INNALILAHI WAINNAIALIHIRAJIUUN.
Tersedih dan sayu mendapat berita Dr Kamal Hassan
telah pulang ke Rahmatullah.
Saya pernah belajar (mengaji) di bawahnya semasa University Islam Antarabangsa itu terdiri di Petaling Jaya.
Keilmuannya luarbiasa dan penjelasannya
menyusuk dalam jiwa.
Waktu itu saya berumur awal tigapuluhan (mungkin 31/32) dan beliau membuka kelas seminggu sekali. Sekarang saya berumur 76 tahun. Teman akrab saya yang mengendali kelas ini dan beliau memberitahu saya untuk hadhir. Saya tidak lepas peluang kerana waktu itu pun Dr Kamal sudah terkenal dengan kepimpinannya dan arah tuju dakwahnya.
Suatu hal yang saya amat teringat ialah mengapa buka kelas di universty dan bukan di masjid-masjid. Bukankah Masjid lebih bebas untuk kehadiran. Ini saya tanyakan pada teman saya. Saya di beritahu bahawa beliau berbuat demikian kerana waktu itu tidak ramai individu bijak pandai dan professional yang belajar di luar negara mudah mendatangi masjid. Mungkin mereka rasa kekuk kerana waktu itu di luar negara Islam belum hebat seperti sekarang dan masjid belum banyak
terdiri untuk Muslim.
Maka kata teman saya Dr Kamal kata mereka lebih tertarik hadir dan lebih selesa berhadapan dengan Ilmuan
di bilik kuliah University.
oh! Betul juga dalam hati saya kerana waktu itu saya sendiri pun belum jinak untuk ke masjid.
Rasa seperti di lihat pelik.(😓)
Kemudian teman saya menjelaskan lagi bahawa jika di bilik kuliah amat mudah buat Dr Kamal mngajak semua yang hadir pergi solat berjemaah di masjid Univerditi berdekatan pada waktu Asar. Kelas pengajian senghaja di mulakan setengah jam sebelum Asar. Saya komplain pada teman saya kerana sukar buat saya solat di surau university.
(Sekarang menyesali diri).
Apabila solat Asar sudah biasa di Masjid bersamanya, Dr Hassan yakin ia akan menjadi suatu kebiasaan untuk ke masjid pada waktu lainnya di mana jua kerana
sudah terlatih di bawah Dr Hassan.
Tidak perlu lagi rasa kekuk tidak selesa dan malu-malu.
Waktu itu saya tidak rasa kagum atau istimewa dengan strategy beliau itu. Sebab saya pun waktu itu belum jinak Masjid.
Sekarang saya amat bersyukur saya pernah mengaji dibawahnya dan mendapat bimbingan luar biasa. Saya kata luar biasa kerana waktu itu tidak banyak kemudahan belajar (mengaji) di luar waktu bekerja.
Alhamdulillah. Nampak seperti kecil sahaja waktu itu sebab saya sangant jahil memgenai Islam dan strategi dakwah Islam. Dan saya pun pernah belajar sekejap di luar negara dan rasa beruntung belajar di bawah Dr Hassan. Saya amat yakin ini doa Dr Hassan untuk kami dan siapa jua yang mengikuti beliau.
Alhamdulullah. Semoga usaha yang nampak kecil ini adalah usaha besar membuka minda dan hati nurani bijak pandai Islam mahu ke masjid dan bergiat pula mencontohi Dr Hassan dalam kegigihan beliau mencari jalan bagaiman membina orang-orang muda Islam rajin ke masjid dan seronok menyumbang pada masyarakat.
Semoga amalan Allahyarham ini Allah swt terima bulat dan Allahyarham Dr Kamal di tempatkan bersama-sama
Ruh-Ruh orang-orang yang soleh dan dapat dakapan
Kasih Sayang Allah yang Maha Pencipta.
Aamiinn Aamiin Aamiin ya Rabbalaalamiin...
...........................................
No comments:
Post a Comment