"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, December 6, 2020

Membumikan/Mencintai Solawat....@ Usaha Meluruskan pemikiran.

 

Bismillah

Baru-baru ini saya catat sedikit perihal "Manusia Gila tidak serupa" dalam blog saya. Saya tetap ingat kata-kata Allahyarham bapa mertua saya. Hikmah kata-katanya saya simpan dihati, Kebelakang ini bila keadaan politik dan ekonomi tiadk menentu di Malaysia ini, saya ingati lagi kata-katanya. Tentunya ramai kita yang mengikuti serba sedikit apa yang terjadi pada kerajaan Negeri Perak sekarang ini. Saya ikuti sedikit kerana saya sudah rasa amat penat hendak memikirkan kearah mana rakyat akan dibawa. Ada yang mengatakan ini sejarah dunia sebab pihak yang mencadangkan, adalah pihak yang sama yang tidak meyokong usul yang dibawa.Tidak pernah terjadi dalam sejarah dimana-mana pun di dunia.

Hairan juga......itulah, "manusia gila tidak serupa".....pasti ada muslihat yang lebih besar atau ada motif yang lebih besar. Orang-orang politik sahaja yang tahu. Saya hanya serkap jarang....takut nak masuk campur.

Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya....

😟😠😠


Pagi ini dalam "kerisauan" mengenai berbagai hal di Malaysia, saya teringatkan suatu "idea" yang telah lama saya fikir-fikirkan sendirian bagaimana kita boleh berbuat sesuatu yang mudah tetapi ia boleh memberi kesan positif diluar jangka dari segi kesjahteraan hidup umumnya.

Mudah cakap, saya ingin cadangakan kita Rakyat Malaysia semua membiasakan diri dengan kerap bersolawat atas Junjungan besar Nabi Muhammad salallahu alaihi wasalam sebagai senjata batin tetapi mempunyai kesan yang luar biasa untuk mempengaruhi minda manusia berfikiran positif dan dengan itu dapat mencari apa jua penyelesaian atas apa jua masaalah yang dihadapi....dengan Izin dan Redha Allah jua.....Semoga begitu.

Saya sering mendengari nasihat ramai ustaz Malaysia dan Indonesia menggalakan kita sentisa bersolawat. Bersolawat itu lebih besar kesannya pada Iman dan taqwa berbanding zikir yang biasa-biasa sahaja. Allah dan Malaikat-malaikatNya bersolawat pada Nabi saw. Allah  berfirman dalam alQuran:


A056

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

(Al-Ahzaab 33:56

Dan Allah juga berfirman:


A031

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(A-li'Imraan 3:31)

Kata Ustaz, kalau Allah pun Solawat pada Nabi SAW, mengapa kita "kedekut" bersolawat..... Mungkin malas, mungkin tidak tahu hebatnya Solawat, kata Ustaz.....😢😢.  Saya mengaku bersalah dan rasa serabut dihati menyesali diri kerana amat kurang bersolawat, terutamanya semasa muda dahulu. Sepertinya saya tidak belajar menghargai apa yang termaktub dalam alQuran. Cuma saya ingat bersolawat beria-ia semasa menyambut memperingati Hari Kelahairan Nabi Muhammad SAW. Ini semasa di sekolah waktu remaja dahulu. Kami berarak ramai-ramai dari padang besar di lokasi bandar dan tamat perarakan di Masjid Daerah untuk edaran bungkusan makan minum. Ia seperti acara suka ria........

Jom kita buat perubahan.....

Jom kita fikir-fikirkan untuk promosi bersolawat semasa memulakan hari pembelajaran di semua sekolah. Hanya 3 minit dan saya yalin tidak menggangu jadual kelas hari itu. Saya yakin kesannya amat besar untuk minda, Iman dan Taqwa. Bagi mereka yang bukan Islam mereka berdiri dan dengari sahaja. Jika ada yang protes, Pemimpin politik tidak harus bimbang. Buat sahaja apa yang betul, Rahmat Allah pasti bersama. Apa lagi yang kita mahukan dan apa yang hendak kita takutkan. Kita selalu ketakutan untuk membuat perubahan kerana kita berfikir dengan minda semata-mata. Sudah sampai masanya kita berfikir dengan hati nurani yang dalamnya kita bina Iman dan Taqwa dengan Izin Allah.

Mungkin dalam sessi Parlimen pun kita boleh buat........ Solawat rinkas bersama-sama. Saya yakin ada kesannya supaya sekali gos ia dapat membenteras ahli fikir dalam Dewan yang suka berhujah ikut kehendak seperti kehendak manusia yang tidak mengenal Tuhan. .....tanpa disedari. Kata ustaz kita sekarang sudah dalam fasa Akhir Zaman dalam hidup kita. Maka kita harus buat sesuatu yang akan memperkuat ketahanan diri dan kita boleh terhindar dari Fitnah Akhir Zaman. Di Pejabat-pejabat kerjaan dan lain-lain lagi pun kita bolih buat. Sekarang sudah ada Doa sebelum mula kerja. Maka jika ditambah Solawat saya yakin tidak akan ada banyak persoalan membantah langkah itu.

Maka Solawat yang mana yang kita hendak promote. Kita tanya Menteri Agama dan beliau boleh selaraskan untuk seluruh Negara. Kita hanya perlu yakin. Allah berselowat pada NabiNya. Malaikat pun begitu dengan arahan Allah yang maha Pencipta. Pasti ada sesuatu kekuatan di situ yang akan terserlah jika kita Istiqamah dalam menunaikan kehendak Allah. 

Saya yakin jika kita dan semua Umat Islam bersolawat kuat-kuat pasti musuh-musuh Islam akan rasa gerun dan takut hendak menentang Islam tanpa sebab yang munasabah. Jika kita "tunjuk Perasaan" di jalanan, atau berkumpul di mana-mana untuk membantah sesuatu, kita mulai dan akhiri dengan Solawat kuat beramai-ramai dengan semangat, saya yakin kekuatan Islam akan terserlah dan musuh-musuh Islam di mana jua akan rasa gentar untuk melawan. Menjerit-jeritkan slogan tidak dapat menandingi semangat bersolawat.

Ini harapan saya semoga suatu hari nanti ia diterima.....

Dan semoga saya dapat tersenyum semasa di alam Barzah nanti dengan Rahmat Allah jua. Aamiin ya Rabb..........



No comments:

Related Posts with Thumbnails