Hari semalam rakyat dimaklumkan bahawa PKP di sambung lagi hingga 9 Jun. Rasa terduduk sebentar kerana rasa lama sudah terkurung. Tetapi apakan daya. Kerajaan tentunya membuat keputusan yang terbaik buat rakyat dan Negara.
Maka suami dan saya berfikir-fikir bagaimana mahu terus dengan aktiviti yang ada. Suami saya kata kita teruskan sahaja amalan yang ustaz ajarkan hingga Hari Raya. Semoga Allah kurnia umur yang dapat dimunafaatkan untuk persediaan kehidupan yang lebih kekal. Apa cerita pun kita doa semoga selepas Hari Raya keadaan akan menjadi bertambah baik dan kita boleh kembali pada aktiviti sebelum ini.
Sekarang kami Tarawih di rumah seperti disarankan. Di bawah ini saya kongsikan tempat kami sekelurga solat jemaah. Saya ajak sekali pembantu rumah kami solat tarawih dan cuba melatih cucu-cucu yang ada bersama.
Alhamdulillah anak lelaki yang tinggal bersama menjadi Imam. Kami solat 8 rakaat sahaja kerana saya dan suami kurang kemampuan untuk buat 20 rakaat. Tahun lepas masih Allah kurnia kederat. Tahun ini suami saya solat atas kerusi kerana jatuh lutut patah dan belum pulih sepenuhnya. Bukan itu sahaja saya katakan pada anak. Saya minta untuk baca ayat-ayat Quran yang tidak sangat panjang. Semoga Allah terima amalan yang sedikit ini. Semoga kami dapat membersihkan hati-hati kami kerana yang akan bertemu Allah adalah hati-hati yang Ikhlas keranaNYA.
Semoga Masjid dan surau-surau dapat kembali dibuka.
Tahun lepas Imam surau kami ialah seorang Arab dan 10 malam yang
terakhir amat memukau saya bacaannya. Semoga Allah kurnia yang sama
tahun ini walau pun kami solat di rumah sahaja. Sama-sama kita semua berdoa semoga kita semua selamat dari bahaya wabak Covid-19 ini dan dan di sebalik Ujian Allah kurnia Rahmatnya yang tidak terhingga buat kita semua.....dimana jua kita berada.
Aamiin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment