SAYA SEDIH MEDENGARI PENDAPAT PIHAK MALAYSIA YANG
SEOLAH-OLAH MENGATAKAN "KALAU INDONESIA
TIDAK MAHU MENGHANTAR PEKERJA KE MALAYSIA, ..... TIDAK MENGAPA.!!!
KITA BANYAK PEKERJA DARI NEGARA LAIN.
PADA HEMAH SAYA ISUNYA BUKAN KITA BOLEH PILIH
DARI NEGARA-NEGARA LAIN. TETAPI SAYA SEDIH SEBAB
INDONESIA ITU ADALAH NEGARA YANG SAYA ANGGAP
PERSAUDARAAN KITA AMAT ERAT.
SAYA KETURUNAN JAWA DARI TANAH JAWA. DAN DI JOHOR
TEMPAT KELAHIRAN SAYA, RAMAI KELUARGA SAYA
YANG DATUK NENEKNYA DARI INDONESIA.
MAKA JANGANLAH KITA BERKERAS DENGAN INDONESIA.
MENGALAH BUKAN BERERTI KALAH.
PADA HEMAH SAYA INI BUKAN SOAL ANTARA DUA KERAJAAN.
TETAPI INI ADA KAITAN JUGA
DENAGAN ERTI "SENTIMENTAL" PERSUDARAAN "KANDUNG".
SAYA MENGHARAPKAN SANGAT KERAJAAN MALAYSIA MENGALAH
SEPERTI DALAM HIDUP KITA MENGALAH KEPADA
SAUDARA TUA YANG KITA KASIHI.
SAYA RASA SEDIH KALAU SUDAH TIDAK ADA
RASA KASIH SAYANG DENGAN INDONESIA.
DI INDONESIA PUN RAMAI ULAMAK-ULAMAK ISLAM
YANG KITA HANTAR
ANAK-CUCU KITA KE SANA UNTUK MENGAJI MENUNTUT ILMU.
MAKA JANGANLAH KITA RASA "SOMBONG" WALAUPUN
MUNGKIN KITA DISEBELAH YANG BENAR DALAM MASAALAH INI.
DAN JANGAN LAH KITA "SOMBONG" KERANA
KITA ADA PENYELESAIAN ALTERNATIF.
SEMOGA ADA PENYELESAIAN YANG BERASASKAN
KASIH MESRA PADA NEGARA TETANGGA YANG SAYA ANGGAP BERSAUDARA.
DAN SEMOGA TIDAK ADA SEBAB YANG MEMBUAT
KITA KEHILANGAN PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN.
SAYA AMAT MENGHARAPKAN KITA DAPAT MERASAI
SEPERTI "CUBIT PEHA KIRI, PEHA KANAN SAKIT JUGA.
YA ALLAH! SEMAIKANLAH TERUS RASA KASIH SAYANG
MALAYSIA DENGAN INDONESIA.
AAMIIN YA RABB...
........
No comments:
Post a Comment