"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, February 14, 2021

The future of money ...... Apa ada dalam alQuran


A001

Hari kelmarin saya ada kongsikan video oleh Shaikh Imran Hussein. Hari ini saya sambung sedikit perbicaraan dengan video di atas mengaenai "The Future of Money".

Saya akui saya tidak dapat memahami apa yang di katakan oleh penceramah tersebut. Cuma sehubungan ini saya ingin kaitkan dengan apa yang Allah berfirman dalam alQuran mengenai mata wang. Dalam hal ini saya Google maklumat dan mendapti satu rencana yang amat berkaitan seperti Rujukan berikut:

PROSIDING PERKEM IV, JILID 1 (2009) 449-461 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV) Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009 DINAR EMAS DALAM ISLAM (GOLD DINAR IN ISLAM) SALMY EDAWATI YAACOB, SANEP AHMAD & HAILANI MUJI TAHIR.

(Ehsan carin Google)

JOM buat rujukan. Rencana itu panjang dan saya turunkan sedikit sahaja isu Dinar Emas dalam alQuran. Kaum muda eluk peka tentang hal ini kerana ia berkaitan isu RIBA juga. Ada pendapat hukum kita jadi Syirik kerana tidak ikut prinsip Dinar Emas seperti tersebut dalam alQuran. 

Saya rasa ngeri berfikir-fikir tentang hal ini. Saya kongsikan maklumat sedikit ini sebenarnya untuk anak saya yang mahukan saya memahami isu Digital money supaya tidak ketinggalan zaman. Saya katakan pada anak saya: "Emak lebih takut akhir zaman kerana umur emak sudah hampir menuju 75 tahun. Biarlah kaum muda yang berusaha kuat"............

Maklumat dalam print biru di bawah ini adalah extract dari Rencana yang saya sebut di atas.
(Tujuan saya hanya untuk membuka minda untuk terus mencari maklumat yang sepenuhnya).

2. Dinar Emas Dalam Al-Quran Al-Quran dan al-Hadis tidak menggunakan perkataan wang atau matawang iaitu al-naqd atau al-nuqud secara lafaznya dalam mewakili maksud wang atau duit. Ini kerana orang Arab umumnya tidak menggunakan perkataan nuqud untuk menunjukkan harga. Mereka menggunakan perkataan dinar dan al-‘ain bagi matawang yang diperbuat daripada emas, perkataan dirham dan wariq bagi matawang perak. Manakala penggunaan perkataan fulus bagi menunjukkan matawang tembaga sebagai unit pecahan untuk barang-barang murah (Ahmad Hassan 1999). Perkataan dinar, dirham dan wariq masing-masing disebut sekali dalam al-Quran. Perkataan emas pula disebut sebanyak lapan7 kali manakala perkataan perak disebut sebanyak enam8 kali. Walau bagaimanapun, sebutan terhadap matawang tersebut tidaklah secara khusus untuk untuk membincangkan tentang konsep dan falsafah matawang. Namun, secara umumnya dapat dirumuskan beberapa konsep matawang di dalam al-Quran berdasarkan pandangan ulama’-ulama’ tafsir berkenaan ayat-ayat tersebut (Kamaru Salam Yusof 2005). 

2.1 Dinar dan dirham sebagai unit matawang dan alat pertukaran. Merujuk kepada penggunaan mata wang dinar, al-Qur’an telah menyebut perkataan dinar dan dirham dalam beberapa surah. Ayat-ayat ini secara jelas menggambarkan unit matawang dinar dan dirham pernah digunakan pada zaman awal Islam. Firman ALlah s.w.t : 9 

A075




Maksudnya: “Dan di antara ahli kitab, ada orang yang jika kamu amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta (Qintar) 10 sekalipun, ia akan mengembalikan (dengan sempurna) kepadamu. Dan ada pula di antara mereka yang jika kamu amanahkan menyimpan sedinarpun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihkannya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah s.w.t sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta” 11


Ambil perhatian juga atas cerita yang termaktub dalam Surah alKahfi dalam alQuran mengenai pemuda-pemuda yang bangun dari tidurnya setelah beberapa ratus tahun tetapi masih dapat menggunakan matawang yang ada dalam simpanannya untuk membeli keperluan mereka. Kata Shaikh Imran Hussein fakta ini harus diberi tafsiran yang lebih mendalam dan lebih meluas mengenai isu matawang dalam Islam.

A019

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

(Al-Kahfi 18:19



Setakat ini sahaja catatan kali ini. InsyaAllah esuk saya turunkan satu lagi video mengenai hal yang sama. Mohon doa kesampaian untuk munafaat bersama dan untuk bersiap sedia kerana kita sudah dalam kurungan Akhir Zaman. Sama-sama kita berdoa memohon kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Aamiin ya Rabb......


No comments:

Related Posts with Thumbnails