"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, February 12, 2021

JOM DENGARI INI ........... @ Khutbah jumat paling menyentuh - Ustadz Adi Hidayat


A001
Alhamdulillah. Solat Jumaat baru berlalu. Saya berpeluang berjumpa dengan Khutbah ini dan saya kongsikan untuk munafaat kita bersama.
Jom dengari. Semoga ia menjadi satu titik perubahan meningkatkan Iman buat kita.
 Aamiin ya Allah, Ya Rahman Ya Rahiim....


Pembayaran Transaksi Non Tunai Cashless Wang Uang Digital Elektronik Cry...


A001

Alhamdulillah, saya kongsikan video mudah faham ini sebagai ingatan kita bersama bahawa Akhir Zaman sudah bermula jauh. Semoga kita bekejaran untuk bersedia memahami semoga kita tidak hancur dalam "peperangan" ini.
Lihat dua video selepas ini.
Semoga Allah menolong semua orang yang beriman dan bertaqwa walau sekecil biji zahrah.
Aamiin ya Rabb.....


NIKMAT MANA LAGI?.........

Bismillah

A001

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

(Ar-Rahmaan 55:1)
A002

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

(Ar-Rahmaan 55:2
A003

Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

(Ar-Rahmaan 55:3
A004

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

(Ar-Rahmaan 55:4
A005

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

(Ar-Rahmaan 55:5
A006

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

(Ar-Rahmaan 55:6)
A007

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

(Ar-Rahmaan 55:7)
A008

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

(Ar-Rahmaan 55:8
A009

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

(Ar-Rahmaan 55:9)
A010

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

(Ar-Rahmaan 55:10)
A011

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

(Ar-Rahmaan 55:11)
A012

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

(Ar-Rahmaan 55:12)
A013

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

(Ar-Rahmaan 55:13
JOM Kita mensyukuri nikmat yang ada. Allah swt berjanji akan menambah jika bersyukur dengan yang sedikit.
A007

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Ibrahim 14:7
JOM MALAYSIA, Kita berhenti bercakaran. Mohon Redha Allah semoga Allah swt limpahkan Kasih SayangNYA.
ITU Yang terpenting dalam kehidupan.
Salam Jumaat untuk semua.

Sunday, February 7, 2021

Kesal dan Sedih bagaimana dimalukan.....@ ADAB BERSAUDARA

 

Ligature of Bismillah.jpg

Dari hari kelmarin lagi saya rasa terkesal dan termalu mendengari berita bahawa orang Malaysia menceritakan keaiban Pemimpin Malaysia di Jakarta sempena Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia ke Indonesia. Saya berkecuali dalam hal politik Malaysia dalam umur dewasa tua kini. Maka saya tidak memihak pada mana-mana kumpulan kerana saya berpegang pada hakikat bahawa tidak ada manusia yang sempurna dalam hidup di dunia ini.

Maka tidak ada parti politik yang "tidak berbuat kesilapan" dan sentisa hebat dalam semua hal.

Siapa jua pemimpin, pasti ada kekuatan dan kelemahan. Kita boleh bertegang leher di negara sendiri tetapi saya rasa kesal hal ini terang-terang di sebarkan tanpa segan silu di negara orang terutamanya di Indonesia yang kita anggap sebagai negara sangat akrab dalam banyak hal. Kita saudara serumpun. Kalau dalam konteks adab bersuadara hasil talian darah pasti tidak eluk kita ceritakan kelemahan adik beradik sendiri pada orang luar.

Maka saya rasa kesal dan sedih sendirian.........

Saya teringat sahaja apa kata bijak pandai dalam Islam dan saya hanya mampu berfikir-fikir semoga kita lebih bijaksana dan beradab dalam menghadapi masaalah. Saya turunkan dibawah ini:


Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain.

Daripada Jarir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal dengannya dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barang siapa yang memulakan dalam Islam suatu sunah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun.” (Hadis riwayat Muslim - 1017) dalam Sahih-nya)

Mohon selalu kepada Allah SWT supaya Dia pelihara aib kita daripada tersebar.

Daripada Ibn Umar, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa ini pada waktu pagi dan petang yang bermaksud: “Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan harta bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku, dari atasku dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir dari bawahku.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari - 2100 dalam Adab al-Mufrad)

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (Ehsan Carian Google)


Thursday, February 4, 2021

Lonely Birthday......@ Perintah PKP Covid19.

 A001


Alhamdulillah, Bersyukur atas segala kurniaan Allah. Tidak ada sesuatu yang Allah Izin berlaku yang tidak ada hikmahnya. Cuma manusia sering lupa (termasuk saya) untuk sentiasa bersyukur atas apa jua.Ustaz kata: Kita ada Allah. Itu kurniaan yang tertinggi dari Allah buat manusia yang mahu beriman dan bertaqwa. Maka kita bersyukur.

Kali ini cucu saya Amru Fathullah sambut hari lahirnya tanpa cucu-cucu saya yang lainnya. Saya sendiri rasa kurang meriah. "There are no games, no toys". Cuma makan pizza dan cake sahaja. Kami cuba beri kefahaman mengapa kali ini hanya keluarga kecil Mummy dan Abi sahaja bersama 3 lagi adik beradik. Amru tertawa  tetapi  semacan tawar sahaja. Atuk Ayah duduk di samping dan beri semangat untuk ceria memotong kek Hari Lahirnya.



Esuknya ia tidur dengan Tok Ayah semasa Tok Ayah ada "afternoon nap".
Saya rasa terkesan juga betapa Covid19 telah membiasakan kita dengan banyak norma baru.
Timbul juga rasa menginsafi diri bahawa bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat yang Allah kurnia supaya manusia menyedari dan menerima hakikat bahawa Allah lah yang maha Pencipta dan Allah jua lah yang maha Berkuasa atas kesemuanya.

Manusia janganlah tunjuk pandai tanpa menerima hakikat bahawa keberadaan kita di dunia ini adalah untuk pengabdian pada Allah swt. Kita harus berakhlak baik dalam apa jua keadaan. Jika kita ingat begitu maka kita tidak akan bertutur di media massa dengan sombong jika sesuatu tidak kena pada citarasa kita.
Di arena politik hari ini ada 'penganalisa politik'  yang "maki seranah"
 menggunakan bahasa kasar dan menuduh itu dan ini 
yang asasnya tidak syarie.

OOooopppps......eluk saya berhenti di sini sahaja sebab cerita politik hari ini tidak nampak penghujungnya. Takut tambah dosa........

Kita berdoa semoga Allah angkat covid19 ini dalam masa terdekat dan semoga Rakyat Malaysia dan seluruh dunia boleh menikmati semula kedamaian dan kesejahteraan.


Dalam hal ini saya terfikir sesuatu... sesuatu yang mungkin boleh membawa kepada suatu perubahan positif. Saya terfikir kalaulah semua Ahli Parlimen dari semua parti politik yang beragama Islam buat program Solat Hajat bersama-sama mohon penyelesaian segala masaalah. Ia boleh diadakan di masjid yang terbesar yang boleh memuatkan semua untuk patuh SOP. Saya rasa (insyaAllah) akan lahir keinsafan bahawa kita semua menghadapi masaalah rumit yang boleh diselesaikan jika semuanya mahu cuba faham memahami dan mahu bertolak ansur untuk mencari penyelesaian yang terbaik buat semua. (Kita turunkan ego serendah mungkin untuk menyatakan keikhlasan kita dan janganlah kita memikirkan kepentingan peribadi atau kepentingan party). Kita fokus kepada hal yang terpenting untuk survival rakyat dan untuk kesejahteraan bersama berasaskan sifat mahu berkorban demi keadilan buat semua.Dan kita mahu menyebarkan kasih sayang seperti yang Allah swt tuntut dari hamba-hambanya yang benar-benar berIman dan berTaqwa,

Mengapa saya cadangkan tindakan solat hajat ini. Al quran kata:

A153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

(Al-Baqarah 2:153


A002

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

(Al-'Ankabuut 29:2


A003

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

(Al-'Ankabuut 29:3) |



 Esuk mungkin bermulanya Akhir Zaman yang sebenarnya dan solidarity setiap orang yang beriman saya rasa akan menjadi fenomena positif dalam menghadapi semua hal yang berlaku apabila Allah kehendaki seperti yang tersebut dalam alQuran dan Hadith mengenai Hari Akhirat. Semoga apabila berhimpun di Hadapan Allah swt nanti akan ada belas kasihan dariNYA.
Allahu'alam. Mohon keampunan MU ya Rabb.


A214

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(Al-Baqarah 2:214


Allahu'alam, MOHON KASIH SAYANG MY YA RABB....



Tuesday, February 2, 2021

LAPAR DAN SESAK NAFAS.....

A001

Kelmarin 1 Februari 2021.  Saya tertunggu-tunggu semoga berakhir PKP dan semoga tidak akan ada pertambahan dan tidak akan ada lagi Covid19. Aamiin....

Di media massa timbul berbagai sepekulasi....hal Covid19, hal politik, hal ekonomi, hal keadilan sosial, hal penipuan dan berbagai lagi. Disamping itu saya mendengari juga berita orang miskin kelaparan, berita kemarahan rakyat, kebingungan para pemerhati dan berbagai lagi. Saya tertanya-tanya juga mengapa mantan Peguam Negara menerbitkan buku yang lebih menambah masaalah pada masyarakat dan tidak memberi penyelesaian.

Saya tidak lapar tetapi saya rasa seperti sesak nafas. Saya bukan positif Covid19 (mohon Allah jauhkan) tetapi "sesak nafas" memikirkan hala tuju negara dan apa yang akan berlaku pada generasi akan datang. Agaknya inilah antara petanda akhir zaman wujud di hadapan mata saya. Manusia makin celaru dalam pemikiran dan perasaan. 

Saya rasa seperti sesak nafas kerana tidak dapat melihat atau memilih siapa yang saya rasa benar-benar boleh memimpin negara ini yang mementingkan Raayat sepenuhnya. Apa gunanya ada pemimpin kalau sentiasa rasa Sesak Nafas? Apa gunanya ada pemimpin kalau Raakyat tidak menentu hala mana hendak di tuju dalam mencari kesejahteraan hidup.

Anak saya nasihat saya untuk "relax". Jangan risau sangat. Sudah bukan umur warga tua untuk risau berfikir-fikir. "Mak mohon doa sahaja semoga Allah beri taufiq dan hidayah pada rakyat Malaysia semoga lahir pemimpin yang berIman dan berTaqwa dan berWibawa yang boleh diharapkan Rakyat semua peringkat, semua kaum dan semua kepentingan". Saya senyum setuju dengan nasihatnya. Saya hanya mampu berdoa......

Sampai bila pun kita tidak akan selamat jika tidak berpegang teguh pada alQuran dan Hadith Rasulullah saw. AlQuran sudah mengatakan:

A002

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah 2:2)


A003

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(Al-Baqarah 2:3)


A004

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

(Al-Baqarah 2:4



A005

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

(Al-Baqarah 2:5



Semoga Allah kurnia Taufiq dan Hidayah dan semoga para pemimpin kita perpegang teguh pada Ayat-ayat di atas dan memperkenalkannya pada pemimpin yang belum berIman denganNya. Semoga Allah kurnia kemakmuran dan keselamatan hingga ke akhir hayat.

Aamiin ya Rabb.......



Monday, February 1, 2021

Ibu ini masih mampu senyum.....@ Kita bagaimana?


A001
Saya rajin juga mengikuti Channel Chak Budi di Utube dimusim PKP ini. Ia menceritakan episodnya menjelajah kampung-kampung pendalaman mahu membantu mereka yang memerlukan terutamanya warga tua. Saya sering tersedih hati melihat betapa ramainya warga tua yang hidup bersendirian, sesetengahnya pula di tepi hutan. Teringatkan diri sendiri........

Ikutilah semoga dapat memahami isi hati warga tua. Saya pilih video di atas kerana Ibu tua ini bukan sahaja tinggal bersendirian tetapi ia juga menanggong ujian tinggi kerana penyakit Kanser yang di hidapnya.

Ibu Tua ini membuat saya amat insaf. Saya teringatkan arwah Emak saya sendiri. Emak saya banyak di jaga oleh kakak-kakak saya di kampung. Saya anak bongsu dan agak jauh beza umur dengan kakak-kakak dan waktu itu saya masih bekerja. (Dengan kakak yang terdekat beza imur saya 9 tahun dan seorang lagi 11 tahun). Saya jaga emak saya amat sedikit berbanding dengan kakak saya. Emak saya tidak selesa duduk di bandar dan seharian di rumah tanpa saya. Maka suatu hari ia akhirnya bertanya: "Bila nak pencen?....aku nak duduk dengan engkau. Saya tersentak dan tidak menjawab secara terus terang.

Saya tidak rasa selesa malam itu tertanya-tanya pada diri sendiri apa yang patut saya buat. Esuknya di pejabat terus sahaja saya katakan pada pembantu khas saya untuk isikan borang cuti separuh gaji menjaga Ibu. Saya bertekad cuti jaga Emak. Waktu itu emak saya sudah melebihi 90 tahun. Saya takut menyesali diri. Pembantu khas saya mengatakan mengapa tidak ambil tambahan pembantu rumah supaya saya tidak perlu bersara awal. Saya katakan tidak sama anak jaga dan pembantu asing yang jaga.

Alhamdulillah saya buat keputusan bersara awal dengan separuh gaji. Saya sempat menjaga emak saya hanya setahun sahaja. Sekarang saya sudah tua dan bila fikirkan balik saya sepatutnya bersara awal lebih awal lagi. Apakan daya......... 

Maka apabila mengikuti video di atas saya amat sedih dan menangis juga menyesali diri tidak bersara lebih awal.

Ibu warga tua di atas menanggong kesusahan seorangan dan bergatung ehsan kejiranan. Sedihkan..... Saya mohon doa semoga Allah kurnia buat ibu tua ini dan juga mereka yang lain sepertinya Syurga tertinggi di sisi Allah. Semoga Allah kurnia.......
Aamiin ya Rabb....



Related Posts with Thumbnails