1hb Mei setiap tahun adalah
Hari Pekerja.
Tahun ini saya terpanggil mengatakan sesuatu.
Mungkin kerana sudah lama bersara
dan sudah lama memerhati beberapa pekerja termasuk ahli keluarga dekat dan jauh.
Sering saya mengimbas jauh ke hari lampau semasa saya kecil dan mengingat kembali peristiwa-peristiwa
hidup saya dalam keluarga pendatang yang pastinya emak bapak saya ditakrif pekerja.
Sayu memikirkannya.
Hari ini saya ingin kongsikan penghargaan saya pada pekerja. Penghargaan saya tinggi cuma sumbangan saya membantu kerja harian adalah kecil sahaja.
Tetapi saya buat dan meminta anak saya ikut apa
yang saya buat. Buat kerana Allah swt.
Saya cuba bantu pekerja pungut sampah walau kecil usaha saya. Saya asingkan jenis sampah yang mereka boleh jual semula. Saya niat menolong memudahkan kerja mereka. Semoga usaha saya berpanjangan.
Saya ingin tambah:
SIAPALAH KITA-KITA INI SEMUA TANPA PEKERJA SEPERTI MEREKA.
Bayangkan sampah-sampah kita bertimbun
dan menjejas keindahan alam sekitar kita.
Semoga Allah meringankan kerja-kerja PEKERJA dan semoga Allah sentiasa mencuckupkan keperluan mereka dan mereka sentiasa sejahtera.
Allah menilai Iman dan Taqwa.
Siapalah kita.
.....
Foto ihsan carian google.
....
No comments:
Post a Comment