"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, January 18, 2016

Beautiful......


This quotation is beautiful....
Gives me a lot of comfort whenever I am feeling low....making doa, hoping I fall under this category.


If you see Allah, Mighty and Magnificent, holding back this world from you, frequently trying you with adversity and tribulation, know that you hold a great status with Him. Know that He is dealing with you as He does with His Awliya’ and chosen elite, and is watching over you.

Imam Al Ghazali.

Dari carian Google.
...

Sunday, January 17, 2016

Anak Ayah.....






Apabila umur meningkat melepasi gasrisan empat puluhan,
Sang ayah mencecah tujuh-puluhan
Lahir kemesraan yang tidak lagi dapat diabaikan.

Akan tersemat pautan mesra warisan Tok Ayah tersayang
Yang punya wawasan walaupun tidak dinyatakan
Hanya melalui contoh seperti seorang Ikon Ayah pilihan

Mengharapkan anak cucu merentasi segala halangan 
Menghidupkan legasi kasih sayang tanpa sempadan
Bukan hanya keluarga terdekat, termasuk juga pupu-poyang.

Semoga Allah terus memandu wawasan sebuah impian,

Membina keluarga demi menyahut seruan
Membangun Ummah mengikut sirah Baginda Rasulullah tersayang,
Tiada bandingan.....

.....

Friday, January 15, 2016

Juma'at sendirian.....







Bila sendirian teringatkan berbagai rencah kehidupan....
Teringat juga cucu-cucu yang sudah lama tidak kelihatan dan tidak kedengaran. Di tahun baru 2016 ini semuanya kesibukan... sekolah baru, karenah baru dan berbagai yang baru yang saya yakin ibu bapa pun  belum memahami kesemua yang guru sarankan. Mungkin juga guru pun belum faham semua dasar-dasar tahun baru mengnai persekolahan, terutamanya mengenai hal-hal penilaian pelajar. 

Ini jangkaan saya sahaja kerana saya lama bekerja di Kementerian pendidikan di dekad yang lepas. Mungkin sekarang sudah berlainan. Semoga begitu untuk yang lebih positif demi pembangunan Ummah....

Sekarang pun sudah banyak tertubuh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan swasta. Sekarang ini lebih liberal dari segi kreativity pengajaran dan pembelajaran.

Alhamdulilah....semoga hala tuju pendidikan kita akan lebih fokus kepada membina akhlak dan kepakaran serta keterampilan yang akan membawa kepada pembanunan negara seperti yang di tuntut oleh yang maha Pencipta. Bukan semata-mata mahu pendidikan bertaraf Dunia "World Class" tanpa memahami konsep worlad class itu sendiri. Cuma ikut-ikutan....

Kita tinggalkan fikiran itu buat sementara.
Saya ingin kembali pada karenah cucu-cucu saya.
Ada cucu-cucu yang saya lihat membesar seperti yang kita fahami mengikut fitrah dan mengikut perkembangan dunia sekeliling. Ada yang saya dapati perlu perhatian yang lebih dari guru dan ibu-bapa terutamanya.




Ini cucu-cucu saya Akif namanya. Ia sedikit Otisma dan disahkan perlu pertolongan guru khas. Pada saya sudah banyak perkembangannya yang membuat saya yakin ia boleh diintergrasi dalam kelas biasa yang seumur dengannya. Tetapi kata guru ia belum sampai masanya.

Abangnya Ujai juga istimewa. Ia dalam kategori ADHD. Sangat dan terlalu aktif dan daya fokus amat kurang. Tetapi saya dapati sudah banyak kemajuan hasil keperhatinan ibu dan bapanya yang membawa ke aktiviti dan kelas pemulihan. Tetapi kata gurunya pun ia belum bersedia untuk di samakan belajar dengan anak-anak yang lainnya di kelas yang normal.

Ibunya akur sahaja walaupun saya lihat ia kelihatan agak sedih bila berbincang dengan saya.


Ini Ujai atau Huzaifah, nama penuhnya. Kini berumur 10 tahun. Di foto kanan ini pun ia nampak aktif, berbuat sesuatu ikut nalurinya sendiri.

Kami sekeluarga tidak menyesali kurniaan Allah yang istimewa pada anak-anak ini. Tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Cuma kami tertanya-tanya bilakah agaknya pihak kerajaan akan memberi peruntukan bajet pendidikan yang mencuckupi bagai anak-anak istimewa seperti ini. Ada yang lebih memerlukan berbanding cucu-cucu saya ini tetapi mereka tidak mendapat pertolongan sewajarnya yang mencuckupi. Pusat -pusat terepi tajaan kerajaan tidak mencukupi dan yang swasta pula banyak yang tertubuh di bandar-bandar besar.

Saya mengenali seorang dua ibu Di Tadika SmarTop di Tangkak yang punya anak istimewa yang tidak dapat dihantar ke pusat-pusat khas kerana tidak ada dan kalau ada pun terlalu mahal kosnya. Anak saya pun tidak mampu menghantar ke puasat-pusat ini sekerap yang sepatutnya kerana tidak cukup kemampun kewangan. 

Maka kami hanya mampu mencuba sebaik mungkin, bersabar dan berdoa serta pasrah kerana kami yakin Allah ada perancangan yang kita tidak mengetahuinya. 

Ada juga cucu saya yang dalam proses mengenal dirinya sendiri. Ini satu proses yang rumit kerana ia belum memahami fitrah dirinya sendiri dan masih bergantung pada ibunya untuk rutin harian. Ini pemerhatian yang mungkin tidak professional kerana saya kurang arif dalam bidang pendidikan  "special needs children".  Saya juga pernah sarankan ibunya supaya mencari ilmu bagaimana mahu "mendewasakan" anak-anak seperti ini terutamanya dalam daya pemikirannya semoga ia cepat matang dan boleh bertidak sendirian dalam hal-hal harian.

.......Ini sahaja pemikiran pagi Jumaat duduk bersendirian.
Semoga apa yang ada difikiran saya ini Allah dengari dan Allah turunkan pertolongan pada semua anak-anak yang memerlukan perhatian lebih khusus.

Saya yakin mereka ada masa hadapan yang cerah asal sahaja masyarakat juga mahu bersimpati dan tidak melihat anak-anak istimewa ini wujud kerana kesilapan ibu dan bapanya yang disifatkan sebagai kurang prihatin dan kurang bertanggong jawab. Maha suci Allah. Dia maha Pencipta yang maha Adil dan maha Kasih Sayang pada hamba-nya. Ada mesej istimewa untuk mereka yang normal semoga lebih berlapang dada dengan-anak-anak ini dan tampil untuk memebantu.

Semoga doa doa kami kesampaian. Aaminn ya Rabb....


....

Tuesday, January 12, 2016

Fikir apa sahaja.....





Suasana luaran di perumahan eksklusif.....
Cantik menghijau dari sudut mata saya.

Tetapi saya tahu penghuninya sering keseorangan dan sering berseorangan. Anak-anaknya telah dewasa dan sudah punya cita rasa yang tidak dapat dikongsikan dengan ibu yang sudah hampir sampai umur siri enampuluhan. Namun dia tetap senyum bila saya temui di rumahnya yang besar tersergam. Kekadang ada cuitan dihati saya rasa irihati ingin tinggal dalam rumah yang serba mencukupi, mewah dan dikelilingi taman bewarna warni dengan berbagai bunga-bungan yang menyegarkan.

Namun cuitan itu hanya seketika dan entah mengapa saya dapat merasakan suatu kesunyian....pipe musik bergema namun tiada siapa yang mendengarinya. "Deafning silence" yang menyeramkan, terutama pada mereka yang sentiasa dihujani jeritan anak cucu siang dan malam.

Kita tidak dapat menjangka laluan hidup, walaupun kekadang kita rasa ada keyakinan. Tetapi keyakinanan itu hanya dalam imaginasi sahaja yang setiap kita merasai ia suatu realiti. Tidak mungkin kita dapat merancang apa yang kita fikirkan baik kerana banyak faktor yang melangkaui senarai keutamaan yang telah kita catatkan. Kita tidak dapat menguasai keadaan sekeliling yang ada.Dan seringkali kita tidak dapat sokongan keluarga, sahabat handai dan ............

Dalam keadaan seperti ini kita harus tahu mencintai diri sendiri. Kita boleh menjadi teman baik diri kita sendiri dan kita boleh mencipta pekerjaan atau hobi atau apa sahaja yang membuat kita sentiasa sibuk, kalau tidak secara fisikal pun kita rasa sibuk di minda kita dan tidak merasa tekanan stress.........dan kita boleh mengelakan diri menjadi murong.

Kita boleh sibuk membuat kerja-kerja sukarela yang memberi munafaat pada orang lain. Sering dikatakan kita dapat merasai tenang jika kita dapat berkongsikan sesuatu yang membuat orang lain rasa tenang dan bahagia. Saya sendiri yakin ini suatu yang benar. Wang ringgit tidak begitu penting untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Jika sedikit kita berkongsi sedikit. Yang penting kita dapat berkongsi.....memberi dan menerima. Jika kita sentiasa memberi maka tidak ada masaalah dalam menerima.....

Fikir apa sahaja.....

Ada jalan keluar dalam apa jua yang kita hadapi asalkan sahaja kebergantungan kita bukan pada orang lain....bukan pada suami, bukan anak-anak dan bukan siapa jua yang secara tradisi menjadi menjadi tempat kita bergantung. Kita ada Allah. Yakin atas kurniaan Allah itu suatu yang memberi munafaat pada akhirnya....

Kita sentiasa memohon keampunan dari Allah dan sentiasa berlapang dada.... rezeki Allah turun dalam berbagai bentuk dan berbagai warna.
Semoga kita redha dan Allah meredhai.

.....

Sunday, January 10, 2016

Santai di Madinah ?





Tidak cuckup rasanya jika tidak cerita sedikit mengenai aktiviti santai pada hari akhir kami di madinah pada akhir tahun lepas.

Pada pagi 22 Disember kami menaiki Bas untuk melihat dan merasai fenomena istimewa di luar bandar Madinah, iatu melawat Bukit magnet. Ia tidak jauh dari bandar Madinah itu sendiri dan ingatan saya ia hanya memakan masa kurang  sejam untuk sampai ke kawasan bukit bukau yang indah dan menawan. Kalau di Tanah Air kita sentiasa melihat kehijauan, di sini kami melihat bukit-bukit rendah yang memukau perhatian dan pemikiran.










Jalan raya di kawasan itu berupa dua hala dan tidak banyak kenderaan. Mengikut seorang pelajar University Madinah yang menjadi pemandu pelancung pada hari itu mengatakan setakat ini beum ada lapuran saintifik yang berasaskan kajian terperinci yang dia tahu di mana letaknya magnet itu dan berapa besar dan jauh jaraknya untuk maklumat umum. Cuma dari segi pengalaman, sesiapa yang lalu di kawasan itu dan memberhentikan kenderaannya, ia akan dapati kenderaan itu akan berjalan terus walaupun di permukaan tanah rata. 

Teruja tetapi setakat itu sahaja.

Kemudian kami lalu di kawasan ternekan unta. Saya teruja bila lihat unta. Istimewa Allah cipta Haiwan padang pasir ini. Unta ada ceritanya sendiri yang dikaitkan dengan perjuangan Rasulullah Sallahualaihi Wasalam. Boleh tahan berhari tanpa air secara langsung. MasyaAllah. Allahuakbar.




Ini suami saya. Raja Unta mendatang.




Ini anak-anak Raja Unta.
 Ada yang belum pernah melihat unta dari jarak dekat dan belum pernah minum susunya.


Ini kakak-kakak saya. Pertama kali ke makkah Umrah bersama.


Maka masing-masing yang berminat mencuba minum. Saya suka juga dan minum. Pertama kali minum di ladang ialah dalam ziarah saya tahun 2010 di Makkah. Kata pemandu kini ladang di Makkah sudah tidak dibenarkan wujud atas sebab-sebab kesihatan.
Anak saya membeli untuk sambung minum di Hotel. Segar dan sedap. Lebih sedap dari susu lembu. Namun kedua-duanya kurnian Allah yang maha mengetahui dan maha bijaksana. Kita kagumi kedua-duanya. Sedap atau kurang sedap hanya pernyataan cita rasa.
Tiada ciptaan Allah yang sia-sia.


Ada yang cuba memberi makan. Seronok dengan unta seperti kanak-kanak kecil biasa.


Ini THE BLACK UNTA !!!




Foto kenangan dengan Raja Unta sebelum meninggalkan ladang itu.


Santai di Madinah untuk beberapa jam berakhir dengan melalui di hadapan University Madinah dan melawat sebentar Musium Madinah. Saya tidak turun dan tidak dapat bercerita di sini.
Hingga lain kali........
Semoga Allah memberi ruang dan peluang...

.....

Friday, January 8, 2016

SMARTOP SUBUR FITRAH....2016





Semangat untuk sentiasa menegakan Kebenaran insyaAllah  akan terus disemarakan walau apa pun ada masaalah yang dihadapi di Pra sekolah SmarTop Subur Fitrah yang kami tubuhkan sejak 2013. Alhamdulilah. Kami merangkak-rangkak tetapi insyaAllah kami tidak akan berputus asa. Kebergantungan kami hanya pada Allah jua.(Foto di atas ehsan google).



Bilangan murid TADIKA pada tahun ini adalah seramai 30 orang, lebih sedikit dari tahun lepas. Kelihatan kelas mengenai adab belajar dimulakan pada hari pertama mengikut keaddan yang ada. Minggu pertama adalah minggu orientasi dan ada ibu-bapa yang tunggu agak lama untuk menentukan keselesaan emosi anak.



Sebelum makan mereka sudah mula diajar membaca doa dan duduk dengan tertib menungu makanan di berikan pada setiap individu. Tersenyum juga melihat karenah anak-anak kecil. Seronok dan ia merupakan sebuah nostalgia.



Pada hari pertama anak-anak ini belum dapat menghayati disiplin bilik darjah. Mereka akan diajar membuat barisan supaya masuk ke kelas secara teratur. Sedikit demi sedikit insyaAllah tercapai apa yang diingini.

Anak-anak ini belum memakai uniform yang disediakan kerana masih belum siap dijahit kesemuanya. Warna uniform SmarTop tahun ini ialah warna merah jambu muda dan seluar biru tua. Tunggu seminggu lagi akan kami tayangkan., insyaAllah.

Apa yang menyeronokan saya lebih pada tahun ini ialah adanya seorang ibu keturunan India menghantar seorang anak ke Tadika dan seorang ke Taska. Kami dan guru-guru serta pengasuh rasa teruja kerana ada ibu yang bukan Islam mahu beserta dengan kami. Semoga Allah memberi hidayah dan taufikNya dan anak-anak ini kekal lama dengan kesudahan nanti menjadi seorang yang beriman pada Allah yang maha Esa. Aamiin.

Tahun ini SmarTop juga menerima 2 anak-anak istimewa untuk kami cuba didik mengikut kemampuan yang ada. Mereka berumur 6 dan 5 tahun. Anak perempuan yang 6 tahun adalah di kategory CP yang tidak serious dan anak lelaki yang 5 tahun adalah dalam kategory otisma yang non-verbal. Tidak ada sekolah yang khusus  sesuai bagi mereka maka kami sukarela menerima mereka sebagai menepati falsafah SmarTop untuk mendidik mengikut potensi setiap anak sebaik mungkin demi membangunkan ummah, membina kesejahteraan ummah seperti yang Allah tuntut. Tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Semua ada hikmahnya. Semoga Allah menurunkan pertolonganNYA dan semua anak-anak dapat munafaat yang Allah susun buat mereka.

Pada tahun ini kami akan juga mulakan kelas memanah dan menunggang kuda disamping kelas renang dan Tae Kwan Do yang sedia ada. Nanti kami akan cerita selanjutnya bila bermula pada akahir January ini.

Sementara itu kami mohon doa setiap ibu bapa dan semua yang prihatin dalam jihad pendidikan. Semoga Allah memberkati usaha yang kerdil ini dan menganugerah ganjaran yang tidak kami sangka-sangka.
Aamin ya Rabb......


.....

Thursday, January 7, 2016

Di Thaif lagi.....








Udara sejuk nyaman di Thaif. Sedap untuk jalan-jalan putar-putar melihat alam sekelilimg. Suhu dalam 15-20 centigrade sahaja.

Maka samapai sahaja di Thaif pemandu bas bawa kami legar-legar di kawasan seperti taman bebukit cantik seperti foto di bawah. Hampir tiada pokok. Anak saya sewa seperti motorbike  dan ronda. Saya melihat-lihat sahaja dan berfoto untuk kenanagan kerana hampir pasti saya rasa tidak akan sampai ke sini lagi.




Tidak lama kami di situ dan kami beredar. Ketua rombongan kami mengatakan kami akan melawat Masjid Ibnu Abbas dan ziarah maqamnya di Masjid itu. Saya rasa teruja kerana saya telah lama mendengari nama Ibnu Abbas tetapi tidak mengenalinya. Malu pada diri dan tersenyum sendirian kerana seronok mendapat penerangan siapa Ibnu Abbas ini. 




Ini pemandangan di dalam Masjid. Bersih dan cantik. Ada juga jemaah lain yang samapai di situ bersama kami. Kami solat jamak zohor dan Asar dan saya mengatakan pada kakak saya betapa saya menyesali diri kerana ramai cerita sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam yang saya kurang tahu. 



Ini rupa bentuk luar Masjid dari sudut kami masuk. Kamera saya kurang canggih dan ini sahaja yang dapat saya rakam. Di bawah ini ialah Taufik, cucu saudara saya yang menemani kakak saya ziarah dan Umrah kali ini. 


Saya turunkan di bawah ini maklumat yang saya dapati mengenai Ibnu Abbas di Google 
Wikipedia.

Abdullah bin Abbas

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Abdullah bin Abbas (Bahasa Arab Ø¹Ø¨Ø¯ الله بن عباس) adalah seorang Sahabat Nabi, dan merupakan anak dari Abbas bin Abdul-Muththalib, paman dari Rasulullah Muhammad SAW. Dikenal juga dengan nama lain yaitu Ibnu Abbas (619 - Thaif,687/68H).
Ibnu Abbas merupakan salah satu sahabat yang berpengetahuan luas, dan banyak hadits sahih yang diriwayatkan melalui Ibnu Abbas, serta dia juga menurunkan seluruh Khalifah dari Bani Abbasiyah.

Keluarga

Dia merupakan anak dari keluarga yang kaya dari perdagangan bernama Abbas bin Abdul-Muththalib, maka dari itu dia dipanggil Ibnu Abbasanak dari Abbas. Ibu dari Ibnu Abbas adalah Ummu al-Fadl Lubaba, yang merupakan wanita kedua yang masuk Islam, melakukan hal yang sama dengan teman dekatnya Khadijah binti Khuwailid, istri Rasululah.[1]
Ayah dari Ibnu Abbas dan ayah dari Muhammad merupakan anak dari orang yang sama, Syaibah bin Hâsyim, lebih dikenal dengan nama Abdul-Muththalib. Ayah orang itu adalah Hasyim bin Abdulmanaf, penerus dari Bani Hasyim klan dari Quraisyyang terkenal di Mekkah. Ibnu Abbas juga memiliki seorang saudara bernama Fadl bin Abbas

Hadis Tentang-nya

  • Ibnu Abbas pernah didekap Rasulullah SAW, kemudian Rasulullah SAW berkata, Ya Allah, ajarkanlah kepadanya hikmah. Yang dimaksud hikmah adalah pemahaman terhadap Al-Qur'an.[2]
Ibnu Abbas pernah melihat Malaikat Jibril dalam dua kesempatan, Ibnu Abbas berkata:
  • Aku bersama bapakku di sisi Rasulullah dan di samping Rasulullah ada seorang laki-laki yang membisikinya. Maka seakan-akan dia berpaling dari bapakku. Kemudian kami beranjak dari sisi Rasulullah seraya bapakku berkata, Wahai anakku, tahukah engkau kenapa anak laki-laki pamanmu (Rasulullah) seperti berpaling (menghindari aku)? Maka aku menjawab, Wahai bapakku, sesungguhnya di sisi Rasulullah ada seorang laki-laki yang membisikinya. Ibnu Abbas berkata, Kemudian kami kembali ke hadapan Rasulullah lantas bapakku berkata, Ya Rasulullah aku berkata kepada Abdullah seperti ini dan seperti itu, kemudian Abdullah menceritakan kepadaku bahwa ada seorang laki-laki di sampingmu yang berbisik-bisik kepadamu. Apakah benar memang ada seseorang di sampingmu? Rasulullah balik bertanya, Apakah engkau melihatnya ya Abdullah? Kami menjawab, Ya. Rasulullah bersabda, Sesungguhnya ia adalah Jibril alaihiwassalam. Dialah yang menyibukkan kami dari kamu sekalian.[3]
  • Abbas mengutus Ibnu Abbas kepada Rasulullah dalam suatu keperluan, dan Ibnu Abbas menjumpai Rasulullah bersama seorang laki-laki. Maka tatkala ia kembali dan tidak bicara kepada Rasulullah, maka Rasulullah bersabda, Engkau melihatnya ? Abdullah (Ibnu Abbas) menjawab, Ya, Rasulullah bersabda, Ia adalah Jibril. Iangatlah sesungguhnya ia tidak akan mati sehingga hilang pandangannya (buta) dan diberi (didatangkan ilmu). [4]
Ia pernah di doakan Nabi dua kali, saat didekap dia dan saat ia melayani Rasulullah dengan mengambil air wudlu, Rasululah berdoa, Ya Allah fahamkanlah (faqihkanlah) ia. (HR. Muslim)
Ibnu Abbas wafat pada tahun 78 hijriyah, dalam usia 75 tahun, diriwayat lain 81 tahun. Dari Ibnu Jubair menceritakan, bahwa Ibnu Abbas wafat di Thaif.


Related Posts with Thumbnails