"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, December 8, 2020

Saya suka Solawat ini....@SHOLAWAT PENENANG JIWA |


Alhamdulillah.

Dua hari dulu saya catat sedikit mengenai mencintai solawat. Suka saya kongsikan di atas ini antara solawat yang saya suka ikuti. Pilihlah mana-mana Solawat yang Ustaz rekomen, tidak mengapa.Semoga bermunafat dan semoga Allah kurnia kita mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW sekarang hingga ke Jannah. Aamiin.



Sunday, December 6, 2020

Membumikan/Mencintai Solawat....@ Usaha Meluruskan pemikiran.

 

Bismillah

Baru-baru ini saya catat sedikit perihal "Manusia Gila tidak serupa" dalam blog saya. Saya tetap ingat kata-kata Allahyarham bapa mertua saya. Hikmah kata-katanya saya simpan dihati, Kebelakang ini bila keadaan politik dan ekonomi tiadk menentu di Malaysia ini, saya ingati lagi kata-katanya. Tentunya ramai kita yang mengikuti serba sedikit apa yang terjadi pada kerajaan Negeri Perak sekarang ini. Saya ikuti sedikit kerana saya sudah rasa amat penat hendak memikirkan kearah mana rakyat akan dibawa. Ada yang mengatakan ini sejarah dunia sebab pihak yang mencadangkan, adalah pihak yang sama yang tidak meyokong usul yang dibawa.Tidak pernah terjadi dalam sejarah dimana-mana pun di dunia.

Hairan juga......itulah, "manusia gila tidak serupa".....pasti ada muslihat yang lebih besar atau ada motif yang lebih besar. Orang-orang politik sahaja yang tahu. Saya hanya serkap jarang....takut nak masuk campur.

Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya....

😟😠😠


Pagi ini dalam "kerisauan" mengenai berbagai hal di Malaysia, saya teringatkan suatu "idea" yang telah lama saya fikir-fikirkan sendirian bagaimana kita boleh berbuat sesuatu yang mudah tetapi ia boleh memberi kesan positif diluar jangka dari segi kesjahteraan hidup umumnya.

Mudah cakap, saya ingin cadangakan kita Rakyat Malaysia semua membiasakan diri dengan kerap bersolawat atas Junjungan besar Nabi Muhammad salallahu alaihi wasalam sebagai senjata batin tetapi mempunyai kesan yang luar biasa untuk mempengaruhi minda manusia berfikiran positif dan dengan itu dapat mencari apa jua penyelesaian atas apa jua masaalah yang dihadapi....dengan Izin dan Redha Allah jua.....Semoga begitu.

Saya sering mendengari nasihat ramai ustaz Malaysia dan Indonesia menggalakan kita sentisa bersolawat. Bersolawat itu lebih besar kesannya pada Iman dan taqwa berbanding zikir yang biasa-biasa sahaja. Allah dan Malaikat-malaikatNya bersolawat pada Nabi saw. Allah  berfirman dalam alQuran:


A056

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

(Al-Ahzaab 33:56) 

Dan Allah juga berfirman:


A031

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(A-li'Imraan 3:31)

Kata Ustaz, kalau Allah pun Solawat pada Nabi SAW, mengapa kita "kedekut" bersolawat..... Mungkin malas, mungkin tidak tahu hebatnya Solawat, kata Ustaz.....😢😢.  Saya mengaku bersalah dan rasa serabut dihati menyesali diri kerana amat kurang bersolawat, terutamanya semasa muda dahulu. Sepertinya saya tidak belajar menghargai apa yang termaktub dalam alQuran. Cuma saya ingat bersolawat beria-ia semasa menyambut memperingati Hari Kelahairan Nabi Muhammad SAW. Ini semasa di sekolah waktu remaja dahulu. Kami berarak ramai-ramai dari padang besar di lokasi bandar dan tamat perarakan di Masjid Daerah untuk edaran bungkusan makan minum. Ia seperti acara suka ria........

Jom kita buat perubahan.....

Jom kita fikir-fikirkan untuk promosi bersolawat semasa memulakan hari pembelajaran di semua sekolah. Hanya 3 minit dan saya yalin tidak menggangu jadual kelas hari itu. Saya yakin kesannya amat besar untuk minda, Iman dan Taqwa. Bagi mereka yang bukan Islam mereka berdiri dan dengari sahaja. Jika ada yang protes, Pemimpin politik tidak harus bimbang. Buat sahaja apa yang betul, Rahmat Allah pasti bersama. Apa lagi yang kita mahukan dan apa yang hendak kita takutkan. Kita selalu ketakutan untuk membuat perubahan kerana kita berfikir dengan minda semata-mata. Sudah sampai masanya kita berfikir dengan hati nurani yang dalamnya kita bina Iman dan Taqwa dengan Izin Allah.

Mungkin dalam sessi Parlimen pun kita boleh buat........ Solawat rinkas bersama-sama. Saya yakin ada kesannya supaya sekali gos ia dapat membenteras ahli fikir dalam Dewan yang suka berhujah ikut kehendak seperti kehendak manusia yang tidak mengenal Tuhan. .....tanpa disedari. Kata ustaz kita sekarang sudah dalam fasa Akhir Zaman dalam hidup kita. Maka kita harus buat sesuatu yang akan memperkuat ketahanan diri dan kita boleh terhindar dari Fitnah Akhir Zaman. Di Pejabat-pejabat kerjaan dan lain-lain lagi pun kita bolih buat. Sekarang sudah ada Doa sebelum mula kerja. Maka jika ditambah Solawat saya yakin tidak akan ada banyak persoalan membantah langkah itu.

Maka Solawat yang mana yang kita hendak promote. Kita tanya Menteri Agama dan beliau boleh selaraskan untuk seluruh Negara. Kita hanya perlu yakin. Allah berselowat pada NabiNya. Malaikat pun begitu dengan arahan Allah yang maha Pencipta. Pasti ada sesuatu kekuatan di situ yang akan terserlah jika kita Istiqamah dalam menunaikan kehendak Allah. 

Saya yakin jika kita dan semua Umat Islam bersolawat kuat-kuat pasti musuh-musuh Islam akan rasa gerun dan takut hendak menentang Islam tanpa sebab yang munasabah. Jika kita "tunjuk Perasaan" di jalanan, atau berkumpul di mana-mana untuk membantah sesuatu, kita mulai dan akhiri dengan Solawat kuat beramai-ramai dengan semangat, saya yakin kekuatan Islam akan terserlah dan musuh-musuh Islam di mana jua akan rasa gentar untuk melawan. Menjerit-jeritkan slogan tidak dapat menandingi semangat bersolawat.

Ini harapan saya semoga suatu hari nanti ia diterima.....

Dan semoga saya dapat tersenyum semasa di alam Barzah nanti dengan Rahmat Allah jua. Aamiin ya Rabb..........



Wednesday, December 2, 2020

Gelap Dalam Cahaya.....@ Kemelut Politik sekitaran Covid19.

Ligature of Bismillah.jpg

Mengikuti beberapa kisah dalam Utube mengenai senario Politik di Malaysia,saya merasa seperti sedang  menghampiri suasana Gelap walaupun Allah kurnia banyak nikmat di sekeliling kita ini. Berbagai pendapat mengenai pertaruhan mendapatkan kuasa, percaturan mengisi jawatan tinggi pengurusan dan lain-lain lagi yang saya rasa bolih membingungkan rakyat yang masih mampu berfikir-fikir. Rakyat lainnya mungkin bolih berfikir tetapi keutamaan mereka terikat pada usaha mencari rezki harian. Ada yang hanya mampu kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu lagi. Ada yang sederhana boleh makan tetapi terkial-kial mencari rezki untuk pendidikan anak-anak dan berbagai lagi.

Dalam menghadapi masaalah ketakutan dengan bahaya Covid19, rakyat sudah mula diberi gambaran bahawa Kerajaan sudah hampir mendapat menyelesaikan isu Vaksin yang katanya boleh menyelamatkan rakyat dari wabak ini. Saya sendiri belum jelas dan saya amat risau jika saya teringatkan kepentingan anak cucu dan cicit saya. Bagaimana vaksin akan dilaksana belum jelas dan jenis vaksin yang mana pun belum jelas. Itulah saya rasa seperti hidup menghampiri kegelapan. Dengan lain perkataan ramai rakyat seperti keluarga saya masih banyak tertanya-tanya sama sendiri.

Dalam tertanya-tanya, hari kelmarin saya dikejutkan dengan berita dari kawan akrab saya bahawa suaminya adalah positif Covid19. Mungkin ia dijangkiti oleh anak menantunya yang tidak tahu ia positif semasa mereka ziarah anak cucu di Tangkak. Sekarang kawan saya itu ada di hospital Sungai Buluh. Semoga boleh kembali sihat dengan izin dan kurnia Allah jua.

Saya rasa terkesan dengan apa yang berlaku disekeliling saya waktu ini. Rasa sedih dan rasa khuatir. Semoga Allah kurnia kesabaran dan sentiasa redha dengan segala ketentuan dariNYA. Saya juga berdoa semoga kepimpinan politik juga bersabar melalui dan menghadapi  "ketandusan" pemikiran bagaimana mahu berkompromi memilih ketua pemerintah yang serba boleh dan beriman dan bertaqwa. Jom sama-sama bersolawat dan berdoa semoga Allah bagi jalan keluar yang terbaik dalam mencari penyelesaian kepada semua masaalah persendirian, masaalah keluarga dan masalah Negara.

Ya Allah mohon keampunan dan mohon pertolongan Mu. Semoga Malaysia dikurnia Rahmat Allah yang tidak terhingga dan selamat dari semua bentuk Fitnah Akhir Zaman ini.

Aamiin ya Rabb....



Monday, November 30, 2020

Suka berkenalan dengan Ustaz Ujang Busthomi.....@ Hal-hal semasa isu PARANORMAL.


Bismillah gold.svg

Catatan santai kali ini.
Entah macam mana kebelakangan ini saya terbuka minda untuk mengikuti 
hal-hal Paranoramal di Utube. Ada berbagai tetapi saya kongsikan
 video di atas dan jika berminat boleh ikuti tajuk-tajuk lain yang berkaitan
 sebagai memperluas sempadan Ilmu.
 Saya tertarik dengan perwatakan Ustaz ini dan bila ada masa terluang 
saya ikuti. Arwah Bapak saya datang dari Tanah Jawa dan cerita-cerita 
dari Tanah Jawa sangat sentimental buat saya.
Itu sahaja, Salam.....



Friday, November 27, 2020

"Manusia Gila Tidak Serupa" (2)...

 Salah satu jambatan di Putrajaya dari pandangan bawah.
Foto Hiasan.

Bismillah Calligraphy22.svg


Alhamdulillah, saya rasa sihat pagi ini dan terpanggil untuk sambung
 cerita berkaitan "Manusia Gila Tidak Serupa".
Saya bukan ingin sinis tetapi ingin mengimbas semula kata-kata 
Allahyarham bapa mertua saya semasa saya bersamanya
 di akhir-akhir hayatnya.
Bapa mertua saya berasal kampung dan hidup menyara keluarga
 secara kampung. Tetapi jiwanya besar. Alhamdulillah. Hidup amat sederhana
tetapi sentiasa mahu membantu saudara mara jauh dan dekat. 
Dia sentiasa suka memunafaatkan harta yang sedikit untuk kaum kerabatnya.
Tetapi yang saya ingat sangat dalam keluarga, bapa mertua saya ini
amat menjaga fahaman apa yang Guru ajarkan padanya.
Saya ambil satu contoh sahaja di sini.

Waktu hayatnya kerajaan kita ada melaksana apa yang digelar
"Lotteri Kebajikan Masyarakat".
Allahyarham bapa mertua saya ini dilantik sebagai Imam kampung.
Dia sedih waktu itu Hasil duit lotteri diguna untuk bina Masjid dan surau.
Haram katanya dan enggan mengimamkan atau solat di Masjid dan surau
 yang seperti itu. Solat Jumaat pun ia enggan pergi.
Pendekan cerita, satu hari Ayah mertua saya dipanggil ke Pejabat Agama 
didaerah berkaitan dan
Bapa mertua saya didapati bersalah kerana tidak mahu mengimamkan 
Jumaat diMasjid yang ditentukan.
Ayah saya itu berhujah panjang lebar mengatakan hukuman itu tidak betul 
dan duit lotteri itu haram walaupun di namakan lotteri kebajikan masyarakat.
Dipendekan cerita, beliau akhirnya dapat mempertahankan pendapat hukum yang dipegangnya dan Pejabat Agama melepaskan Ayah saya
 dan beberapa kenalannya sebagai tidak bersalah.

Sekarang ini pun ada pendapat yang benar-benar salah tetapi masih ada pengikut setia.
 Saya ikuti Kes Lepat dan pengikutnya dalam Utube yang mengatakan
jika Solat tidak khusyuk maka tidak perlu solat.
Saya pun ingin kata ini "manusia gila tidak serupa".
Ooops!.....saya  tidak patut masuk campur dalam hal ini kerana
 saya bukan Ahlinya.
Ilmu saya pun tidak sampai kemana. Saya hanya ikut logik walaupun
 saya tahu dalam Islam logik sahaja tidak sempurna dalam
 memahami Islam yang sebenar.

Ini sahaja coretan pagi ini.
 Dalam sedikit masa yang terluang saya ada
 juga mengikuti cerita-cerita "Dukun atau Bomoh" yang menyesatkan
 pengunjung yang terdesak dalam kehidupan dan meminta pertolongan.
Saya khuatir ada yang terjebak dengan ilmu-ilmu yang berbau
 Sihir yang jelas haram
Saya mirip mengatakan ini juga kes 'manusia gila tidak serupa".
ALLAHU'ALAM
Semoga Allah mengampunkan segala dosa mereka yang kurang kefahaman.
Semoga Allah mengampunkan juga dosa-dosa saya sendiri yang saya
maklum dan tidak maklum.
Hanya Allah yang maha Mengetahui dan hanya Allah yang maha Bijaksana
dan maha Sempurna.
Mohom keampunan Mu ya Rabb.....



Tuesday, November 24, 2020

"Manusia Gila Tidak Serupa"...... Kata Ayah Mertua Saya.


Tugu Keris, Klang.jpg

Foto ehsan carian google. Tugu keris di jalan Klang 1985.(Hiasan)

A001

Kebelakangan ini saya sering duduk termenung berfikir bagaimana mahu bercerita pada anak cucu bahawa di zaman saya kini ramai manusia yang berfikiran berbagai rupa yang kadang kala saya sendiri tidak dapat memahami dan menerima tanpa bertanya-tanya dari orang lain untuk kepastian.Sehubungan ini saya teringatkan detik-detik perbualan saya dengan Allahyarham bapa mertua saya semasa bersama di rumah saya di akhir-akhir hayatnya.Ada kalanya suami dan saya bawa dia tukar angin ke rumah anak lain di kelang. Pada masa itu ada tugu keris. 

Terkujut saya dengar komen yang diberi. "Manusia gila tidak serupa." "kena apa ayah ?  Saya bertanya. "Tenguk tu....... buang duit buat tugu yang tak ada faedahnya." 

Semasa saya cari di google mecari lambang ini saya tidak pasti ada lagi atau tidak lambang itu sekarang. Saya senyum sendirian.

Sekarang ini memnang ramai manusia yang kita boleh takrif "gila".......President Trump tidak mahu terima kekalahan dalam Pilihan Raya untuk jadi President kali kedua. Masih baerkata ia belum kalah......

President Perancis pula mahu membela rakyatnya yang menghina Islam. Saya pula yang kata dia "Gila"......😡

Di negara kita pun ada berbagai karenah orang yang tidak panjanag akal dalam memperkatakan sesuatu. Ahli Parlimen tidak mahu sokong untuk luluskan Belanjawan 2021. Saya amat takut jika tidak lulus kot-kot saya tidak dapat bayaran pencen saya. Dari mana pula saya hendak sara hidup. Dalam hati saya merungut "Gila...kalau tak lulus. Rakyat macam nana?"

"Manusia gila tidaj serupa". Terniang-ngiang kedengaran kata Allahyarham bapa mertua saya. Dia meninggal umur 69 tahun. Masih tajam ingatannya semasa ia menghembuskan nafas akhirnya. Alhamdulillah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa dan mengurnia baginya RahmatNYA yang tidak terhingga.

Sebenarnya banyak contoh "Manusia Gila tidak serupa". Kalau rajin tenguk UTube kita dapat lihat cerita-cerita rumahtangga yang tidak seharusnya keluar di media massa. Kita tutup 'aib orang, Allah tutup 'aib kita. Mula-mula saya hairan dan baca. Eh....teringat apa ayah kata "Manusia Gila tidak serupa. Maka jangan percaya........

Saya tidak mahu ambil contoh dari halaman Politik. Kalau ayah mertua saya masih ada saya rasa dia akan kata "Manusia Gila tidak serupa"...... Karenah dan gelagat sesetengah orang politik mungkin masuk dalam kategori "Manusia Gila tidak serupa".

Senyap lebih baik.....Jangan cari dosa.........

Baik saya fikirkan bagaimana mahu bertahan untuk sihat dan bersabar dengan karenah Corona Virus ini. Semoga Allah angkat segala penyakit dan ujian besar yang sedang menimpa kita........Semua yang Allah izin berlaku pasti ada sabab-musababnya dan pasti ada hikmahnya. Kita pohon semoga Allah mengasihani kita dan kurnia buat kita apa yang sesungguhnya terbaik buat kita di sisiNYA.



Saturday, November 21, 2020

Hilang Kesunyian.....@ Khutbah jumat paling menyentuh - Ustadz Adi Hidayat


A001

Semalam Jumaat yang sunyi buat saya. Tidak tahu mengapa. 
Saya sibukan diri dengan suatu yang saya harapkan bermunafaat.
Pagi ini hari Sabtu dan saya buka komputer saya.
Saya jumpa Ustaz Adi Hidayat. Saya suka dengan penampilannya.
 Maka saya kongsikan Video di atas. 
Hilang kesunyian hari semalam.
 Alhamdulillah.

Jom ikuti Khutbah Jumaat ini. Semoga membuka hati-hati kita untuk
 terus berbuat sesuatu seperti yang Ustaz Adi Hidayat katakan.
 Semoga Doanya juga termasuk kita semua
 yang tidak ada dalam solat Jumaat yang penuh barakah itu.
Aamiin ya Rabb.....



Related Posts with Thumbnails