"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, October 1, 2019

Nenek-nenek yang bersama ku..........



A001






Untuk anak muda tahu
Dunia nenek-nenek.....................
Ia itu nenek-nenek seangkatan dengan saya dan menjalani hidup yang biasa-biasa sahaja berlatar-belakang status sosial bawahan dan pertengahan. 

Saya cuba menyelami rahsia dengan kesedaran siapalah saya untuk berbicara secara ilmiah. Saya cuba sahaja.
Detik hati mengatakan ada nenek-nenek yang rasa damai, ada yang masih belum rasa sepenuhnya damai dan saya "mendengari" ada hati-hati yang rindukan damai.
Namun merasai damai itu milik Allah dan damai itu kurniaan Allah yang maha Tahu dan sesungguhnya hanya Allah yang maha Bijaksana bila mahu mengurnia damai hati untuk hamba-hambaNya semoga mengerti bahawa dalam hidup ini kebergantungan diri haya padaNya jua. Allah itu maha Tinggi dan segala kunci rahsia hidup adalah untuk hati-hati yang berserah bulat mengabdi diri.

Ini satu sudut pandangan saya sahaja, semoga mendapat Taufik dan Hidayahnya......

Di atas itu ialah dua orang kakak saya yang kini suda memasuki era hidup lapan-puluhan tahun. Yang baju biru 84 tahun dan yang seorang lagi 80 tahun. Kedua kakak ikut anak menghantar cucu ke Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Mereka bercerita seronok.
Kakak saya (secara bandingan) masih aktif, masih bolih pergi melancung dan mengurus diri sendiri dan hanya perlu pertolongan sesekali bila sangat uzur dan tidak mampu berurusan sendirii. Alhamdulillah.......

Mereka masih bolih pergi kelas mengaji. Jika jauh mereka dibawa oleh teman-teman yang sangat simpati dan megerti apa itu berkongsi rezeki. Kakak saya yang 80 tahun masih mampu mengadakan kelas pengajian di rumahnya siap dengan penyediaan makanan jamuan ringan. Semua ahli bantu membantu dan di kampung begitulah jika mahu berbakti dan bersatu.

Foto yang di bawah itu kelihatan saya dan anak buah 2 adik beradik. Yang lelaki sudah lama tidak muncul diri dan kami bertemu seketika dalam acara mengurus jenazah Allahyarham abang saya baru-baru ini. Cuma sebentar bersua dan alhamdulillah dapat membisikan rasa hati nenek-nenek sejati....rindu dan pilu.

Saya juga nenek..... dan masih banyak rahsia hidup yang harus dimengerti. Baki masa hanya sedikit sekali. Dengan kemampuan dan keupayaan yang terhad, kewajipan harus dibereskan sebelum samapi detik dihujung jalan kehidupan. Doa saya semoga ahli keluarga kecil dan keluarga besar yang muda-muda dapat memahami isi hati nenek-nenek yang sering berat mahu menzahirkan kehendak dan impian secara terus terang. Apabila nenek-nenek duduk-diam mungkin ada yang tidak kena pada perasaan. Mungkin kerena sudut pandang nenek-nenek sudah tidak serupa dengan kaum muda dan nenek-nenek cuma berdiam cuba memahami  karenah hidup zaman sekarang yang sering  melihat pada kebendaan atau pada pemikiran keagamaan yang dirasakan oleh anak-anak muda baawa nenek-nenek tidak dapat mengolah fikiran sejajar dengan kehendak ILMU yang baru diajarkan. Maklumlah zaman nenek tidak cukup saluran untuk mendapat ilmu yang sewajarnya diamalkan. 

Anak-anak muda harus pandai melihat apa yang tersirat dan berinteraksi selalu semoga terhibur hati nenek-nenek  yang ramai tinggal sendirian. Apa bila nenek memarahi cucu-cucu, jangan ambil hati jika tindakan nenek tidak betul atau tidak sesuai dengan masa dan keadaan waktu. 

Biarkan dahulu karenah nenek......

Jika nenek perlu ditegur katakanlah  dengan sopan jangan tunjuk perasaan melawan arus pemikiran nenek-nenek yang sudah berpengalaman. Kalaupun nenek silap, apalah salahnya nenek buat silap. Kan nenek sudah kurang pendengaran dan sudah lemah pemikiran. Tetapi demi sayang cucu, nenek masih suka menegur tanda ia sayang. Cuma mungkin caranya tidak kena dengan cita rasa orang muda. Tetapi biarlah nenek rasa dihargai walaupun tegurannya tidak menemui sasaran. Anak bolih perbetulkan cucu dilain pertemuan supaya nenek tidak rasa ia sudah tidak diperlukan.

Itulah keluhan nenek yang saya juga kekadang rasakan.....

Nenek tetap nenek. Mungkin sudah ketinggalan zaman, sudah serba usang. Mungkin sudah amat lemah pemikiran tetapi masih ingin menyumbang kasih sayang, mahu melahirkan keikhlasan dan mahu merasakan sentuhan kasih  anak-anak yang kesusahan melahirkan mereka sentiasa dalam ingatan dan masih ingin dihargai walaupun mereka tahu  hanya Allah tempat mengadu.........
Kalaupun nenek bukan nenek kandung, hati nenek serupa sahaja bila sudah rasa cucu pada anak yang dijaga dari buaian itulah cucunya juga. Silap ke?........

Wahai anak-anak muda..........
Esuk jika Allah kurnia umur, juga akan tua dan besar kemungkinan merasai hal yang sama.
Bezanya hanya masa....pemerhatian Allah sama sahaja.

Semoga Allah memelihara dan melimpahkan kurnia Rahmatnya yang tidak terhingga. 
Aamiin Ya Rabb......


....................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails