"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, February 7, 2021

Kesal dan Sedih bagaimana dimalukan.....@ ADAB BERSAUDARA

 

Ligature of Bismillah.jpg

Dari hari kelmarin lagi saya rasa terkesal dan termalu mendengari berita bahawa orang Malaysia menceritakan keaiban Pemimpin Malaysia di Jakarta sempena Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia ke Indonesia. Saya berkecuali dalam hal politik Malaysia dalam umur dewasa tua kini. Maka saya tidak memihak pada mana-mana kumpulan kerana saya berpegang pada hakikat bahawa tidak ada manusia yang sempurna dalam hidup di dunia ini.

Maka tidak ada parti politik yang "tidak berbuat kesilapan" dan sentisa hebat dalam semua hal.

Siapa jua pemimpin, pasti ada kekuatan dan kelemahan. Kita boleh bertegang leher di negara sendiri tetapi saya rasa kesal hal ini terang-terang di sebarkan tanpa segan silu di negara orang terutamanya di Indonesia yang kita anggap sebagai negara sangat akrab dalam banyak hal. Kita saudara serumpun. Kalau dalam konteks adab bersuadara hasil talian darah pasti tidak eluk kita ceritakan kelemahan adik beradik sendiri pada orang luar.

Maka saya rasa kesal dan sedih sendirian.........

Saya teringat sahaja apa kata bijak pandai dalam Islam dan saya hanya mampu berfikir-fikir semoga kita lebih bijaksana dan beradab dalam menghadapi masaalah. Saya turunkan dibawah ini:


Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain.

Daripada Jarir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal dengannya dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barang siapa yang memulakan dalam Islam suatu sunah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun.” (Hadis riwayat Muslim - 1017) dalam Sahih-nya)

Mohon selalu kepada Allah SWT supaya Dia pelihara aib kita daripada tersebar.

Daripada Ibn Umar, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa ini pada waktu pagi dan petang yang bermaksud: “Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan harta bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku, dari atasku dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir dari bawahku.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari - 2100 dalam Adab al-Mufrad)

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (Ehsan Carian Google)


No comments:

Related Posts with Thumbnails