"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, June 3, 2019

Khatam alQuran @ Surau As-Syifa' malam 29 Ramadhan 2019.





Khatam alQuran adalah perkara biasa buat ramai Umat Islam. Namun ia bukan lah objektif utama bacaan kita. Cuma kata Ustaz ia adalah wasilah untuk mencapai sesuatu yang lebih besar dan lebih penting. Memahami alQuran dan melaksana isi kandunganNya adalah obejektif manusia di ciptakan.

Ada yang khatam sedirian dan ada yang khatam beramai-ramai. Kemampuan fitrah yang Allah kurnia tidak sama. Semoga Allah terima kesemuanya.

Saya cerita sedikit di sini untuk kenangan sahaja bagi anak cucu.

Surau As Syifa kecil sahaja dan terletak tidak jauh dari rumah saya.(di perumahan saya tiada surau). Ia dibina untuk penduduk perumahan  " TAMARA  Residence" di Precint 8, Putrajaya. Alhamdulillah saya dan suami dapat bersama mengimarahkannya Ramadhan 1440H ini.

Perumahan ini di Malaysia tetapi yang ramai datang adalah tetamu dari luar negara yang bermastautin di situ.(saya rasa begitu). Setiap malam mereka datang ke Surau lebih 50% lebih ramai dari penduduk tempatan. Hati kecil saya tertanya-tanya sama ada itu kawasan kesukaan mereka. Yang ramainya ialah dari Arab. Ada yang dari China dan ada yang dari Pakistan atau India. Mereka ramai dengan anak-anak kecil sekali.

Imam sepanjang Ramadhan (diselingi Imam jemputan) ialah seorang alHafidz keturunan Arab Yamen. Memukau cara bacaannya. Alhamdulillah dapat didengari dan semoga dapat keberkesanannya diRohani. Saya rasa teruja teringatkan suasana di Makkah yang saya alami 10 tahun yang lalu. Sekali itu sahaja saya Umrah bulan Ramadhan. Tetapi kenangannya sungguh mendalam.

Semoga Allah terima doa yang kami panjatkan dan semoga Allah temukan kita dalam Ramadhan-Ramadhan akan datang, berterusan. Aamiin..........

Walau pun begitu saya seperti menyesali diri kerana itu pertama kali saya mengikuti Khatam alQuran dalam Solat Witir di akhir malam 29 Ramadhan. Saya amat ketinggalan jauh dalam beramal dari semua segi. Belum pernah lagi khatam begitu di Surau/Masjid lain di Malaysia ini yang pernah saya alami. Ini adalah kelemahan usaha saya  sendiri kerana tidak mencari tempat yang berbuat begitu sebelum ini. Bukan salah sesiapa yang lain.

Semoga Allah mengampuni dan menerima amalan yang amat sedikit ini.
Mohon keampunan Mu Ya Rabb......


Esuk atau lusa insyaAllah Ramadhan terakhir. Saya ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri pada pembaca budiman.

Image result for ucapan hari raya yang ada tulis bahasa arab
kad ucapan dari ehsan carian google.

SEMOGA BERTEMU SEMULA SELEPAS HARI RAYA.
...........................

No comments:

Related Posts with Thumbnails