"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, May 11, 2016

Mengurus Tadika dan karenah Ibu-Bapa.....



Alhamdulilah hingga hari ini Allah masih bagi kekuatan
 untuk terus membantu
 teman saya mengurus Tadika dan Taska SmarTop
 Subur Fitrah di Tangkak, Johor.
Kami bermula merancang dalam tahun 2012.
 Bangunan sudah ada 
tetapi banyak kerja pembaikan dan naik taraf perlu dibuat.
Alhamdulilah kini masuk tahun ke 4. Semoga ia berterusan
 dan kami dapat mempertingkat prestasi 
dalam semua aspek.

Mengurus Sebuah Institusi Pendidikan walaupun kecil, memerlukan kesabaran dan perlu berfikiran terbuka
serta sentiasa berlapang dada.
Saya ingin kongsikan satu masaalah sahaja hari ini.Satu masaalah yang melibatkan ibu-bapa. 
Ada ibu-bapa yang bersikap bahawa pihak pengurusan harus bertanggong jawab pada semua aspek yang melibatkan anak-anak mereka. Dalam kes ini ialah sekiranya ada wabak penyakit dan Jabatan yang bertanggongjawab mengarahkan supaya sekolah ditutup seminggu atau dua, maka ada ibu-bapa yang meminta pihak pengurusan mengaturkan tempat alternatif. 
Mereka tidak mahu menjaga anak-anak sendiri dan menempatkan di premis lain buat sementara.

Sikap ibu-bapa seperti ini memeningkan pengurusan.
Kami menganggapnya seperti satu kejadian luar jangka. maka kami mengharapkan ibu-bapa sama-sama bertanggong jawap menjaga anak masing-masing sementara sekolah diarah tutup. Tidak ramai yang bersikap menganggap kos ini mesti di tanggong oleh pengurusan kerana mereka sudah membayar yuran. Mereka lupa bahawa ini bukan Institusi kerajaan
yang msti dipertanggongjawabkan atas semua hal.
Yuran yang mereka bayar pun tidak mengambil kira hal-hal kecemasan kerana Pengurusan tidak mahu mengenakan bayaran yuran yang tinggi hingga menjejas kemampuan 
mereka yang memerlukan.

Sebenarnya karenah yang kami hadapai itu berbagai.
 Ada yang tidak mahu mengambil anak mereka yang demam dan jika tahu demam pun mereka hantar juga ke sekolah. 
Pihak pengurusan tidak mampu menjaga anak-anak
 sakit tanpa mengenakan yuran.
Ada pula ibu-bapa yang sudah dinasihatkan untuk membawa anaknya ke perhatian doktor pakar kerana pihak pengurusan merasakan anak-anak ini ada perilaku yang perlu
 pemeriksaan doktor pakar. 
Ada yang lama baru mengambilnya keluar dan ini sedikit sebanyak menggangu anak-anak yang lain dalam proses 
pembelajaran harian. Ada ibu bapa yang
 tidak mahu menerima hakikat bahawa anaknya
 bermasaalah istimewa. 
Mereka mengatakan anak mereka biasa sahaja.
Ada kalanya kami terpakasa meminta ibu-bapa menarik keluar anaknya dan menghantar anak mereka ke sekolah lain
 jika itu lebih baik.

Ada ibu-bapa yang karenahnya banyak sekali. Seolah-olah sentiasa mencari kesalahan orang lain (iaitu pengurusan) kerana tidak
 mahu menerima kelemahan diri sendiri.

Karenah seperti ini menjadi stress pada guru-guru dan pengasuh.
Ini satu fenomena yang tidak sihat jika mereka terasa tertekan hari demi hari. Maka pihak pengurusan terpaksa memberhentikan sikap yang agak keterlaluan pada ibu-bapa berkatan.
Kami minta mereka mengelurkan anak dan
 memilih alternatif lain.

Semoga kami tidak kecundang dalam menangani kes karenah.
Kalau yang berkarenah itu guru atau pengasuh, kami beri nasihat dan jika tidak ada perubahan, kami juga berhentikan mereka.
Alhamdulilah tahap kesabaran kami masih terpelihara dengan pertolongan yang maha Esa.
Semoga Allah mempermudahkan segala usaha demi
mendidik anak bangsa untuk kesejahteraan
 ummah sejagat akhirnya.
Aamiin ya Rabb....

.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails