"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 1, 2016

HARI IHTIFAL.....Jangan miss ye !





Badan kurang sihat. Tetapi demi anak-anak didik saya kuatkan semangat dan naik bas Cepat Express dari TBS ke Tangkak, Johor. Jangan miss sejarah SmarTop kata teman partner saya.

Oh Tidak. Ihtifal pada 25 Nov, tetapi sudah terpacak di Tadika/Taska 2 hari sebelum. Sibuk "membantu" teacher murobiah kami berkerja kuat membuat parsediaan. Sebenarnya saya hanya membuat pemerhatian dan buat cadangan. Tak terdaya angkat barang itu ini dan mengurus anak-anak kecil yang banyak karenah. Tetapi karenah mereka menyeronokan saya. Teringatkan cucu-cucu. Tidak semua anak-anak serupa walau seumur sebaya. Ada yang sentiasa minta dilayani...menangis manja. Di rumah begitu agaknya.

Sehari sebelum, kami adakan "dress Rehersal". Saya pening tetapi seronok. Umur sudah meningkat 7 series dan saya tidak dapat mendengari jeritan dan gurauan anak-anak yang berterusan.......

Esuknya kali ke 4 kami adakan Ihtifal SmarTop Subur Fitrah. Maknaya sudah hampir 5 tahun dari mulanya saya turun naik Petaling Jaya/Tangkak.....Alhamdulilah . Impian yang Allah kurnia jadi kenyataan. Semoga diberkati jua.

Setelah acara Doa, di atas kelihatan Ybhg Dato Safaruddin selaku Pengerusi Lembaga Pengelola memberi ucapan Aluan. Short and sweet.



Di hadapan ini ialah barisan Pengurus, Ahli Lembaga dan Ahli Parents Support group. Saya rasa teruja setiap kali diadakan acara Ihtifal dihujung tahun.



Ini barisan anak-anak umur enam tahun yang akan ke Tahun 1 pada 2017.
Semoga mereka terus berjaya, dunia dan akhirat.


Ini anak yang punya bakat yang menyerlah. Cepat pandai membaca dan kami
latih jadi pemidatu cilik. Alhamdulilah.....



Ini sebahagian ibu-bapa yang hadir menyaksikan kebolihan anak-anak tersayang.


Acara kumpulan peringkat umur menyanyikan lagu-lagu berinspirasi 
bagi mereka dan bagi teacher semua.


Ini kumpulan anak-anak 6 tahun menghafaz ayat-ayat lazim
 yang sudah lekat di dada.


Satu lagi acara kumpulan


Yang ini acara kumpulan  untuk memperkenalkan cerita
 mencintai bumi Palestine
kerana di situ Qiblat orang Islam yang pertama, dan di situ Masjid AlAqsa.
Harus dipertahankan dan dibela. Kami cuba mendidik anak-anak
 peka sekeliling dan mengenal erti Berani.



Ini acara memperkenalkan pada anak anak elemen yang harus di singkir....
Jangan sombong dan zalim macam Raja Namrud yang berkesudahan 
dengan serangan nyamuk sahaja.


Lihatlah betapa seronok ibu-bapa merakam acara anak-anak pada hari itu.



Teacher dan wakil ibu bapa yang menyambut tetamu.



Kelihatan di sini En. Dzukkifli, Pengerusi Parents Support Group, memberi ucapan bagi pihak ibu-bapa. Saya terharu mendengari kata-kata yang memberi semangat 
pada kami Lembaga Pengelola.

Beliau amat memahami aspirasi Tadika dan Taska yang kami urus. Di SmarTop Subur Fitrah kami bukan sahaja mahu mengajar dan mendidik sebaik mungkin kepintaran Membaca Menulis dan Mengira, tetapi sama pentingnya (mungkin lebih penting) kami cuba menanam bibit-bibit Iman dan Taqwa pada anak-anak dan kami juga mahu mereka mendapatkan skill mengenali masaalah-masaalah kecil yang dihadapi menerusi Extra-Curiculum kami seperti Lawatan  Luar mentaddabur alam secara melihat sendiri realiti sekeliling. Kami menggunakan Module Little ABD
 yang dirangka oleh NGO HALUAN.

Semoga usaha yang kecil dan kerdil ini akan terus mendapat sokongan penduduk setempat. Semoga kefahaman atas prinsip pendidikan awal kanak-kanak tidak disalah fahamkan sebagai mahu menjadikan anak-anak pandai membaca menulis 
dan kurang tumpuan pada pendidikan akhlak yang lebih meluas. Untuk tujuan intergrasi yang lebih effektif, kami menghantar 
teacher dan murobiah kami
 untuk latihan yang diadakan oleh Jabatan dan 
juga latihan yang dikendali oleh NGO-NGO 
yang yang tersohor dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Di samping itu kami adakan juga latihan dalaman di peringkat SmarTop.
Teacer dan Murobiahlah ajen terpenting untuk melaksanakan teknik pembelajaran
 dan juga dalam menanamkan nialai-nilai Murni. 
Tidak berguna  kurikulum yang baik jika 
sistem penyampaian oleh teacher dan murobaih tidak selari.

Kami mohan sudi kiranya pembaca budiman di blog ini mendoakan kesejahteraan Tadika dan Taska kami ini semoga dari sini kami dapat berkembang maju dan
 menubuhkan pula Sekolah Rendah untuk meneruskan
 misi dan visi kami dalam melaksana 
"Wasiat Luqman" seperti yang dituntut 
dalam AlQuran, Surah Luqman.

Itu dulu buat kali ini. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan menurunkan pertolongannya dan Rahmatnya yang tidak terhingga. 
Aameen, ya Rabb.....


......

1 comment:

PAK SUKIMAN said...

saya Sukiman seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji istri saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan istri saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran TOTO DAN MAGNUM
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

Related Posts with Thumbnails