"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, May 11, 2016

Mengurus Tadika dan karenah Ibu-Bapa.....



Alhamdulilah hingga hari ini Allah masih bagi kekuatan
 untuk terus membantu
 teman saya mengurus Tadika dan Taska SmarTop
 Subur Fitrah di Tangkak, Johor.
Kami bermula merancang dalam tahun 2012.
 Bangunan sudah ada 
tetapi banyak kerja pembaikan dan naik taraf perlu dibuat.
Alhamdulilah kini masuk tahun ke 4. Semoga ia berterusan
 dan kami dapat mempertingkat prestasi 
dalam semua aspek.

Mengurus Sebuah Institusi Pendidikan walaupun kecil, memerlukan kesabaran dan perlu berfikiran terbuka
serta sentiasa berlapang dada.
Saya ingin kongsikan satu masaalah sahaja hari ini.Satu masaalah yang melibatkan ibu-bapa. 
Ada ibu-bapa yang bersikap bahawa pihak pengurusan harus bertanggong jawab pada semua aspek yang melibatkan anak-anak mereka. Dalam kes ini ialah sekiranya ada wabak penyakit dan Jabatan yang bertanggongjawab mengarahkan supaya sekolah ditutup seminggu atau dua, maka ada ibu-bapa yang meminta pihak pengurusan mengaturkan tempat alternatif. 
Mereka tidak mahu menjaga anak-anak sendiri dan menempatkan di premis lain buat sementara.

Sikap ibu-bapa seperti ini memeningkan pengurusan.
Kami menganggapnya seperti satu kejadian luar jangka. maka kami mengharapkan ibu-bapa sama-sama bertanggong jawap menjaga anak masing-masing sementara sekolah diarah tutup. Tidak ramai yang bersikap menganggap kos ini mesti di tanggong oleh pengurusan kerana mereka sudah membayar yuran. Mereka lupa bahawa ini bukan Institusi kerajaan
yang msti dipertanggongjawabkan atas semua hal.
Yuran yang mereka bayar pun tidak mengambil kira hal-hal kecemasan kerana Pengurusan tidak mahu mengenakan bayaran yuran yang tinggi hingga menjejas kemampuan 
mereka yang memerlukan.

Sebenarnya karenah yang kami hadapai itu berbagai.
 Ada yang tidak mahu mengambil anak mereka yang demam dan jika tahu demam pun mereka hantar juga ke sekolah. 
Pihak pengurusan tidak mampu menjaga anak-anak
 sakit tanpa mengenakan yuran.
Ada pula ibu-bapa yang sudah dinasihatkan untuk membawa anaknya ke perhatian doktor pakar kerana pihak pengurusan merasakan anak-anak ini ada perilaku yang perlu
 pemeriksaan doktor pakar. 
Ada yang lama baru mengambilnya keluar dan ini sedikit sebanyak menggangu anak-anak yang lain dalam proses 
pembelajaran harian. Ada ibu bapa yang
 tidak mahu menerima hakikat bahawa anaknya
 bermasaalah istimewa. 
Mereka mengatakan anak mereka biasa sahaja.
Ada kalanya kami terpakasa meminta ibu-bapa menarik keluar anaknya dan menghantar anak mereka ke sekolah lain
 jika itu lebih baik.

Ada ibu-bapa yang karenahnya banyak sekali. Seolah-olah sentiasa mencari kesalahan orang lain (iaitu pengurusan) kerana tidak
 mahu menerima kelemahan diri sendiri.

Karenah seperti ini menjadi stress pada guru-guru dan pengasuh.
Ini satu fenomena yang tidak sihat jika mereka terasa tertekan hari demi hari. Maka pihak pengurusan terpaksa memberhentikan sikap yang agak keterlaluan pada ibu-bapa berkatan.
Kami minta mereka mengelurkan anak dan
 memilih alternatif lain.

Semoga kami tidak kecundang dalam menangani kes karenah.
Kalau yang berkarenah itu guru atau pengasuh, kami beri nasihat dan jika tidak ada perubahan, kami juga berhentikan mereka.
Alhamdulilah tahap kesabaran kami masih terpelihara dengan pertolongan yang maha Esa.
Semoga Allah mempermudahkan segala usaha demi
mendidik anak bangsa untuk kesejahteraan
 ummah sejagat akhirnya.
Aamiin ya Rabb....

.....

Tuesday, May 10, 2016

Beri laluan pada Buruh......





Baru sempat mencatat.

Walaupun penghargaan Hari Buruh sudah lebih seminggu berlalu saya ingin mencatat penghargaan saya pada kaum buruh hari ini.


Emak dan bapak saya pun juga semasa hayatnya buruh yang mendatang dari Tanah Jawa. Sejarah keluarga yang tidak akan dilupai........selagi ada ahli keluarga yang boleh bertutur dalam bahasa Jawa.


Saya keturunan anak petani maka saya suka kongsikan foto pekerja petani orang Indonesia semasa saya melawat Garut beberapa tahun yang lalu.

Ia sebuah nostalgia.

Sumbangan kaum buruh, dalam bidang apa pun seharusnya dihargai. Tiada mereka maka keselesaan bagi orang yang kaya raya tidak akan kesampaian. Ada yang seharian di ladang berpanas. Ada yang dibidang pembinaan, juga berpanas dan ada yang diperkilangan dan berbagai lagi kesejukan atau kepanasan. Saya belum berpuas hati dengan penghargaan yang diberi oleh kerajaan kita terhadap mereka. Di Malaysia, maksud saya. Dan saya berfirasat di Indonesia pun juga. 




Ramai di Malaysia yang berpandangan kaum buruh ini adalah ahli masyarakat yang terendah dalam status sosialnya. Maka mereka sering kali terpinggir dan dipinggirkan. Sudah ada pengiktirafan seperti hari peladang dan sebagainya, tetapi ramai yang masih dilihat sebagai mereka yang tidak berpelajaran tinggi.

Di sini saya ingin bicara sedikit mengenai kaum ini dari sudut ibadah dan pengabdian diri pada yang maha Pencipta.Walaupun ramai yang tidak berpelajaran tinggi tetapi ilmu yang sedikit ramai juga yang menghayatinya sepenuh hati. Saya pernah mendengari kisah kaum buruh yang tinggal jauh di pendalaman, jauh dari karenah hidup orang bandaran yang mempunyai jati diri yang tinggi dan ada yang patuh pada perintah Allah jauh lebih tegar dari mereka yang banyak ilmu atau berpelajaran tinggi.

Saya ingin kongsikan se4cara ringkas akan dua kisah.

Satu kisah saya dengari di Utube (tahun 2016) oleh Shaikh Hamza Yusuf. Katanya suatu hari mereka terkandas di padang pasir dan mendapat pertolongan dari kaum Badwi yang bekerja sendirian sebagai buruh. Tidak punya ilmu yang banyak dan tinggi tetapi punya ketaatan luar biasa dalam mematuhi perintah Allah. 

Malam itu Shaikh Hamza Yusuf dilayani sebagai tetamu penuh hormat dan penuh takzim. Selepas makan mereka di beri tempat tidur da oleh kerana kepenatan mereka terus tertidur. Apabila mereka bangun dari tiduran yang lenyak mereka nampak sang Badwi tuan rumah sedang memegang kuat tiang khemah mereka. Apabila ditanya mengapa, beliau mengkhabarkan bahawa malam itu angin bertiup dengan kencangnya dan ia mahu memastikan khemah tidak tumbang kerana mahu memberi keselesaan yang sebaiknya pada tetamu.

Ma sya Allah.......

Betapa tinggi penghayatannya atas ilmu yang sedikit untuk menyantuni dan melayani tetamu. Amat mengkagumkan.......

Kisah yang satu lagi (saya dengri dalah tahun 1980an) ialah mengenai seorang Ustaz yang pergi melawat satu kawasan pertanian tradisional di Indonesia yang diberitakan sebagai kawasan pertanian yang kadar produktivitinya sangat tinggi jika dibanding dengan kawasan negara barat yang punya teknologi yang canggih.

Kawasan ini juga terpencil jauh dan Ustaz ini menceritakan bahawa dia naik kenderaan biasa dan akhirnya kena berjalan kaki agak jauh untuk samapai. Pada waktu sampainya Ustaz ini dijamu makan tengah hari tetapi tidak semua petani yang yang ada di situ melayani Ustaz makan. Mereka duduk sahaja di bi bawah pohon untuk berteduh dan berehat seketika.

Usai makan, Ustaz mendekati mereka yang berehat di bawah pohon untuk sembang santai. Ia bertanyakan mengapa tidak makan bersama. Katanya ramai di sini yang puasa seperi Nabi Daud AS. (puasa selang sehati). Ustaz kagum mendengarinya dan lebih kagum bila ia nampak masing-masing ada memegang Quran kecil di tangan mereka.

Apabila ditanya, mereka mengatakan ramai juga petani di sini yang hafaz al Quran atau dalam proses menghafaz. Jadi sambil berehat kami mengulang kaji. 

Ma sya Allah......

Saya mendengari juga cerita-cerita istimewa yang lain dan sejak saya mendengari cerita-cerita itu, alhamdulilah, saya tidak pernah memandang rendah kaum buruh. Kita tidak tahu apa keistimewaan mereka. Tidak berpelajaran tinggi tidak bererti mereka tidak terdidik.

Kata ustaz hari ini, mempunyai Ilmu adalah permulaan proses pengabdian pada Allah swt. Ilmu tanpa amal tidak ada makna dan demikian juga sebaliknya.Jom kita perbaiki pemahaman kita semoga pengabdian kita mencari redha Allah kesampaian. Semoga Allah kurnia pada kita RahmatNya yang tidak terhingga dan semoga kita mendapat pengiktirafan sebagai hambanya yang sejati.
Aamiin ya Rabb......


......

Saturday, April 30, 2016

Think Beautiful.....



THINK BEAUTIFUL.....
and life will be just as beautiful if not more.....
By the Grace of Allah, most Gracious, most Merciful.

















May Allah grants us the serenity 
to accept the things
 we cannot change, 
to change the things we can and the Wisdom to know the difference.

.......
all pictures credit to google.

...

Friday, April 29, 2016

Laluan hidup bukan semuanya ditaburi bunga mawar.....




Saya selalu mimpikan, alangkah bahagianya, dalam apa jua keadaan saya dan suami tetap berduaan di samping anak-anak dan cucu-cucu dalam suasana ceria dan dalam pautan kasih yang membawa ke syurga.

Tetapi "Life is not a bed of Roses". Jadi saya sentiasa beringat "to take life a day at a time". Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang Benar. Apa jua yang benar, ia tidak pernah memihak. Yang benar tetap benar, yang batil tetap batil.

Maka kita harus tahu bagaimana mengemudi bahtera hidup. Tidak kira bahtera itu besar atau kecil dan dari bahan apa bahtera itu dibina. Ribut taufan selalu melanda tidak mengira tempat dan waktu walaupun pada  hukum alam ia berbeza. Hukum alam pastinya tunduk pada hukum Allah. Dia yang maha Pencipta dan Dia yang maha bijaksana. Dia maha Megetahui apa yang tersembunyi dan apa yang Nyata. Allahuakbar......






Indahnya bunga mawar melambangkan kasih sayang, dan kasih sayang tidak mengenal umur, rupa, harta, agama dan keturunan. Awal-awal lagi Allah memperkenalkan dirinya sebagai yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan kita diingatkan tidak kurang dari 17 kali dalam solat yang wajib 5 waktu sehari semalam. Setiap kali kita memulakan apa sahaja aktiviti atau apa jua tindakan kita di minta menyebut namanya dan insya Allah ia membawa barakah.

Dalam hubungan manusia kasih sayang adalah elemen yang terunggul yang memaut hati manusia untuk hidup bersama, sebagai suami isteri, keluarga, dan ahli masyarakat.

Dalam memfokus hubungan suami isteri, kasih sayanglah elemen yang utama bagi ramai individu. Jika ada kasih sayang maka akan wujudlah elemen-elemen yang lain seperti tangungjawab yang luhur, kejujuran yang sejati dan berbagai lagi sifat yang di landaskan atas prinsip kerana Allah.

Tetapi ada amanusia yang berkahwin kerana pangkat dan  harta, kerana tidak mahu hidup membujang berseorangan memanjang hingga akhir hayat, ada yang kerana sexsuality, kerana keturunan dan kerana berbagai lagi termasuk tidak mahu kesunyian sepanjang hari. Mungkin ada lagi sebab-sebab yang tidak saya sebut di sini.
Anda tambah sendiri.......

Tetapi saya bukan pakar rumah tangga dan bukan pakar kemasyarakatan dan bukan pakar apa jua pun. Saya hanya ingin kongsi rasa hati kini di umur senja. Bulan Mei nanti insyaAllah kami akan sampai umur 71 tahun mengikut kiraan Hijrah. Maka kami ingin memunafaatkan baki umur yang ada untuk kerja-kerja amal dalam usaha mencari Redha Allah. Usaha ini bukan suatu yang mudah. Ada sahaja penghalang-penghalang yang membuat fikiran jadi  serabut dan membuat perancangan menjadi kelang-kabut. Elemen Jin Iblis sememangnya setiasa menghalang. Dan daya pertahanan kami lemah dan sentiasa sahaja kecundang. Jatuh dan bangkit semula beberapa kali untuk mencari pendirian yang mantap. Kadang-kala kecundang juga. Dalam pada itu ada elemen manusia yang berbagai rupa  yang juga jadi penghalang pada keharmonian yang menyebabkan kesinambungan usaha kerja amal menjadi huru hara.

Kami hanya mampu memohon keampunan Allah atas segala kekurangan dan kelemahan dan memohon PertolonganNya, Petunjuk dan HidayahNya dan memohon Kekuatan dan KebijaksanaanNya untuk melangakau dan merentasi segala halangan demi mencari RedhaanNya. 

Teman saya kata "Jom kita bersantai, relax seketika. Semoga yang kusut akan terlerai dengan kurnia Rahmat Allah jua. Kita sudah berusaha dan sudah berdoa padaNya, maka kita pasrah sahaja padaNya. Apa yang Allah tentukan pastinya yang terbaik bagi kita kerana Dia yang maha mengetahui kelemahan dan kekuatan kita. Ada seorang teman mengatakan: Our relationship with Allah is itself a Love Story, kata bijak pandai ilmu Islam. Dalam hubungan percintaan ini kalau kita menangis pun, kita menangis kerana Allah semata-mata. Kita fikir dan zikir......

Allah tidak mensia-siakan hamba-hambanya. Kita berusaha sahaja memohon pada Allah semoga kita mencapai 'nafsulmutmainnah'. Dan Allah jemput kita ke dalam SyurgaNya. Ini antara maksud surah Al Fajr ayat 27-30.


A027
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27) |
A028
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
(Al-Fajr 89:28) |
A029
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
(Al-Fajr 89:29) |

A030
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr 89:30) | 




Sampai di sini dulu.
Semoga Allah menganugerah RahmatNya yang tidak terhingga
pada kita semua. Aamiin ya Rabb...


Semua gambar ehsan google
...........

Sunday, April 24, 2016

SUNDAY LITE....



Ya Allah....
Sesungguhnya aku mohon kepada Mu Rahmat 
dari sisi mu yang memberi petunjuk
 pada hati ku, menghimpun sifat-sifat ku, 
menyatukan kembali yang tercerai-cerai dari ku, 
mengembalikan sifat ramah ku, memperbaiki agama ku, 
menjaga ketidak- hadiran ku, 
mengangkat kesaksian ku, menyucikan amal ku, 
memutihka wajah ku, mengilhamkan ku 
pada petunjuk, dan mejaga ku dari segala keburukan.

Ya Allah...
Sesunggunya aku memohon kepada Mu
Iman yang terus menerus melekat di kalbu.
Aku memohon kepada mu keyakinan yang sebenar-benarnya
hingga aku mengetahui bahawa tidak ada
yang menimpa ku kecuali setelah Kau tetapkan atas diri ku.
Dan aku memohon semoga Kau jadikan aku redha
terhadap segala sesuatu yang Kau berikan pada ku.

Ya Allah.....
Berikanlah ku Iman yang sebenar-benarnya,
keyakinan yang tidak ada kekafiran setelahnya,
serta Rahmat yang dengannya aku dapat mencapai
kemuliaan Mu di dunia dan di akhirat.

Ya Allah....
Sesungguhnya aku mohon kepada Mu kesabaran
di saat turun ketetapan Mu,
keberuntungan ketika bertemu dengan Mu,
kedudukan orang-orang yang syahid,
kehidupan orang-orang yang bahagia, pertolongan dari musuh,
dan pertemuan dengan para Nabi.

Ya Allah.....
Sesungguhnya aku meletakan hajat ku walau lemah pemahaman ku
dan penuh dengan kekurangan amal ku,
dan aku amat membutuhkan  rahmat Mu.
Aku memohon kepada Mu wahai Pemutus segala perkara
 dan penyembuh kalbu,
sebagaimana telah Kau batasi antara lautan,
maka batasilah aku dari azab neraka,
teriakan 'celaka' dan azab kubur.

Ya Allah....
Begitu lemahnya pemahaman ku, kurangnya amal ku,
dan tidak tercapainya niat dan angan-angan ku
mendapatkan kebaikan yang telah Kau janjikan bagi salah satu
dari hamba Mu atau kebaikan
yang Engkaulah pemberinya untuk salah satu dari makhluk Mu.
Maka sesungguhnya aku menginginkan Mu, 
dan mohon kepada Mu 
untuk mendapatkan semua itu
wahai Tuhan sekian alam.

Ya Allah.....
Jadikanlah kami orang-orang yang memberi petunjuk
dan memperoleh petunjuk,
bukan orang-orang yang sesat dan menyesatkan.
Jadikan kami memerangi musuh-musuh Mu,
dan mengikuti para wali Mu,
mencintai manusia kerana Mu
dan memusuhi para makhluk Mu yang melanggar kerana Mu.

Ya Allah.....
Ini adalah doa ku dan dari Mu pegabulan permintaan,
inilah usaha ku dan kepada Mu semua dipasrahkan. 
Kami milik Allah dan kepadaNya kami dikembalikan.
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah
yang maha Tinggi lagi maha Agong.
Pemilik tali yang kuat dan perintah yang Bijaksana.
Aku memohon kepada Mu rasa aman di hari ancaman 
dan Syurga di hari yang kekal,
bersama-sama orang yang dekat dengan Mu,
menyaksikan Mu, selalu rukuk dan sujud,
serta memenuhi janjinya kepada Mu. 
Sesunggujnya Engkau maha Penyayang, maha Mencintai,
dan Engkau melakukan apa yang Engkau kehendaki.

Ya Allah....
Jadikan cahaya untuk ku.
Cahaya di hati ku, cahaya di kuburku, 
cahaya di pendengaran ku,cahaya di pengelihatan ku,
cahaya diseluruh rambut ku, cahaya di kulit ku,
cahaya di daging ku, cahaya di darah ku,
cahaya di tulang ku, cahaya di urat ku,
cahaya dari depan ku, cahaya dari belakang ku,
cahaya dari kanan ku, cahaya dari kiri ku,
cahaya dari atas ku dan cahaya dari bawah ku.

Ya Allah....
Tambahkanlah cahaya kepada ku,
berilah aku cahaya, dan jadikanlah cahaya untuk ku.
Solawat dan Salam atas junjungan kami Muhammad saw,
keluarga serta para sahabatNya.
Wahai yang maha Hidup lagi maha mandiri,
tiada Tuhan kecuali Engkau,
hidupkalah hati dan perbaikilah amal kami pada agama dan dunia.

Allahumma Aamiin.....


.....


Di salin sebahagian dari kitab
Al Imam Al Habib Umar bin Muhammad
bin Salim bin Hafidz.

Foto ehsan google.

....
.......


Saturday, April 23, 2016

Proses perkahwinan yang teratur ?....


(Foto kiriman teman di WhatsApp...)

Apa kena mengena gambar orang tua dengan proses perkhwinan?
Hmmm.... Cuma penggerak minda dan mencuit pemikiran.

Suatu hari sebulan dua yang lalu, (lebih kurang) saya mernghadiri sebuah ceramah bagaimana mahu mencungkil bakat anak-anak kecil
 semoga suka hafazan alQuran. Saya hadir penuh semangat.

Saya hadir dengan seorang teman bersama suaminya. Peserta yang hadir ramai wanita, maka suami teman saya ini duduk di baris belakang. Semasa saya bangun untuk menselesakan diri saya melihat dia senyum lebar sedirian sambil melihat telefonnya. Sambil lalu saya bertanyakan apa yang mencuit hatinya. Maka ia tunjuk pada saya whatsApp itu. 


Hah....terkejut saya  melihatnya sekali imbas. Ia menunjukan pada saya sebuah whatsApp dari seorang yang tidak dikenali memasukan iklan untuk mereka yang mahu berkahwin di negara jiran. Saya minta ia wahatsApp pada saya kerana tidak kesempatan mahu melihatnya dan membacanya waktu itu.

Ingin tahu?

Iklan itu di buat oleh individu, mungkin kumpula kecil, 
mengenai kemudahan berkahwin
di negara jiran yang biasa orang Malaysia dengar.
 Terkejut saya sebab seperti ada sidiket yang menggalakan orang berkahwin senyap-senyap. Saya kata juga pada anak saya di rumah sekembalinya saya dari ceramah bahawa iklan ini seperti menggalakan orang kahwin lari. 
Biasanya perkahwinan poligamy. Kalau yang selain itu saya rasa tidak banyak. Mungkin juga saya salah maklumat.
Anak dewasa saya tertawa dan mengatakan pada saya
jangan terkejut.
Itu sudah jadi perkara biasa.

Iklan itu menyatakan semua program bermula dari Sungai Petani. Ia menyebutkan package yang berbagai. Kosnya juga
 berbagai mengikut standard hotel yang disewa, tempat yang
 dikunjungi dan bilangan orang yang terlibat. Saya lihat seperti package pelancungan yang biasa kita lihat.....Kos dikira bermula dari
time pergi kahwin dan time balik dan 
ada yang termasuk package honeymoon.
 Ini juga bergantung pada bilangan hari, tempat yang dikunjungi
dan standard hotel yang dipilih.

Wah! berani betul sindiket ini memviralkan iklannya.
Saya menganggapnya sebagai satu conspirasi.

Peraturan seperti ini bukan lagi rahsia, kata anak saya.
Saya rasa curiga tujuannya. Adakah ia suatu tindakan yang
 betul-betul bermunafaat atau adakah ia hanya
 untuk mencari keuntungan wang ringgit.
Saya rasa siapa sahaja yang pernah terlibat dalam hal 
kahwin senyap-senyap atau kahwin lari yang 
diaturkan begini pastinya rasa kecewa pada sindiket seperti iu.
Namun yang kecewa hanya mereka yang tidak setuju dengan proses kahwin cara ini.Pihak yang suka ambil kesempatan
 pastinya lega ada iklan seperti itu.
 Ini adalah kerana tindakan seperti itu boleh mengakibatkan sesuatu keluarga menjadi porak-peranda. Dari cerita-cerita sosial yang saya dengari tindakan seperti itu lebih buruknya dari baiknya.

Dalam konteks ini ada orang yang silap faham. Ia mengatakan perkahwinan adalah suatu yang amat digalakan dalam Islam.
 Maka cara apa pun ia dibolehkan.
 Kes-kes seperti inilah yang banyak melibatkan poligami.
Poligami tidak salah. Tetapi syarat-syarat yang termaktub mesti 
diikuti satu persatu dengan jujur dan adil.

Ada setengah orang yang silap pendapat mengatakan 
dalam alQuran Allah menyuruh berpoligamy. 
Ini pendapat orang yang tidak mengaji agama. Sebenarnya Allah hanya membenarkan dan syarat-syaratnya amat ketat sekali.
Jangan tersalah faham bahawa berpoligami itu
 hak mutlak kaum lelaki.
Allah maha Adil dan maha Bijaksana. Tentunya wanita ada
 hak yang sama walaupun tidak serupa.
Mengaji ilmu biar dari guru yang mursyid hingga tamat.
Bukan sekerat jalan dan membuat kesimpulan
 yang tidak sempurna.
Poligami bukan suatu permainan sosial. Bukan suatu kesempatan 
yang harus di ambil ikut citarasa.

Iklan ini pernah saya tunjuk pada dua- tiga orang teman wanita.
Mereka pun terkejut ada sindiket seperti itu. Saya dan teman-teman sangat naive dalam hal ini.
Namun ada yang becerita pada saya bahawa dia tahu beberapa
 teman yang menjadi "mangsa" sindiket seperti ini.
Kalau yang terlibat itu orang muda kesan sampingannya
 tidak sama seperti orang yang terlibat itu orang tua.
Ya, orang tua....
 Lebih-lebih lagi yang sudah tua melepasi umur 70 tahun
 dan berkawin lari dengan wanita-wanita muda
yang berperingkat umur menjadi anak.
 Denarnya ada yang beza umur hingga 40 tahun.
Hairannya pihak wali perempuan muda itu tidak berfikir panjang 
dalam memberi persetujuan menikahkan anak walinya itu 
dengan jejaka yang sudah tua.
Ada yang tidak usul periksa sama ada si tua itu 
sihat atau berpenyakit
 yang tidak nampak seperti kencing manis dan darah tinggi.
Apabila berpakaian hebat nampak "ganteng" kata orang Indon. 
"Macho" kata orang Malaysia.
Tetapi mereka tidak tahu atau tidak menyedari 
orang seperti ini tidak boleh "berfungsi"
 seperti orang yang benar-benar sihat. Dan ada yang sudah pelupa atau ingatannya lemah dan sebenarnya  pun 
sudah amat kurang kederat tenaganya.
Tetapi oleh kerana kemahuan nafsu, mereka tidak berfikir panjang.
Maka untuk apa berkahwin kalau si tua tiada tenaga dan berkahwin lari pulak. Pasti ada muslihat lain, teman saya cuba menyelit perbincangan kami.

Muslihat apa ye?

Mungkin kerana ia sudah teringin sangat untuk berkahwin
atas sebab-sebab tertentu atau pun ia berkahwin kerana 
mahukan harta kekayan jejaka tua itu.

Fikirlah sendiri. Saya hanya jadi "devil's advocate" untuk membuka ruang berfikir dan jika kita teserempak dengan kes-kes seperti ini kita boleh mencari jalan yang sebaiknya bagi semua pihak.
 Berkahwin semestinya boleh memperkasa keluarga, 
bukan menggoncang dan  memporak-perandakan keluarga. 
Kita cubalah selesai masaalah tanpa masalah dan kita selesai masaalah dengan Iman bukan dengan perasaan, lebih-lebih lagi
 bukan selesai masaalah dengan ego.

Mengapa bina masjid baru tetapi merobohkan masjid lama. 
Kalau tidak roboh terus pun,  kahwin lari seperti ini boleh membobrokkan masjid lama yang kian hari boleh juga tumbang ke bumi. Bukan semua wanita 
macam isteri-isteri nabi dan bukan semua lelaki pun 
macam orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa.
Dalam sejarah ada diceritakan pejuang-pejuang Islam yang sibuk berjuang menegakan Islam  dan alim ulamak serta 
Imam-imam besar yang sibuk berdakwah hingga tidak 
berkesempatan berkahwin. Saya tidak percaya
 mereka itu tidak ada nafsu.
 Oleh itu kita haruslah menyibukan minda dan masa.
Kita hendaklah menghalakan kederat yang ada untuk kerja-kerja yang bermunafaat  dan tidak berbuat sesuatu 
yang meyebabkan timbul masalah sampingan 
yang merumitkan kehidupan orang lain. 
Janganlah hanya memikirkan kepentingan sendiri. Dengan cara demikian seseorang itu tidak akan  duduk hanya
 memikirkan hal tenaga batin
 hingga meluap-luap nafsu yang memerlukan
 kahwin  senyap-senyap atau kahwin lari.

Di sini saya ingin selitkan satu kes yang 
saya diberi tahu oleh kekawan bila membincangkan hal sidiket ini. Ramai pulak yang punya cerita mahu dikongsikan.( Itulah antara sembang dakwah umur senja). Dalam kes ini wanita itu mahu mengisytiharkan perkahwinannya
 dengan mengadakan majlis rasmi  menjemput orang ramai.
 Katanya untuk rasa selesa jika diketahui masyarakat.
Memeningkan jugak pemikiran seperti itu.....
Mahu merasmikan kahwin lari.
 Tidak ada rasa segan silu langsung kerana katanya 
perkahwinannya teratur.
 Kalau teratur mengapa mahu sembunyi lari kahwin
 di negara jiran. Pada pendapat saya dalam-kes-kes 
seperti wanita itu, ia boleh dikira bersifat biadap kerana
 memperkecil maruah iateri tua, yang sama tuanya dengan jejaka tua yang dikahwini. Mahu naik pelamin pulak tu. 
Hebat orang yang mahu "glamour" tidak kira
 cara apa walaupun melukakan hati setengah-setengah orang 
yang di sekelilingnya. Subhanallah...... 
Janganlah mencemarkan keindahan Islam.

Apa yang saya catat di sini boleh menimbulkan berbagai kontroversi.
Saya tidak bermaksud menyinggong mana-mana pihak. Sekadar berfiki-fikir fenomena-fenomena yang ada dalam negara kita.
Berfikir untuk menghayati Islam itu indah.

WaAllahua'lam.

Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan 
hamba-hambaNYA.
.......

Friday, April 22, 2016

Balik kampung seketika....


Perjalanan balik ke kampung Parit Semerah di Pontian nyaman walaupun cuaca panas. Namun ia sedikit mendebarkan hati kerana ada sesuatu yang belum saya khabarkan pada keluarga.

Apa agaknya?.....Insya Allah satu hari nanti saya akan cerita.

Hari ini saya rasa seronok balik pontian dapat bertemu dengan anak-anak buah serta anak-anaknya. Jarang sekali dapat bertemu dalam menziarahi kakak-kakak saya di Pontian melainkan di acara tahunan Hari Raya. Alhamdulilah. Dapat mengeratkan silaturrahim walaupun tidak sepuasnya.

Saya seronok tetapi agak kepenatan kerana dalam seumur hidup saya tidak pernah terbabas jalan dan sesat barat. Silapnya kerana saya tidak menunjuki jalan pada suami teman saya yang memandu kerana saya amat yakin ia tahu bagaimana mahu ke Pontian dari Johor Bahru. Saya sibuk membaca Whatsapp di telefon dan terghalit tidak menyedari kemana teman saya menuju tanpa bertanya saya. Sedar-sedar sudah tidak ada tunjuk arah ke Pontian dan kami sudah memasuki kawasan perumahan. Saya pun kebingungan kerana  sudah terbabas jauh dari jalan biasa. Terpaksalah kami guna waze. Alhamdulilah akhirnya kami sampai. Lambat hampir sejam ditambah dengan kesesakan jalan.



Kegembiraan yang meriangkan hati saya.
Alhamdulilah. Saya di update perkembangan cucu-cucu bersekolah. Rasa puas hati dan semoga usaha mendidik anak beasaskan Quran dan hadith berterusan hingga ke akhir hayat.


Cepat-cepat saya rakam kasihnya Ibu.....membawa ke Syurga.



Dua foto ini saya rakam sebagai kenanagan dengan kakak saya.
Yang di atas berumur 79 tahun dan yang di bawah berumur 83 tahun. Alhamdulilah, dapat saya bertemu lagi 
walaupun sekejap untuk bercerita panjang lebar 
mengenai laluan hidup kami.
 Kakak saya yang 83 tahun tidak berapa sihat.
 Bersyukur dan memuji kebesaran Allah 
dia masih boleh mengurus diri sendiri.
 Boleh mengurus rumah dan sesekali boleh baby-sit cucunya bila ibunya sibuk.
Alhamdulilah. Semoga Allah masih kurnia kesempatan
bertemu lagi di Hari Raya IdilFitri tahun ini dan seterusnya.
 Semoga kesampaian dengan kehendak Allah.
Kekuatan keluarga adalah pemangkin kekeuatan Ummah. 
Sama-sama kita berdoa semoga kita dapat memperkasa keluarga Islam demi keunggulan ummah sejagat.

Mohon Petunjuk dan Hidayah Mu ya Rabb.....


......
Related Posts with Thumbnails