"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, February 14, 2021

The future of money ...... Apa ada dalam alQuran


A001

Hari kelmarin saya ada kongsikan video oleh Shaikh Imran Hussein. Hari ini saya sambung sedikit perbicaraan dengan video di atas mengaenai "The Future of Money".

Saya akui saya tidak dapat memahami apa yang di katakan oleh penceramah tersebut. Cuma sehubungan ini saya ingin kaitkan dengan apa yang Allah berfirman dalam alQuran mengenai mata wang. Dalam hal ini saya Google maklumat dan mendapti satu rencana yang amat berkaitan seperti Rujukan berikut:

PROSIDING PERKEM IV, JILID 1 (2009) 449-461 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV) Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009 DINAR EMAS DALAM ISLAM (GOLD DINAR IN ISLAM) SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & HAILANI MUJI TAHIR.

(Ehsan carin Google)

JOM buat rujukan. Rencana itu panjang dan saya turunkan sedikit sahaja isu Dinar Emas dalam alQuran. Kaum muda eluk peka tentang hal ini kerana ia berkaitan isu RIBA juga. Ada pendapat hukum kita jadi Syirik kerana tidak ikut prinsip Dinar Emas seperti tersebut dalam alQuran. 

Saya rasa ngeri berfikir-fikir tentang hal ini. Saya kongsikan maklumat sedikit ini sebenarnya untuk anak saya yang mahukan saya memahami isu Digital money supaya tidak ketinggalan zaman. Saya katakan pada anak saya: "Emak lebih takut akhir zaman kerana umur emak sudah hampir menuju 75 tahun. Biarlah kaum muda yang berusaha kuat"............

Maklumat dalam print biru di bawah ini adalah extract dari Rencana yang saya sebut di atas.
(Tujuan saya hanya untuk membuka minda untuk terus mencari maklumat yang sepenuhnya).

2. Dinar Emas Dalam Al-Quran Al-Quran dan al-Hadis tidak menggunakan perkataan wang atau matawang iaitu al-naqd atau al-nuqud secara lafaznya dalam mewakili maksud wang atau duit. Ini kerana orang Arab umumnya tidak menggunakan perkataan nuqud untuk menunjukkan harga. Mereka menggunakan perkataan dinar dan al-‘ain bagi matawang yang diperbuat daripada emas, perkataan dirham dan wariq bagi matawang perak. Manakala penggunaan perkataan fulus bagi menunjukkan matawang tembaga sebagai unit pecahan untuk barang-barang murah (Ahmad Hassan 1999). Perkataan dinar, dirham dan wariq masing-masing disebut sekali dalam al-Quran. Perkataan emas pula disebut sebanyak lapan7 kali manakala perkataan perak disebut sebanyak enam8 kali. Walau bagaimanapun, sebutan terhadap matawang tersebut tidaklah secara khusus untuk untuk membincangkan tentang konsep dan falsafah matawang. Namun, secara umumnya dapat dirumuskan beberapa konsep matawang di dalam al-Quran berdasarkan pandangan ulama’-ulama’ tafsir berkenaan ayat-ayat tersebut (Kamaru Salam Yusof 2005). 

2.1 Dinar dan dirham sebagai unit matawang dan alat pertukaran. Merujuk kepada penggunaan mata wang dinar, al-Qur’an telah menyebut perkataan dinar dan dirham dalam beberapa surah. Ayat-ayat ini secara jelas menggambarkan unit matawang dinar dan dirham pernah digunakan pada zaman awal Islam. Firman ALlah s.w.t : 9 

A075




Maksudnya: “Dan di antara ahli kitab, ada orang yang jika kamu amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta (Qintar) 10 sekalipun, ia akan mengembalikan (dengan sempurna) kepadamu. Dan ada pula di antara mereka yang jika kamu amanahkan menyimpan sedinarpun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihkannya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah s.w.t sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta” 11


Ambil perhatian juga atas cerita yang termaktub dalam Surah alKahfi dalam alQuran mengenai pemuda-pemuda yang bangun dari tidurnya setelah beberapa ratus tahun tetapi masih dapat menggunakan matawang yang ada dalam simpanannya untuk membeli keperluan mereka. Kata Shaikh Imran Hussein fakta ini harus diberi tafsiran yang lebih mendalam dan lebih meluas mengenai isu matawang dalam Islam.

A019

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

(Al-Kahfi 18:19



Setakat ini sahaja catatan kali ini. InsyaAllah esuk saya turunkan satu lagi video mengenai hal yang sama. Mohon doa kesampaian untuk munafaat bersama dan untuk bersiap sedia kerana kita sudah dalam kurungan Akhir Zaman. Sama-sama kita berdoa memohon kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb......


Saturday, February 13, 2021

Memahami sedikit Fakta @ DAJJAL (ANTICHRIST) & CRYPTOCURRENCY


A001
Hari ini saya penasaran lagi kerana anak saya bercerita keinginannya mahu mengambil kesempatan dengan melibatkan diri dalam kegiatan perkembangan Cryptocurrency yang sedang menarik perhatian mereka yang mudah terpengaruh dengan fenomena mencari kekayaan cara mudah jika kita mahu menggunakan akal intelek yang ada pada diri.

Saya agak risau kerana lebih kurang 2/3 tahun yang lalu saya sudah mendengari mengenai adanya Bitcoin dan kaitannya dengan meraih pendapatan darinya dengan menggunakan teknik teknologi tinggi yang tidak ramai yang tahu. Mudah sahaja katanya, dan jika kita ada dana kewangan yang termampu boleh sahaja memasuki cara ini. Saya secara peribadi tidak minat kerana saya takut ia melibatkan fakta RIBA yang saya tidak mahu terlibat langsung dalam peringkat hidup saya sekarang ini. (Kaum muda pun seharusnya peka akan hal ini kerana umur bila-bila masa sahaja boleh Allah ambil semula)
Saya berpegang pada hakikat bahawa saya tidak perlu kaya asalkan sahaja rezeki itu datang dari sumber yang jelas halal. Dahulu semasa muda sudak terjebak dengan Riba, maka sekarang saya mahu jauhi. Semoga Allah mengampuni. Isu RIBA bukan soal kecil. Keadaan dunia seperti ini adalah antaranya disebabkan dengan RIBA. Dalam alQuran amat jelas.

Apatah lagi sekarang ini Cryptocurrency itu ada kaitan terus dengan perihal Zionist mahu menguasi dunia tanpa mengira kepentingan kebajikan Ummah. Dalam video diatas disebut juga mengenai fenomena akhir zaman bagaimana anasir ini mahu berkuasa total dalam dunia ini tanpa mengira kebajikan orang lain.

Maka saya kongsikan Video ini semoga bermunafat buat kita yang mahu kedamaian untuk diri dan untuk orang lain di dunia dan di akhirat.
JOM ikuti semoga bermunafaat. Lepas ini saya akan kongsikan satu lagi video. Semoga anak saya dan anak-anak buah saya dapat memahami betapa saya rasa khuatir. Dalam umur dewasa tua ini saya mahu buat apa yang saya yakin dan jelas ia syar'ie.

Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang benar dan semoga Allah swt redha sepenuhnya.
Aamiin ya Rabb.....



Friday, February 12, 2021

JOM DENGARI INI ........... @ Khutbah jumat paling menyentuh - Ustadz Adi Hidayat


A001
Alhamdulillah. Solat Jumaat baru berlalu. Saya berpeluang berjumpa dengan Khutbah ini dan saya kongsikan untuk munafaat kita bersama.
Jom dengari. Semoga ia menjadi satu titik perubahan meningkatkan Iman buat kita.
 Aamiin ya Allah, Ya Rahman Ya Rahiim....


Pembayaran Transaksi Non Tunai Cashless Wang Uang Digital Elektronik Cry...


A001

Alhamdulillah, saya kongsikan video mudah faham ini sebagai ingatan kita bersama bahawa Akhir Zaman sudah bermula jauh. Semoga kita bekejaran untuk bersedia memahami semoga kita tidak hancur dalam "peperangan" ini.
Lihat dua video selepas ini.
Semoga Allah menolong semua orang yang beriman dan bertaqwa walau sekecil biji zahrah.
Aamiin ya Rabb.....


NIKMAT MANA LAGI?.........

Bismillah

A001

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

(Ar-Rahmaan 55:1)
A002

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

(Ar-Rahmaan 55:2
A003

Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

(Ar-Rahmaan 55:3
A004

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

(Ar-Rahmaan 55:4
A005

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

(Ar-Rahmaan 55:5
A006

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

(Ar-Rahmaan 55:6)
A007

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

(Ar-Rahmaan 55:7)
A008

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

(Ar-Rahmaan 55:8
A009

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

(Ar-Rahmaan 55:9)
A010

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

(Ar-Rahmaan 55:10)
A011

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

(Ar-Rahmaan 55:11)
A012

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

(Ar-Rahmaan 55:12)
A013

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

(Ar-Rahmaan 55:13
JOM Kita mensyukuri nikmat yang ada. Allah swt berjanji akan menambah jika bersyukur dengan yang sedikit.
A007

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Ibrahim 14:7
JOM MALAYSIA, Kita berhenti bercakaran. Mohon Redha Allah semoga Allah swt limpahkan Kasih SayangNYA.
ITU Yang terpenting dalam kehidupan.
Salam Jumaat untuk semua.

Sunday, February 7, 2021

Kesal dan Sedih bagaimana dimalukan.....@ ADAB BERSAUDARA

 

Ligature of Bismillah.jpg

Dari hari kelmarin lagi saya rasa terkesal dan termalu mendengari berita bahawa orang Malaysia menceritakan keaiban Pemimpin Malaysia di Jakarta sempena Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia ke Indonesia. Saya berkecuali dalam hal politik Malaysia dalam umur dewasa tua kini. Maka saya tidak memihak pada mana-mana kumpulan kerana saya berpegang pada hakikat bahawa tidak ada manusia yang sempurna dalam hidup di dunia ini.

Maka tidak ada parti politik yang "tidak berbuat kesilapan" dan sentisa hebat dalam semua hal.

Siapa jua pemimpin, pasti ada kekuatan dan kelemahan. Kita boleh bertegang leher di negara sendiri tetapi saya rasa kesal hal ini terang-terang di sebarkan tanpa segan silu di negara orang terutamanya di Indonesia yang kita anggap sebagai negara sangat akrab dalam banyak hal. Kita saudara serumpun. Kalau dalam konteks adab bersuadara hasil talian darah pasti tidak eluk kita ceritakan kelemahan adik beradik sendiri pada orang luar.

Maka saya rasa kesal dan sedih sendirian.........

Saya teringat sahaja apa kata bijak pandai dalam Islam dan saya hanya mampu berfikir-fikir semoga kita lebih bijaksana dan beradab dalam menghadapi masaalah. Saya turunkan dibawah ini:


Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain.

Daripada Jarir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal dengannya dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barang siapa yang memulakan dalam Islam suatu sunah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun.” (Hadis riwayat Muslim - 1017) dalam Sahih-nya)

Mohon selalu kepada Allah SWT supaya Dia pelihara aib kita daripada tersebar.

Daripada Ibn Umar, bahawa Rasulullah SAW sering mengulang-ulang doa ini pada waktu pagi dan petang yang bermaksud: “Ya Allah aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku dan duniaku, pada ahli keluargaku dan harta bendaku. Ya Allah tutuplah auratku (aib dan kelemahan), dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku, dari atasku dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada tergelincir dari bawahku.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari - 2100 dalam Adab al-Mufrad)

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (Ehsan Carian Google)


Thursday, February 4, 2021

Lonely Birthday......@ Perintah PKP Covid19.

 A001


Alhamdulillah, Bersyukur atas segala kurniaan Allah. Tidak ada sesuatu yang Allah Izin berlaku yang tidak ada hikmahnya. Cuma manusia sering lupa (termasuk saya) untuk sentiasa bersyukur atas apa jua.Ustaz kata: Kita ada Allah. Itu kurniaan yang tertinggi dari Allah buat manusia yang mahu beriman dan bertaqwa. Maka kita bersyukur.

Kali ini cucu saya Amru Fathullah sambut hari lahirnya tanpa cucu-cucu saya yang lainnya. Saya sendiri rasa kurang meriah. "There are no games, no toys". Cuma makan pizza dan cake sahaja. Kami cuba beri kefahaman mengapa kali ini hanya keluarga kecil Mummy dan Abi sahaja bersama 3 lagi adik beradik. Amru tertawa  tetapi  semacan tawar sahaja. Atuk Ayah duduk di samping dan beri semangat untuk ceria memotong kek Hari Lahirnya.



Esuknya ia tidur dengan Tok Ayah semasa Tok Ayah ada "afternoon nap".
Saya rasa terkesan juga betapa Covid19 telah membiasakan kita dengan banyak norma baru.
Timbul juga rasa menginsafi diri bahawa bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat yang Allah kurnia supaya manusia menyedari dan menerima hakikat bahawa Allah lah yang maha Pencipta dan Allah jua lah yang maha Berkuasa atas kesemuanya.

Manusia janganlah tunjuk pandai tanpa menerima hakikat bahawa keberadaan kita di dunia ini adalah untuk pengabdian pada Allah swt. Kita harus berakhlak baik dalam apa jua keadaan. Jika kita ingat begitu maka kita tidak akan bertutur di media massa dengan sombong jika sesuatu tidak kena pada citarasa kita.
Di arena politik hari ini ada 'penganalisa politik'  yang "maki seranah"
 menggunakan bahasa kasar dan menuduh itu dan ini 
yang asasnya tidak syarie.

OOooopppps......eluk saya berhenti di sini sahaja sebab cerita politik hari ini tidak nampak penghujungnya. Takut tambah dosa........

Kita berdoa semoga Allah angkat covid19 ini dalam masa terdekat dan semoga Rakyat Malaysia dan seluruh dunia boleh menikmati semula kedamaian dan kesejahteraan.


Dalam hal ini saya terfikir sesuatu... sesuatu yang mungkin boleh membawa kepada suatu perubahan positif. Saya terfikir kalaulah semua Ahli Parlimen dari semua parti politik yang beragama Islam buat program Solat Hajat bersama-sama mohon penyelesaian segala masaalah. Ia boleh diadakan di masjid yang terbesar yang boleh memuatkan semua untuk patuh SOP. Saya rasa (insyaAllah) akan lahir keinsafan bahawa kita semua menghadapi masaalah rumit yang boleh diselesaikan jika semuanya mahu cuba faham memahami dan mahu bertolak ansur untuk mencari penyelesaian yang terbaik buat semua. (Kita turunkan ego serendah mungkin untuk menyatakan keikhlasan kita dan janganlah kita memikirkan kepentingan peribadi atau kepentingan party). Kita fokus kepada hal yang terpenting untuk survival rakyat dan untuk kesejahteraan bersama berasaskan sifat mahu berkorban demi keadilan buat semua.Dan kita mahu menyebarkan kasih sayang seperti yang Allah swt tuntut dari hamba-hambanya yang benar-benar berIman dan berTaqwa,

Mengapa saya cadangkan tindakan solat hajat ini. Al quran kata:

A153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

(Al-Baqarah 2:153


A002

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

(Al-'Ankabuut 29:2


A003

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

(Al-'Ankabuut 29:3) |



 Esuk mungkin bermulanya Akhir Zaman yang sebenarnya dan solidarity setiap orang yang beriman saya rasa akan menjadi fenomena positif dalam menghadapi semua hal yang berlaku apabila Allah kehendaki seperti yang tersebut dalam alQuran dan Hadith mengenai Hari Akhirat. Semoga apabila berhimpun di Hadapan Allah swt nanti akan ada belas kasihan dariNYA.
Allahu'alam. Mohon keampunan MU ya Rabb.


A214

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(Al-Baqarah 2:214


Allahu'alam, MOHON KASIH SAYANG MY YA RABB....



Related Posts with Thumbnails