"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, September 25, 2018

Tambahan ahli keluarga orang Syria.





Pulangnya saya dari Kuala Kerai semua keluarga saya keluar berhimpun pula di Cyberjya untuk meraikan pernikahan anak buah suami di Dewan  Banquet Astana. Alhamdulillah meriah sekali. Sudah lama tidak bertemu saudara mara yang datang dari jauh. Itu satu keistimewaan buat majlis  Perkahwinan. Dapat menjalin rapat saudara mara dan sahabat keluarga bagi memenuhi ajaran Islam untuk bersilaturrahim.  



Pengantin perempuan berasal dari Syria. Ini foto selepas akad nikah.
Sudah lama keluarganya menetap di sini
 kerana mengelak kancah peperangan di negaranya.
Itulah ketentuan Allah. Dengan izin Allah bertemu jodoh di sini.
 Ia fasih berbahasa inggeris dan sudah boleh faham bahasa Melayu. Ia sudah mula berkomunikasi dengan bahasa Melayu dengan keluarga.
Alhamdulillah.


Acara potong kek sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu kini.
Maka itu kita tidak mahu Melayu hilang di dunia.
Hal ini selalu sahaja mendapat bicara ramai. 
Terbuka minda mendengari fenomena ini.


Anak menantu saya dan ibunya merakam kenangan.





     Dan ini foto keluarga terdekat. Suami dan saya adalah 
 yang tertua dalam generasi ini.
Maka saya rakam juga buat kenangan.
Mungkin satu hari nanti ada keluarga terdekat yang juga fasih bahasa Arab.

Saya berpandangan tidak "lengkap"  Islam kita jika kita tidak
bersungguh-sungguh mempelajari bahasa Arab sebab alQuran dan text 
hadith-hadith sohih juga dalam bahasa Arab.
Ada beberap orang dalam keluarga besar saya yang belajar di universiti Timur Tengah. Tetapi amat jarang-jarang mendengari mereka bertutur 
 bersembang dalam bahasa Arab.
Saya selalu katakan pada mereka ini amat merugikan. Mereka senyum dan cakap juga dihadapan saya. Saya kurang dapat menyambut. Apakan daya....
Saya belajar juga Bahasa alQuran bertahun sudah.
 Tetapi amat sedikit yang dapat saya kuasai. Semoga Allah ambil kira bahawa saya sudah berusaha walaupun ini Iman yang lemah.
Semoga Allah mengampuni.

Walauapa pun semoga sentiasa mendapat
 limpah RahmatNya yang tidak terhingga.
Aamiin ya Rabb....


.......

Monday, September 24, 2018

Sejenak memikirkan Kuala Kerai....





Sejuk suasana dan tenang perjalanan petang itu ke Kuala Kerai. Tarikh 13 September dinanti-nanti setelah disahkan luka pembedahan dijari kaki  suami saya sudah pulih sempurna. Alhamdulillah. Maka suami dan saya ambil peluang ikut keluarg kakak saya ke Kuala Kerai untuk meraikan "keseronokan" sudah sihat dan juga meraikan perkahwinan cucu saudara saya.



Ini  pemandangan melepasi bandar Gua Musang menuju kuala Kerai.
Sudah melebihi tiga tahun tidak menjejaki daerah ini.
Sudah terdapat pembangunan yang baru terutamanya jalan raya yang lebih selesa bagi pemandu, Alhamdulilah.
Kami singgah sebentar di Hentian Gua Musang.




Ada juga kekosongan masa bagi kami meninjau sedikit sejarah lampau.
 Tangga Bradley 1927. Tetapi Kelantan
teguh dengan warisan KeMelayuannya. Dan juga KeIslamannya?
Ada berbagai tafsiran rakyat biasa yang cintakan Kelantan duduk di Malaysia.

Dua malam kami di Kuala Kerai meraikan majlis perkahwinan.




Pada malam selepas majlis Pernikahan siangnya, diadakan majlis berinai 
dan majlis riang ria. Ada kumpulan musik tradisional.
Ada juga lagu-lagu "Bolywood" dan tarian-tarian ikutannya 
oleh gadis-gadis muda.








Saya melihat dan berfikir-fikir. Kelantan di tadbir oleh kerajaan PAS.
Namun saya merasakan nilai-nilai Islam yang sebenarnya belum meresap
 sepenuhnya ke akarumbi. Tidak jauh beza dengan negeri-ngeri lain.
Semoga cinta kita pada Islam akan lebih nyata atas landasan 
Tauhid yang Benar. Sama-sama kita berdoa.


Kami pulang dengan rasa agak "sunyi". Cuaca pun mendung sepanjangan.
Alhamdulillah kami  memandu santai dan sampai selepas
lebih tujuh jam di perjalanan.

Semoga Kelantan benar-benar menerajui kefahaman dan penghayatan
 Islam dalam Urus Tadbir membangunkan  negara.


.......

Wednesday, September 12, 2018

1 Muharam 1440.....bangun mengubah.



1 Muharam 1440 telah berlalu.
Saya turunkan foto di atas pada 10 Zulhijah 1439,
selepas Solat Eidul Adha.
Setimental buat saya sebab saya dapat merasai
semangat baru membina negara setelah dapat membuat perubahan pada 9 Mei 2018.
Saya dapat merasai kebangkitan semangat kerana bila bertemu kekawan kami pasti menyatakan sesuatu mengenai harapan dapat menghasilkan kejayaan dalam 
usaha membuat anjakan jitu menyokong kepimpinan
membetulkan segala kepincangan yang dirasai rakyat.
Hijrah membawa Rahmat, semoga perubahan yang rakyat cetuskan juga
 mengundang Rahmat dari yang maha Besar dan maha Berkuasa.
Semoga Malaysia Sejahtera.

...........

Bukan sekadar bermotorsikal.....


Tok Ayah seronok bila anak cucu seronok.....

Anak saya pinjam motorsikal dan bawa anak-anaknya "keliling kampung", 
dan berhenti di Masjid dan kebetulan kami ada di sana.
Saya rakam detik-detik Tok Ayah seronok....

Nak rasa seronok bukan mesti dengan Bentley atau Lamborghini
atau yang setaraf dengannya.
Keseronokan lahir dari hati yang biasa-biasa sahaja tetapi 
menghargai kurniaan Allah pada hambanya. Naik basikal pun boleh menyeronokan.

Justeru itu setiap kali saya di jalan raya dan di lebuh raya saya akan
 perhati pemandu motorsikl yang suka lari laju tidak kira c.c motornya
 kecil sahaja, seperti mereka tidak sayangkan nyawa. 
Saya tidak salahkan mereka.
Saya pun suka kelajuan semasa saya muda dahulu. Ia bolih meleburkan 
stress yang ada difikiran. Cuba baru tahu. Waktu itu seperti tidak ada erti "bahaya".


Sehubungan itu saya suka kongsikan lintasan-lintsan difikiran saya.

Kita manusia sering melihat sesuatu fenomena itu dari
 satu sudut pandang sahaja.
Selalu saya katakan pada staf saya dahulu dan anak-anak saya sekarang
 bahawa sesuatu fenomena itu paling sedikit mesti ada dua sudut pandangan.
Sebenarnya mungkin tiga mungkin empat atau mungkin lebih.
Sebagai contoh lihat fenomena pada kemalangan jalan raya
 yang melibatkan lori dan kereta.
Jika kita lihat dari hadapan, nampak seperti pemandu lori yang salah.
Jika kita lihat dari belakang pula, maka sepertinya
 pemandu kereta yang salah. 
Dan apabila kita lihat mayat yang bergelimpangan tercampak keluar
 kita akan bersangka lain pula. 
Dan berbagai lagi sangkaan di minda.. Setelah di periksa dengan rapi 
oleh pihak yang bertanggong jawab maka barulah kita tahu siapa yang bersalah.

Demikian ibaratnya sesuatu kejadian yang lain. 
Dalam senario politik negara kini mithalnya berbagai andaian dan pendapat 
yang di lontarkan dalam media sosial. Ramai pembicara sesuatu isu yang hanya melihat dari satu sudut sahaja dan bermati-matian mempertahankan
pendapatnya. Sebenarnya kita harus melihat dari berbagai sudut dan mencari kefahaman yang lebih matang dan saksama yang dapat 
diterima pakai oleh pihak majoriti.
Maka barulah keharmonian dapat dicapai.

Tetapi saya akui bahawa sikap melihat dari berbagai sudut adalah suatu yang mudah diperkatakan tetapi amat sulit untuk menghayatinya.

Maka janganlah kita terlalu berfikiran "elitist"  dan berego 'akulah betul' 
dalam berbincang sesuatu hal.
Cari pendekatan yang mudah difahami dan dihayati denag minda yang stabil.
Jadilah Ibaratnya....
Menonggang motorsikal pun dengan rasa aman.
Biarkan dahulu Lamborghini....


.......

Tuesday, September 11, 2018

Jalinan persahabatan dengan lain keturunan......



Saya pernah menulis mengenai teteman saya yang bukan Melayu
antaranya di SINI dan di SINI.
Foto di atas adalah antara "mini reunion" yang diupdate buat saya.
Saya jarang dapat bersama tetapi tidak lepas peluang
 membaca group Whatsapp
dan rasa seronok. Saya ambil peluang juga mengirimkan lalu  
di whatsapp group video di Utube yang bercerita KEBENARAN ISLAM 
yang di buat oleh orang Islam yang bukan orang Melayu
dengan harapan mereka terkesan secara positif.
Belum ada ulasan atau sambutan dari sesiapa tetapai saya kirimkan juga 
kerana saya berpegang pada hakikat bahawa hanya Allah
 yang boleh mengubah hati seseorang itu.

Inilah usaha kecil saya dalam dakwah pada bukan Islam. Dan bila saya 
dapat tahu seorang lagi teman baik seperti foto di atas telah meninggal dunia, 
saya rasa agak tersayu juga. Dia berumur 71 tahun.
Suaminya telah meninggal beberapa tahun dahulu
dan kini tinggal dengan anak dan cucu kesayangannya.

Dalam foto di atas dia duduk di tengah-tengah.
Tan Sin Ching namanya.



Dia teman istimewa di Sekolah Menengah di Pontian 
Secondary English School 
sebab dia adalah kawan dan lawan dalam bersukan. 
Saya tidak akan melupainya sebab dia adalah pelari 100 meter 
dalam kumpulan Relay 4 X 100 meter
 yang membuat kami terkenal di sekolah itu. satu kenangan manis.
Kini tinggal kenangan  dan rasa juga kehilangan kerana 
di whatsapp group dia amat rajin berceloteh.
 Dia meninggal kerana serangan jatung. Begitulah cerita 
hidup sementara di dunia.



Farewell Dear Sin Ching. We are sure to miss you. 


.......

Wednesday, September 5, 2018

Berat mata memandang.....



Tarikh keramat 31 Disember sudah pun berlalu.
Merdeka Malaysia.
Sambutannya di Putrajaya amat meriah dari apa yang saya dengari. 
Namun saya mendengari juga nada mereka yang kecewa dan 
tidak yakin dengan langkah-langkah yang diambil
oleh Kerajaan Baru di bawah kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir,
 Perdana Menteri sekarang ini.

Membina semula negara yang sudah bobrok bukan suatu yang mudah.
Pepatah Inggeris pun mengatakan "Rome was not built in a day."
Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.
Kita beri sokongan untuk 5 tahun. Kemudian kita buat nilaian.
Bersabar dan mendoakan.
Tidak ada siapa dalam hidup ini yang sempurna.
Semoga kita tidak melihat dari sudut kelemahan atau kekurangan sahaja.
Rakyat harus ikhlas berusaha bersama-sama membina.
Kepimpinan harus Amanah dan Berwibawa.
Semoga Allah sentiasa bersama.
Aamiin.....


.....

Like a New Dawn......



This is one morning I saw across the lake from
 the bedroom window of our house 
we are now staying as arranged by my hubby's younger brother.
Alhamdulillah....like a New Dawn in our life,
only a short distance away from our final destination.


Anyone in Putrajaya would notice this phenomenal
 air balloon ride.
Once in awhile I enjoy the sight and wonder what's it like 
to be up, up and away with our dreams.


But dreams are not for real. But glimpses of our dreams
keep us going, albeit momentarily.
Reality is churned within the boundaries of Tauhidic paradigm.
And this Mosque "Masjid Tuanku Mizan"  is 0ne good place
 to begin exploring the Quranic verses
which is the Truth and nothing else but the truth.


.........
Related Posts with Thumbnails