"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, June 19, 2011

SEPAGI BERSAMA USTAZ DZUL KARNAIN

Ustaz bersama Tuan Rumah menikmati juadah selepas sessi tazkirah.

Alhamdulilah. Saya bersyukur merasa bertuah dapat menghadhiri satu sessi  majlis ilmu pagi 18 Jun di rumah sepupu kakak ipar saya di Subang Bestari. Sessi bermula jam 10.30 pagi tetapi  oleh kerana suami dan saya tidak pernah ke kawasan perumahan itu maka kami bermula awal dengan mengunakan sistem GPS. Saya ingin kongsikan pengalaman  ini kerana ia sessi yang menarik dari segi cara penyampaian.  Ustaz yang telah mengendalikannya  ialah ustaz terkenal dalam Astro Oasis, Ustaz Dzul Karnain bin Hamzah. Pengisiannya perkara biasa  seperti puasa, solat dan amalan harian tetapi olahannya tepat, dengan dalil yang mudah difahami  dan dengan gaya santai yang memudahkan pendengarnya berinteraksi. Ada ahli keluarga tampil bertanyakan masaalah selepas sessi. Kalau mengikut hati banyak soalan yang mahu dikemukakan. Tetapi Ustaz ada urusan lain ditempat lain.



Saya teruja dengan sessi ini kerana  dapat  berjumpa saudara mara sebelah kakak ipar saya yang telah lama tidak berjumpa, antaranya Datin Laili yang tidak suka saya memanggilnya "datin". Semasa kerja ok dipanggil "datin" tetapi sekarang kariah masjidnya memanggil beliau Kak Laili saja. Dahulu dia pegawai penting di Kementerian Pendidikan.Mengeratkan silaturrahim yang lama terputus kerana berjauhan membuat saya rasa bahagia pada pagi itu. Sebenarnya kebahagiaan atau kegembiraan  tidak semestinya lahir dari sesuatu yang besar.


Antara ahli keluarga yang hadir, terpaku mendengar penerangan.



 Dengan menjelangnya Ramadhan sessi pagi itu amat menyentuh hati nurani. Saya merasakan alangkah eluknya kalau Ramadhan Kareem  itu esuk mulanya. Semoga saya diberi peluang menghayatinya lagi tahun ini. Ameen.

Dalam pada itu entah mengapa kali ini  pertemuan saya dengan anak-anak  buah menyentuh hati kecil saya. Seronok tak terkira. Anak buah saya yang seorang ini Frieda namanya. (Duduk di Bawah).

Kalau dari segi nasab, maka dia adalah yang mewarisi bapak saya kerana dia anak abang saya. Abang saya adalah anak lelaki seorang sahaja dari bapak saya. Tetapi arawah bapak saya tidak kesempatan melihat cucu-cucunya berjaya dalam profession masing-masing. Semoga arwah Mak dan Bapak saya juga mendapat munafaat kurnia keredhaan Allah  dari kejayaan mereka. Semoga Allah menerima penghijrahan dari Tanah Jawa dahulu sebagai amal soleh mereka berdua. Ameen.

Dalam hati saya berkata (not just wishful thinking):  'Frieda ini ada potensi "UlulAlbab" seperti yang disebut dalam AlQuran sebanyak 16 kali. Mengikut pemerhatian seorang emak saudara (mungkin sendeng 'bias') Frieda bijak dan pintar dan rajin dan....  Ilmu fardhu ainnya sekarang sedang  diperkuatkan  dan diperluaskan. Saya berdoa mudah-mudahan dalam keluarga besar saya (extended family) , Frieda dan suaminya Rohzan akan menerajui kumpulan "ululalbab"  ini. Mungkin anak-anaknya, mungkin anak-anak saudaranya, (berkat doa Mak dan Bapak saya). Allah memberi rezki zahir dan batin pada sesiapa yang dikehendakNYA. Kita hanya perlu berusaha, bersabar dan berdoa dan bertawakal.


Ini  pula Famez, seorang lagi anak saudara dari abang saya.. Pada saya dia sungguh menghormati orang tua, rajin menolong orang dan bersabar melalui apa jua masaalah hidup. Macam mana saya tahu? Munkin dia bertanya bila membaca entry ini. Mak Tua ( arwah mak saya)  selalu berkata : "Orang tua tumit nya ada mata". Maksudnya dia boleh tahu secara firasat walaupun tiada yang memberi tahu padanya. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang lurus baginya.

Tidak saya duga sessi yang mulanya saya teragak-agak untuk pergi kerana tempatnya yang jauh dan asing, rupanya membuahkan satu harapan pada saya, harapan keluarga ini dapat menjana kekuatan baru dalam keluarga besar saya kearah menegakan kebenaran yang Hak. Yang penting bukan maslahah individu, tetapi maslahah keluarga, masyarakat dan sekali gos maslahah umat Islam sejagat. Sumbangan  individu mungkin kecil sahaja  tetapi kita berdoa di sisi Allah ia suatu yang besar. Hanya Dia yang berhak menilainya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails