"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, June 10, 2019

Eratkan hubungan adik beradik diUmur Senja.











Pulang dari solat Eidulfitri, saya ambil foto kenangan di rumah. kemudian kami makan sedikit sebelum kami bersiap untuk ziarah waris terdekat dan terpenting buat saya di kuala lumpur ini, iaitu abang saya yang satu itu.

Ia tinggal di section 8 Alam Shah dan seperti biasa saya bawa sambal goring jawa untuk nya.
Abang saya sudah uzur dan ia kini berumur 76 tahun, empa tahun lebih tua dari saya. Alhamdulillah anak-anaknya amat cantik cara mereka menjaga ibu bapanya. Kakak ipar saya berumur 75 tahun dan dia pu tidak berapa sihat. Alhamdulillah Masih upaya mengurus dirinya.


 


Saya ajak anak cucu ziarah keluarga abang saya. Kami sembang agak lama juga
 dan menjamu selera seperti tahun-tahun dahulunya. 
Frieda, anak sulungnya beri saya 
duit raya yang agak lumayan. Tersayu rasa dihati kerana dira'i begitu sekali.
Alhamdulillah. Allah kurnia jalinan kasih sayang yang berpanjangan.


Foto kenanagan dua beradik hampir sama  usia tuanya.
Semoga terus bersama hingga ke Jannatul Firdaus dengan kurnia Rahmat 
dari Allah yang maha Kasih Sayang jua.
Aamiin ya Rabb...


........................

Berhari Raya Jarak Jauh....


Hari Raya kali ini saya tidak dapat menjelajah semua saudara mara.
Maka saya kongsikan di sini saudara-mara yang mengirimkan foto buat kenanagan.

Di atas ini di rumah abang ipar saya di Kota Tinggi Johor.
Abang ipar saya berbaju batik.


Ini di rumah kakak saya di Parit Semerah Pontian, Johor.
 Kakak saya bertudung hijau.


Ini kakak saya dengan sepeupu lelaki saya di Parit Jawa, Pontian.
Saya rindu juga padanya tetapi tidak berpeluang ziarah.


Ini keluarga arwah kakak saya yang no 2 yang telah lama meninggal dunia.
Ini di hadapan rumah di Kg Majidee Johor Bahru.


Ini semua anak-anak buah yang bermaustatin di Johor Baharu.


Ini dihadapan rumah kakak saya yang di Pontian.
Ini anak-anak dan menantu kedua-dua kakak
saya yang telah meninggal dunia.



Ini keluarga anak angkat saya dari Tanah Merah Kelantan.
 Dia duduk ditengah bertudung putih.
Widat namanya.


Ini di rumah adik suami saya yang tinggal di Bangi Selangor.
Yang berkunjung adalah keluarga adaik suami saya juga yang tinggal di Putrajaya.


Ini anak cucu keluarga Pak Teh, bapa saudara suami saya.
Ini dirumahnya di Sungai Batu, Selama Kedah.


...........

Zirah Raya @ Sungai Batu, Selama Kedah dan Penanti Penang.


Alhamdulillah, seronok dapat balik kampung asal suami saya di Sungai Batu Selama Kedah.
Nyaman suasana di kampung. T
eringtkan kampung saya di Pontian Johor. 
Semoga dapat juga peluang pada minggu depan.


Ini keluarga adik bongsu pada abang ipar saya yang sudah meninggal dunia.
Tidak sangka dapat bertemu. Namanya Mahmud dan keluarga ini amat
 mudah mesra. Sayangnya tidak bolih berlama-lama kerana
 banyak tempat yang perlu diziarahi.


Ini Pak Teh, bapak sdaudara suami saya. Tinggal sendirian setelah
 kematian isteri kesayangannya.
Ia tidak mahu tinggal dengan anak-anak selagi dia bolih mengurus diri.
Pak Teh ini berumur 85 tahun dan Alhamdulillah masih boleh mengurus diri
 termasuk masak- memasak lauk yang mudah-mudah.
Kekadang Pak Teh kata ia rasa kesunyian tetapi ia dapat atasi 
kerana dia suka membaca.
Duduk sendirian rasa bebas, katanya. Tambahan pula ia rasa ringan
 kerana tidak perlu risau karenah cucu-cucu.


 Ini foto di dewan tetamu. Kemas dan rapi sahaja kerana Pak Teh
 masih mampu membersihkan rumahnya walaupun secara ala kadar.
 Pak Teh ada anak yang tinggal agak tidak jauh dan dialah 
yang akan membelikan barang-barang keperluan.
Alhamdulillah, katanya. Allah kurnia kesihatan yang memadai.


Ini pula emak saudara suami saya sebelah bapanya. Berumur 86 tahun dan perlu jagaan rapi.
Ia tinggal dengan anak-anak dan cukup terjaga sepanjang hari.
Ia kurang sedikit deria pendengarannya. Maka kali ini saya ziarah
  tersedih sedikit kerana tidak dapat berinteraksi sepuasnya. Apakan daya......


Ini keluarga Mak Teh Chu.
Pertolongan harian amat mudah baginya. Alhamdulillah
Suami dan saya ajak Chu Teh tinggal bersama
 buat seketika dengan kami di Putrajaya.
Tidak mungkin, katanya. Saya menginsafi diri.......


....................................

Solat Eidul Fitri @ Masjid Putra. Putrajaya 2019.


1 Syawal 1440 H. Lepas subuh kami bergegas cuba mencari peluang 
Solat Eidulfitri di Masjid Putra, Putrajaya. 


Dalam perjalanan dari rumah di Precint 8 tenang sahaja. 
Tidak sesak kenderaan.
Tetapi bila hampir dengan Masjid jalan amat sesak.





Kami di benarkan double-park tetapi jauh melebihi 1 kilometer. Apakan daya.
Kami jalan sedaya upayanya.




 Diruang perempuan pun sesak juga. Sudah melimpah ke kawasan
 luar Dewan solat. Oleh kerana saya seorang sahaja maka saya dapat
 ruang yang kecil dicelah-celah jemaah yang terlalu ramai. 
Saya perhatikan majoritinya orang asing, mungkin dari Arab, China.
Afrika dan berbagai lagi. Sepertinya tiada orang tempatan. Mungkin semuanya balik kampung.
Suami saya diruang lelaki pun katanya begitu juga.


Selesai solat kami berjalan kaki ke parking kereta. Berjam rasanya untuk
 beredar dari kawasan Masjid. Saya dan suami rasa idak akan solat disini lagi waktu Hari Raya. 
Orang dewasa tua sudah agak sulit untuk berjalan jauh dan
 berhempetan mencari tempat duduk.
Tidak mengapa. Ada masa dan ada tempat untuk semua. 
Yang pentingnya soal pengabdian di Hari yang mulia.
 Dimana jua Allah tidak mengira.

Semoga umur kesampaian untuk tahun hadapan pula.
Selamat Hari Raya untuk semua.


................

Eidulfitri tenang dan aman............ @2019/1440 H.


Seperti tahun-tahun kebelakangan ini saya berhari Raya di rumah sahaja.
 Cuma kali ini di rumah di Putrajaya. Tetapi cuma dua orang anak dan cucu-cucu dapat bersama.


Anak perempuan saya berhari Raya dengan keluarga suami di Seremban. 
Foto kenanagan dikirimkan seperti di atas ini.
Alhamdulillah. Kami Ceria dan gembira.
 Kurniaan Allah lebih dari apa yang dipinta.
Semoga kasih sayang berpanjangan hingga ke Syurga dengan RahmatNYA jua.


.........................

Monday, June 3, 2019

Khatam alQuran @ Surau As-Syifa' malam 29 Ramadhan 2019.





Khatam alQuran adalah perkara biasa buat ramai Umat Islam. Namun ia bukan lah objektif utama bacaan kita. Cuma kata Ustaz ia adalah wasilah untuk mencapai sesuatu yang lebih besar dan lebih penting. Memahami alQuran dan melaksana isi kandunganNya adalah obejektif manusia di ciptakan.

Ada yang khatam sedirian dan ada yang khatam beramai-ramai. Kemampuan fitrah yang Allah kurnia tidak sama. Semoga Allah terima kesemuanya.

Saya cerita sedikit di sini untuk kenangan sahaja bagi anak cucu.

Surau As Syifa kecil sahaja dan terletak tidak jauh dari rumah saya.(di perumahan saya tiada surau). Ia dibina untuk penduduk perumahan  " TAMARA  Residence" di Precint 8, Putrajaya. Alhamdulillah saya dan suami dapat bersama mengimarahkannya Ramadhan 1440H ini.

Perumahan ini di Malaysia tetapi yang ramai datang adalah tetamu dari luar negara yang bermastautin di situ.(saya rasa begitu). Setiap malam mereka datang ke Surau lebih 50% lebih ramai dari penduduk tempatan. Hati kecil saya tertanya-tanya sama ada itu kawasan kesukaan mereka. Yang ramainya ialah dari Arab. Ada yang dari China dan ada yang dari Pakistan atau India. Mereka ramai dengan anak-anak kecil sekali.

Imam sepanjang Ramadhan (diselingi Imam jemputan) ialah seorang alHafidz keturunan Arab Yamen. Memukau cara bacaannya. Alhamdulillah dapat didengari dan semoga dapat keberkesanannya diRohani. Saya rasa teruja teringatkan suasana di Makkah yang saya alami 10 tahun yang lalu. Sekali itu sahaja saya Umrah bulan Ramadhan. Tetapi kenangannya sungguh mendalam.

Semoga Allah terima doa yang kami panjatkan dan semoga Allah temukan kita dalam Ramadhan-Ramadhan akan datang, berterusan. Aamiin..........

Walau pun begitu saya seperti menyesali diri kerana itu pertama kali saya mengikuti Khatam alQuran dalam Solat Witir di akhir malam 29 Ramadhan. Saya amat ketinggalan jauh dalam beramal dari semua segi. Belum pernah lagi khatam begitu di Surau/Masjid lain di Malaysia ini yang pernah saya alami. Ini adalah kelemahan usaha saya  sendiri kerana tidak mencari tempat yang berbuat begitu sebelum ini. Bukan salah sesiapa yang lain.

Semoga Allah mengampuni dan menerima amalan yang amat sedikit ini.
Mohon keampunan Mu Ya Rabb......


Esuk atau lusa insyaAllah Ramadhan terakhir. Saya ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri pada pembaca budiman.

Image result for ucapan hari raya yang ada tulis bahasa arab
kad ucapan dari ehsan carian google.

SEMOGA BERTEMU SEMULA SELEPAS HARI RAYA.
...........................

Saturday, June 1, 2019

Lambaian terakhir ......Malam 27 Ramadhan 1440








Tarikh keramat, Malam 27 Ramadhan kini berlalu dan kita in sha Allah akan bertemu Syawal pula. Semoga kesampaian....

Teringat akan 10 tahun dahulu saya dan suami ziarah Umrah di bulan Ramadhan. Rasa sayu dihati teringatkan bagaimana keadaan suasana pada Malam 27 Ramadhan di Masjid alHaram. Masa itu umur 10 tahun lebih muda. Maka tidak rasa kepenatan berpusu-pusu (ada yang bertolak-tolak) mencari tempat yang sesuai dalam Masjid. Saya membawa diri mula duduk di Masjid bersama ahli jemaah dari Malaysia sebelum waktu zohor lagi dan kami keluar Masjid untuk sahur setelah selesai Tahajud yang panjang doanya. Alhamdulillah.......

Rasa teringin pergi lagi .......

Di Makkah waktu itu saya difahamkan oleh mereka yang berpengalaman bahawa Malam 27 Ramadhan adalah seperti hampir pasti bahawa Malam itulah Allah menurunkan kurnia Malam Lailatul Qadr. Sebab itu lebih ramai pengawal keselamatn bertugas dan ada kawan saya seorang tidak dapat masuk ke Dataran Masjid pun, jangan fikir dapat memasuki pintu Masjid. Di dalam Masjid sudah terlampau ramai terdiri dari mereka yang Iktikaf seharian dan semalaman dari awal  10 Ramadhan yang terakhir. Masjid juga dipenuhi oleh orang tempatan yang tidak semestinya melakukan Umrah buat dirinya. Itu sudah adat mereka kata mereka yang berpengalaman.

Kami dinasihatkan supaya jangan balik ke hotel kediaman untuk makan malam dan eluk berbuka sahajalah di Masjid seadanya. Kami patuh pada nasihat sambil bertawakal pada yang maha Menentukan. Alhamdulillah kami ada di Masjid pada Malam itu. Semoga keberadaan kami Allah berkati......

Malam 27 Ramadhan di Malaysia seperti malam-malam lain atau malam-malam yang ganjil yang lain. Itu pemerhatian rambang buat saya bila bertanya kekawan dari masjid-masjid yang lain.....
Wa Allahu'alam.........

Maka malam 27 Ramadhan adalah ibarat "Lambaian Terakhir"  buat kami yang mungkin hanya sekali seumur hidup berpeluang berpuasa di Makkah. Namun ada ustaz yang mengatakan bahawa janganlah kita bersedih sangat tidak berpeluang berpuasa di Makkah atau dapat menunaikan Umrah dan Haji selama hidup. Kalau kita sudah benar-benar berikhtiar untuk menunaikan Haji dan Umrah tetapi tidak ada kemampun, maka Ustaz kata Allah ada kurniaan yang lain. Bukan di Makkah sahaja doa Allah terima dan di tempat lain tidak . Allah itu maha Mengetahui dan maha Adil dan maha Kasih Sayang pada semua hamba-hambanya. Tanah Suci Makkah, Madinah dan Al Aqsa Allah sahaja  yang menentukan ada keistimewaan. Namun keistimewan yang Allah akan kurrnia pada hamba-hambanya bukan semestinya kita berada di Tanah Haram sahaja. Dan bukan bererti amal ibadah mereka yang berkemampuan sahaja yang Allah terima. Kurnian Allah merentasi idea-idea dan tanggapan manusia biasa. Kurniaan Allah adalah Hak Mutlak bagi Allah. Kita mendapat kurniaannya dengan RahmatNYA dan bukan kerana uasaha amalan kita.........

Sama-sama kita terus berdoa hingga ke akhir hayat. Semoga Allah kurnia kesudahan yang baik dan istimewa.

Esuk kita belum tahu di mana kita berada. Semoga bila sampai masanya kita sudah redha dan Allah Meredhai.

الهي انت مقصودي ورضاك مطلوبي

Artinya : Ya Allah hanya Engkaulah yang hamba maksud, Ridha-Mu yang hamba dambakan,(Harapkan) 

Ya Allah, mudahkanlah urusan kami mencari  dan mendapatkan Redha Mu.....
Aamiin Ya Rabb.....


............................
Related Posts with Thumbnails