"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, January 29, 2016
'The Silent Majority'....
Dalam mengharungi kemelut politik dan ekonomi negara, saya rasa ramai yang merupakan sebahagian dari mereka yang dalam kategori kumpulan majority yang senyap membisu. Mereka bukan tidak berfikir dan tidak bijak memahami dan menganalisa apa yang berlaku, tetapi mereka amat berhati-hati supaya tidak mengerohkan lagi situasi. Pemimpin yang sensitif akan merasa gerun jika rakyatnya ramai yang membisu dan senyap sunyi kerana wujudnya 'deafening silence' adalah isyarat atau simbol sesuatu sedang meluap di dada tetapi terkawal. Pemimpin yang berwibawa akan banyak bermuhasabah diri. Dia harus boleh dan mahu menerima teguran dan peringatan dan tidak akan mengambil apa jua tindakan yang boleh menghakis kesepaduan dan harmoni dalam masyarakat dan negara seluruhnya.
Saya sendiri ingin mengatakan sesuatu secara kuat dan lantang tetapi bila teringatkan pesanan Nabi Muhammad Salallahualaihiwasalam supaya lebih baik diam, maka saya akur. Nabi junjungan kita adalah yang terbaik dicontohi. Baginda sentiasa berkata benar, amanah dan boleh dipercayai. Akhlaknya amat mulia dan semua yang berkeyakinan dengannya sentiasa rasa selamat dan sejahtera. Tiada bandingannya.
Ayuh kita fikir dan zikir. Kita memohon keampunan atas segala kelemahan dan kekurangan dari yang Maha Pencita dan maha Berkuasa. Kita usaha secara yang terdaya untuk mengatasi kesulitan keluarga akibat dari apa yang berlaku dan berdoa semoga Allah menurunkan pertolonganNYA yang tidak disangka-sanga. Semoga kemulut ini akan berakir dengan kesudahan yang membawa kesejahteraan pada semua.
Aamiin Ya Rabb.....
.......
Thursday, January 28, 2016
Ya Allah.........
Hari hampir malam, masih lagi merangkak diperjalanan.....,
Seperti hidup ini, mahu sahaja berkejaran dan sampai ke destinasi awal. Tetapi hakikat dalam hidup destinasi itu akhirnya adalah kematian, pertemuan kita dengan yang maha Pencipta, maha Agong maha Berkuasa. Sentiasa beringat....
Setibanya di rumah saya mendengari berita negara yang tidak menenangkan hati, berita yang sudah dijangka tetapi bila menjadi kenyataan ia menyedihkan. Tetapi tersentak pula bila tiba-tiba fikiran teringat pesanan supaya tidak bersedih menghadapi segala ketentuan Allah yang kita belum tahu hikmahnya. Maha suci Allah ..... DIA tidak menganiyaya hambanya.
Saya rasa ramai yang sudah tahu berita yang menyedihkan, merungsingkan dan membingungkan .....hal politik, hal ekonomi, hal pendidikan, hal kehakiman, hal perundangan dan berbagai lagi hal......mencabar kepedulian rakyat. Namun kita harus bertenang. Kebergantungan kita hanya pada Allah jua.
Ramai dari kalangan kita yang tiada kemampun berbuat apa-apa untuk mengubah atau membetulkan keadaan. Maka...... InsyaAllah kita kan terus berdoa, mohon Allah kurnia yang terbaik bagi kita di sisiNYA.
Ya Allah.........
Kami mohon keampunan atas segala dosa-dosa dan kesilapan kami
Tunjukilah kami Jalan yang Benar yang Engkau redhai
Dan bukan jalan-jalan yang Engkau murkai,
Kasihanilah kami....
Semoga apa yang berlaku hanya seketika dan tidak menjejas anak cucu, sanak saudara
Dan semua di Tanah Air tercinta.
Kurniakan atas kami pemimpin-pemimpin yang berilmu, beriman dan bertaqwa.
Memimpin penuh tulus ikhlas, tidak mengkhianati janji, dan sayang pada rakyat semua.
Pada Mu jua Ya Allah harapan kami,
Pada mu sahaja kebergantungan kami
Peliharalah kami dari kesulitan dan kepapaan
Dari musibah angkara kerakusan siapa jua yang engkar.
Kami berlindung dengan Mu dari keganasan cita-cita mereka yang lupa batasan
Mereka yang tidak ingat di hujung hidup ini adalah kematian,
Neraca keadilan Mu kami pasti dihadapkan
Semoga kami bersih dari segala kemungkaran
Mendapat kurnia Rahmat Mu yang tiada sempadan.
Dalam Syurga Firdaus Mu kami dihimpunkan.
Aamiin ya Rabb....
......
Tuesday, January 26, 2016
Menilai erti kecemerlangan....
Alhamdulilah...amat bersyukur pada Allah. Usaha mendidik anak istimewa bukan suatu yang mudah. Namun kami tidak berputus asa. Malah seronok berusaha sambil melihat dan menghayati kebesaran Allah.........
Huzaifah aka Ujai sudah beberapa kali saya ceritakan di blog ini. Ia istimewa bawah kategori ADHD. (Attentation Deficient Hyperactive Disoder). Sifat yang nyata pada Ujai ialah sukar untuk memfokus perhatian. Oleh itu cara mendidik dan mengajar sesuatu perlu penuh kesabaran. Jika dilihat pada zahirnya secara keseluruhan, seperti ia anak yang normal kerana kekurangannya dan kelemahannya hanya dapat dikesan oleh pakar. Ibunya menyertai program terepi yang sesuai dan yang mampu bayar dan sedikit demi sedikit sudah ketara kemajuannya. Saya rasa terharu apabila ibunya minta saya hadir dalam majlis penyampaian Anugerah Cemerlang untuk tahun 2015 pada hari Sabtu yang lalu.
Ujai mendapat tempat ke 3 dari lima orang pelajar istimewa di Sekolah Rendah Putrajaya Precint 8 (2). Nyata bukan suatu yang hebat bagi anak normal. Tetapi saya mengaanggapnya suatu perubahan sikap kematangan bagi dirinya. Alhamdulilah. Tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Di kelas pendidikan khas di sekolah itu ia tidak memuaskan hati saya sepenuhnya tetapi oleh kerana kami tidak mampu untuk ke sektor swasta maka kami terima seadanya.
Hari itu ia bangun agak awal dan terus bersedia untuk ke majlis di sekolahnya. Saya memerhati dengan rasa terharu memikirkan apalah masa hadapannya nanti. Kemudian teringat pesanan ustaz untuk sentiasa bersyukur atas apa jua ketentuan Allah. Semua ada hikmahnya yang kita tidak dapat bayangkan. Saya terus diam dan berzikir fikir.......
Dewan sekolah yang dihias cantik untuk menyeronokan pelajar. Kami datang awal kerana rasa teruja pertama kali saya ke majlis seperti itu, anak-anak istimewa bersama anak-anak normal dalam satu majlis.
Saya rakam peristiwa "bersejarah" baginya. Nanti dewasa dapat ia mengimbas kembali hari-hari dalam hidupnya.
Pelukan tahniah dari Tok Ayah. Huzaifah adalah cucu sulung kami.
Kasihnya Ibu membawa ke Syurga.....InsyaAllah semoga begitu.
Ia gigih mendidik dan bekorban masa.
Ia punya dua anak istimewa. Seorang lagi Otistik dan berumur 8 tahun.
Apabila pulang ke rumah saya berfikir dan berfikir mengapa Huzaifah masih di tahun 4 kerana jika mengikut umur ia harus berada di tahun 5 walaupun dalam kategori Pendidikan Khas. Saya bertanya pada ibunya. Guru yang bertanggongjawab menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan masih belum ada kurikulum untuk Tahun 5. Terkejut saya bila mendengarinya kerana sudah lebih 50 tahun Merdeka, anak-anak istimewa masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya.
Fikiran saya terus sahaja teringatkan kata seorang doktor pakar yang memeriksa Huzafah. Katanya antara masaalah apabila dewasa jika tidak mendapat pertolongan semasa kecil dalam bidang pendidikan, ia akan menjadi "Mat Rempit". Katanya kebanyakan Mat Rempit adalah anak-anak yang cerdik tetapi tidak mendapat pertolongan professional bagi mendapat pendidikan dan latihan yang membolehkankan dia menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya.
Semoga Huzaifah tidak akan menjadi masaalah pada keluarga dan masyarakat. Pagi tadi saya menghubungi seorang pegawai semasa saya bekerja di Kementerian Pendidikan untuk mengaturakan satu pertemuan dengan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.
Doakan saya berhasil mencari jalan yang sebaiknya bagi masa hadapan anak-anak seperti Huzaifah.
Mohon hidayah dan petunjuk Mu ya Rabb.....
.....
Monday, January 25, 2016
Tewaskan Musuh Dalaman.....
SEKADAR RENUNGAN.
Satu Nasihat penuh Hikmah....
Declare your jihad on thirteen enemies you cannot see - Egoism, Arrogance, Conceit, Selfishness, Greed, Lust, Intolerance, Anger, Lying, Cheating, Gossiping and Slandering. If you can master and destroy them, then will be ready to fight the enemy you can see.
Imam al Ghazali (carian google)
...
Satu Nasihat penuh Hikmah....
Declare your jihad on thirteen enemies you cannot see - Egoism, Arrogance, Conceit, Selfishness, Greed, Lust, Intolerance, Anger, Lying, Cheating, Gossiping and Slandering. If you can master and destroy them, then will be ready to fight the enemy you can see.
Imam al Ghazali (carian google)
...
Friday, January 22, 2016
"Dress Rehersal" untuk acara terakhir.....
Minggu lepas seorang teman akrab mengajak saya bersembang santai dengan beberapa teman lain seangkatan umur senja sempena pertemuan untuk makan-makan sambil mengagihkan peruntukan kewanagan yang mereka kumpul bersama untuk memudahkan mana-mana ahli yang memerlukan.
Sebelum makan kami membaca ayat Quran...Ya Siin semoga dapat memunafaatkan waktu bersama. Selepas itu saya di sarankan untuk berkongsi pengalaman hidup kerana saya adalah ahli yang tertua kerana hampir mencecah 70 tahun....umur keramat bagi saya kerana amat bersyukur sampai ketahap ini dan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.
Kumpulan di hadapan saya ini bijak pandai hampir kesemuanya, dan sebahagian besar adalah murid tua Kolej Tunku Khursiah. Mereka dahulunya memegang berbagai jawatan tinggi di dalam perkhidmatan awam dan ramai yang bergelar Datuk dan Datin dan juga Tan Sri dan Puan Sri. Ada juga yang sedang menjadi ahli Lembaga Pengarah Syarikat Swasta yang ternama.
Saya sendiri hanyalah bekas penjawat awam yang biasa-biasa sahaja dan berasal dari sekolah atap di kampung tempat saya dilahirkan. Kekadang rasa iri hati dengan mereka yang bertuah dapat belajar di sekolah ternama. Tetapi saya cepat-cepat menegur diri supaya bersyukur kerana limpah kurnia Allah dalam hidup ini semuanya baik jika kita dapat melihatnya dengan mata hati. Astaghfirullah......
Selepas doa membaca Ya Siin, saya minta memulakan bicara santai dan dengan senyum saya katakan saya ingin berkongsi rasa hati mengenai munafaatnya kita mengingati MATI. (The only sure thing in life is Death). Maka itu eluklah kita menghadapinya dan tidak cuba bertangguh-tanguh seolah-olah ada harapan kita tidak akan menemuinya. Begitulah manusia. Takut pada hakikat yang menggerunkan.....
Perhatikanlah.........Kalau kita boleh siap sedia hingga ke detik akhir semasa kita mengurus majlis untuk raja-raja atau majlis perkahwinan atau apa majlis sekali pun.....mengapa pula kita tidak terfikir untuk bersiap sedia dan mengurus diri untuk berjumpa malaikat yang akan "menjemput" kita. Ini suatu detik yang mesti kita lalui. Tiada jalan lain dan tiada helah yang boleh mengatasinya.
Yang utama sekali kita harus sediakan minda dan hati. Yakin peristiwa ini memerlukan komitmen kita sepenuhnya. Ilmu harus diikuti dengan amal, bukan amalan ikut fahaman sendiri yang mungkin sesat tetapi amalan yang kita lakukan dengan panduan guru yang mursyid. Ilmu dan amal yang melahirkan hikmah seperti yang dituntut dalam alQuran.
Persediaan kita ini ibaratnya seperti kita mengadakan "Dress Rehersal"........
Kita pastikan kita sentiasa dalam wudhu, dalam apa jua suasana. Cantikan diri dengan sentiasa memotong kuku dan lain-lain sepertinya dan apabila berdiri di hadapan cermin kita bayangkan bagaimana rupa kita setelah di kapankan nanti. Saya sendiri merasai ini bukan suatu yang mudah kerana kita tidak tahu apa yang akan kita lalui dan rasai nanti sebenarnya. Dengan itu kita pasti mengingatkan diri supaya menjaga nafsu supaya tidak dapat diheret syaitan untuk berbuat maksiat.
Kita sentiasa betaubat setiap detik semoga Allah mengampunkan segala dosa, yang nyata dan yang tersembunyi. Kita sentiasa membaharui Syahadah kita semoga Allah kurnia husnulkhatimah. Dan kita sentisa muhasabah diri untuk memastikan usaha pengabdian kita itu benar-benar tulus ikhlas kerana Allah semata-mata. Kita harus banyak berlapang dada dan memaafkan orang lain....semuanya.
Kemudian kita bayangkan perjalanan kita ke Tanah perkuburan tempat kita insyaAllah disemadikan. Mungkin kita disemadikan di dalam laut dan mungkin tidak tahu dimana dan tiada siapa yang tahu tempatnya.
Maka kita sentiasa memohon keampunan dari Allah semoga semua dosa-dosa Allah hapuskan. Kata Ustaz, manusia masuk Syurga Allah kerana kita tidak ada dosa. Maka kerana itulah sangat penting kita munajat bersungguh-sungguh memohon ampun dan sentiasa minta perlindungan dari Allah kita tidak mengulangi dosa atau jauh sekali melakukan dosa-dosa lainnya. Ustaz mengatakan bahawa amalan kita sebanyak mana sekalipun tidak dapat menghapuskan dosa kita melainkan Allah menghendakinya. Maka tidak betul kita berfahaman sekiranya timbangan kebaikan itu lebih berat dari timbangan kejahatan, maka sudah memadai. Tidak boleh difahami seperti kiraan matematik. Hakikatnya di sisi Allah berlainan. Yang berdosa harus di kenakan balasan di neraka dahulu. Nau'zubilahiminzalik. Sebab itu doa kita sentiasa "Wakinaazabinnar". Ya Allah, jauhkan aku dari api neraka.
Ada beberapa perkara lain yang boleh sentiasa mengingatkan kita akan hampirnya kematian, tanpa mengira umur. Kita sentiasa berdoa semoga umur kita sentisa bermunafaat dan semua perbuatan kita dalam Redha Allah. Ada seorang teman saya yang mengingatkan diri dengan membuat persiapan untuk acara memandikan jenazah dan mengapankannaya. Maka disimpan satu set kelengkapan di rumahnya dan siap berpesan pada waris apa yang perlu dibuat sekembalinya dia ke Rahmatullah. Saya sendiri ingin mencontohinya tetapi belum kesampaian. Semoga hati saya sentiasa terdorong untuk mengabdikan diri pada Allah sesempurna yang terdaya.
Ada beberapa perkara lagi yang harus kita sentiasa berwaspada, terutamanya diumur senja ini. Namun setakat itu sahaja saya bercerita di sini. Yang lainnya saya mengatakan saya sedang membaca sebuah buku RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKIRAT DAN QIAMAT yang ditulis oleh IMAM AL QURTUBI.
Saya belum habis membacanya. Buku ini mengutarakan dalil-dalil dari al Qurqn dan Hadith. Mana yang saya kurang faham saya tanyakan pada Ustaz. Lambat untuk menghabiskan Kitab ini dan semoga hajat saya kesampaian.
Ya Allah berikanlah kami Petunjuk dan Hidayah ke jalan yang Benar, Terimalah amalan kami, ampunkan dosa-dosa kami dan masukan kami dalam golongan para Syuhada', Sidiqin dan Solihain.
Aamiin ya Rabb.
.....
Thursday, January 21, 2016
Oh..Bagusnya Jiran Ku........
Issshh.....Rasa malu nak cerita.
Tetapi apa salahnya cerita sikit.
Saya tinggal di Kampung Tunku, SS1/24A , Petaling Jaya. Ini kawasan keturunan Melayu walaupun sempadan kawasan pilihan raya yang lebih besar menjadikan tempat ini kawasan DAP. Ini tidak menggangu ketenteraman hidup saya. Jiran-jiran saya pada awalnya terdiri dari keturunan Melayu. Tetapi kini setelah 30 tahun berlalu, jiran saya yang terdekat adalah dari keturunan bukan Melayu. Ini tidak menjadi masaalah bagi saya sebab falsafah hidup saya letak di atas prinsip al Quran bahawa tiada paksaan dalam beragama.
Maka saya ingin bercerita sedikit bahawa jiran-jiran saya baik-baik belaka. Alhamdulilah. Kisah yang terbaru ini membuat saya kagum dan termalu.
Dua minggu yang lalu suami dan saya membersihkan store rumah yang sudah amat teruk keadaannya dan boleh mengundang sesuatu yang tidak sihat seperti lipas dan mungkin juga mak menti....
Kami minta tolong pekerja pembersihan sambilan. Cepat sahaja siap kerana mereka muda belia dan nampak kuat tenaga. Barang-barang lama yang sudah tidak saya gunakan lagi saya mintak mereka angkat letak di luar gate saya tetapi hampir dengan gate jiran kerana kawasan saya amat kecil. Barang-barang lama seperti periuk, tikar, dapur lama, kerusi lama, baldi dan berbagai yang lama saya simpan kononnya hendak menggunakannya lagi. Tetapi bertahun terbiar sahaja dan jadi bobrok.
Sampah barang lama ini disusun rapai oleh pekerja yang kami upah. Tetapi pada esuknya datanglah 'scavenger' sampanh datang untuk cari barang yang boleh mereka gunakan atau mereka jual sebagai besi buruk atau apa jua. Habis dibongkar dan sampah menjadi berselerak tidak menentu seperti tidak terurus. Kemudian sekali lagi ia datang dan menjadikan tempat lebih berselerak dan kotor.
Saya kata pada suami untuk cepat mencari lori dan angkat barang-barang sampah itu. Belum pun sempat, seorang wartawan Berita Harian sudah ambil gambar dan masukan dalam berita. Kami tidak melanggan BH maka tidak tahu, hinggalah jiran memberi tahu.
Esuknya 14 Januari, jiran saya datang ke rumah dan menemui suami saya dan cerita perihal sampah itu. Sikapnya amat baik. Ia seorang keturunan India dan memanggil suami saya 'uncle'. Ia menawarkan diri untuk menolong kami membersihkan sampah-sampah itu sambil menunjukan pada kami foto dalam BH.
Kami rasa terkejut dan agak termalu. Tetapi amat berterima kasih pada jiran ini. Dia jauh lebih muda dan akan memanggil pekerjanya untuk membersihkan dan menggunakan lori untuk mengangakt. Kami beterima kasih atas tawaran itu dan mengatakan padanya untuk memberi tahu kami bayaran yang dikenakan.
Sekali lagi kami kagum kerana mereka kata supaya jangan berkira. Dia buat sukarela, tolong jiran yang lebih tua.
Itulah yang saya amat seronok untuk cerita sikap jiran yang pada saya luar biasa sikapnya. "Kejiranan tanpa Sempadan". Itu suatu pengajaran yang cukup berhikmah. Benar-benar semangat 1 Malaysia. Dalam hati saya mengatakan inilah adab berjiran seorang Muslim. Saya cerita pada kekawn dan sekarang saya cerita di sini. Saya cerita juga pada jiran yang lain. Senyum lebar dan memuji jiran yang baik budi ini.
Apa saya nak kata......
Saya cerita pada anak-anak untuk mencontohinya.
.....
Monday, January 18, 2016
Beautiful......
This quotation is beautiful....
Gives me a lot of comfort whenever I am feeling low....making doa, hoping I fall under this category.
If you see Allah, Mighty and Magnificent, holding back this world from you, frequently trying you with adversity and tribulation, know that you hold a great status with Him. Know that He is dealing with you as He does with His Awliya’ and chosen elite, and is watching over you.
Imam Al Ghazali.
Dari carian Google.
...
Sunday, January 17, 2016
Anak Ayah.....
Apabila umur meningkat melepasi gasrisan empat puluhan,
Sang ayah mencecah tujuh-puluhan
Lahir kemesraan yang tidak lagi dapat diabaikan.
Akan tersemat pautan mesra warisan Tok Ayah tersayang
Yang punya wawasan walaupun tidak dinyatakan
Hanya melalui contoh seperti seorang Ikon Ayah pilihan
Mengharapkan anak cucu merentasi segala halangan
Menghidupkan legasi kasih sayang tanpa sempadan
Bukan hanya keluarga terdekat, termasuk juga pupu-poyang.
Semoga Allah terus memandu wawasan sebuah impian,
Membina keluarga demi menyahut seruan
Membangun Ummah mengikut sirah Baginda Rasulullah tersayang,
Tiada bandingan.....
Bukan hanya keluarga terdekat, termasuk juga pupu-poyang.
Semoga Allah terus memandu wawasan sebuah impian,
Membina keluarga demi menyahut seruan
Membangun Ummah mengikut sirah Baginda Rasulullah tersayang,
Tiada bandingan.....
.....
Friday, January 15, 2016
Juma'at sendirian.....
Bila sendirian teringatkan berbagai rencah kehidupan....
Teringat juga cucu-cucu yang sudah lama tidak kelihatan dan tidak kedengaran. Di tahun baru 2016 ini semuanya kesibukan... sekolah baru, karenah baru dan berbagai yang baru yang saya yakin ibu bapa pun belum memahami kesemua yang guru sarankan. Mungkin juga guru pun belum faham semua dasar-dasar tahun baru mengnai persekolahan, terutamanya mengenai hal-hal penilaian pelajar.
Ini jangkaan saya sahaja kerana saya lama bekerja di Kementerian pendidikan di dekad yang lepas. Mungkin sekarang sudah berlainan. Semoga begitu untuk yang lebih positif demi pembangunan Ummah....
Sekarang pun sudah banyak tertubuh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan swasta. Sekarang ini lebih liberal dari segi kreativity pengajaran dan pembelajaran.
Alhamdulilah....semoga hala tuju pendidikan kita akan lebih fokus kepada membina akhlak dan kepakaran serta keterampilan yang akan membawa kepada pembanunan negara seperti yang di tuntut oleh yang maha Pencipta. Bukan semata-mata mahu pendidikan bertaraf Dunia "World Class" tanpa memahami konsep worlad class itu sendiri. Cuma ikut-ikutan....
Kita tinggalkan fikiran itu buat sementara.
Saya ingin kembali pada karenah cucu-cucu saya.
Ada cucu-cucu yang saya lihat membesar seperti yang kita fahami mengikut fitrah dan mengikut perkembangan dunia sekeliling. Ada yang saya dapati perlu perhatian yang lebih dari guru dan ibu-bapa terutamanya.
Ini cucu-cucu saya Akif namanya. Ia sedikit Otisma dan disahkan perlu pertolongan guru khas. Pada saya sudah banyak perkembangannya yang membuat saya yakin ia boleh diintergrasi dalam kelas biasa yang seumur dengannya. Tetapi kata guru ia belum sampai masanya.
Abangnya Ujai juga istimewa. Ia dalam kategori ADHD. Sangat dan terlalu aktif dan daya fokus amat kurang. Tetapi saya dapati sudah banyak kemajuan hasil keperhatinan ibu dan bapanya yang membawa ke aktiviti dan kelas pemulihan. Tetapi kata gurunya pun ia belum bersedia untuk di samakan belajar dengan anak-anak yang lainnya di kelas yang normal.
Ibunya akur sahaja walaupun saya lihat ia kelihatan agak sedih bila berbincang dengan saya.
Ini Ujai atau Huzaifah, nama penuhnya. Kini berumur 10 tahun. Di foto kanan ini pun ia nampak aktif, berbuat sesuatu ikut nalurinya sendiri.
Kami sekeluarga tidak menyesali kurniaan Allah yang istimewa pada anak-anak ini. Tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Cuma kami tertanya-tanya bilakah agaknya pihak kerajaan akan memberi peruntukan bajet pendidikan yang mencuckupi bagai anak-anak istimewa seperti ini. Ada yang lebih memerlukan berbanding cucu-cucu saya ini tetapi mereka tidak mendapat pertolongan sewajarnya yang mencuckupi. Pusat -pusat terepi tajaan kerajaan tidak mencukupi dan yang swasta pula banyak yang tertubuh di bandar-bandar besar.
Saya mengenali seorang dua ibu Di Tadika SmarTop di Tangkak yang punya anak istimewa yang tidak dapat dihantar ke pusat-pusat khas kerana tidak ada dan kalau ada pun terlalu mahal kosnya. Anak saya pun tidak mampu menghantar ke puasat-pusat ini sekerap yang sepatutnya kerana tidak cukup kemampun kewangan.
Maka kami hanya mampu mencuba sebaik mungkin, bersabar dan berdoa serta pasrah kerana kami yakin Allah ada perancangan yang kita tidak mengetahuinya.
Ada juga cucu saya yang dalam proses mengenal dirinya sendiri. Ini satu proses yang rumit kerana ia belum memahami fitrah dirinya sendiri dan masih bergantung pada ibunya untuk rutin harian. Ini pemerhatian yang mungkin tidak professional kerana saya kurang arif dalam bidang pendidikan "special needs children". Saya juga pernah sarankan ibunya supaya mencari ilmu bagaimana mahu "mendewasakan" anak-anak seperti ini terutamanya dalam daya pemikirannya semoga ia cepat matang dan boleh bertidak sendirian dalam hal-hal harian.
.......Ini sahaja pemikiran pagi Jumaat duduk bersendirian.
Semoga apa yang ada difikiran saya ini Allah dengari dan Allah turunkan pertolongan pada semua anak-anak yang memerlukan perhatian lebih khusus.
Saya yakin mereka ada masa hadapan yang cerah asal sahaja masyarakat juga mahu bersimpati dan tidak melihat anak-anak istimewa ini wujud kerana kesilapan ibu dan bapanya yang disifatkan sebagai kurang prihatin dan kurang bertanggong jawab. Maha suci Allah. Dia maha Pencipta yang maha Adil dan maha Kasih Sayang pada hamba-nya. Ada mesej istimewa untuk mereka yang normal semoga lebih berlapang dada dengan-anak-anak ini dan tampil untuk memebantu.
Semoga doa doa kami kesampaian. Aaminn ya Rabb....
....
Tuesday, January 12, 2016
Fikir apa sahaja.....
Suasana luaran di perumahan eksklusif.....
Cantik menghijau dari sudut mata saya.
Tetapi saya tahu penghuninya sering keseorangan dan sering berseorangan. Anak-anaknya telah dewasa dan sudah punya cita rasa yang tidak dapat dikongsikan dengan ibu yang sudah hampir sampai umur siri enampuluhan. Namun dia tetap senyum bila saya temui di rumahnya yang besar tersergam. Kekadang ada cuitan dihati saya rasa irihati ingin tinggal dalam rumah yang serba mencukupi, mewah dan dikelilingi taman bewarna warni dengan berbagai bunga-bungan yang menyegarkan.
Namun cuitan itu hanya seketika dan entah mengapa saya dapat merasakan suatu kesunyian....pipe musik bergema namun tiada siapa yang mendengarinya. "Deafning silence" yang menyeramkan, terutama pada mereka yang sentiasa dihujani jeritan anak cucu siang dan malam.
Kita tidak dapat menjangka laluan hidup, walaupun kekadang kita rasa ada keyakinan. Tetapi keyakinanan itu hanya dalam imaginasi sahaja yang setiap kita merasai ia suatu realiti. Tidak mungkin kita dapat merancang apa yang kita fikirkan baik kerana banyak faktor yang melangkaui senarai keutamaan yang telah kita catatkan. Kita tidak dapat menguasai keadaan sekeliling yang ada.Dan seringkali kita tidak dapat sokongan keluarga, sahabat handai dan ............
Dalam keadaan seperti ini kita harus tahu mencintai diri sendiri. Kita boleh menjadi teman baik diri kita sendiri dan kita boleh mencipta pekerjaan atau hobi atau apa sahaja yang membuat kita sentiasa sibuk, kalau tidak secara fisikal pun kita rasa sibuk di minda kita dan tidak merasa tekanan stress.........dan kita boleh mengelakan diri menjadi murong.
Kita boleh sibuk membuat kerja-kerja sukarela yang memberi munafaat pada orang lain. Sering dikatakan kita dapat merasai tenang jika kita dapat berkongsikan sesuatu yang membuat orang lain rasa tenang dan bahagia. Saya sendiri yakin ini suatu yang benar. Wang ringgit tidak begitu penting untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Jika sedikit kita berkongsi sedikit. Yang penting kita dapat berkongsi.....memberi dan menerima. Jika kita sentiasa memberi maka tidak ada masaalah dalam menerima.....
Fikir apa sahaja.....
Ada jalan keluar dalam apa jua yang kita hadapi asalkan sahaja kebergantungan kita bukan pada orang lain....bukan pada suami, bukan anak-anak dan bukan siapa jua yang secara tradisi menjadi menjadi tempat kita bergantung. Kita ada Allah. Yakin atas kurniaan Allah itu suatu yang memberi munafaat pada akhirnya....
Kita sentiasa memohon keampunan dari Allah dan sentiasa berlapang dada.... rezeki Allah turun dalam berbagai bentuk dan berbagai warna.
Semoga kita redha dan Allah meredhai.
.....
Sunday, January 10, 2016
Santai di Madinah ?
Tidak cuckup rasanya jika tidak cerita sedikit mengenai aktiviti santai pada hari akhir kami di madinah pada akhir tahun lepas.
Pada pagi 22 Disember kami menaiki Bas untuk melihat dan merasai fenomena istimewa di luar bandar Madinah, iatu melawat Bukit magnet. Ia tidak jauh dari bandar Madinah itu sendiri dan ingatan saya ia hanya memakan masa kurang sejam untuk sampai ke kawasan bukit bukau yang indah dan menawan. Kalau di Tanah Air kita sentiasa melihat kehijauan, di sini kami melihat bukit-bukit rendah yang memukau perhatian dan pemikiran.
Jalan raya di kawasan itu berupa dua hala dan tidak banyak kenderaan. Mengikut seorang pelajar University Madinah yang menjadi pemandu pelancung pada hari itu mengatakan setakat ini beum ada lapuran saintifik yang berasaskan kajian terperinci yang dia tahu di mana letaknya magnet itu dan berapa besar dan jauh jaraknya untuk maklumat umum. Cuma dari segi pengalaman, sesiapa yang lalu di kawasan itu dan memberhentikan kenderaannya, ia akan dapati kenderaan itu akan berjalan terus walaupun di permukaan tanah rata.
Teruja tetapi setakat itu sahaja.
Kemudian kami lalu di kawasan ternekan unta. Saya teruja bila lihat unta. Istimewa Allah cipta Haiwan padang pasir ini. Unta ada ceritanya sendiri yang dikaitkan dengan perjuangan Rasulullah Sallahualaihi Wasalam. Boleh tahan berhari tanpa air secara langsung. MasyaAllah. Allahuakbar.
Ini suami saya. Raja Unta mendatang.
Ini anak-anak Raja Unta.
Ada yang belum pernah melihat unta dari jarak dekat dan belum pernah minum susunya.
Ini kakak-kakak saya. Pertama kali ke makkah Umrah bersama.
Maka masing-masing yang berminat mencuba minum. Saya suka juga dan minum. Pertama kali minum di ladang ialah dalam ziarah saya tahun 2010 di Makkah. Kata pemandu kini ladang di Makkah sudah tidak dibenarkan wujud atas sebab-sebab kesihatan.
Anak saya membeli untuk sambung minum di Hotel. Segar dan sedap. Lebih sedap dari susu lembu. Namun kedua-duanya kurnian Allah yang maha mengetahui dan maha bijaksana. Kita kagumi kedua-duanya. Sedap atau kurang sedap hanya pernyataan cita rasa.
Tiada ciptaan Allah yang sia-sia.
Ada yang cuba memberi makan. Seronok dengan unta seperti kanak-kanak kecil biasa.
Ini THE BLACK UNTA !!!
Foto kenangan dengan Raja Unta sebelum meninggalkan ladang itu.
Santai di Madinah untuk beberapa jam berakhir dengan melalui di hadapan University Madinah dan melawat sebentar Musium Madinah. Saya tidak turun dan tidak dapat bercerita di sini.
Hingga lain kali........
Semoga Allah memberi ruang dan peluang...
.....
Friday, January 8, 2016
SMARTOP SUBUR FITRAH....2016
Semangat untuk sentiasa menegakan Kebenaran insyaAllah akan terus disemarakan walau apa pun ada masaalah yang dihadapi di Pra sekolah SmarTop Subur Fitrah yang kami tubuhkan sejak 2013. Alhamdulilah. Kami merangkak-rangkak tetapi insyaAllah kami tidak akan berputus asa. Kebergantungan kami hanya pada Allah jua.(Foto di atas ehsan google).
Bilangan murid TADIKA pada tahun ini adalah seramai 30 orang, lebih sedikit dari tahun lepas. Kelihatan kelas mengenai adab belajar dimulakan pada hari pertama mengikut keaddan yang ada. Minggu pertama adalah minggu orientasi dan ada ibu-bapa yang tunggu agak lama untuk menentukan keselesaan emosi anak.
Sebelum makan mereka sudah mula diajar membaca doa dan duduk dengan tertib menungu makanan di berikan pada setiap individu. Tersenyum juga melihat karenah anak-anak kecil. Seronok dan ia merupakan sebuah nostalgia.
Pada hari pertama anak-anak ini belum dapat menghayati disiplin bilik darjah. Mereka akan diajar membuat barisan supaya masuk ke kelas secara teratur. Sedikit demi sedikit insyaAllah tercapai apa yang diingini.
Anak-anak ini belum memakai uniform yang disediakan kerana masih belum siap dijahit kesemuanya. Warna uniform SmarTop tahun ini ialah warna merah jambu muda dan seluar biru tua. Tunggu seminggu lagi akan kami tayangkan., insyaAllah.
Apa yang menyeronokan saya lebih pada tahun ini ialah adanya seorang ibu keturunan India menghantar seorang anak ke Tadika dan seorang ke Taska. Kami dan guru-guru serta pengasuh rasa teruja kerana ada ibu yang bukan Islam mahu beserta dengan kami. Semoga Allah memberi hidayah dan taufikNya dan anak-anak ini kekal lama dengan kesudahan nanti menjadi seorang yang beriman pada Allah yang maha Esa. Aamiin.
Tahun ini SmarTop juga menerima 2 anak-anak istimewa untuk kami cuba didik mengikut kemampuan yang ada. Mereka berumur 6 dan 5 tahun. Anak perempuan yang 6 tahun adalah di kategory CP yang tidak serious dan anak lelaki yang 5 tahun adalah dalam kategory otisma yang non-verbal. Tidak ada sekolah yang khusus sesuai bagi mereka maka kami sukarela menerima mereka sebagai menepati falsafah SmarTop untuk mendidik mengikut potensi setiap anak sebaik mungkin demi membangunkan ummah, membina kesejahteraan ummah seperti yang Allah tuntut. Tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Semua ada hikmahnya. Semoga Allah menurunkan pertolonganNYA dan semua anak-anak dapat munafaat yang Allah susun buat mereka.
Pada tahun ini kami akan juga mulakan kelas memanah dan menunggang kuda disamping kelas renang dan Tae Kwan Do yang sedia ada. Nanti kami akan cerita selanjutnya bila bermula pada akahir January ini.
Sementara itu kami mohon doa setiap ibu bapa dan semua yang prihatin dalam jihad pendidikan. Semoga Allah memberkati usaha yang kerdil ini dan menganugerah ganjaran yang tidak kami sangka-sangka.
Aamin ya Rabb......
.....
Thursday, January 7, 2016
Di Thaif lagi.....
Udara sejuk nyaman di Thaif. Sedap untuk jalan-jalan putar-putar melihat alam sekelilimg. Suhu dalam 15-20 centigrade sahaja.
Maka samapai sahaja di Thaif pemandu bas bawa kami legar-legar di kawasan seperti taman bebukit cantik seperti foto di bawah. Hampir tiada pokok. Anak saya sewa seperti motorbike dan ronda. Saya melihat-lihat sahaja dan berfoto untuk kenanagan kerana hampir pasti saya rasa tidak akan sampai ke sini lagi.
Tidak lama kami di situ dan kami beredar. Ketua rombongan kami mengatakan kami akan melawat Masjid Ibnu Abbas dan ziarah maqamnya di Masjid itu. Saya rasa teruja kerana saya telah lama mendengari nama Ibnu Abbas tetapi tidak mengenalinya. Malu pada diri dan tersenyum sendirian kerana seronok mendapat penerangan siapa Ibnu Abbas ini.
Ini pemandangan di dalam Masjid. Bersih dan cantik. Ada juga jemaah lain yang samapai di situ bersama kami. Kami solat jamak zohor dan Asar dan saya mengatakan pada kakak saya betapa saya menyesali diri kerana ramai cerita sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam yang saya kurang tahu.
Ini rupa bentuk luar Masjid dari sudut kami masuk. Kamera saya kurang canggih dan ini sahaja yang dapat saya rakam. Di bawah ini ialah Taufik, cucu saudara saya yang menemani kakak saya ziarah dan Umrah kali ini.
Saya turunkan di bawah ini maklumat yang saya dapati mengenai Ibnu Abbas di Google
Wikipedia.
Abdullah bin Abbas
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Abdullah bin Abbas (Bahasa Arab عبد الله بن عباس) adalah seorang Sahabat Nabi, dan merupakan anak dari Abbas bin Abdul-Muththalib, paman dari Rasulullah Muhammad SAW. Dikenal juga dengan nama lain yaitu Ibnu Abbas (619 - Thaif,687/68H).
Ibnu Abbas merupakan salah satu sahabat yang berpengetahuan luas, dan banyak hadits sahih yang diriwayatkan melalui Ibnu Abbas, serta dia juga menurunkan seluruh Khalifah dari Bani Abbasiyah.
Keluarga
Dia merupakan anak dari keluarga yang kaya dari perdagangan bernama Abbas bin Abdul-Muththalib, maka dari itu dia dipanggil Ibnu Abbas, anak dari Abbas. Ibu dari Ibnu Abbas adalah Ummu al-Fadl Lubaba, yang merupakan wanita kedua yang masuk Islam, melakukan hal yang sama dengan teman dekatnya Khadijah binti Khuwailid, istri Rasululah.[1]
Ayah dari Ibnu Abbas dan ayah dari Muhammad merupakan anak dari orang yang sama, Syaibah bin Hâsyim, lebih dikenal dengan nama Abdul-Muththalib. Ayah orang itu adalah Hasyim bin Abdulmanaf, penerus dari Bani Hasyim klan dari Quraisyyang terkenal di Mekkah. Ibnu Abbas juga memiliki seorang saudara bernama Fadl bin Abbas
Hadis Tentang-nya
- Ibnu Abbas pernah didekap Rasulullah SAW, kemudian Rasulullah SAW berkata, Ya Allah, ajarkanlah kepadanya hikmah. Yang dimaksud hikmah adalah pemahaman terhadap Al-Qur'an.[2]
Ibnu Abbas pernah melihat Malaikat Jibril dalam dua kesempatan, Ibnu Abbas berkata:
- Aku bersama bapakku di sisi Rasulullah dan di samping Rasulullah ada seorang laki-laki yang membisikinya. Maka seakan-akan dia berpaling dari bapakku. Kemudian kami beranjak dari sisi Rasulullah seraya bapakku berkata, Wahai anakku, tahukah engkau kenapa anak laki-laki pamanmu (Rasulullah) seperti berpaling (menghindari aku)? Maka aku menjawab, Wahai bapakku, sesungguhnya di sisi Rasulullah ada seorang laki-laki yang membisikinya. Ibnu Abbas berkata, Kemudian kami kembali ke hadapan Rasulullah lantas bapakku berkata, Ya Rasulullah aku berkata kepada Abdullah seperti ini dan seperti itu, kemudian Abdullah menceritakan kepadaku bahwa ada seorang laki-laki di sampingmu yang berbisik-bisik kepadamu. Apakah benar memang ada seseorang di sampingmu? Rasulullah balik bertanya, Apakah engkau melihatnya ya Abdullah? Kami menjawab, Ya. Rasulullah bersabda, Sesungguhnya ia adalah Jibril alaihiwassalam. Dialah yang menyibukkan kami dari kamu sekalian.[3]
- Abbas mengutus Ibnu Abbas kepada Rasulullah dalam suatu keperluan, dan Ibnu Abbas menjumpai Rasulullah bersama seorang laki-laki. Maka tatkala ia kembali dan tidak bicara kepada Rasulullah, maka Rasulullah bersabda, Engkau melihatnya ? Abdullah (Ibnu Abbas) menjawab, Ya, Rasulullah bersabda, Ia adalah Jibril. Iangatlah sesungguhnya ia tidak akan mati sehingga hilang pandangannya (buta) dan diberi (didatangkan ilmu). [4]
Ia pernah di doakan Nabi dua kali, saat didekap dia dan saat ia melayani Rasulullah dengan mengambil air wudlu, Rasululah berdoa, Ya Allah fahamkanlah (faqihkanlah) ia. (HR. Muslim)
Ibnu Abbas wafat pada tahun 78 hijriyah, dalam usia 75 tahun, diriwayat lain 81 tahun. Dari Ibnu Jubair menceritakan, bahwa Ibnu Abbas wafat di Thaif.
Subscribe to:
Posts (Atom)