"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, January 15, 2019

Kepedulian merentas generasi......







Teringat sebelum bersara kami diberi pendedahan perihal hidup dalam persaraan. Kata penceramah yang menulis thesis PHDnya mengenai kehidupan dalam persaraan mengatakan bahawa apabila bersara kita hendaklah fokus kepada cucu lebih dari fokus kepada anak-anak.

Sekarang saya mengerti kebenarannya. Anak-anak akan memberi alasan sentiasa sibuk. Tetapi jika kita memanjakan cucu-cucu, maka merekalah yang akan "mengheret" ibu bapa mereka ke rumah kita. Cucu-cucu rindu pada belaian kasih  tok dan nenek maka mereka meminta dan menagih supaya mereka di bawa balik kampung ziarah tok dan nenek. Beruntunglah mereka yang sentiasa dira'i anak cucu.

Dalam perkembangan kemajuan dunia, termasuk Malaysia, di mana hubungan keluarga makin lama makin longgar maka cucu-cuculah yang menjadi ibarat tali pengikat jalinan kasih dalam keluarga kecil dan keluarga besar.


Tetapi ini sebenarnya bukanlah suatu tugasan yang mudah bagi datuk dan nenek membentuk satu perancangan teratur dalam membina kesinambungan  membentuk akhlak dan silaturahim mengikut apa yang dilalui oleh datuk dan nenek. Di zaman perkembangan sains dan teknologi hasrat dan tugasan ini menjadi semakin rumit.

Fikiran saya dalam hal ini kekadang berbolak - balik. Terdetik di hati mengapa pula saya perlu peduli pada cucu-cucu kerana itu adalah tanggong jawab ibu dan bapa mereka. Sesetengah teteman berkata: kita sudah tua dan tidak seharusnya terbeban memikirkan masaalah cucu-cucu terutamanya jika mereka tinggal jauh dari kita. Ada yang tinggal di luar negara. Bagaimana kita dapat mempengaruhi pemikiran ibu dan ayahnya untuk mendidik anak-cucu mereka seperti apa yang telah diajarkan semasa mereka belum bertebaran merantau dan tinggal di luar negara. Sebenarnya saya amat khuatir pengaruh di luar negara akan menjadikan mereka terbabas dari landasan akhlak Islam yang ingin diterapkan. Sesetengah kekawan pula mengatakan: Jika mereka tinggal di negara asing yang ada kelumpuk masyarakat Islam maka kita tidak perlu bimbang. Entahlah....saya tetap bimbang.

Tetapi jika difikirkan dari sudut lain pula kita harus bertawakal dan berdoa. Benih yang baik jika dicampak kelaut akan timbul juga. Semoga demikian.

Sebenarnya apabila kita ingin bicara sedikit mengenai kepedulian merentas generasi kita harus bergantung juga pada pemimpin negara bagaimana mahu menentukan generasi akan datang dapat mengekalkan keharmonian keluarga dan negara dan lebih dari itu dapat membina dan membela generasi akan datang supaya lebih baik dari kita dan mereka dapat hidup setanding dengan rakyat negara lain yang sudah maju......atau lebih baik dari itu. Walaubagaimana pun apa  yang lebih penting ialah  bagaimana kita dapat membina dan membentuk generasi akan datang yang bolih bekerjasama antara satu sama lain, menghormati mereka yang harus dihormati seperti kaum tua dan pemimpin yang menegakan kebenaran tanpa kepentingan diri dan beberapa hal lagi.

Saya tidak perlu berkata banyak dalam hal ini kerana saya rasa ramai yang sudah medengari apa yang dikatakan di media massa mengenai apa yang Malaysia patut rancang dan laksana untuk mencapai taraf negara maju. Tetapi harus kita berwaspada bahawa kemajuan fisikal sahaja tidak akan menjamin keharmonian dan kesejahteraa yang berterusan dan berkekalan. Yang sama pentingnya atau sewajarnya lebih penting ialah kesejahteraan mental dan spritual. Adalah tanggungjawab setiap individu untuk mencari erti Kebenaran dalam hidup yang dapat menjadi asas kepada segala tindakan dalam gelagat harian kita yang dapat menjamin  kesejahteraan yang total hingga ke akhir hayat. Bagi mereka yang sudah dapat mengenali dan merasai kesejahteraan ini harus memberi kefahaman kepada mereka yang belum. Allah mencipta manusia berbagai warna dan kebudayaan bukan untuk bermusuhan tetapi untuk mengenali satu sama lain dan hidup dalam ruang lingkup mentauhidkan Tuhan . Jika belum sampai ke tahap itu setiap kita harus terus berbuat sesuatu dengan apa jua kemampuan yang ada supaya siapa sahaja yang ada di sekeliling kita akan memahami erti hidup dan mengapa kita di cipta untuk hidup. Semoga kita tidak terus bersikap negatif dan bermusuhan kerana itu bukan ajaran yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW, Rasulullah yang mendukung Rahmat Allah untuk sekian alam.

Sama-sama kita fikirkan.......


....................

2 comments:

Melor Aziz said...

😊👍
Suami selalu ingatkan saya, saya akan ditanya Allah,hubungan saya dgn ibubapa saya,mertua,suami dan anak2....ttg cucu,biarlah diserahkan pd anak2 dan menantu2..suami tak bg stress,apatah lagi saya hampir mencapai usia warga Emas..

ngasobahseliman said...

Assalam Sister Haswati. Terimakasih sudi singgah blog saya. Saya setuju apa yang dikata. Waktu ini saya sudah tidak lagi menjaga ibu bapa dan mertua. Bapa saya meninggal semasa saya berumur 16 tahun. Emak saya meninggal pada tahun 2004. Saya bongsu dan menjaganya diakhir hayatnya. Saya bercuti setengash gaji menjaganya. Sebelum saya menjaga emak sendiri saya menjaga Ibu mertua. Ia tinggal bersama saya setelah bapa mertua saya meninggal dunia. Ketika Bapa mertua saya meninggal saya masih bekerja dan dia masih kuat. Saya menjaganya bila ia mula tidak sihat hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1992.Ibu mertua saya dijaga adik lelaki suami saya semasa saya menjaga emak saya. Sekarang saya sibuk menjaga suami yang kurang sihat dan cucu-cucu jadi penghibur.
Allah kurnia kesihatan yang mencukupi. Alahamdulillah. semoga Allah menganugerah umur yang bermunafaat.Kini saya berumur 72 tahun.
Salam.

Related Posts with Thumbnails