"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, May 9, 2020

Terkesan Kehilangan......


A001



Antara Ustaz yang saya suka mendengari dan mengikuti kini sudah pergi buat
 selamanya. Allahyarham istimewa dalam kehdupan saya kerana saya kerap
 mengikutinya semasa saya mula bekerja dalam tahun 1970an.
Waktu tidak ramai ustaz yang berdakwah bebas dan saya minat
 dengan cara penyampaiannya. Alhamdulillah.
Semoga Allah menerima semua amalannya, mengampunkan dosa-doasanya dan menempatkan Ruhnya bersama-sama Ruh para Syuhadak, 
Siddiqin dan Solihain. Aamiin.



Saya kehilangan juga seorang teman akrab yang sama-sama dalam
 kimpulan mengaji baru-baru ini.
Allahyarham Datin Mariah kelihatan berdiri di kanan sekali.
Saya sama-sama bertugas di Kementerian Pendidikan satu ketika dulu.
Selepas bersara beliau mengajar mengaji dan saya rasa
 teringin benar menjadi sepertinya.
Semoga Allah mengampunkan dosa-doasa dan menempatkan Ruhnya
 bersama-sama para Solihin. Aamiin.


Saya kehilangan juga teman sekolah di Pontian Government English School 
hingga tingkatan 5. Zakaria Abd Ghani namanya dan di foto diatas
 ia berdiri kanan sekali.
Foto ini kiriman teteman seangkatan dalam kelas melalui Whatsapp.
Akihir sekali  saya berhubung semasa saya di University Malaya
 dan beliau dalam Angkatan Tentera.
Tidak pernah lagi berhubung selepas itu hingga saya mendapat berita
 ia telah pergi dahulu.
Semasa di sekolah Zakaria adalah Aziz House Captain 
dan saya deputy Captain.
Kami kuat bersukan dan Guru Kelas kami selalu khuatir kami tidak akan dapat lulus peperiksan Senior Cambridge waktu itu. Kami tamat dalam tahun 1964.
Rasa tersayu juga kenangan semasa sekolah.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan
 ia dicucuri Rahmat Allah yang tidak terhingga.
Aamiin yaRabbalalamiin.


Untuk ingatan bersama saya turunkan ayat-ayat alQuran
semoga kita sentiasa dalam naungan Kasih Sayang Allah jua.


A057
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
(Al-'Ankabuut 29:57


A070
Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
(Al-Nahl 16:70


A030
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
(Fussilat 41:30) |




Kepada Allah kita berserah segalanya.
Allah yang maha Pengasih maha Penyayang.


No comments:

Related Posts with Thumbnails