"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, June 25, 2011

YANG PUTIH


"Mengapa pilih yang putih ?" Tiba-tiba terdengar suara dari belakangnya sambil bahunya ditepuk.
"Allah !....buat orang terkejut," dia menoleh sambil senyum. "Yang putih bererti bersih, suci dan menyejukan hati," jawapan ringkasnya.

"Ia,....betul tu. Yang putih juga memberi gambaran suasana hati yang terang benderang yang boleh juga menyinari hati-hati lain supaya memancarkan sinaran yang menyegarkan suasana sekeliling." Teman yang datang tadi setuju.


"Jangan biarkan hati kita gelap gelita, walaupun kita sedang merasa duka nestapa dalam kehidupan yang penuh cabaran dan ujian bergnda-ganda. Ibarat kita ditinggalkan jauh di dalam gua, atau di bilik yang tidak ada lubang tingkap dan apa jua. Kita cuba pecahkan bilik itu. Kalau dapat retakan sedikit pun jadilah. Dengan ada retak itu cahaya dari luar boleh menyinar masuk. Dapatlah kita bernafas lega walaupun buat seketika. Kita usaha lagi hingga ada lubang luas terbuka. Semoga akan sampai ketikanya bilik yang hitam gelap-gelita  itu akan jadi putih bercahaya."

"Amboi....!   kenapa befalsafah. Susah nak ku faham  kalau terlalu mendalam.
"Taklah. Cuma aku sedang mengingat bicara hati seorang teman yang sedang berfikir untuk bertindak memilih antara dua jalan."
"Allah tidak buat dunia kita sempit, kenapa hanya ada dua jalan."
"Betul jugak tu," kata ku.
"Allah bagi kita berbagai jalan. Asalkan sahaja kita mencontohi tindakan-tindakan yang sharie oleh sahabat nabi dan  siapa jua yang jiwanya suci. "

"Jiwa suci mudah sahaja. Mentauhidkan Allah jua. Kita berubudiah seolah-olah kita nampak Allah. Kalau kita tak nampak Allah, maka Allah pasti nampak kita. Kita kota apa yang kita kata. Apa yang dihati itulah juga yang dalam suara. Tidak mengharap balasan pada amal ibadah kita melainkan mendapatkan keredhaan Allah yang maha Esa jua."

"Okaylah, aku cuba. Bicara tanpa laku tak guna juga. Itu cari nama pada istilahnya. Cari sanjungan dimata dunia."
"Betul kata-kata itu. Masa berkerja dahulu selalu benar kita merungut kerana ramai boss-boss kita yang menerima arahan dari atas tanpa mahu berkira-kira sebelum menerima. Lepas tu bila laksana mula lah timbul itu  tak kena dan ini tak kena. Mulalah cari jalan nak letak beban pada sesiapa yang agak tidak membantah walaupun hati terseksa."
"Sudahlah tu, jangan cerita yang lama-lama. Nanti tanggong dosa naya diri  sendiri saja. Muflis pulak kita kat Sana. Kita tengok sekarang sahaja. Apa bezanya dengan masa kita berkerja? Mungkin lagi teruk jika di kira-kira sebenarnya. Banyak sekandal, banyak syak wasangka atas peristiwa-peristiwa yang berlaku di depan mata. Malas nak dengar dan malas nak cerita. Buang masa. "

Habis di situ sahaja bicara dua sahabat lama.




Yang putih akan tetap putih.
Dalam cerita lagenda, darah Mahsuri pun Putih.
Tetapi tiada bukti sains yang menjadikan ia bukti bersih.
Yang pastinya tidak akan jumpa hati yang putih,
Kalau pegangan dan amalan tidak atas ajaran Yang Maha Pengasih.
Maka pegang kuat Quran dan Hadith, jangan sekali disisih.

WaAllahu'alam.


Friday, June 24, 2011

KEDAMAIAN


Tenang dan damai ku rasai
Bersiaran di pagi hari bersama yang ku kasihi
Biarpun tidak  dekat dan rapat di sisi
Namun aku pasti ia memerhati dengan kerlipan mata  walaupun membelakangi

Hidup ini Allah kurnia kedamain dengan hati sekata
Hanya aku yang sering meminta lebih dari yang Allah telah pilih untuk ku sekeluarga
Sepertinya yang aku punya belum mencukupi cita rasa 
Kerana yang ada di luar sana jauh berbeza dengan apa yang  aku  ada.

Alangkah dangkal rasa hati ini bila ku fikir bertubi-tubi
Kenapa tidak ku lihat dengan mata hati kurnia Allah itu lebih dari memadai
Dikurnia segalanya indah tidak terperi 
Cuma aku yang kurang ambil peduli dan hanya merasa yang aku disakiti

Mengapa sakit yang sikit itu aku perbesar-besarkan
Lebih mendengari hasutan kata  sekeliling yang mirip hasutan syaitan
Bukankah Allah telah menjanjikan kedamaian 
Asalkan sahaja kita patuh pada perintah dan larangan ditinggalkan

Maka nikmat allah yang mana yang hendak didustakan?
Maha Suci Allah dari apa jua buruk sangkaan
Ku pohon keampunan, taubah nasuha, semoga RahmatNya berkekalan
Semoga dikurnia Surga dan hidup damai bersama semua yang aku sayang.

Ya Allah Ya Tuhan yang maha menentukan
Ku mohon pertolongan dan belas kasihan.....

ooooo


Thursday, June 23, 2011

LIFE IS BEAUTIFUL, Indeed.......





Few days ago, after class,  I was with some friends in Kelana Jaya chatting away briefly about what life has in store for us."From whichever angle you look at, LIFE is beautiful." I said taking a little risk at being snubbed for being too idealistic. I closed my eyes at the end of my sentence, waiting to be screamed at by my dear friends.

"How can life be beautiful when you see miseries all around you." said Sarah.

"Yes," said Nora. "I cannot even make ends meet with rising prices of food, transport....name it. It worries me stiff and I have sleepless nights sometimes thinking of  how to put my two daughters through school, to earn a degree and hopefully earn a decent living later."

"You have a good pension scheme and free medical expenses as an ex government employee, Sobah. Therefore your life is stable and you can afford to enjoy holidays here and every where. So life is beautiful to you. Not to me. Not to many of us." Said Siti with her  head slightly down, and saying it in between murmurs.

"Ok,..ok..I retract my words." And I almost could see myself closing my ears so I could not hear what else they have to say.

"Please Sobah, let's talk about this another day. I have to hurry home and continue with my chores and attend to some urgent matters with my daughter and my 3 grandsons."

So we part ways for the day. It was about noon and I hurried home to my new born granddaughter.

My mind kept on thinking of  the brief encounter on life with my friends. Why is it so difficult for many of us to SEE that LIFE IS BEAUTIFUL  whichever  way you look at it. Allah, God alMighty brings into this world LIFE. That itself is a miracle, ever so beautiful. And life in this world, with all is its trials and tribulations, with all the miseries and anxieties,  with all its disappointments and misgivings ....LIFE IS STILL BEAUTIFUL. Believe in it, believe in the Mercy of Allah, God most loving most affectionate. Live Life the best way we know how based on the teachings of Muhammad (saw)  the Messenger Of Allah, Lord of the worlds and we will be blessed as He promised in the great book AlQuran alKareem.






Let us ponder upon what is said in the alQuran :
Chapter 6, Al AnAam, verse 95-99. (Translation by Abdullah Yusuf Ali).

"95 : It is Allah who causeth the seed grain and  the date stone to split and sprout, He causeth the living to issue from the dead,  And He is the One to cause the dead to issue from the living. That is Allah : then how are you deluded away from the truth?



96 : He is that cleaveth the day break from the dark, He makes the night for rest and tranquillity, and the sun and the moon for the reckoning of time, Such is the judgement and odering of Him the Exalted in power, The Omniscient.

97. It is He who maketh the stars as beacons for you, That ye may guide yourselves, With their help, Through the dark spaces, Of land sea: We detail Our Signs, For people who know.

98. It is He who hath produce you from a single person: Here is a place of sojourn, And a place of depature: We detail our signs for people who understand.


99. It is He who sendeth down rain from the sky: With it We produce vegetation of all kinds: From some we produce greens (crops), out of which we produce grains, Heaped up (at harvest) ; Out of the date-palm and its sheaths (or spathes) Come clusters of dates, Hanging low and near: And (then there are) gardens of grapes and olives, and pomegranates, Each similar in kind, Yet different in variety: When they begin to bear fruits, and the ripeness thereof; Behold ! in these things there are signs for people who believe."



Of course I do realize that many of us still see "the not so beautiful things."
But let us remind ourselves :
1. "Blessed be He In whose hands is domain: and He over all things has power;-
2. He who created Death and Life, that He may try which of you is best in deed: And He is the Exalted in Might, Oft-Forgiving;_"
(Chapter 29, Surah Al Mulk, verse 1-2)

Let us continue reading and understanding the alQuran and along with it the Hadiths. God Allah does not create this life in vain. 

"Behold ! In the creation of the Heavens and earth, and the alteration of night and day,_
There are indeed signs, for men of understanding,_

Men who celebrate the praises of Allah, Standing, sitting and lying down on their sides, And contemplate the wonders of creations, In the heavens and the earth, (with the thought) 'Our Lord not for naught has Thou created (all) this ! Glory to Thee ! Give us salvation from the Penalty of the Fire'"
Chapter 3, Surah Al Imran, Verse 190-191.

 So dear friends, The world is awesome and LIFE IS JUST BEAUTUFUL.....indeed. AllhuAkbar.

Monday, June 20, 2011

WAHAI BAPA .........


Anak merai Ibu dan Bapa seharusnya pada setiap hari.
Cara mendoakan mereka juga Allah ajar seperti di dalam alQuran.
Alhamdulilah. Masih ada getaran jiwa bapa muda yang mahu mengongsikan masa dan tenaga membantu
mengasuh anak, semoga mereka besar nanti  akan ada dalam naluri mereka untuk merai
Ibu dan bapa mereka pula. Hidup ini adalah seperti pusingan roda.
Semoga Allah memberkati semua usaha.
Wahai Bapa.......



Sunday, June 19, 2011

SEPAGI BERSAMA USTAZ DZUL KARNAIN

Ustaz bersama Tuan Rumah menikmati juadah selepas sessi tazkirah.

Alhamdulilah. Saya bersyukur merasa bertuah dapat menghadhiri satu sessi  majlis ilmu pagi 18 Jun di rumah sepupu kakak ipar saya di Subang Bestari. Sessi bermula jam 10.30 pagi tetapi  oleh kerana suami dan saya tidak pernah ke kawasan perumahan itu maka kami bermula awal dengan mengunakan sistem GPS. Saya ingin kongsikan pengalaman  ini kerana ia sessi yang menarik dari segi cara penyampaian.  Ustaz yang telah mengendalikannya  ialah ustaz terkenal dalam Astro Oasis, Ustaz Dzul Karnain bin Hamzah. Pengisiannya perkara biasa  seperti puasa, solat dan amalan harian tetapi olahannya tepat, dengan dalil yang mudah difahami  dan dengan gaya santai yang memudahkan pendengarnya berinteraksi. Ada ahli keluarga tampil bertanyakan masaalah selepas sessi. Kalau mengikut hati banyak soalan yang mahu dikemukakan. Tetapi Ustaz ada urusan lain ditempat lain.



Saya teruja dengan sessi ini kerana  dapat  berjumpa saudara mara sebelah kakak ipar saya yang telah lama tidak berjumpa, antaranya Datin Laili yang tidak suka saya memanggilnya "datin". Semasa kerja ok dipanggil "datin" tetapi sekarang kariah masjidnya memanggil beliau Kak Laili saja. Dahulu dia pegawai penting di Kementerian Pendidikan.Mengeratkan silaturrahim yang lama terputus kerana berjauhan membuat saya rasa bahagia pada pagi itu. Sebenarnya kebahagiaan atau kegembiraan  tidak semestinya lahir dari sesuatu yang besar.


Antara ahli keluarga yang hadir, terpaku mendengar penerangan.



 Dengan menjelangnya Ramadhan sessi pagi itu amat menyentuh hati nurani. Saya merasakan alangkah eluknya kalau Ramadhan Kareem  itu esuk mulanya. Semoga saya diberi peluang menghayatinya lagi tahun ini. Ameen.

Dalam pada itu entah mengapa kali ini  pertemuan saya dengan anak-anak  buah menyentuh hati kecil saya. Seronok tak terkira. Anak buah saya yang seorang ini Frieda namanya. (Duduk di Bawah).

Kalau dari segi nasab, maka dia adalah yang mewarisi bapak saya kerana dia anak abang saya. Abang saya adalah anak lelaki seorang sahaja dari bapak saya. Tetapi arawah bapak saya tidak kesempatan melihat cucu-cucunya berjaya dalam profession masing-masing. Semoga arwah Mak dan Bapak saya juga mendapat munafaat kurnia keredhaan Allah  dari kejayaan mereka. Semoga Allah menerima penghijrahan dari Tanah Jawa dahulu sebagai amal soleh mereka berdua. Ameen.

Dalam hati saya berkata (not just wishful thinking):  'Frieda ini ada potensi "UlulAlbab" seperti yang disebut dalam AlQuran sebanyak 16 kali. Mengikut pemerhatian seorang emak saudara (mungkin sendeng 'bias') Frieda bijak dan pintar dan rajin dan....  Ilmu fardhu ainnya sekarang sedang  diperkuatkan  dan diperluaskan. Saya berdoa mudah-mudahan dalam keluarga besar saya (extended family) , Frieda dan suaminya Rohzan akan menerajui kumpulan "ululalbab"  ini. Mungkin anak-anaknya, mungkin anak-anak saudaranya, (berkat doa Mak dan Bapak saya). Allah memberi rezki zahir dan batin pada sesiapa yang dikehendakNYA. Kita hanya perlu berusaha, bersabar dan berdoa dan bertawakal.


Ini  pula Famez, seorang lagi anak saudara dari abang saya.. Pada saya dia sungguh menghormati orang tua, rajin menolong orang dan bersabar melalui apa jua masaalah hidup. Macam mana saya tahu? Munkin dia bertanya bila membaca entry ini. Mak Tua ( arwah mak saya)  selalu berkata : "Orang tua tumit nya ada mata". Maksudnya dia boleh tahu secara firasat walaupun tiada yang memberi tahu padanya. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang lurus baginya.

Tidak saya duga sessi yang mulanya saya teragak-agak untuk pergi kerana tempatnya yang jauh dan asing, rupanya membuahkan satu harapan pada saya, harapan keluarga ini dapat menjana kekuatan baru dalam keluarga besar saya kearah menegakan kebenaran yang Hak. Yang penting bukan maslahah individu, tetapi maslahah keluarga, masyarakat dan sekali gos maslahah umat Islam sejagat. Sumbangan  individu mungkin kecil sahaja  tetapi kita berdoa di sisi Allah ia suatu yang besar. Hanya Dia yang berhak menilainya.

Friday, June 17, 2011

MENGGAPAI KASIH


Insan mana yang tidak perlukan belaian kasih,
Dari lahirnya seperti ia sudah pandai menagih
Jejari kecilnya akan berpaut pada apa jua dan siapa jua
Kerana alam ini penuh pancaroba yang susah diduga.

Esuk ia akan dewasa,
dan laluannya akan lebih tersusun jika naluri kasih ada padanya.
Ia lahir ke dunia kehendak Allah, tetapi kita jadi musababnya
Maka jangan ambil mudah proses pembesarannya.

Dengari celotehnya, bersabar melayan karenahnya.
Anak kecil tiada silapnya, cuma kita mengukur mereka mengikut cara dewasa
Mereka hanya mahu diperhati, didekati
Mereka mahukan sentuhan satunya jiwa setiap hari

 Jangan Si Kecil ini diperkecil
Dibiar melayan diri sendiri, dibiar bermain mengikut rentak hati
Tanpa ulitan kasih , tanpa pelukan yang meyakinkan diri
Pastinya ia sunyi keseorangan, ia perlukan teman, cuma kita tidak ambil peduli

Nanti dewasa ia tidak akan kembali pada kita
Kerana dari kecil tiada sentuhan dan belaian kasih secukupnya
Lihat diri sendiri, jangan nanti mereka dewasa kita tidak mengenali
Tiada sesalan yang dapat diubati, tiada kasih yang dapat digalang ganti.



Wednesday, June 15, 2011

TEGURAN





Kami pulang dari Bandung Ahad 11Jun. Mendapat seorang kenalan baru di sana. Ani namanya berumur 37 tahun dan baru kematian suami. Suaminya berumur 45 tahun dan telah kembali dahulu sebelum dikurniakan cahayamata. Begitulah kehendak Allah, siapa yang dapat menduga. "Kematian itu pasti," kata Ani, " cuma saya masih belum puas bersamanya." Air matanya berlinangan kerana belum pun sebulan suaminya pergi meninggalkannya keseorangan.

Ani berbaju hitam. Ia terpaksa bersama kami
kerana urusan keluarga  Almarhum suaminya di Kuala Lumpur.

"Tidak mengapa Ibu, saya harus bersabar. Saya bersyukur Allah menegur saya dengan cara ini. Suami saya pun sering ke Pasentren yang dekat dengan rumah. Semoga Allah telah meredhainya."

"Ia, Ani. Semoga ia redha dan Allah meredhai," saya berkata ringkas sambil memegang tanyanya kuat-kuat  tanda saya simpati. Saya berkunjung ke rumahnya sebentar untuk mengambil kiriman naskah alQuran untuk dibawa pulang ke Malaysia. Rumahnya kecil, kemas dan rapi. Ia menampakan gaya hidup sederhana penuh kesedaran bahawa hidup ini perlu pengisian yang lebih bermakna untuk bekalan ke Daerah sana.

Saya meninggalkannya penuh kesepian. Malam itu saya teringat padanya. Betapa saya dapat melalui hidup seperti itu atau tidak. Ani sekarang perlu menyara dirinya sendiri. Saya berdoa semoga ia dipertemukan dengan seorang yang dapat membantunya, baik sekali kalau dapat memperisterikannya.

Saya teringat-ingat cara ia bercerita tentang konsep "Teguran" dari Allah. Allah tegur kita kerana Allah sayang pada kita. Teringat kembali kata ustaz dalam satu kelas pengajian. "Apa jua 'musibah' yang kita hadapi adalah satu peringatan, seperti satu teguran,  dari Allah bahawa kita perlu padaNYA  dan supaya kita muhasabah diri dengan sebenar-benar muhasabah.

Maka malam sekembalinya dari Bandung saya diserang cirit-birit. Keracunan makanan agaknya. Saya tidak pernah terkena 'musibah' seperti itu hingga  tidak terdaya bangun dari tempat tidur dan dengan tidak disedari saya terbuat itu di tempat tiduran. Teringat saya pada Allahyarham bapa mertua saya seminggu sebelum ia meninggalkan kami ia membuang air besar berterusan di temapat tiduran. Pada ketika itu saya tiba-tiba rasa  ketakutan ingatkan hari itu hari penghabisan buat saya. Alhamdulilah saya masih Allah beri peluang. Itu satu teguran dan saya berdoa akan sentiasa waspada bahawa kini saya dalam tahap umur kritikal. Doktor memberi nasihat supaya berhati-hati memilih makanan.

Pada hari Selasa 14 Jun saya ke Hospital University Malaya untuk temujanji memeriksa perut saya yang saya buat hampir tiga bulan yang lalu. Saya diberitahu sepertinya saya tidak perlu bimbang. Tunggu temujanji dengan Doktor saya yang biasa pada bulan Julai ini. Saya masih rasa bimbang kerana saya selama ini suka makan pedas cili padi. Suami saya khuatir itu antara sebab saya bermasaalah perut. Suami saya dan teman-teman lain tidak terkena cirit-birit walaupun makan makanan yang sama.

Benar ini satu teguran. Alhamdulilah.  Saya merasakan itu satu nikmat kerana Allah tidak membiarkan saya berterusan menzalimi diri. Saya berjanji pada diri untuk tidak makan pedas lagi. Saya berdoa semoga Allah memudahkan sistem pemakanan saya dan semoga saya masih diberi  ruang dan peluang  untuk berbakti kerana Allah  jua dan semoga hingga keakhir hayat.
Related Posts with Thumbnails