"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, October 31, 2019
Memecah Rindu @ rumah sewa lama...@ Tangkak
Minggu lepas kami berada di Tangkak kerana urusan Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah. Selepas ke pasar Tani FAMA di Bukit Gambir kami singgah ke rumah sewa kami di Bandar Baru Tangkak semata-mata atas sebab kerinduan. Kami tinggal disitu lebih 3 tahun dan sudah lebih setahun kini kami tidak melihatnya. Ia ada nilai sentimental kerana di situlah kami mengadakan beberapa aktivi keluarga SmarTop. (Di atas kelihatn sumai saya cuba melihat ke dalam. Gate berkunci kerana sudah ada penyewa lain)
Kami semua teruja kerana pokok Moringer yang teman saya tanam sudah nampak terlalu besar dan segar. Cantik sungguh ia membesar. (These are little joys we have in life now).
Teman saya yang sangat-sangat teruja kerana dialah yang sibuk membubuh baja dan menyiramnya selama mana kami tinggal di situ. Alhamdulillah. Berkat usaha yang gigih kami dapat mewariskannya pada tuan punya rumah dan siapa jua yang tinggal di situ. Rasanya tidak lama lagi ia akan berbuah dan amat sedap rasanya di masak dengan kari ikan atau daging, katanya.
Inilah kami ambil foto kenangan. Kami semua adalah warga emas dan entah bila lagi kami dapat berseronok-seronok begini. Saya pun sudah lama tidak memandu dan hari itu suami teman saya yang memandunya. Ia lebih muda dari kami dan sememangnya suka memandu.
Alhamdulillah. Penemuan bagi warga seperti kami. Berbakti pada tanah tidak ada ruginya. Itu pesanan orang tua-tua.
.............................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment