"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 2, 2020

Bagusnya Mengurung Diri ..@ Covid19.

Bismillah.svg

Alhamdulillah.
 Allah masih kurnia peluang dan ruang untuk mengurung diri dalam usaha 
mengelak jangkitan wabak Covid19.
Mungkin kerana umur saya sudah amat dewasa maka saya tidak rasa resah gelisah kena mengurung diri di rumah. Semasa muda saya aktif mengusahakan sesuatu dengan
kawan seangkatan. Kini saya duduk dan rehat
dan "bergelut" dengan cucu-cucu yang tinggal bersama dirumah.
Dalam cuti sekolah kerana wabak, saya ambil peluang melatih cucu perempuan saya
"kerja rumah tangga". Ia berumur 9 tahun dan punya 3 orang adik.
Pembantu rumah saya takut hendak meminta cucu saya menolong di dapur.
Saya dan Ibunya rasa itu tidak mengapa kerana jika dilatih
 sedikit-sedikit dari kecil
insyaAllah ia menjadi suatu kebiasaan apabila memasuki
 umur remaja dan dewasa.

Teringat semasa saya kecil dan tinggal di kampung di Pontian Johor.
Saya dari keluarga Pendatang maka saya dilatih bekerja kuat.
Mungkin generasi muda sekarang tidak percaya saya bantu kakak saya
 menoreh getah di pagi gelap lagi sebelum saya pergi
 sekolah berjalan kaki sejauh
 satu kilometer. Pulang dari sekolah saya dan anak-anak buah yang
 dibawah jagaan emak saya di arah mencari kayu api, memberi makan ayam,
 mengangkat air dari perigi, ambil pakaian dari ampaian dan melipatnya
 dan berbagai lagi yang saya kena buat. 
Maka sekarang ini saya tidak suka melihat anak-anak 
yang malas menolong ibu bapa yang memerlukan,
 atau jiran yang memerlukan.

Kini diumur dewasa tua lain pulak kesannya berkurung di rumah.
Sudah lama saya tidak keluar mengaji agama.
 Belajar dari Ustaz "Google" sahaja.
 Semoga Allah kurnia munafaatnya juga.
Manakan sama.Tapi Allah itu mahqa Mengasihani.
 Semoga Allah mudahkan segala urusan mendapat redhaNya. Aamiin.....

Banyak juga Ilmu yang saya dapat.
Alhamdulillah. 
Yang saya rasa amat menyentuh dihati ialah apabila ada Channel Utube 
yang menceritakan betapa binatang pun mengikut kehendak atau 
saranan manusia 
jika ia kuat imannya dan amalannya.
Ada satu ketika orang bukan Islam melepaskan anjingnya untuk menyerang 
orang Islam yang sedang solat di luar bangunan. 
Anaknya yang disebelah bertaut kuat di tangan ayahnya, amat ketakutan.
Saya pun rasa cemas dan lantas berfikir apa yang akan terjadi. 
Orang yang sedang solat itu mengangkat tangannya dan menunjuk jari satu 
dan anjing itu terus sahaja duduk patuh. 
Sepertinya ia menghayati juga
 hakikat bahawa Tuhan itu satu dan semua makhluk Allah
 harus patuh padaNya.
MasyaAllah. 

Terkesan dihati betapa manusia susah mahu patuh pada yang Benar.
Saya juka kadangkalanya terkandas dengan pengaruh luaran.
 Semoga Allah sentiasa
 memelihara ke jalan yang lurus hingga ke akhir hayat.

Covid19 sememangnya menguji daya ketahanan kita zahir dan batin.
Betapa kita memerlukan pertolongan Allah. Semua yang
berlaku adalah dengan izin Allah. Tidak kira lah virus itu dari
 makmal saintist untuk
senjata peperangan saraf. Pokoknya Allah izin berlaku.
Maka kita muhasabah diri mengapa ia berlaku dan apa persiapan kita untuk
 menangani wabak ini dari segi strategy jangka pendek dan juga 
strategy jangka panjang. Ada ustaz mengatakan ini adalah
 salah satu fenomena akhir zaman.
Allahu'alam.
Kita muhasabah diri mengikut nasihat ulamak dan berfikiran positif.

Saya rasa memang ada bagusnya fenomena kena mengurung diri.
Dalam umur saya 74 tahun ini tidak pernah melalui ujian seperti ini.
Sememangnya dahulu ada fenomena mesti kurung diri kerana rusuhan kaum
 dalam tahun 1969. Tetapi itu tidak lama seperti 
arahan berkurung sekarang ini.

Ala kuli hal, ia bagus buat saya.



No comments:

Related Posts with Thumbnails