"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, January 12, 2016

Fikir apa sahaja.....





Suasana luaran di perumahan eksklusif.....
Cantik menghijau dari sudut mata saya.

Tetapi saya tahu penghuninya sering keseorangan dan sering berseorangan. Anak-anaknya telah dewasa dan sudah punya cita rasa yang tidak dapat dikongsikan dengan ibu yang sudah hampir sampai umur siri enampuluhan. Namun dia tetap senyum bila saya temui di rumahnya yang besar tersergam. Kekadang ada cuitan dihati saya rasa irihati ingin tinggal dalam rumah yang serba mencukupi, mewah dan dikelilingi taman bewarna warni dengan berbagai bunga-bungan yang menyegarkan.

Namun cuitan itu hanya seketika dan entah mengapa saya dapat merasakan suatu kesunyian....pipe musik bergema namun tiada siapa yang mendengarinya. "Deafning silence" yang menyeramkan, terutama pada mereka yang sentiasa dihujani jeritan anak cucu siang dan malam.

Kita tidak dapat menjangka laluan hidup, walaupun kekadang kita rasa ada keyakinan. Tetapi keyakinanan itu hanya dalam imaginasi sahaja yang setiap kita merasai ia suatu realiti. Tidak mungkin kita dapat merancang apa yang kita fikirkan baik kerana banyak faktor yang melangkaui senarai keutamaan yang telah kita catatkan. Kita tidak dapat menguasai keadaan sekeliling yang ada.Dan seringkali kita tidak dapat sokongan keluarga, sahabat handai dan ............

Dalam keadaan seperti ini kita harus tahu mencintai diri sendiri. Kita boleh menjadi teman baik diri kita sendiri dan kita boleh mencipta pekerjaan atau hobi atau apa sahaja yang membuat kita sentiasa sibuk, kalau tidak secara fisikal pun kita rasa sibuk di minda kita dan tidak merasa tekanan stress.........dan kita boleh mengelakan diri menjadi murong.

Kita boleh sibuk membuat kerja-kerja sukarela yang memberi munafaat pada orang lain. Sering dikatakan kita dapat merasai tenang jika kita dapat berkongsikan sesuatu yang membuat orang lain rasa tenang dan bahagia. Saya sendiri yakin ini suatu yang benar. Wang ringgit tidak begitu penting untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Jika sedikit kita berkongsi sedikit. Yang penting kita dapat berkongsi.....memberi dan menerima. Jika kita sentiasa memberi maka tidak ada masaalah dalam menerima.....

Fikir apa sahaja.....

Ada jalan keluar dalam apa jua yang kita hadapi asalkan sahaja kebergantungan kita bukan pada orang lain....bukan pada suami, bukan anak-anak dan bukan siapa jua yang secara tradisi menjadi menjadi tempat kita bergantung. Kita ada Allah. Yakin atas kurniaan Allah itu suatu yang memberi munafaat pada akhirnya....

Kita sentiasa memohon keampunan dari Allah dan sentiasa berlapang dada.... rezeki Allah turun dalam berbagai bentuk dan berbagai warna.
Semoga kita redha dan Allah meredhai.

.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails