"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, May 5, 2019

Dakwah kepada teteman sedari sekolah.... vis-a-vis Perhimpunan Ummah.....




Alhamdulillah. Allah kurnia masa untuk tulis sedikit sebelum mula berpuasa Ramadhan esuk hari, insya Allah. Hari-hari berpuasa  mungkin masa menjadi amat terhad.

Saya ingin catat sedikit fikiran saya mengenai tugas umat Islam dalam mendaulatkan Islam sebagai Agama Rasmi di negara kita.

Siapa pun jua akan rasa sensitif mengenai kepercayaan hatinya atau hal-hal beragama. Saya masih rasa usaha saya untuk mengembang Islam di Malaysia ini masih jauh tertinggal  dibelakang. Dakwah adalah juga tugas individu dan bukan tugas Pemerintah semata-mata.



Dahulu saya pernah sebut dalam entry saya (tak ingat tarikh) mengenai percubaan saya untuk menarik minat kekawan sekolah dari tahun 1960an lagi supaya memberi peluang untuk berfikiran terbuka dan mendengari jemputan saya mengenal Islam.

Di atas ini adalah antara kekawan saya yang masih ada dan saya masih berhubungan. Sesekali kami bertemu, makan-makan dan bual-bual menenai berbagai isu. Tetapi tidak pernah mengenai agama. Saya cuba menerusi group whatsapp tetapi belum berjaya hingga kini. Tetapi walau apa pun semoga saya lebih tabah dan tidak berputus asa. Semuanya Allah yang punya kuasa mutlaq. Kita cuma usaha.

Sehubungan dengan ini saya melihat di Utube kelmarin mengenai kisah perhimpunan Pertahan Kedaulatan Islam. Saya termenung beberapa ketika melihatnya. Ada rasa kebingungan sedikit. Minda dan hati saya cuba memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Senyap-senyap saya berfikir sendirian.

Saya setuju pada dasarnya bahawa kita harus menegakan Kebenaran Islam. Tetapi pada firasat saya ada beberapa hal yang belum tuntas difikirkan dan belum tuntas diperbincangkan antara pihak-pihak yang berkepentingan tetapi kita sudah "tunjuk perasaan" seolah-olah Islam di Malaysia kedudukannya sangat-sangat terancam. Saya takut ramai orang menjadi keliru dan jika demikian mungkin keselamatan negara bolih terjejas.

Mungkin benar pendapat mereka yang berarak beramai-ramai hari semalam. Saya tidak mahu berhujah lanjut kerana takut menjadi Isu Politik dalam blog saya, walhal saya tidak minat politik dalam bentuk itu.

Saya hanya ingin bertanya setiap mereka yang sayangkan Islam samaada sudah bermati-matian mencari ilmu yang benar dan beramal dengannya seperti yang dituntut dalam alQuran dan Hadith sebelum kita berkobar-kobar secara luaran untuk melontarkan perasan hati dan fikiran minda.

Saya belum dan saya salute mereka yang sudah. Syabas.........

Saya khuatir sesetengah mereka mengambil bahagian secara ikut-ikutan kerana merasa terpengaruh dengan mereka yang pandai berpidato walaupun faktanya kurang tepat. WaAllahu'alam. Ini  cetusan fikiran saya sahaja.

Saya nilai diri saya sendiri sejauh mana saya sudah komited untuk menjadi Muslim Mukmin yang sebenar-benarnya. Saya belum..... maka saya rasa takut untuk menuduh orang lain, termasuk Pemerintah, bahawa mereka sudah kecundang dalam usaha untuk mempertahankan maruah Islam di negara ini.

Saya berdakwah santai pada anak-anak dan anak-anak buah untuk solat jemaah di Masjid sekurang-kurangnya Isyak dan Subuh pun saya belum berjaya. Maka saya  rasa insaf bahawa kekuatan Islam terlebih dahulu bergantung pada Individu yang berkomitmen tinggi. Allah pun akan menolong individu atau kumpulan yang benar-benar TAAT padaNYA. Dari pengalaman saya masjid masih berkeadaan lengang. Subuh pun begitu. Ini pemerhatian saya secara rambang. Harap-harap saya sudah ketinggalan masa.

Katanya masjid kini sudah makmur dengan jemaah yang ramai melaksana berbagai program dan menolong kumpulan asnaf yang amat memerlukan. Semasa yang bekerja dahulu surau-surau kecil sahaja saiznya dan ketua-ketua Jabatan tidak turun solat berjemaah waktu Zohor. Dalam hal ini saya juga berharap saya sudah ketinggalan zaman. Katanya sekarang sudah tidak begitu. Masjid surau sudah hampir penuh bila-bila waktu pun.

Saya amat bersyukur jika ini benar.......

Saya tidaklah mengatakan bahawa ini aras tanda yang mutlak. Saya cuma ambil contoh yang mudah sambil membuat pemerhatian pada ahli keluarga saya sendiri dan keluarga besar saya yang masih belum cukup kuat. Kalau individu tidak kuat, bagaimana kita mahu kuat dengan tiba-tiba sebagai kumpulan. Sejarah Rasullah saw telah membuktikan bahawa qualiti  adalah lebih penting dari quantiti. Selama 13 tahun Rasulullah membina pengikut-pengikut Islam dan dalam 10 tahun berikutnya, Islam dapat memerintah sebahagian besar dunia. Ahli-ahlinya kuat dari segi fisikal dan kuat dari segi Ruh. Kalau kita kuat dari segi fisikal tetapi Ruh kita gersang maka saya rasa pertolongan Allah masih jauh.

Mari kita sama-sama kuatkan diri. Kita kuat maka negara akan kuat. Sebab ada banyak perkara yang kita bolih buat tanpa bergantung pada Pemerintah. Dalam sejarah Islam, rakyat mencari jalan membantu Pemerintah, maka Pemerintah bolih bertindak sewajarnya. Ada hubungan istimewa antara Pemerintah dan Rakyat dan jalinan inilah yang mengeratkan kekuatan Ummah. Janganlah kita hanya komplain itu dan ini tetapi secara peribadi kita tidak bertindak suatu pun untuk memperkuat diri dari semua segi terutamanya Iman dan Taqwa.

Sehubungan dengan ini juga izinkan saya sebut sedikit tentang peranan kita mengambil hati rakyat yang bukan Islam supaya hormat pada Islam. Rasulullah  saw tidak pernah menghina mereka yang bukan Islam. Ajaran Islam amat nyata dan jika kita buka dan baca sumber-sumber yang benar kita akan dapat mencontohi bagaimana Rasulullah saw dapat menawan hati dan jiwa mereka yang belum Islam untuk menjadi pemeluk Islam. Dengari cerita- cerita Rasulullah saw yang kita boleh contohi dan santuni. Insya Allah jika kita ikhlas dalam perjuangan, (semata-mata kerana Allah), Allah akan turunkan pertolongan dan insya Allah kita akan mencapai kejayaan walaupun proses hingga ke pringkat jaya itu amat sulit dan sukar.

Setakat ini sahaja kemampuan saya berbicara mengenai perkara di atas. Maaf atas kekurangan dan kesilapan dan saya terbuka pada tegoran dan ingatan. Semoga aqal yang Allah kurnia buat saya dapat
memberi penjelasan apabila ditanya di hadapan Mahkamah Agong di akhirat nanti.
Mohon keampunan Mu ya Rabb..... mohon pertolongan Mu ya Rahman ya Rahim. Pada Mu sahaja kami berserah diri dan pada Mu sahaja  Pengabdian yang sejati.


............................

Saturday, May 4, 2019

Amru bersukan....@ belajar berjati diri.








Alhamdulillah. Dari kecil lagi saya menggalakan anak-cucu bersukan bukan  dengan tujuan mencapai kecemerlangan luar biasa yang menjadi kesukaan ramai hari ini, di Malaysia atau di luar negara. Saya hanya suka melihat anak-cucu belajar rasa bertanggong jawab dan berjati diri dari kecil-kecil lagi.

Dalam bermain sukan, walau setakat lari membaling bola, sukan mengajar erti keberanian mencuba, belajar erti menang dan kalah tanpa menangis, belajar erti menghormati pihak lawan dan berbagai lagi.

Dalam sukan bila dewasa nanti seseorang itu akan mudah belajar mengatur strategy bagaimana mahu menang. Semua belajar mengurus masa sebab tidak ada sukan yang berjalan tanpa had masa.

Ini foto hari sukan di Taska baru di Putrajaya di Precint 8. Abinya hantar whatsapp pada saya kerana dia tahu saya suka kegiatan Tadika/Taska di mana-mana pun. (Education is my passion).




Pada hari itu kakak pada Amru, Ammani, ikut sama. Saya pun galakan 
dia bersukan.Setakat ini tidak ada cucu-cucu saya yang "hebat" dalam sukan.
Tidak mengapa kerana itu bukan pun tujuan bersukan. 
Saya suka juga Ammani membesar membina sikap-sikap positif 
yang didapati dari bersukan.
Setakat ini Ammani masih banyak perlu berinteraksi dengan kekawan sebaya
semoga akan terbina keberanian mencuba hal baru dan berani juga 
membela diri danpandai menangani masaalah yang sepadan dengan umurnya.
Semoga sifat-sufat positif dapat dihayati hari demi hari melalui sukan




Ini kawan sebaya Amru. Tahun hadapan 2020 insyaAllah dia akan
 bertukar dan masuk program Pra Sekolah di sekolah Rendah Precint 8.
Semoga Allah kurnia panjang umur dan  saya dapat memantau perkembangannya.


.........

Seketika merasa kemewahan.....








Pada 1hb Mei saya dan suami mendapat jemputan ke majlis pertunangan di Jelapang Perak. Ia amat berdekatan dengan Ipoh. Oleh kerana saya kira tidak jauh maka saya setuju meyertainya kerana kalau jauh saya khuatir tidak mampu kederat kerana kebetulan saya sekarang ini tidak bolih duduk bersahaja terlalu lama. Pinggang saya bolih meragam.

Teruja saya bila saya dapat tahu saya akan bersama ahli yang punya kereta mewah dan saya diberi jaminan tidak akan rasa kepenatan dan tidak akan sakit pinggang.

Alhamdulilaah. Memang benar.  1hb! Mei adalah cuti umum dan jalan tidak sesak. Saya seronok dapat merasa "cruising" di atas jalan raya. Laju tetapi selesa.


Majlis pertunangan simple dan sederhana sahaja.
Tetapi meriah dan penuh kemesraan.
Sebenarnya kemewahan bukan terletak pada apa jua yang fisikal. Kemewahan
 adalah dilihat dari sudut mata hati. Sama-sama kita berhati-hati.
Kemiskinan yang teramat sangat bolih membawa kepada kekufuran
tetapi kemewahan juga bolih membawa berbagai bencana
 yang pasti merosakan.
 Pokoknya ustaz selalu pesan Iman dan Taqwa
 sahaja yang yang dapat memelihara kesejahteraan.
Ramadhan sudah hampir sangat dengan kita. Semoga kesampaian dan semoga
Allah kurnia semua yang terbaik bagi kita di sisiNYA.
Aamiin ya Rabb........


..........................................................

Friday, May 3, 2019

Kejiranan Ferra......








Sekarang saya tinggal di perkampungan Ferra di Precint 8, Putrajaya. Penghuni perkampungan ini terdiri dari mereka yang muda-muda belaka. Majoritinya belum pun sampai 45 tahun.

Alhamdulillah diakhir April baru-baru ini ada program silaturahim menyambut puasa. Pengisiannya ringkas sahaja. Ahli yang berkesempatan bertemu di rumah ahli yang menjadi Tuan Rumah buat kali ini pada hari Sabtu pagi jam lapan. Ia di mulakan dengan perkenalan santai bagi ahli-ahli baru. Kemudian mereka membaca Surah Yaasiin dan doa. Kemudian diikuti dengan sarapan pagi dengan style Pot-Luck. Program ini ringkas sahaja kerana ahli-ahli muda sentiasa sibuk. Alhamdulillah mereka masih menghayati erti persaudaraan dalam Islam.

Saya tidak hadhir kerana tidak sihat. Anak saudara saya yang juga tinggal di kampung Ferra ini bercerita sedikit sebagai bahan berkasih mesra sebagai kejiranan muslim mukmin. Foto-foto ini dikirim pada saya melalui Whatsapp.




Katanya semua bersetuju program ini diadakan sebulan sekali semata-mata untuk tujuan silaturrahim dan dan mengeratkan kekeluargaan kejiranan sekampung....... mirip cara tradisional, bolih bertukar-tukar maklumat secara berdepan dan tidak hanya menerusi whatsapp. Alhamdulillah. Saya adalah yang tertua di kejiranan ini dan semoga berpeluang menyertainya pada kali yang akan datang. Anak menantu saya juga tidak hadir hari itu kerana ada Sukan di Taska anaknya. Semoga Allah kurnia peluang lain kali.

.......................

Mengikat janji sekeluarga menjelang Ramadhan 1440 H......






Alhamdulillah keluarga besar sebelah suami saya dapat melapangkan masa minggu lepas untuk berkumpul di rumah kami sebelum bermulanya Ramadhan kareem tahun ini.

Tujuan perjumpaan kecil sahaja. Suami saya mahu mengumpulakan ahli keluarga yang "muda-muda" untuk menasihati erti menghayati Ramadhan. Tiada ceramah khusus cuma adik seuami saya berdoa panjang setelah solat hajat yang diimamkan oleh anak saya. Doa itu meliputi erti hidup di dunia dan yang lebih penting ialah memohon yang terbaik untuk kehidupan di akhirat. Syahdu doa yang dilafazkan oleh adik ipar saya. Semoga acara seperti ini dapat kami adakan sekerap yang mungkin bukan sahaja untuk mengertkan silaturrahim tetapi menjana kekuatan sekuarga besar dan kecil. Kata pepatah "Bersatu kita maju". Kekuatan keluarga adalah pemangkin kekuatan negara..... kekuatan berasaskan Iman dan Taqwa.


Kami menjamu selera dengan nasi lemak biasa sahaja dan sedikit kuih muih tradisional. Kena mula praktis penghayatan Ramadhan. Antaranya ummah mukmin harus tahu berjimat ceremat dan bijak menggunakan harta dan wang ringgit. Hidup bukan untuk bermewah-mewah. Harus sentiasa ingat pada mereka yang memerlukan bantuan......

Itu sahaja. Semoga mesej yang di samapaikan oleh ketua keluarga ada munafaatnya. Semoga doa untuk menyambut Ramadhan kesampaian. Aamiin ya Rabb......


..............

Thursday, May 2, 2019

Ramadhan alMubarak 1440 Hijrah....




Image result for Kata-kata hikmah ramadhan


SALAM RAMADHAN
Buat semua.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan  mengiktiraf kita sebagai Hamba Nya yang sejati.

A027
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -


A028
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -


A029
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

A030
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "


Dengan limpah Rahmatnya semata-mata. 
Aamiin ya Rabb....

.........

Wednesday, May 1, 2019

I Mei 2019 ..... @ Hari Buruh



Menghargai, Memahami.... Siapa buruh?
Walau apa pun kita, Walau siapa pun kita dan walau di mana kita berada... tua atau muda.....
Hakikatnya semua kita adalah buruh.

Maka kita memahaminya dengan mata hati.
Dan kita menghargai semuyanya sepenuh hati.
Semoga Allah meredhai.


..............
Related Posts with Thumbnails