"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, November 4, 2020

Lengkap-melengkapi dalam melaksana Prinsip....@ Di Uji Covid19



Basmalah.svg

Alhamdulillah.
Allah masih kurnia ruang dan peluang untuk membuat  sedikit catatan hari ini.
Dalam menjalani baki-baki umur yang tinggal sedikit ini saya sering juga merasakan kekhuatiran deria ingatan saya makin berkurangan. 
Hanya doa yang dipanjatkan semoga semua deria yang Allah kurnia dapat 
kekal hingga ke akhir hayat. Aaamiin.......

Walaubagaimana pun, deria ingatan dan kekuatan minda dan fisikal
 dan apa jua kurniaan Allah boleh berkurangan dengan izin Allah
 tanpa ada kaitan dengan umur.
Semoga sama-sama kita dapat memunafaatkan umur sebaik munkin
 dengan usaha yang kita lakukan dengan memohon segala-galanya dari Allah.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

 "Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang
 maha tinggi lagi maha agung."

Begitulah kita manusia. Tidak ada manusia yang sempurna.
Maka itulah saya ingin catat buat ingatan kita bersama bahawa dalam apa jua 
tugas yang kita jalankan, fahaman tentang kelemahan dan kekuatan diri
 harus kita selami semoga cara kita berfikir dan cara kita bertindak 
tidak akan melukai hati seiapa jua yang kita berinteraksi,
 secara rasmi atau secara peribadi.

Dengan lain perkataan, kita jangan mendabik dada dan berfikiran bahawa
 kita sahaja yang berilmu dan berkebolihan berfikir. 
Jalan yang terbaik ialah kita ada prinsip lengkap melengkapi 
antara satu sama lain,tanpa mengira siapa lebih pandai, siapa lebik bijak
 dan siapa lebih kaya atau lebih miskin.
Kekadang ada orang yang rasa lebih kaya atau lebih kedudukannya dalam
 struktur masyarakat akan memandang remeh pada orang 
yang disangka berkurangan dari dirinya.

Subhanallah.
Allah memberi keistimewan berbeza mengikut budi bicaraNYA kerana
 Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Saya rasa yakin jika kita semua ada rasa keterbukaan dalam fikiran
 dan bersikap mahu lengkap melengkapi banyak masaalah yang ada 
di hadapan kita  yang Insya Allah boleh diselesaikan yang dapat 
memuaskan hampir semua pihak 
kalaupun tidak semua pihak. 

Dalam ingatan saya Ustaz bercerita bahawa Rasulullah saw sendiri pun suka
 bertanyakan pendapat dan fikiran para Sahabatnya. Ada kalanya
 Saidina Omar alKhatab RA berbeza pendapat.
Rasulullah saw tidak membantah dan Allah swt akan mempersetujui
 pendapat Saidina Omar RA dalam wahyuNYA pada Rasulullah saw yang 
mengambil kira pandangan Saidina Omar RA.
Maka sebab itulah kita harus selalu berlapang dada dalam
 mendengari pendapat orang lain. Dan janganlah kita sesekali memandang remeh
 akan Sahabat-sahabat Rasulullah saw.

Dalam kita menjalani Ujian Allah dan cuba berikhtiar menyelesaikan  masaalah
 Wabak Covid19 ini pun kita harus sama-sama muhasabah diri tentang 
kedudukan kita di sisi Allah swt.
Saya percaya jika kita benar-benar ikhlas terhadap usha kita,
 maka kita tidak akan berkelahi cuba mempertahankan pendapat
 kita itu lebih persis daripada pendapat orang lain.

Allahu'alam.
Saya hanya berfikir-fikir kerana rasa sedih menghadapi masaalah yang ada
 sepertinya tiada
keinginan untuk "mengalah". Mengalah buka erti "kalah".
Pastinya ada cara lain (dan mungkin cara itu terbaik) untuk mendapatkan
 semangat kerjasama dalam
 cuba memberi khidmat terbaik pada rakyat seluruhnya. 
Apalah "kuasa" jika kuasa membawa Duka.



Saya menanti hari esuk semoga semuanya sejahtera
dalam dakapan Redha Allah swt jua.

 

Monday, November 2, 2020

Bagusnya Mengurung Diri ..@ Covid19.

Bismillah.svg

Alhamdulillah.
 Allah masih kurnia peluang dan ruang untuk mengurung diri dalam usaha 
mengelak jangkitan wabak Covid19.
Mungkin kerana umur saya sudah amat dewasa maka saya tidak rasa resah gelisah kena mengurung diri di rumah. Semasa muda saya aktif mengusahakan sesuatu dengan
kawan seangkatan. Kini saya duduk dan rehat
dan "bergelut" dengan cucu-cucu yang tinggal bersama dirumah.
Dalam cuti sekolah kerana wabak, saya ambil peluang melatih cucu perempuan saya
"kerja rumah tangga". Ia berumur 9 tahun dan punya 3 orang adik.
Pembantu rumah saya takut hendak meminta cucu saya menolong di dapur.
Saya dan Ibunya rasa itu tidak mengapa kerana jika dilatih
 sedikit-sedikit dari kecil
insyaAllah ia menjadi suatu kebiasaan apabila memasuki
 umur remaja dan dewasa.

Teringat semasa saya kecil dan tinggal di kampung di Pontian Johor.
Saya dari keluarga Pendatang maka saya dilatih bekerja kuat.
Mungkin generasi muda sekarang tidak percaya saya bantu kakak saya
 menoreh getah di pagi gelap lagi sebelum saya pergi
 sekolah berjalan kaki sejauh
 satu kilometer. Pulang dari sekolah saya dan anak-anak buah yang
 dibawah jagaan emak saya di arah mencari kayu api, memberi makan ayam,
 mengangkat air dari perigi, ambil pakaian dari ampaian dan melipatnya
 dan berbagai lagi yang saya kena buat. 
Maka sekarang ini saya tidak suka melihat anak-anak 
yang malas menolong ibu bapa yang memerlukan,
 atau jiran yang memerlukan.

Kini diumur dewasa tua lain pulak kesannya berkurung di rumah.
Sudah lama saya tidak keluar mengaji agama.
 Belajar dari Ustaz "Google" sahaja.
 Semoga Allah kurnia munafaatnya juga.
Manakan sama.Tapi Allah itu mahqa Mengasihani.
 Semoga Allah mudahkan segala urusan mendapat redhaNya. Aamiin.....

Banyak juga Ilmu yang saya dapat.
Alhamdulillah. 
Yang saya rasa amat menyentuh dihati ialah apabila ada Channel Utube 
yang menceritakan betapa binatang pun mengikut kehendak atau 
saranan manusia 
jika ia kuat imannya dan amalannya.
Ada satu ketika orang bukan Islam melepaskan anjingnya untuk menyerang 
orang Islam yang sedang solat di luar bangunan. 
Anaknya yang disebelah bertaut kuat di tangan ayahnya, amat ketakutan.
Saya pun rasa cemas dan lantas berfikir apa yang akan terjadi. 
Orang yang sedang solat itu mengangkat tangannya dan menunjuk jari satu 
dan anjing itu terus sahaja duduk patuh. 
Sepertinya ia menghayati juga
 hakikat bahawa Tuhan itu satu dan semua makhluk Allah
 harus patuh padaNya.
MasyaAllah. 

Terkesan dihati betapa manusia susah mahu patuh pada yang Benar.
Saya juka kadangkalanya terkandas dengan pengaruh luaran.
 Semoga Allah sentiasa
 memelihara ke jalan yang lurus hingga ke akhir hayat.

Covid19 sememangnya menguji daya ketahanan kita zahir dan batin.
Betapa kita memerlukan pertolongan Allah. Semua yang
berlaku adalah dengan izin Allah. Tidak kira lah virus itu dari
 makmal saintist untuk
senjata peperangan saraf. Pokoknya Allah izin berlaku.
Maka kita muhasabah diri mengapa ia berlaku dan apa persiapan kita untuk
 menangani wabak ini dari segi strategy jangka pendek dan juga 
strategy jangka panjang. Ada ustaz mengatakan ini adalah
 salah satu fenomena akhir zaman.
Allahu'alam.
Kita muhasabah diri mengikut nasihat ulamak dan berfikiran positif.

Saya rasa memang ada bagusnya fenomena kena mengurung diri.
Dalam umur saya 74 tahun ini tidak pernah melalui ujian seperti ini.
Sememangnya dahulu ada fenomena mesti kurung diri kerana rusuhan kaum
 dalam tahun 1969. Tetapi itu tidak lama seperti 
arahan berkurung sekarang ini.

Ala kuli hal, ia bagus buat saya.



Saturday, October 31, 2020

Yang Tersurat dan Yang Tersirat....@ Darurat Covid19.



Bismillah Calligraphy 46.svg

Hari ini (29 Oktober 2020 bersamaan 12 Rabiulawal 1442H) kita memperingati
hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, 
Pemimpin Agong bagi seluruh ummat Manusia sejagat.
Saya termenung sendirian betapa merindui ketenanagan hidup jika dapat
 bersama dengan Baginda Rasulullah saw. Alangkah bahagianya
 jika hidup semasa dengannya dan hampir dekat bersamanya.
Semoga Allah kurnia kesampaian hajat dapat bersamanya di Syurga nanti.
Aamiin ya Rabb.....

Kini kita masih terumbang ambing tinggal di Malaysia kerana fenomena politik
 yang belum menampakan kematangan yang membuat rakyat merasa
 tenang bahagia. Senang atau susah hidup seharian bukan penentu
 ketenanagan dan kebahagiaan.
 Di sisi Allah miskin kaya sama sahaja dan ketenanagan bukan lahir
 dari keselesaan kebendaan semata-mata. Lihat sahaja di sekeliling kita. 
Yang senyum selalu dan suka berbagi rezki datangnya juga dari mereka yang
 kais pagi makan pagi, dan petang nanti belum tentu lagi.

Saya katakan pada diri sendiri.
Tidak perlu sakitkan kepala berfikir-fikir mengapa dalam suasana 
yang saya rasa membimbangkan akibat wabak Covid19, 
ramai di medan media massa yang sibuk
cuba mengatakan sesuatu dan cuba mempengaruhi minda orang lain.
Mereka merasakan bahawa pemikiran merekalah yang tepat dan benar. 
Orang lain tidak benar. Semoga kita tidak merasai bahawa kita sentiasa benar.
Allah maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang nyata.

Ini lumrah manusia. Kekadang kita tewas dengan fikiran yang singkat
 dan fikiran yang cuba membela kepentingan diri sendiri.
YAB PM TSMY dikatakan telah gagal kerana 
DYMM SPB Yang di Pertuan Agong 
dan Raja-raja Melayu tidak meluluskan pengisytiharan Darurat.
Cuba kita berfikir sejenak. Mungkin itu adalah kekuatan TSMY.
 Beliau Allah mudahkan tanpa urusan Darurat tetapi mendapat
 sokongan kuat DYMM YDP Agong
dengan nasihat supaya semua pemimpin politik dan penyokong-penyokong
 kuat mereka tidak meroyan berbantah-bantah dalam hal-hal 
yang belum tentu kesahihannya.

Pepatah Inggeris mengatakan: "there are two sides of the Coin". Ayat alQuran
 menyebut setiap yang susah ada senangnya.
 Lihat surah 94 Al Syarh, ayat 5 yang bermaksud: 
 Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
 Dan ayat 6 yang bermaksud: (Sekali lagi ditegaskan) 
Sesungguhnya bersama kesulitan itu Kemudahan. 

Saya berpandangan bahawa apa yang berlaku sekarang jangan di tafsir 
bulat-bulat sebagai satu musibah dan kehancuran buat pemerintahan TSMY. 
Mungkin ia  merupakan  "A blessing in disguise".
Persidanagn Parlimen yang akan datang ini saya rasa akan menjadi mudah
 kerana tidak akan ada perbalahan yang merugikan masa dan
 merugikan kepentingan Rakyat.... dengan Izin Allah.
Semoga semua peringkat pemimpin tidak mengira kepentingan diri
dan akan mengeraratkan persefahaman dalam perjuangan
mahu membangunkan Malaysia dalam ruangan lingkup paradigma Tauhid.
Semua yang sudah faham "Tauhid" harus berusaha memberi kefahaman
 pada yang belum faham semoga Malaysia akan dianugerah Allah 
Aman Damai hingga ke Akhir Hayat.

Sama-samalah kita berdoa dengan keikhlasan hati semoga Allah
 menurunkan RahmatNya yang tidak terhingga dan Malaysia selamat dan makmur tanpa Covid19 dan kesanya pada Ekonomi negara dan kesejahteraan Rakyat biasa.
Aamiin ya Rabb...

 

Wednesday, October 28, 2020

Moratorium "bercakap, berhujah"....@ Covid19 dan perihal Darurat.

 

Bismillah gold.svg

Saya tidak selesa dan rasa sedih mendengari berbagai pendapat dan
 hujah di media massa mengenai peri hal Darurat dan politik di negara kita ini.
Bagaimana hendak rasa selesa kerana keadaan sangat celaru.
Wabak Covid19 belum reda dan ramai dari rakyat yang 
mendapati sukar mencari rezeki.
Anak-anak saya antara yang sedang berkerja kuat 
cuba mengubah kehidupan.

Mengapalah orang-orang politik tidak berhenti-henti bercakap sesuatu yang tidak menggembirakan rakyat biasa. Rakyat seperti saya berfikir-fikir
 apa agaknya akan terjadi esuk sekiranya tiada kata sepakat
 dikalangan pemimpin dan meyakinkan
 rakyat  bahawa "esuk masih ada buat kita....."

Hati kecil tersedih dan hanya mampu berdoa semoga Allah mengasihani
negara Malaysia dan masih ada harapan dan kekuatan dengan Izin dan
RahmatNYA jua untuk membuat persediaan menghadapi 
akhir hayat dan akhir zaman.
Semoga dihujung kehidupan ini tidak akan ada penyesalan.
Aamiin ya Rabb.....



Monday, October 26, 2020

Bicara sendirian.....THE POWER OF HOPE...@ "Tiada Dharurat"

Ligature of Bismillah.jpg

Alhamdulillah.
 Apa yang Allah Izin berlaku atau tidak berlaku
 pasti ada hikmahnya.
 Setiap orang Islam wajib beriman pada Qadha dan Qadar Allah.

Maka pagi ini saya duduk sendirian terkebil-kebil
memikirkan apa yang akan terus berlaku
 setelah YAB Perdana Menteri tidak diperkenan oleh Yang diPertuan Agong untuk isytihar Dharurat.
Semasa saya belajar di University Malaya
 dalam tahun 1970-1972, saya ambil satu kursus: 
CONSTITUTIONL LAW.
Ini wajib untuk mereka yang ambil kursus
 Public Administration di Faculty Economics 
and Administration waktu itu.
Saya pegang ingatan bahawa Yang di Pertuan Agong
 harus menerima Nasihat
yang di perakukan oleh Perdana Menteri melainkan
 pada hal-hal yang berkaitan Hak-hak orang Melayu dan 
perlaksanaan Agama Islam di Malaysia.
 Kedua ini Hak Mutlak Yang diPertuan Agong.

Sebab itu saya terkebil-kebil keseorangan 
kerana ingatan saya nyata silap.
Saya tenang sahaja kerana saya yakin pada 
"The Power of Hope".
Manusia merancang tetapi Allah itu Maha Perancang.
Allah maha Mengetahui apa yang tersembunyi 
dan apa yang nyata.
Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.
Dan kepadaNYA kita berserah diri.
Saya berdoa semoga Malaysia Sejahtera
 sekarang dan hingga ke Akhir Hayat.
Aamiin Ya Rabb...

Sunday, October 25, 2020

Menginsafi Diri....@ PENYAKIT GILA KUASA | Ustaz Badli Shah Alauddin


Syria Tiles with Basmala.jpg


Saya sajikan video di atas semoga kita semua 
ambil peringatan.
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan 
dan sentiasa melimpahkan Rahmatnya yang tidak terhingga semoga siapa jua kita Allah kurnia kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Aamiin.....


Saturday, October 24, 2020

Gegaran Rasa....@ Fitnah Paling Dahsyat


Bismillah Calligraphy5.svg

Apalah hendak dikhuatirkan mengenai Gencatan Politik, atau
 Pengisytihara Dharurat
di banding dengan rasa Hati bila diceritakan dengan 
FITNAH PALING DAHSYAT
yang akan berlaku dalam kehidupan Manusia.
Ia pasti berlaku cuma kita tidak tahu sama ada ia berlaku 
semasa kita hidup sekarang.
Besar kemungkinan saya tidak akan jumpa Fitnah ini. Allahu'alam.

Ikutilah Video ini. Pasti tidak rugi masa.
Amat rugi jika kita dengari video yang tidak habis-habis berhujjah
 mengatakan siapa yang lebih layak memerintah negara Malaysia ini.
Saya berdoa semoga Allah pilih orang yang
 benar-benar berIman dan berTaqwa
Yang menerajui Kepimpinan Negara ini.
Aamiin ya Rabb....



Related Posts with Thumbnails