"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Alhamdulillah kita sampai diambang 2021.Bersyukur kita ke atas kurniaan umur dan dapat merasai segala nikmat hidup. Semoga kita sudah dapat memahami nikmat hidup itu bukan di ukur dari sudut pencapaian kemewahan yang dapat dirasai secara nyata.
Nikmat hidup luas sekali. Yakin Allah itu maha Adil dan Syurga kurnian Allah bukan buat mereka yang banyak beribadah fisikal tetapi tidak mengurus hatinya supaya benar-benar tunduk pada Allah sebagai hamba. Jika Allah benar-benar iktiraf kita hamba, maka Syurgalah balasannya.Lihat ayat alQuran di bawah.
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
Maka ita bekerja kuat juga untuk mencapai taraf hamban Lebih penting kita berdoa semoga Allah memudahakan usaha kita mendapat kurnia keredhaanNya. Tiada sesuatu yang akan berlaku tanpa Izin dan Kehendaknya. Semoga kita tidak jemu-jemu mendidik hati, dan semoga Allah melimpah kasih SayangNya yang tidak terhingga dari sekarang hinggalah ketahun baru 2021.
Namun jangalah kita lupa peristiwa-peristiwa yang berlaku termasuk yang luar biasa sepanjang tahun 2020. Wabak Cupid19 masih berterusan, banjir dan ribut taufan juga masih berlaku di sana sini di dunia luar sana termasuk di Malaysia walaupun di Malaysia tidak seberat yang berlku di tempat lain. Saya lihat di Utube dan rasa sedih dan insaf. Semoga Allah kurnia tahun 2021 sebagai tahun yang bermunafaat.
Jangan Lupa beberapa Ustaz telah memberi peringatan mengenai akhir zaman.
Maka saya kongsikan Video di atas semoga kita menginsafi diri dan mensyukuri hidup ini walau susah sekalipun. Susah tanda Allah sayang kata ustaz Ebid Lew.Kita cuba juga contohi beliau. Hidup ini harus berbagi walau sedikit sekalipun.
Jom lihat video di atas .Saya suka mengikuti ceremah-ceramah Ustaz Wadi Annuar ini.
Amat terkesan di hati. Semoga Allah akihiri hidup kita ini dengan pengakhiran yqang baik dan kita doa semoga kita mendapat redha Allah dan berkumpul nanti di Syurga FirdausNYa tanpa hisab. Allahumma Aamiin.....
Semoga dengan izin Allah kita dapat menutup tirai tahun 2020.Dalam umur sebegini saya dan suami duduk di rumah saja musim Covid19 ini. Tetapi ingin juga dihujung tahun ini suami dan saya keluar rumah.
Anak saya bawa ayahnya ke kebun yang baru ingin dibangunkan. Tidak mengapa, kata suami saya asalkan keluar rumah dan tukar angin.
Bawa cucu untuk menghibur hati diperjalanan dari Putrajaya ke Lenggeng, Negeri Sembilan.
Tidak banyak peristiwa di kebun kerana masih belum ada Air dan Api.
Saya cuba tanam pokok limau nipis yang saya beli dari Nursery berdekatan sebagai tanda suami saya
sampai buat pertama kalinya. Semoga bila sudah ada air dan apai dan sudah boleh bina pondok kerja anak saya akan mula serious buat sesutu dalam memilih jenis pertanian yang sesuai.
Saya cadang bela ayam. Anak saya senyum sahaja.
Tidak apa lah. Saya tiada tenaga untuk aktif. Cuma beri semangat yang ada sedikit ini sahaja.
Anak menantu perempuan saya tegakkan kayu tanda
ada pokok kecil baru ditanam.
Ini usaha orang yang belum pernah masuk dunia pertanian. Tidak mengapa.
"There is always a first time to anything. Nothing Venture nothing gain."
Semoga Allah membuka jalan kejayaan kerana Covid19 memerluka kesabaran untuk berusaha mencari rezki gantian walau pun sukar pada permulaannya.
Mohon doa pengunjung budiman yea.....
Di atas ini pokok limau dan di bawah pokon durian belanda.
Semoga dapat berkongsi rezeki di bumi bertuah.
Pukul 2 petang kami balik rumah.
Suami saya menghibur hati di rumah pula dengan cucu bongsu,
Ayyad Fakhrullah namanya. Umur 8 bulan.
Ini hiburan kami di umur warga emas. Semoga Allah kurnia umur yang bermunafaat.
Semoga tidak diganggu gugat pemikiran yang menyesatkan yang indah luaran
tetapi reput dalaman dan tiada daya ketahanan melawan
segala yang batil dan merosakan.
Saya rasa terkedu seperti berhadapan dengan jalan buntu apabila
mendengari berita Malaysia ini seperti terumbang ambing dalam mengendali
politik dan pengurusan negara.
Jom semua kita perkuat diri dengan amalan-amalan yang mengundang
kekuatan Iman dan Taqwa yang akan dapat menangkis segalah
tipu daya Syaitan ghaib dan Syaitan manusia.
Ini sepintas detikan hati yang belum dapat ditepati.
Namun tersimpan di sanubari mahu menegakan sesuatu yang akan dapat
merentasi segala kepincangan minda dan hati. Semoga Allah membantu
mengendali liku-liku langkah yang masih lemah ini
dan semoga Allah sentiasa menunjuki cara mengatasi segala halangan
dengan segala RahmatNya yang tidak bertepi. Aamiin....
Semoga jika kita semua kuat Iman dan Taqwa, pasti musuh-musuh Islam
tidak akan berani bersuara kuat tanpa terlebih dahulu memikirkan akibat yang menanti. Mereka tidak akan berani berlagak sombong di hadapan barisan yang mengerti
hidup itu untuk apa dan untuk siapa.
Iaitu barisan yang memegang Amanah Allah seperti menggenggam bara api.
(Menggengam bara Api biar sampai jadi arang)
Jom kita teliti kembali tindakan kita sejauh ini.
Ustaz berpesan: Orang yang benar-benar kuat dan ikhlas adalah
mereka yang memberi munafaat pada diri dan pada mereka
yang menanti ehsan dan menanti dikasihani.
Benar.....Orang yang kuat dan "hebat" adalah mereka yang memberi
munafaat pada diri dan pada makhluk yang lain.
Jangan seperti pepatah Melayu:
"Seperti Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing"
Ustaz juga pesan: Jom baiki diri, baiki Solat dan selalu Solawat pada Nabi.
Ada yang rasa lega dan ada yang masih tidak suka. Berbagai ulasan telah
diluahkan di media massa.
Saya pesara Perkhidmatan Awam dan senyum sendirian atas karenah kepimpinan
politik dan penyokongnya. Masih belum jelas Rakyat hendak dibawa ke mana.
Saya rasa sedih juga bila saya fikir dalam-dalam kerana ramai diantara mereka yang berkuasa meluluskan atau menolak Belanjawan seperti tidak merasai apa masaalah sebenarnya.
Seolah-olah ramai yang lupa bahawa Allah Maha Memerhati semuanya dan mereka ini harus serious memikirkan masaalah Rakyat. Janganlah berpura-pura. Allah tahu semuanya.
Yakinlah bahawa di akhir hidup ini kita akan di tanya semuanya. Tidak ada ruang untuk berdalih itu dan ini dan tidak ada pintu untuk kita melarikan diri. Kalau sekarang kita pintar berhujah dan pintar menyembunyikan fakta, di Akhirat nanti mulut kita akan menjadi bisu dan anggota kita yang lainnya yang akan berbicara terus di hadapan Mahkamah Allah yang
maha Besar dan maha Berkuasa.
Mari kita renungi semula ayat-ayat alQuran berikut semoga kita menginsafi diri
sebelum tiba detiknya kita tidak dapat membela diri.
Semoga Allah mengasihani diri-diri kita yang kerdil ini.
(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia.(Hud 11:105)
Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
Saya makin merasai bahawa kepimpinan politik negara ini seperti kebingungan adalah kerana tidak ada keyakinan bahawa tanpa benar-benar memohon pertolongan dari Allah untuk mendirikan Kebenaran, Malaysia akan berterusan tidak menentu dalam usaha untuk membela kehidupan Rakyat.
Jangalah tuduh menuduh siapa yang benar, siapa yang bijak dan siapa yang berlaku adil. Tanyakan pada diri sudahkah kita benar-benar mematuhi Perintah Allah, buat yang disuruh dan tinggal yang dilarang. Ikutilah cara pemerintahan di zaman Rasulullah saw dan diteruskan oleh Sahabat-sahabat Baginda. Saya yakin Allah akan memudahkan segalanya. Madinah waktu itu pun merupakan sebuah pemerintahan yang melibatkan penduduk yang majmuk dengan berbagai kepercayaan dan berbagai budaya hidup.
Saya rakyat biasa yang fakir dalam semua aspek dan menulis di sini hanya kerana saya rasa khuatir. Sudah hampir sangat Akhir Zaman dan kita belum nampak Esuk kemana kita? Allahu'alam. Mohon keampunan Mu Ya Rabb.....
Sehari-harian duduk di rumah dalam musim Covid19 ini saya sering melayari
apa yang ada di Utube. Dan dalam umur emas
begini saya sering teringatkan emak dan bapak saya. Video diatas tidak secara langsung berkenaan dengan cerita saya ini. Ia cuma imbasan. Namun tersentuh di hati saya beberapa fakta yang saya fikirkan sendirian. Saya merasakan perkembangan Islam di negara asal usul bapak saya itu lebih kuat dan menggunakan juga medium yang saya tidak tahu semasa saya membesar dan mendewasa hinggalah hari ini bilamana saya ikuti beberapa sudut dakwah yang dijalankan di sana melalui Utube.
Saya keturunan Pendatang ke Malaya dari Tanah Jawa. Maka sebenarnya saya rasa sebuah nostalgia bila mengimbas cerita-cerita mengenai budaya orang Jawa yang berkaitan terus dengan cara mempraktik prinsip-prinsip Islam. Anak cucu saya dari keluarga besar sudah amat jauh dari memahami budaya keturunan Jawa Islam. Termasuk saya juga.
Tetapi saya sentiasa ingat asal usul saya.
Justeru itu saya suka mengikuti cerita-cerita paranormal di masyarakat asal usul bapak saya. Saya teringat emak saya suka menakutkan saya semasa kecil dahulu dengan fakta hantu Gandaruwo dan hantu Banaspati dan yang seumpamanya.
Sekarang saya terkebil-kebiok sendirian memikirkan fakta-fakta itu yang banyak saya lihat diUtube masyarakat yang sangat terpaut dengan fenomena dukun itu dan dukun ini.
Tetapi bukan tujuan saya untuk berbicara panjang mengenai hal ini kerana saya tidak ada tempat rujukan yang membolehkan saya memahami fenomena ini sepenuhnya. Saya hanya mahu cerita sedikat mengenai bapak saya yang saya rindui terutamanya bila mengikuti cerita-cerita dari Tanah Jawa.
Semasa saya kecil dan bersekolah rendah, ramai yang tidak suka orang Jawa.
saya rasa tersedih katannya orang Jawa makan katak kering dan beberapa hal lagi yang seperti "menghina" orang Jawa. Tetapi hal itu mendorong saya untuk berkerja rajin supaya dapat mengubah kedudukan keluarga sebagai pendatang dari tanah Jawa.
Di arena politik ramai yang mengatakan orang Melayu "Malas". Ini tidak betul kesemuanya. Saya tetap kata saya keturunan Jawa tidak malas. Semangat "Survival" Emak Bapak saya sentiasa tersemat di sanubari saya. Kedua Emak dan Bapak merentas lautan pastinya bukan petanda orang malas. Semangat mahu mengubah cara hidup dan kehidupan pastinya amat kuat hingga berani mengambil apa jua risiko yang ada bersama
tekad "melepaskan" diri ke Malaya (nama ketika itu).
Emak saya meninggal dunia ditahun 2004. Bapak saya meneinggal ditahun 1964 ketika saya berumur 16 tahun. Umur bapak saya hampir 100 tahun, kata emak saya kepada kakak-kakak saya.Saya anak bongsu dan tidak banyak mendengari cerita-cerita "Penghijrahan"
emak bapak saya.
Walaupun tidak banyak, kini saya amat teruja mendengari cerita-cerita perihal Tanah Jawa di Utube. Saya tidak ada rekod sebenar, cuma Emak saya kata kami dari sebuah daerah di Solo. Saya belum pernah menjejak kaki di Solo. Setiap kali berwisata saya hanya ke Jakarta Bandung seperti itu. Saya beberapa kali ke Garut, daerah lebih kurang 3 jam dengan kereta dari Bandung.(Kenangan manis kerana lokasi tersebut sejuk dan nyaman).
Waktu itu saya bersama satu team membantu seorang Usahawan Malaysia yang membina sebuah Sekolah Menengah sebagai sebuah projek Wakaf. (saya pernah menulis mengenainya di blog ini lama dahulu). Ini hampir 10 tahun yang lalu.
Sekarang dalam duduk bersahaja, saya pilih cerita-cerita mengenai Pasentren dan Padepokan kerana ada imbasan kisah Bapak saya menjadi santri sebelum hijrah ke Malaya.
Tergiang-ngiang ditelinga saya mendengar kawan-kawan bapak saya iktiraf bapak seorang Santri Pasentren dan bapak saya dipercayai mengajar Ilmu Islam yang asas kerana waktu itu tidak ramai yang boleh mengajar. Ini diceritakan oleh kakak-kakak saya yang jauh lebih tua dari saya. Yang ada sekarang pun sudah berumur lapan-puluhan. Alhamdulillah. Terubat sedikit rindu saya pada emak bapak sekarang ini.
Bapak saya punya kitab-litab berbahasa Jawa. Saya simpan dahulunya tetapi kini musnah/hilang kerana saya berpindah randah dan tidak begitu prihatin menyimpan warisan bapak saya, terutamanya. Sekarang rasa kesal juga. Tujuan saya mula-mula ialah saya hendak beri pada ustaz atau sesiapa sahaja yang boleh memunafaatkan kitab-kitab itu. Sekarang tinggal kesalan. Semoga Allah mengampunkan kelalaian saya.
Saya tidak berapa tahu dan tidak ingat amalan-amalan ibadah bapak saya terhadap yang maha Pencipta. Cuma Bapak saya marah kalau tidak solat. Tetapi saya tidak ingat jenis denda yang dikenakan. Saya dan anak-anak saudara yang tinggal bersama dihantar sekolah rendah dan sekolah agama. Di Johor sememanagnya terkenal dengan sekolah agama dan saya pintar tulisan Jawi yang ramai sekarang ini anak cucu saya dan keluarga besar saya ramai yang tidak mahir. Cuma yang saya ingat amalan Bapak saya semasa saya duduk peperiksaan Bapak akan berpuasa. Itu cerita Emak saya pada saya. Sekarang dalam umur dewasa tua, saya pun tidak berpuasa untuk anak cucu semasa peperiksaan disekolah. Saya hanya berdoa selalu untuk kejayaan dan kesejahteraan. Amat sedikit amalan saya.
(Terdetik dihati.....kalaulah bapak saya masih ada.......)
Tetapi semangat Allahyarham bapak saya sentiasa hidup di hati saya. Kata seorang teman "The World belongs to the Brave". Bapak saya merentas lautan dengan, saya percaya, kemudahan yang amat terhad. Sampai di Malaya emak saya kata Bapak saya dengan kenalan baru membuka Hutan. Kebun getah yang saya bantu emak saya menoreh adalah kebun yang bermula dari hutan yang dibersihkan. Waktu itu agaknya tidak ada peraturan yang menyusahkan seperti sekarang. Saya tidak pernah tanya bila Bapak mendarat di Malaya. Sekarang saya anggarkan dalam tahun 1920an atau lebih awal.
Entah kenapa saya rindukan bapak sangat waktu ini. Saya sekarang berumur 74 tahun. Mungkin sudah amat hampir untuk berpindah kealam yang lain pula. Semoga saya dapat berpelukan denagan emak dan bapak seperti semasa saya membesar.
Semoga Allah pertemukan semula di Syurga Firdaus tanpa hisab
Dua hari dulu saya catat sedikit mengenai mencintai solawat. Suka saya kongsikan di atas ini antara solawat yang saya suka ikuti. Pilihlah mana-mana Solawat yang Ustaz rekomen, tidak mengapa.Semoga bermunafat dan semoga Allah kurnia kita mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW sekarang hingga ke Jannah. Aamiin.
Baru-baru ini saya catat sedikit perihal "Manusia Gila tidak serupa" dalam blog saya. Saya tetap ingat kata-kata Allahyarham bapa mertua saya. Hikmah kata-katanya saya simpan dihati, Kebelakang ini bila keadaan politik dan ekonomi tiadk menentu di Malaysia ini, saya ingati lagi kata-katanya. Tentunya ramai kita yang mengikuti serba sedikit apa yang terjadi pada kerajaan Negeri Perak sekarang ini. Saya ikuti sedikit kerana saya sudah rasa amat penat hendak memikirkan kearah mana rakyat akan dibawa. Ada yang mengatakan ini sejarah dunia sebab pihak yang mencadangkan, adalah pihak yang sama yang tidak meyokong usul yang dibawa.Tidak pernah terjadi dalam sejarah dimana-mana pun di dunia.
Hairan juga......itulah, "manusia gila tidak serupa".....pasti ada muslihat yang lebih besar atau ada motif yang lebih besar. Orang-orang politik sahaja yang tahu. Saya hanya serkap jarang....takut nak masuk campur.
Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya....
😟😠ðŸ˜
Pagi ini dalam "kerisauan" mengenai berbagai hal di Malaysia, saya teringatkan suatu "idea" yang telah lama saya fikir-fikirkan sendirian bagaimana kita boleh berbuat sesuatu yang mudah tetapi ia boleh memberi kesan positif diluar jangka dari segi kesjahteraan hidup umumnya.
Mudah cakap, saya ingin cadangakan kita Rakyat Malaysia semua membiasakan diri dengan kerap bersolawat atas Junjungan besar Nabi Muhammad salallahu alaihi wasalam sebagai senjata batin tetapi mempunyai kesan yang luar biasa untuk mempengaruhi minda manusia berfikiran positif dan dengan itu dapat mencari apa jua penyelesaian atas apa jua masaalah yang dihadapi....dengan Izin dan Redha Allah jua.....Semoga begitu.
Saya sering mendengari nasihat ramai ustaz Malaysia dan Indonesia menggalakan kita sentisa bersolawat. Bersolawat itu lebih besar kesannya pada Iman dan taqwa berbanding zikir yang biasa-biasa sahaja. Allah dan Malaikat-malaikatNya bersolawat pada Nabi saw. Allah berfirman dalam alQuran:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kata Ustaz, kalau Allah pun Solawat pada Nabi SAW, mengapa kita "kedekut" bersolawat..... Mungkin malas, mungkin tidak tahu hebatnya Solawat, kata Ustaz.....😢😢. Saya mengaku bersalah dan rasa serabut dihati menyesali diri kerana amat kurang bersolawat, terutamanya semasa muda dahulu. Sepertinya saya tidak belajar menghargai apa yang termaktub dalam alQuran. Cuma saya ingat bersolawat beria-ia semasa menyambut memperingati Hari Kelahairan Nabi Muhammad SAW. Ini semasa di sekolah waktu remaja dahulu. Kami berarak ramai-ramai dari padang besar di lokasi bandar dan tamat perarakan di Masjid Daerah untuk edaran bungkusan makan minum. Ia seperti acara suka ria........
Jom kita buat perubahan.....
Jom kita fikir-fikirkan untuk promosi bersolawat semasa memulakan hari pembelajaran di semua sekolah. Hanya 3 minit dan saya yalin tidak menggangu jadual kelas hari itu. Saya yakin kesannya amat besar untuk minda, Iman dan Taqwa. Bagi mereka yang bukan Islam mereka berdiri dan dengari sahaja. Jika ada yang protes, Pemimpin politik tidak harus bimbang. Buat sahaja apa yang betul, Rahmat Allah pasti bersama. Apa lagi yang kita mahukan dan apa yang hendak kita takutkan. Kita selalu ketakutan untuk membuat perubahan kerana kita berfikir dengan minda semata-mata. Sudah sampai masanya kita berfikir dengan hati nurani yang dalamnya kita bina Iman dan Taqwa dengan Izin Allah.
Mungkin dalam sessi Parlimen pun kita boleh buat........ Solawat rinkas bersama-sama. Saya yakin ada kesannya supaya sekali gos ia dapat membenteras ahli fikir dalam Dewan yang suka berhujah ikut kehendak seperti kehendak manusia yang tidak mengenal Tuhan. .....tanpa disedari. Kata ustaz kita sekarang sudah dalam fasa Akhir Zaman dalam hidup kita. Maka kita harus buat sesuatu yang akan memperkuat ketahanan diri dan kita boleh terhindar dari Fitnah Akhir Zaman. Di Pejabat-pejabat kerjaan dan lain-lain lagi pun kita bolih buat. Sekarang sudah ada Doa sebelum mula kerja. Maka jika ditambah Solawat saya yakin tidak akan ada banyak persoalan membantah langkah itu.
Maka Solawat yang mana yang kita hendak promote. Kita tanya Menteri Agama dan beliau boleh selaraskan untuk seluruh Negara. Kita hanya perlu yakin. Allah berselowat pada NabiNya. Malaikat pun begitu dengan arahan Allah yang maha Pencipta. Pasti ada sesuatu kekuatan di situ yang akan terserlah jika kita Istiqamah dalam menunaikan kehendak Allah.
Saya yakin jika kita dan semua Umat Islam bersolawat kuat-kuat pasti musuh-musuh Islam akan rasa gerun dan takut hendak menentang Islam tanpa sebab yang munasabah. Jika kita "tunjuk Perasaan" di jalanan, atau berkumpul di mana-mana untuk membantah sesuatu, kita mulai dan akhiri dengan Solawat kuat beramai-ramai dengan semangat, saya yakin kekuatan Islam akan terserlah dan musuh-musuh Islam di mana jua akan rasa gentar untuk melawan. Menjerit-jeritkan slogan tidak dapat menandingi semangat bersolawat.
Ini harapan saya semoga suatu hari nanti ia diterima.....
Dan semoga saya dapat tersenyum semasa di alam Barzah nanti dengan Rahmat Allah jua. Aamiin ya Rabb..........