"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, July 22, 2022

SAYA PERNAH KE SUDAN, BUAT APA??? .....@๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฉ Is Sudan on the verge of wider unrest? | The Stream




Bismillah al-Rahman al-Rahim "In the name of Godthe Most Graciousthe Most Merciful".


SAYA TIDAK BERTUJUAN UNTUK KOMEN APA YANG DIKATAKAN DALAM VIDEO INI KERANA SAYA TIDAK PERNAH LAGI MENGIKUTI APA YANG ADA DI SUDAN. SAYA HANYA INGIN CERITA SEDIKIT APA YANG SAYA BUAT DI SUDAN SEPINTAS LALU........
DI AWAL TAHUN 2001 SAYA SIBUK INGIN MENGHANTAR ANAK LELAKI SAYA KE NEGARA YANG IA BOLEH BELAJAR PERINGKAT UNIVERSITY MENGGUNAKAN BAHASA ARAB. DENGAN LAIN PERKATAAN SAYA MAHU ANAK SAYA MAHIR BAHASA ARAB.
SETTALAH MEMBUAT KAJIAN SEDIKIT SAYA MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK ANAK SAYA KE SUDAN KERANA WAKTU ITU KEBETULAN SAYA ADA 2/3 SAHABAT YANG TAHU SUDAN DAN SAYA DIPERAKUAKN UNTUK HANTAR ANAK KE SUDAN JIKA MAHU BELAJAR BAHASA ARAB. WAKTU ITU PENSYARAH DI UNIVERSITY ISLAM ANTARA BANGSA DI MALAYSIA BEBERAPA ANTARANYA DATANG DARI SUDAN.

PENDEKKAN CERITA SAYA HANTAR ANAK SAYA KE SUDAN MELALUI SEORANG SAHABAT UNTUK PENYESUAIAN DIRI. SAYA DI MAKLUMKAN MUDAH UNTUK MASUK KE UNIVERSITY SUDAN KALAU BERMULA DENGAN BELAJAR BAHASA ARAB.
TETAPI SAYA SALAH MENDAPAT MAKLUMAT DAN PERWAKILAN MALASYIA DI KHARTOUM WAKTU ITU TIDAK BANYAK MEMBANTU. MENGAPA? SAYA TIDAK FAHAM......TETAPI RASA KECEWA KERANA SAYA BEKERJA DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN WAKTU ITU DI KUALA LUMPUR DAN SAYA SANGAT TAHU KALAU MAHU TOLONG SERIBU DAYA, DAN KALAU TIDAK SERIBU DALEH.  TIDAK MENGAPA....MASA SUDAH JAUH BERLALU.
MAKA PADA TAHUN 2002 SAYA SINGGAH DI KHARTOUM SELEPAS SELASAI URUSAN RASMI SAYA DI KAJHERAH DAN DI JORDAN.
TUJUAN KE SUDAN IALAH UNTUK BINCANG DENAGAN ANAK SAYA UNTUK BAWA IA PULANG DAN KAMI IKHTIRKAN CARA LAIN UNTUK MAHIR BAHASA ARAB.
SUDAN RUPANYA AMAT TERTINGGAL JAUH KEBELAKANG BERBANDING MALAYSIA KETIKA ITU WALAUPUN KETIKA ITU PEMERINTAHNYA ADALAH PARTI ISLAM. SEKARANG BUKAN ORANG ISLAM YANG BERKUASA. WAKTU ITU SUDAN KERAJAN ISLAM. KINI BUKAN. (ITU YANG SAYA FAHAM).
SAYA ADA SAHABAT BEKERJA DI PETRONAS WAKTU ITU DI KHARTOUM DAN BANYAKLAH MAKLUMAT YANG SAYA DAPAT UNTUK MENGUATKAN KEPUTUSAN SAYA MEMBAWA ANAK SAYA PULANG.
SEBELUM PULANG SAYA HABISKAN CUTI SAYA SELAMA SEMINGGU DI KHARTOUM MELAYAN ANAK SAYA DAN KAWAN-KAWANNYA DI SANA YANG RAMAINYA DARI INDONESIA. SAYA MENJADI TOURIST MENGELILINGI KHARTOUM. TAIDAK ADA YANG MENGKAGUMKAN. MALAHAN BANYAK HAL SAYA MENGASIHANI ANAK SAYA KERANA SAYA HANTAR DIA KE SUDAN DAN TIDAK BANYAK PELUANG DISANA.. TIDAK ADA SHOPPING TIDAK ADA SIGHTSEEING YANG MUDAH DIPEROLEHI. TIDAK ADA PA-APA UNTUK DICERITAKAN. 
MAKA INGATAN SAYA DI KAHRTOUM CUMA SAYA SERONOK DI BAWA PUSING-PUSING OLEH TEMAN SAYA DARI PETRONAS, MAKAN ROTI TRADISIONAL YANG SEDAP BUAT SAYA, WALAUPUN DI GERAI-GERAI TEPI JALAN. DIA BAWA SAYA MALAM KERANA SIANG DIA BEKERJA DAN SIANG WAKTU ITU TERLALU PANAS, SAYA TINGGAL DI RUMAH TETAMU DI UNIVERSITY KHARTOUM, SUDAN. OK-OK SAHAJA KEADAANNYA. TETAPI SAYA PILIH KERANA MURAH DAN HAWA DINGINNYA BAGUS. HAWA DINGIN PENTING KERANA KHARTOUM TERLALU PANAS BUAT SAYA.
YANG AMAT SAYA INGAT IALAH SAYA BAWA ANAK SAYA 6/7 ORANG TEMAN-TEMANNYA KE GRAND CONTINENTAL HOTEL MALAYSIA DI KHARTOUM UNTUK MEMPERINGATI HARI LAHIR SAYA YANG KE 55. WAKTU ITU PERSARAAN IALAH UMUR 56. ANAK SAYA DAN TEMAN-TEMAN ENJOY MAKAN STANDARD HOTEL DALAM KEMAMPUAN SAYA.
SELEPAS 7 HARI SAYA PULANG SENDIRIAN DAN MINTA ANAK SAYA BUAT PERSEDIAAN UNTUK PULANG. DI SUDAN WAKTU ITU KALAU LUMAYAN DUIT PUN TIDAK ADA TEMPAT NAK ENJOY.....
PENDEKKAN CERITA SAYA SELAMAT BALIK KE KL. SAYA BUAT PERMOHONAN MENGHANTAR ANAK SAYA KE JORDAN PULA. ALHAMDULILLAH IA BERJAYA PULANG DENGAN IJAZAH SYARIAH. BAHASA ARABNYA TIDAK HEBAT TETAPI PUAS HATI ALHAMDULILLAH SEBAGAI PERMULAAN. ANAK SAYA BELAJAR DI UNIVERSITY MU'TAH.

DEMIKIAN CERITA SENTIMENTAL BUAT SAYA YANG SAYA LALUI 20 TAHUN YANG LALU. SAYA KINI 75 TAHUN, SIHAT CARA TUA, ALHAMDULILLAH.
APA PENGAJARAN?  ... DALAM HIDUP JANGAN TAKUT AMBIL RISIKO. BUAT BARU TAHU DAN PENGALAMAN ITU BAGUS UNTUK PENGHIDUPAN. JANGAN LUPA SENTIASA DOA ALLAH SWT TOLONG YANG TERBAIK BUAT KITA DI SISI NYA. AAMIIN.....


....

No comments:

Related Posts with Thumbnails