"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, May 10, 2016

Beri laluan pada Buruh......





Baru sempat mencatat.

Walaupun penghargaan Hari Buruh sudah lebih seminggu berlalu saya ingin mencatat penghargaan saya pada kaum buruh hari ini.


Emak dan bapak saya pun juga semasa hayatnya buruh yang mendatang dari Tanah Jawa. Sejarah keluarga yang tidak akan dilupai........selagi ada ahli keluarga yang boleh bertutur dalam bahasa Jawa.


Saya keturunan anak petani maka saya suka kongsikan foto pekerja petani orang Indonesia semasa saya melawat Garut beberapa tahun yang lalu.

Ia sebuah nostalgia.

Sumbangan kaum buruh, dalam bidang apa pun seharusnya dihargai. Tiada mereka maka keselesaan bagi orang yang kaya raya tidak akan kesampaian. Ada yang seharian di ladang berpanas. Ada yang dibidang pembinaan, juga berpanas dan ada yang diperkilangan dan berbagai lagi kesejukan atau kepanasan. Saya belum berpuas hati dengan penghargaan yang diberi oleh kerajaan kita terhadap mereka. Di Malaysia, maksud saya. Dan saya berfirasat di Indonesia pun juga. 




Ramai di Malaysia yang berpandangan kaum buruh ini adalah ahli masyarakat yang terendah dalam status sosialnya. Maka mereka sering kali terpinggir dan dipinggirkan. Sudah ada pengiktirafan seperti hari peladang dan sebagainya, tetapi ramai yang masih dilihat sebagai mereka yang tidak berpelajaran tinggi.

Di sini saya ingin bicara sedikit mengenai kaum ini dari sudut ibadah dan pengabdian diri pada yang maha Pencipta.Walaupun ramai yang tidak berpelajaran tinggi tetapi ilmu yang sedikit ramai juga yang menghayatinya sepenuh hati. Saya pernah mendengari kisah kaum buruh yang tinggal jauh di pendalaman, jauh dari karenah hidup orang bandaran yang mempunyai jati diri yang tinggi dan ada yang patuh pada perintah Allah jauh lebih tegar dari mereka yang banyak ilmu atau berpelajaran tinggi.

Saya ingin kongsikan se4cara ringkas akan dua kisah.

Satu kisah saya dengari di Utube (tahun 2016) oleh Shaikh Hamza Yusuf. Katanya suatu hari mereka terkandas di padang pasir dan mendapat pertolongan dari kaum Badwi yang bekerja sendirian sebagai buruh. Tidak punya ilmu yang banyak dan tinggi tetapi punya ketaatan luar biasa dalam mematuhi perintah Allah. 

Malam itu Shaikh Hamza Yusuf dilayani sebagai tetamu penuh hormat dan penuh takzim. Selepas makan mereka di beri tempat tidur da oleh kerana kepenatan mereka terus tertidur. Apabila mereka bangun dari tiduran yang lenyak mereka nampak sang Badwi tuan rumah sedang memegang kuat tiang khemah mereka. Apabila ditanya mengapa, beliau mengkhabarkan bahawa malam itu angin bertiup dengan kencangnya dan ia mahu memastikan khemah tidak tumbang kerana mahu memberi keselesaan yang sebaiknya pada tetamu.

Ma sya Allah.......

Betapa tinggi penghayatannya atas ilmu yang sedikit untuk menyantuni dan melayani tetamu. Amat mengkagumkan.......

Kisah yang satu lagi (saya dengri dalah tahun 1980an) ialah mengenai seorang Ustaz yang pergi melawat satu kawasan pertanian tradisional di Indonesia yang diberitakan sebagai kawasan pertanian yang kadar produktivitinya sangat tinggi jika dibanding dengan kawasan negara barat yang punya teknologi yang canggih.

Kawasan ini juga terpencil jauh dan Ustaz ini menceritakan bahawa dia naik kenderaan biasa dan akhirnya kena berjalan kaki agak jauh untuk samapai. Pada waktu sampainya Ustaz ini dijamu makan tengah hari tetapi tidak semua petani yang yang ada di situ melayani Ustaz makan. Mereka duduk sahaja di bi bawah pohon untuk berteduh dan berehat seketika.

Usai makan, Ustaz mendekati mereka yang berehat di bawah pohon untuk sembang santai. Ia bertanyakan mengapa tidak makan bersama. Katanya ramai di sini yang puasa seperi Nabi Daud AS. (puasa selang sehati). Ustaz kagum mendengarinya dan lebih kagum bila ia nampak masing-masing ada memegang Quran kecil di tangan mereka.

Apabila ditanya, mereka mengatakan ramai juga petani di sini yang hafaz al Quran atau dalam proses menghafaz. Jadi sambil berehat kami mengulang kaji. 

Ma sya Allah......

Saya mendengari juga cerita-cerita istimewa yang lain dan sejak saya mendengari cerita-cerita itu, alhamdulilah, saya tidak pernah memandang rendah kaum buruh. Kita tidak tahu apa keistimewaan mereka. Tidak berpelajaran tinggi tidak bererti mereka tidak terdidik.

Kata ustaz hari ini, mempunyai Ilmu adalah permulaan proses pengabdian pada Allah swt. Ilmu tanpa amal tidak ada makna dan demikian juga sebaliknya.Jom kita perbaiki pemahaman kita semoga pengabdian kita mencari redha Allah kesampaian. Semoga Allah kurnia pada kita RahmatNya yang tidak terhingga dan semoga kita mendapat pengiktirafan sebagai hambanya yang sejati.
Aamiin ya Rabb......


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails