Alhamdulillah.
Allah masih kurnia ruang dan peluang untuk membuat sedikit catatan hari ini.
Dalam menjalani baki-baki umur yang tinggal sedikit ini saya sering juga merasakan kekhuatiran deria ingatan saya makin berkurangan.
Hanya doa yang dipanjatkan semoga semua deria yang Allah kurnia dapat
kekal hingga ke akhir hayat. Aaamiin.......
Walaubagaimana pun, deria ingatan dan kekuatan minda dan fisikal
dan apa jua kurniaan Allah boleh berkurangan dengan izin Allah
tanpa ada kaitan dengan umur.
Semoga sama-sama kita dapat memunafaatkan umur sebaik munkin
dengan usaha yang kita lakukan dengan memohon segala-galanya dari Allah.
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
"Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang
maha tinggi lagi maha agung."
Begitulah kita manusia. Tidak ada manusia yang sempurna.
Maka itulah saya ingin catat buat ingatan kita bersama bahawa dalam apa jua
tugas yang kita jalankan, fahaman tentang kelemahan dan kekuatan diri
harus kita selami semoga cara kita berfikir dan cara kita bertindak
tidak akan melukai hati seiapa jua yang kita berinteraksi,
secara rasmi atau secara peribadi.
Dengan lain perkataan, kita jangan mendabik dada dan berfikiran bahawa
kita sahaja yang berilmu dan berkebolihan berfikir.
Jalan yang terbaik ialah kita ada prinsip lengkap melengkapi
antara satu sama lain,tanpa mengira siapa lebih pandai, siapa lebik bijak
dan siapa lebih kaya atau lebih miskin.
Kekadang ada orang yang rasa lebih kaya atau lebih kedudukannya dalam
struktur masyarakat akan memandang remeh pada orang
yang disangka berkurangan dari dirinya.
Subhanallah.
Allah memberi keistimewan berbeza mengikut budi bicaraNYA kerana
Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Saya rasa yakin jika kita semua ada rasa keterbukaan dalam fikiran
dan bersikap mahu lengkap melengkapi banyak masaalah yang ada
di hadapan kita yang Insya Allah boleh diselesaikan yang dapat
memuaskan hampir semua pihak
kalaupun tidak semua pihak.
Dalam ingatan saya Ustaz bercerita bahawa Rasulullah saw sendiri pun suka
bertanyakan pendapat dan fikiran para Sahabatnya. Ada kalanya
Saidina Omar alKhatab RA berbeza pendapat.
Rasulullah saw tidak membantah dan Allah swt akan mempersetujui
pendapat Saidina Omar RA dalam wahyuNYA pada Rasulullah saw yang
mengambil kira pandangan Saidina Omar RA.
Maka sebab itulah kita harus selalu berlapang dada dalam
mendengari pendapat orang lain. Dan janganlah kita sesekali memandang remeh
akan Sahabat-sahabat Rasulullah saw.
Dalam kita menjalani Ujian Allah dan cuba berikhtiar menyelesaikan masaalah
Wabak Covid19 ini pun kita harus sama-sama muhasabah diri tentang
kedudukan kita di sisi Allah swt.
Saya percaya jika kita benar-benar ikhlas terhadap usha kita,
maka kita tidak akan berkelahi cuba mempertahankan pendapat
kita itu lebih persis daripada pendapat orang lain.
Allahu'alam.
Saya hanya berfikir-fikir kerana rasa sedih menghadapi masaalah yang ada
sepertinya tiada
keinginan untuk "mengalah". Mengalah buka erti "kalah".
Pastinya ada cara lain (dan mungkin cara itu terbaik) untuk mendapatkan
semangat kerjasama dalam
cuba memberi khidmat terbaik pada rakyat seluruhnya.
Apalah "kuasa" jika kuasa membawa Duka.
Saya menanti hari esuk semoga semuanya sejahtera
dalam dakapan Redha Allah swt jua.
No comments:
Post a Comment