Alhamdulillah. Dari kecil lagi saya menggalakan anak-cucu bersukan bukan dengan tujuan mencapai kecemerlangan luar biasa yang menjadi kesukaan ramai hari ini, di Malaysia atau di luar negara. Saya hanya suka melihat anak-cucu belajar rasa bertanggong jawab dan berjati diri dari kecil-kecil lagi.
Dalam bermain sukan, walau setakat lari membaling bola, sukan mengajar erti keberanian mencuba, belajar erti menang dan kalah tanpa menangis, belajar erti menghormati pihak lawan dan berbagai lagi.
Dalam sukan bila dewasa nanti seseorang itu akan mudah belajar mengatur strategy bagaimana mahu menang. Semua belajar mengurus masa sebab tidak ada sukan yang berjalan tanpa had masa.
Ini foto hari sukan di Taska baru di Putrajaya di Precint 8. Abinya hantar whatsapp pada saya kerana dia tahu saya suka kegiatan Tadika/Taska di mana-mana pun. (Education is my passion).
Pada hari itu kakak pada Amru, Ammani, ikut sama. Saya pun galakan
dia bersukan.Setakat ini tidak ada cucu-cucu saya yang "hebat" dalam sukan.
Tidak mengapa kerana itu bukan pun tujuan bersukan.
Saya suka juga Ammani membesar membina sikap-sikap positif
yang didapati dari bersukan.
Setakat ini Ammani masih banyak perlu berinteraksi dengan kekawan sebaya
semoga akan terbina keberanian mencuba hal baru dan berani juga
membela diri danpandai menangani masaalah yang sepadan dengan umurnya.
Semoga sifat-sufat positif dapat dihayati hari demi hari melalui sukan
Ini kawan sebaya Amru. Tahun hadapan 2020 insyaAllah dia akan
bertukar dan masuk program Pra Sekolah di sekolah Rendah Precint 8.
Semoga Allah kurnia panjang umur dan saya dapat memantau perkembangannya.
.........
No comments:
Post a Comment