"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, February 23, 2023
LIHAT INI UNTUK MEMAHAMI HAKIKAT HIDUP DALAM PERANG.. .....@A year of Russia’s war in Ukraine: Lives lost and disrupted
SAYA KINI 76 TAHUN. ALHAMDULILLAH. TIDAK PERNAH MELALUI PERANG. CUMA MENDENGARI CERITA PERANG JEPUN DAN PERANG KOMUNIS DI TANAH AIR. BAPAK SAYA PENDATANG DARI TANAH JAWA. MAKA CERITA PERANG AMAT SEDIKIT SANGAT.
SEMASA PERANG JEPUN SAYA BELUM LAHIR. DUA ORANG KAKAK SAY TIDAK BERSEKOLAH WALAUPUN DALAM UMUR BERSEKOLAH. MALAM HARI EMAK SAYA CERITA KELUARGA DUDUK DALAM KEGELAPAN KERANA TAKUT DIDATANGI JEPUN. DUA ORANG KAKAK SAYA YANG REMAJA SELALU DI SEMBUNYIKAN DALAM TEMPAT YANG PANAS DAN SUSAH BERNAFAS TAKUT DI TARIK ASKAR DAN DIPERKOSA.
MAKAN HANYA UBI KAYU DAN APA JUA YANG DAPAT DI TANAM SEDIKIT-SEDIKIT. TIDAK BANYAK CERITA BOM-BOM PERANG. CUMA CERITA SUSAH MAKAN MINUM DAN KAKAK SAYA TIDAK PERGI SEKOLAH. CUMA BAPAK SAYA KAUM SANTRI DARI INDONESIA DAN BAPAK AJAR NGAJI SEMAMPUNYA. TIDAK BANYAK MASA BELAJAR KERANA MESTI BERCUCUK TANAM KANAN JAUH DARI RUMAH.
DIUMUR TUA INI SAYA SANGAT SEDIH MELIHAT PEPERANGAN DI MEDIA MASSA DAN MENGINGATI KESUSAHAN HIDUP DALAM PEPERANGAN.
SEMOGA PEPERANGAN UKRAINE RUSSIA INI TAMAT SEGERA DENGAN IZIN ALLAH.
No comments:
Post a Comment