"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, November 27, 2020

"Manusia Gila Tidak Serupa" (2)...

 Salah satu jambatan di Putrajaya dari pandangan bawah.
Foto Hiasan.

Bismillah Calligraphy22.svg


Alhamdulillah, saya rasa sihat pagi ini dan terpanggil untuk sambung
 cerita berkaitan "Manusia Gila Tidak Serupa".
Saya bukan ingin sinis tetapi ingin mengimbas semula kata-kata 
Allahyarham bapa mertua saya semasa saya bersamanya
 di akhir-akhir hayatnya.
Bapa mertua saya berasal kampung dan hidup menyara keluarga
 secara kampung. Tetapi jiwanya besar. Alhamdulillah. Hidup amat sederhana
tetapi sentiasa mahu membantu saudara mara jauh dan dekat. 
Dia sentiasa suka memunafaatkan harta yang sedikit untuk kaum kerabatnya.
Tetapi yang saya ingat sangat dalam keluarga, bapa mertua saya ini
amat menjaga fahaman apa yang Guru ajarkan padanya.
Saya ambil satu contoh sahaja di sini.

Waktu hayatnya kerajaan kita ada melaksana apa yang digelar
"Lotteri Kebajikan Masyarakat".
Allahyarham bapa mertua saya ini dilantik sebagai Imam kampung.
Dia sedih waktu itu Hasil duit lotteri diguna untuk bina Masjid dan surau.
Haram katanya dan enggan mengimamkan atau solat di Masjid dan surau
 yang seperti itu. Solat Jumaat pun ia enggan pergi.
Pendekan cerita, satu hari Ayah mertua saya dipanggil ke Pejabat Agama 
didaerah berkaitan dan
Bapa mertua saya didapati bersalah kerana tidak mahu mengimamkan 
Jumaat diMasjid yang ditentukan.
Ayah saya itu berhujah panjang lebar mengatakan hukuman itu tidak betul 
dan duit lotteri itu haram walaupun di namakan lotteri kebajikan masyarakat.
Dipendekan cerita, beliau akhirnya dapat mempertahankan pendapat hukum yang dipegangnya dan Pejabat Agama melepaskan Ayah saya
 dan beberapa kenalannya sebagai tidak bersalah.

Sekarang ini pun ada pendapat yang benar-benar salah tetapi masih ada pengikut setia.
 Saya ikuti Kes Lepat dan pengikutnya dalam Utube yang mengatakan
jika Solat tidak khusyuk maka tidak perlu solat.
Saya pun ingin kata ini "manusia gila tidak serupa".
Ooops!.....saya  tidak patut masuk campur dalam hal ini kerana
 saya bukan Ahlinya.
Ilmu saya pun tidak sampai kemana. Saya hanya ikut logik walaupun
 saya tahu dalam Islam logik sahaja tidak sempurna dalam
 memahami Islam yang sebenar.

Ini sahaja coretan pagi ini.
 Dalam sedikit masa yang terluang saya ada
 juga mengikuti cerita-cerita "Dukun atau Bomoh" yang menyesatkan
 pengunjung yang terdesak dalam kehidupan dan meminta pertolongan.
Saya khuatir ada yang terjebak dengan ilmu-ilmu yang berbau
 Sihir yang jelas haram
Saya mirip mengatakan ini juga kes 'manusia gila tidak serupa".
ALLAHU'ALAM
Semoga Allah mengampunkan segala dosa mereka yang kurang kefahaman.
Semoga Allah mengampunkan juga dosa-dosa saya sendiri yang saya
maklum dan tidak maklum.
Hanya Allah yang maha Mengetahui dan hanya Allah yang maha Bijaksana
dan maha Sempurna.
Mohom keampunan Mu ya Rabb.....



No comments:

Related Posts with Thumbnails