"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, December 6, 2016

Keseronokan hari tua.......





Anak perempuan saya sarat mengandung dan cuti sekolah ini dia jadi "grounded". Suami saya mahu ambil alih tugas "menghiburkan" cucu-cucu dan mahu membawa mereka ke Utara balik kampung. Saya tidak yakin bolih jaga cucu-cucu untuk perjalanan jauh tanpa ibu bapa atau pembantu. Tetapi untuk ambil peluang bersantai bersama suami dengan cucu, saya setuju bawa dua orang sahaja. Mungkin nanti dengan bertambahnya umur, kederat pun makin berkurangan. Eluklah bersantai sekarang kerana masih ada kekuatan minda untuk perbualanan dan percaturan dengan anak-anak umur sedemikian.

Suami saya rasa seronok kerana saya setuju bawa Ujai dan akif. Mereka kedua ini anak istimewa dan keduanya sangat aktif dan punya cara berfikiran dan bertindakan mengikut cita rasa sendiri sahaja. Ujai istimewa dengan ADHD dan Akif istimewa dengan Otismanya. Subhanallah....... Mereka amat mencabar kemampuan fisikal dewasa tua seperti kami.




Kami ambil kesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu suami saya di Kulim. Di sana kami tambah dua orang lagi cucu dari anak lelaki saya yang sedang melancung cuti akhir tahun. Uwais dan Aizel namanya. Saya hendak "give up" tapi kasihan kerana mereka suka beramai bermain sekali. Kelihatan ke emapat-emapt mereka saya ambil foto setelah sarapan jam 11 pagi. Hanya Allah sahaja yang tahu rasa penat mengurus karenah mereka. Penat tetapi seronok melihat mereka membesar dan melihat perubahan kematangan mereka. Akhir sekali kami bersama bercuti sudah lebih 2 tahun..... satu masa yang lama. Walaupun mereka datang menziarahi kami di rumah, karenah mereka tidak sama bila di tempat orang.




Kami tinggal di Rumah persinggahan adik suami saya..... "Homestay" yang istimewa. Di sekeliling rumah penuh kehijauan dan ia membuat saya rasa sejuk dan nyaman..... tetapi di dalam rumah lain ceritanya.....





Di dalam rumah ada hiasan yang tidak ada di rumah kami. Ini sangat membuat cucu-cucu rasa teruja dan walaupun Landscape dalaman bukan untuk mandi, mereka tidak tahan hanya melihat. Bila saya dan suami baring berehat mengumpul semula tenaga, mereka ambil peluang. Amat bising riuh rendah suara di luar dan saya tidak mampu membuat mereka ikut arahan. Akhirnya saya ikutkan sahaja karenah mereka dan ambil foto di bawah ini untuk saya tunjuk pada ibu-bapa mereka.







Tiga hari cukup buat saya......kehabisan tenaga sudahnya. Semoga perbualan-perbualan kecil sambilan akan mereka  ingat bila mula meningkat remaja. Itu harapan kami dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni. Ini bukan usaha yang mudah memandangkan Ujai dan Akif punya caranya sendiri yang sukar kami duga dan fahami. Ibunya lebih memahami mereka setekah beberapa tahun menjalani terepi bersama pakar pemulihan dan pembangunan anak-anak istimewa. Semoga Allah sentiasa mengawasi dan mengurnia kemudahan dan pertolonganNYA hingga dewasa.

Cucu yang dua lagi itu, Uwais dan Aizel adalah anak yang normal. Mereka boleh berinteraksi sepertinya tidak ada perbezaan antara mereka. Kami yang tahu perbezaannya kerana Ujai dan Akif lebih menjadi  "ketua" memulakan karenah baru setiap kali kami tidak dekat dengan mereka.

Walaupun amat penat, kami seronok dapat menghayati kebesaran Allah yang maha Pencipta. DIA tidak mencipta kita sama rata. Tetapi pasti ada hikmahnya kerana tiada ciptaanNYA yang sia-sia. Itu ada dirakam dalam alQuran untuk manusia memperkuat Iman dan Taqwa.

Sampai di sini sahaja. Mohon doa pengunjung budiman untuk kesejahteraan cucu-cucu kami. Semoga mereka membesar dewasa menjadi anak-anak yang soleh dan cemerlang.
Aameen ya Rabb.....


......

1 comment:

PAK SUKIMAN said...

saya Sukiman seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji istri saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan istri saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran TOTO DAN MAGNUM
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

Related Posts with Thumbnails