kehidupan umat manusia dari zaman kezaman. Semasa melawat kesan sejarah Rome seperti foto di atas saya menyatakan pada seorang teman yang bersama saya: Lebih 15 tahun dulu semasa saya melawat Jordan saya kagum dengan kesan sejarah kesan sejarah peninggalan empire Rome di Petra. Begitu jauh kerajaan Rome menguasai dunia. Kini saya terasa "bodoh" sekali lagi kerana baru tahu Rome juga berpengaruh hingga ke Morocco. Saya termenung sejenak memikirkan hakikat bahawa walau sebesar mana pengaruh Rome, pengaruh Islam adalah lebih besar di zaman Rasulullah dan Sahabat-sahabat Baginda. Ia samapi ke penghujung dunia seperti Afrika Selatan, China dan seterusnya. Tetapi kini pengaruh Islam seperti tergadai. Kata Syed Khutub antara sebab runtuhnya Empire Islam ialah kerana umatnya lebih melihat kepada kekayaan dunia semata-mata. Umat Islam runtuh akhlaknya, runtuh segalanya. Maka saya tidak puas-puas berfikir dimana kesalahan saya dalam senario ini. Sambil melihat-lihat bumi Moroccosaya berfikir di mana akan saya letak kesalahan saya ini.
Ya Allah, aku mohon keampunan dan tunjukilah jalan bagaimana aku dapat membela diri.
Maka dalam perjalanan melihat kesan-kesan sejarah yang lain saya terus tertanya-tanya di hati atas setiap yang saya lihat. Apabila kami dibawa melawat kesan sejarah yang di panggil Medina di Fez terutamanya, saya ingin tahu kenapa kesan sejarah ini dipelihara hingga kini.
Fez adalah bandar tertua di Morocco yang dibina oleh King Idris ke ll dalam tahun 808. Ia berprestige dari segi seni binanya, seni ukirnya dan berbagai lagi seni hingga ke negara Eropah. Mereka juga mempunyai daya intelek yang tinggi yang dapat menghasilkan berbagai kejayaan di bidang pembangunan di kurun itu. Kata pemandu pelancung pada kami kegemilangan kerajaan Islam satu ketika dulu di Sepanyol adalah juga sumbangan tokoh-tokoh Islam berbagai bidang dari Morocco terutama di bidang seni bina yang ada kesan warisannya hingga kehari ini. Saya belum pernah ke Sepanyol dan hanya mendengar ceritanya sahaja. Siapa mempengaruhi siapa mungkin berlainan cerita dari ahli sejarah yang mahir.
Di Fez saya hanya ingin berkongsi pengalaman melawat "Medina" yang telah wujud berkuru-kurun lamanya. Medina adalah perkampungan yang sekarang digazette oleh UNESCO sebagai Worlad Heritage yang perlu dipelihara untuk disaksi oleh generasi kini dan seterusnya.
Foto di kiri ini adalah jalan untuk masuk ke kawasan Medina itu. Perkampungan ini terletak didalam kepongan kota yang dibina oleh pemeritah di zaman itu sebagi usaha menjaga keselamatan rakyatnya dari musuh-musuh luar. Di bandar-bandar lain kami dapati sememangnya banya tembok-tembok kota seperti gambar di bawah ini sebagai contoh.
Berikut ini adalah foto-foto sepanjang perjalanan kami melihat-melihat di "high street" Medina ketika ini yang menggambarkan apa yang berlaku ketika dahulu pada rakyat tempatan di Morocco.
Pemandu Pelancung kami, Idris namanya, menunjuki jalan yang sempit. Ini permulaan jalan liku-liku yang sangat sempit untuk selama lebih 3 jam.
Hanya dua atau tiga orang sahaja yang boleh berselisih laluan. Bayangkan sempitnya.
Ini antara kedai-kedai yang menjual makanan tempatan. Foto di atas ini adalah kedai buah-buahan kering dan di bawah ini adalah kedai sebahagian makanan laut segar. Yang tergantung ini adalah siput laut tempatan.
Lihat bagaimana kami berkongsi laluan sempit dengan keldai membawa barangan untuk perniagaan.
Perkongsian ini buka sekali bukan dua kali. Amat sering.
Kalu bukan keldai ada pula kereta sorong yang berat dan ditolak laju oleh dua atau tiga orang pekerja. Kalau kita lambat mengelak maka kita akan kena rembat.
Boleh jatuh tergolek kerana jalan-jalan itu ada yang basah dan licin.
Menyediakan keldai untuk mengangkat barang-barang perniagaan.
Ini antara laluan yang tidak sesak. Kadangkala laluan ini hanya cukup untuk seorang berjalan dan jika berselisih kenlah mengiringkan diri. Agaknya dulu orang Morocco ramai yang slim bentuk badannya.
Tetapi di dalam celah-celah jalan yang sempit ada lorong masuk ke dalam kedai yang agak besar. Antaranya ialah kedai karpet. Penerangan diberi dan ada antara ahli yang terpikat dan membeli. Saya rasa kualitinya tidak sehebat kualiti di Turkey. Itu hanya pendapat saya.
Kami tidak ditunjuki tempat membuat karpet-karpet tersebut.
Ini jalan sempit naik tangga untuk kekedai menjual kulit dari binatang ternakan tempatan.
Mutu kulit baik tetapi seni buatannya kurang halus dan cantik. Kalau membeli mesti menawar sekurang-kurangnya mula dari 50% harga tawaran.
Untuk foto di bawah ini saya tersenyum lebar. Tetapi sebenarnya bau kulit-kulit itu menguji ketahanan deria bau hidung saya.
Tempat jualan di sebelah atas dan
di bawahnya tempat mengawit dan memproses warna kulit-kulit tersebut seperti di bawah ini.
Bau kilang ini bukan sesuatu yang dapat diterima semua. Nyata ia sangat traditional dan kurang
penguatkuasaan kebersihan dan keselamatan.
Tetapi di celah-celak tempat sebegini ada semacam kelas tadika.
Pintunya kecil dan kelasnya pun kecil. Ketika foto diambil saya tidak nampak ada gurunya.
Walau bagaimana pun ada juga terbina Makam Ulamak silam yang sering dikujjungi
penduduk dari jauh dan dekat. Hiasan ukirannya cantik. Tetapi untuk apa ye?
Saya khuatir ia menggalakan amalan kurafat. Kami tidak masuk ke dalam.
Pemandu kami pun tidak minat bercerita panjang mengenainya.
Ada juga Masjid yang bersih kelihatan dari pintu besarnya. Kami tidak masuk dan hanya melihat dari luar kerana sudah kepenatan berjalan tanpa rehat. Tiada tempat duduk disepanjang perjalanan kami melainkan yang ada di kedai karpet di mana kami dihidangkan air teh panas tempatan.
Ini jualan manisan. Orang Arab Morocco seperti Arab di negara lain yang saya lawati
sememangnya suka manisan. Ada ahli kami yang membeli untuk ole-ole.
Maka apakah yang terjadi selepas lawatan ini. Saya sakit perut dan mabuk kerana terlalu banyak berjalan dalam keadaan saya lapar kerana makanan tempatan kurang sesuai dengan selera saya. Saya ingin kongsikan pengalaman ini kerana saya kagum dengan orang tempatan yang hidup bertahun-tahun dalam keadaan demikian.
Kenapakah tempat ini masih dikekalkan. WORLD HERITAGE kata UNESCO. Satu warisan yang harus dipelihara untuk generasi mendatang.
Tetapi pada pemerhatian saya ini bukan untuk "kebaikan" generasi akan datang. Ini hanya pertunjukan untuk pelancung. Pelancung adalah manusia yang datang dan pergi. Siapa pun tidak kisah melainkan orang yang dapat meraih keuntungan darinya.
Majority penduduk Morocco terdiri rakyat miskin. Penduduk Morocco terdiri lebih kurang 31 juta manusia dalam tahun 2010 mengikut laporan World Bank yang saya perolehi dari google. Penduduk luar bandar adalah lebih kurang 13 juta. Dari pada bilangan ini ada yang mengatakan lebih 4 juta penduduk hidup di bawah paras miskin. Majoritinya tidak tahu membaca dan menulis.
Maka saya berfikir kalau saya menjadi sebahagian dari pembuat dasar negara maka saya lebih cenderung membina sekolah-sekolah hingga ke seluruh pelusuk negara supaya rakyat menjadi bijak dan berkemahiran. Maka barulah negara boleh membangunan. Pada saya janganlah mengikut benar pendapat dan kehendak badan-badan antarabangsa yang memperakukan itu dan ini untuk negara sendiri. Apa prestigenya "world heritage" kalau rakyat hidup miskin dan taraf kesihatan yang tidak memuaskan. Saya rasa mereka perlu penempatan semula ke kawasan-kawasan yang boleh di bangunkan tanahnya untuk pertanian.. Sekarang ini pembangunan infrastuktur seperti jalan, air ,elektrik dan sebagainya masih terhad terutamanya di kawasan luar bandar.
Tetapi ini hanya pendapat seorang pelancung yang datang hanya sekali. Mungkin ini satu pemerhatian yang kurang adil. Namun itulah yang saya rasai bila berputar-putar dibawa melihat-lihat. Walaubagaimana pun jangan silap erti. Kami juga di bawa melalui kawasan dimana dahulu "protectorate" Perancis membina "perkampungan mereka". Pada saya ini seperti kuasa-kuasa penjajah yang lain mereka menguasai kekayaan dan membina kesenanagan untuk mereka dahulu. Kemudian barulah mereka ingat pada rakyat tempatan. Bukankah di Malaysia begitu juga?
Maka apabila kami dibawa melalui sebuah kawasa peranginan orang-orang kaya saya menyedari bahawa jurang perbezaan antara kaya miskin amat jauh sekali. Di bawah ini foto yang saya rakam disatu kawasan cantik dan meriah dalam perjalanan kami dari Fez ke Marakesch. Katanya orang Perancis yang membina tempat ini. Kawasan ini lebih sejuk dari kawasan di tepi pantai. Ia di pergunungan yang menarik pemandangannya. Rumah-rumah nampak tersergam indah.
Ini merakam 'gaya' suami saya di kawasan orang-orang kaya.
Begitulah hakikatnya hidup di Dunia. Tiada yang pasti. Yang pasti hanya mati. Tidak salah hidup mewah kalau kemewahan itu dikongsikan. Tidak salah hidup bahagia kalau kebahagiaan itu pun dikongsikan. Sama-sama kita fikir dan zikir.
....