"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, June 1, 2019

Lambaian terakhir ......Malam 27 Ramadhan 1440








Tarikh keramat, Malam 27 Ramadhan kini berlalu dan kita in sha Allah akan bertemu Syawal pula. Semoga kesampaian....

Teringat akan 10 tahun dahulu saya dan suami ziarah Umrah di bulan Ramadhan. Rasa sayu dihati teringatkan bagaimana keadaan suasana pada Malam 27 Ramadhan di Masjid alHaram. Masa itu umur 10 tahun lebih muda. Maka tidak rasa kepenatan berpusu-pusu (ada yang bertolak-tolak) mencari tempat yang sesuai dalam Masjid. Saya membawa diri mula duduk di Masjid bersama ahli jemaah dari Malaysia sebelum waktu zohor lagi dan kami keluar Masjid untuk sahur setelah selesai Tahajud yang panjang doanya. Alhamdulillah.......

Rasa teringin pergi lagi .......

Di Makkah waktu itu saya difahamkan oleh mereka yang berpengalaman bahawa Malam 27 Ramadhan adalah seperti hampir pasti bahawa Malam itulah Allah menurunkan kurnia Malam Lailatul Qadr. Sebab itu lebih ramai pengawal keselamatn bertugas dan ada kawan saya seorang tidak dapat masuk ke Dataran Masjid pun, jangan fikir dapat memasuki pintu Masjid. Di dalam Masjid sudah terlampau ramai terdiri dari mereka yang Iktikaf seharian dan semalaman dari awal  10 Ramadhan yang terakhir. Masjid juga dipenuhi oleh orang tempatan yang tidak semestinya melakukan Umrah buat dirinya. Itu sudah adat mereka kata mereka yang berpengalaman.

Kami dinasihatkan supaya jangan balik ke hotel kediaman untuk makan malam dan eluk berbuka sahajalah di Masjid seadanya. Kami patuh pada nasihat sambil bertawakal pada yang maha Menentukan. Alhamdulillah kami ada di Masjid pada Malam itu. Semoga keberadaan kami Allah berkati......

Malam 27 Ramadhan di Malaysia seperti malam-malam lain atau malam-malam yang ganjil yang lain. Itu pemerhatian rambang buat saya bila bertanya kekawan dari masjid-masjid yang lain.....
Wa Allahu'alam.........

Maka malam 27 Ramadhan adalah ibarat "Lambaian Terakhir"  buat kami yang mungkin hanya sekali seumur hidup berpeluang berpuasa di Makkah. Namun ada ustaz yang mengatakan bahawa janganlah kita bersedih sangat tidak berpeluang berpuasa di Makkah atau dapat menunaikan Umrah dan Haji selama hidup. Kalau kita sudah benar-benar berikhtiar untuk menunaikan Haji dan Umrah tetapi tidak ada kemampun, maka Ustaz kata Allah ada kurniaan yang lain. Bukan di Makkah sahaja doa Allah terima dan di tempat lain tidak . Allah itu maha Mengetahui dan maha Adil dan maha Kasih Sayang pada semua hamba-hambanya. Tanah Suci Makkah, Madinah dan Al Aqsa Allah sahaja  yang menentukan ada keistimewaan. Namun keistimewan yang Allah akan kurrnia pada hamba-hambanya bukan semestinya kita berada di Tanah Haram sahaja. Dan bukan bererti amal ibadah mereka yang berkemampuan sahaja yang Allah terima. Kurnian Allah merentasi idea-idea dan tanggapan manusia biasa. Kurniaan Allah adalah Hak Mutlak bagi Allah. Kita mendapat kurniaannya dengan RahmatNYA dan bukan kerana uasaha amalan kita.........

Sama-sama kita terus berdoa hingga ke akhir hayat. Semoga Allah kurnia kesudahan yang baik dan istimewa.

Esuk kita belum tahu di mana kita berada. Semoga bila sampai masanya kita sudah redha dan Allah Meredhai.

الهي انت مقصودي ورضاك مطلوبي

Artinya : Ya Allah hanya Engkaulah yang hamba maksud, Ridha-Mu yang hamba dambakan,(Harapkan) 

Ya Allah, mudahkanlah urusan kami mencari  dan mendapatkan Redha Mu.....
Aamiin Ya Rabb.....


............................

No comments:

Related Posts with Thumbnails