"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 11, 2019

Jangan sentiasa beri pilihan pada anak dalam menentukan sesuatu tindakan.....@ proses mendidik





Siapa pun pastinya rasa "sesuatu" bila melihat foto ini. Saya yakin ada orang terasa seperti nostalgia melihatnya. Saya teringat peristiwa membuang botol seperti ini kerana hendak pastikan seorang cucu yang seharusnya sudah minum dari cawan masih ketagih botol susu. Tabiat ini akan menjadi masaalah jika masuk Tadika nanti.

Pastinya berbagai pengalaman dilalui oleh setiap ibu atau nenek biasanya. Ayah atau Atok jarang-jarang sekali melihat ini dan  mungkin tidak merasakan apa-apa melihat botol susu. Ia perkara biasa. Tetapi kalau kita komitted mendidik anak kecil, tidak ada suatu pun yang kita pandang remeh.

Alhamdulillah hujung minggu lepas anak cucu berkumpul lagi dan entah mengapa pada kali ini saya terpanggil "berhujah" pada anak-anak  perempuan saya / menanatu  apa yang saya fikir terbaik dalam uasaha mendidik anak-anak kecil.


Mendidik anak-anak kecil bukan usaha cuba-cuba. Seseorang harus tahu bagaimana caranya   dan ia perlu  secara langsung atau tidak langsung  belajar dari  ibunya sendiri atau dari pembacaan yang hari ini bolih didapati dimana-mana. Foto di atas dan di bawah adalah antara detik-detik mendidik anak-anak di Taska atau Tadika SmarTop Subur Fitrah yang saya bantu urus di tangkak, Johor.


Pendidikan adalah kegemaran saya. (Education is my passion). Dan dalam keadaan sekarang ini saya hanya mampu memantau dari jauh. Apa jua program yang berlaku Pengetua akan kirimkan cerita melalui Whatsapp. Jika ada apa-apa yang perlu dibincang saya akan telefon.


Ini seorang pengasuh membawa anak-anak ini keluar bangunan
 untuk melihat alam sekeliling.
Mereka belajar melalui penglihatn dan pendengaran kurniaan Allah yang asli.


Guru dan pengasuh harus sensitif dan banyak bersabar
menghadapi setiap karenah anak-anak.



Guru-guru dan pengasuh di pra sekolah SmarTop Subur Fitrah dihantar latihan di Permata atau kami latih dari dalaman. Tiada guru atau pengasuh yang kami diambil tanpa menjalani latihan dan pendidikan yang berkaitan. Kami wajibkan pada semua guru dan pengasuh. Malahan kami pastikan mereka mengikuti kelas bacaan alQuran kerana itu keperluan asas dalam pendidikan.



Ini anak menantu saya dengan tiga dari lima orang anaknya.
Dia ibu yang baik dan amat sayang pada anak-anaknya. Saya mudah berbicara
 dengannya atas masaalah pendidikan anak-anak.
Saya bukan pakar tetapi saya rasa pengalaman saya membesar remaja
 hingga dewasa bolih menjadi bahan perbincangan mengenai bagaimana
 cucu-cucu zaman ini membesar, remaja dan dewasa.

Antara isu yang saya bincangkan panjang lebar ialah bagaimana cara
 seorang ibu menangani masaalah atau menangani karenah seorang
anak yang sentiasa
mahu kehendaknya sentiasa diikuti. Anak ini tidak mahu menerima
 apa jua rasioanal mengapa sesuatu itu tidak dapat di benarkan atau boleh
dibenarkan tertapi harus bolih menerima penangguhan atas
sebab-sebab yang munasabah.
Seorang anak jangan diberi peluang untuk tunjuk perasaan jika
permintaannya tidak ditunaikan serta merta oleh ibunya.
Ini adalah benih-benih seorang anak itu mula bersikap kasar pada ibu.
Jika tidak ditangani dengan baik ia boleh jadi remaja dewasa yang mempunya
 hati yang berdendam dengan ibu.

Bagaimana caranya kita mengelakan perilaku negatif ini.
Soalan ini sememangnya tidak boleh dijawab dengan satu ayat dan
masaalah jadi beres selesai.

Untuk permulaan kita boleh guna teknik tarik papan sorong papan
 (pepatah melayu)yang bermakna kita cuba "negotiate"
atau berbincang atau beri sebab-sebab
 mengapa tidak boleh sesuatu itu diberi kelulusan
setiap kali anak berkehendakan sesuatu.


Dalam alQuran pun Allah "mendidik" hambanya dengan
 "kehalusan dan kekasaran".
(Ini bahasa saya). Maksud saya,  kita boleh bincang
denagn nada halus dan baik.
Tetapi jika anak berdegil kita boleh bertegas.
Dalam bahasa yang mudah saya katakan seperti ia bermaksud :
"Jika kita ikut kehendak Allah kita akan ke Syurga
 dan jika kita mengengkarinya kita akan ke Neraka."
Allah mendidik kita supaya kita tahu siapa yang berkuasa sebenarnya.
 Dalam bahasa pendidikan: Kita mempelajari siapa
yang lebih tahu dan lebih berkuasa.
Anak-anak pun harus tahu bahawa ibu-bapa itu lebih mengetahui
 dan punya cara untuk menyelesai sesuatu. Anak harus tahu
 menyantuni ibu-bapa kerana hanya ibu-bapa yang tahu
apa yang terbaik baginya.
 Dengan cara ini semoga mereka akan lebih "berwibawa dan bijak"
membuat pilihan hidup dalam proses membesar, menjadi remaja
dan kemudian mendewasa.
Mereka akan faham siapa "yang berkuasa" dalam erti yang sebenarnya.

Jika kita sentiasa melayani kehendak anak-anak kecil tanpa cuba memberi
 kefahaman bahawa dalam hidup ini sebenarnya tidak ada sesuatu
yang mudah untuk kita memilikinya,
 maka anak dan kita juga akan kecundang.
Anak-anak harus dididik erti "kebijaksanaan' dalam
 memilih sesuatu dalam hidup.
Kalau mereka sentiasa merasai kesenangan, mereka akan menghadapi
 kesusahan bila mula remaja dan dewasa kerana
dari kecil lagi mereka sentiasa dapat apa yang mereka hendak.
Realiti hidup ini memerlukan kepintaran dalam membuat pilihan.
Anak-anak harus dididik ke arah itu

Setelah kita berusaha sedaya upaya, maka kita berdoa dan pasrah pada Allah
semoga Allah sentiasa memelihara anak-anak kita
hingga keakhir hayat dan semoga semua ahli keluarga akan bertemu semula
 di Syurga Firdaus tanpa hisab dengan kurnia  limpah Rahmat dari Allah semata-mata.
Kita hanya hambanya dan kebergantungan kita hanya padaNYA.


........

Sunday, July 7, 2019

DEVIL WORSHIPER - NICKI MINAJ INVITED TO JEDDAH TO SING - (100% HARAM T...



Saya kongsikan rasa takut dan khuatir saya tidak mencegah yang mungkar. Sama-sama  kita doa Allah memelihara kita dalam Iman dan Taqwa hingga ke akhir hayat. Aamiin ya Rabb.....


..............

Friday, July 5, 2019

Masih seronok......



Hari Raya 1440 H sudah di penghujungnya. Saya masih seronok dan 
teruja menyambut besan saya datang ziarah setelah lama
 tidak mendengari berita.
Di sini ia berbaju warna cokolat dan saya sebaya dengannya.
 Tetapi ia nampak lebih sihat.
Cuma sedikit keuzuran di kakinya.
Alhamdulillah dapatlah saya bersembang santai mengenai cucu-cucu
terutama cucu-cucu kami yang 7 lelaki itu.


Ini hero yang tujuh anak Azra Haida, anak perempuan sulung saya.
Bukan mudah menjaga dan mendidik 7 orang yang hero-hero belaka. 
Dua diantaranya adalah ADHD dan Otisma walaupun 
tidak serious secara bandingan.
Alhamdulillah masih terkawal. Ia memerlukan kesabaran 
yang sungguh-sungguh sabar.
Tidak mengapa kerana kami yakin tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia.
Semua ada hikmahnya. Semoga Allah mudahkan segalanya.



Dalam pada itu kami juga menerima kunjungan seorang sepupu 
yang sudah terlalu lama tidak muncul. Dia berbaju merah dan hanya 3 tahun
 muda dari suami saya. Kami sangat seronok dapat menjalin semula 
ikatan mesra keluarga.
Sepupu kami ditemani anak menantunya dan isteri serta anaknya. 
Ia berdiri dikiri sekali.
Alhamdulillah Hari Raya kali ini ramai yang berkunjung.
Anak saudara saya yang bersongkok hitam datang bertandang dan kali ini
 ia datang bermalam dari Johor Baharu.
Semoga segalanya Allah berkati dan silaturrahim kami berpanjangan.


............

Thursday, July 4, 2019

Mengelak Penyesalan.....



Sekarang ini sememangnya musim durian yang mencabar kesabaran 
suami saya untuk menahan nafsu makan durian berlebihan.
Maka anak saya beli durian yang baik tetapi hanya beberapa biji sahaja.
Maka tidaklah suami saya makan durian dengan pulut dan santan
 hingga menjejas kesihatan.
Suami saya seorang diabetik maka anak saya terpaksa
 duduk sama dan memantau.

Biar menyesal tidak makan. Jangan menyesal makan berlebihan.

Soal makan sedap dan istimewa ini pada hemat saya adalah
suatu yang sensitif juga.
Sedap pada deria rasa kita tidak semestinya sedap pada orang lain.
Dan isu sedap pun boleh dipertikai.
Ada yang mengatakan: Apalah kita besarkan isu sedap keranan sedap itu
 hanya dirasai dari masa kita menyuapkan makanan itu masuk ke mulut
hinggalah ke hujung tekak sahaja.
Selain itu tidak dapat dinilai dari sudut mana sedapnya.

Maka dalam hal ini saya suka ikut contoh yang arwah emak saya sering buat.
Makan sedap berpada-pada dan kalau ada jimatan duit belanja,
 bolih kita simpan untuk waktu terdesak atau pun kita
sedekahkan sahaja pada orang.
Jika makan sedap tetapi kita tahu ada orang yang tidak makan,
maka itu  menjadi suatu ujian sikap buat kita.

Sememangnya diluar sana banyak iklan mengenai makanan sedap
dan di hidang  bebagai cara yang membuat manusia teruja
 untuk mencubanya dan
untuk terus menikmatinya tanpa kita memikirkan bahawa ada cara lain
untuk memunafaatkan rezeki yang Allah kurnia.

Teringat saya pesanan Ustaz akan surah At Taghabun......
Hari Penyesalan kerana kerugian......
Bila manusia mati amat ramai yang mahu dikembalikan ke dunia kerana
menyesali diri kerana tidak banyak bersedekah.



A016
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(At-Taghaabun 64:16

Demikian sahaja untuk kita fikir-fikir bersama.

.......................

Wednesday, July 3, 2019

My Good Old Buddies @ ..kekawan dari tahun 1960







Alhamdulillah.....Amat teruja pagi itu.

Dari awal sudah berpesan-pesan pada anak untuk hantar emak dan ayah ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis kecil reunion beberapa orang kekawan dari Pontian Johor dari sejak tahun 1960.

Kami ber"pisah" sejak tamat tingkatan 5 dalam tahun 1964. Lama dan seronok berhubung semula silaturrahim dan sesekali berjumpa santai.

Alhamdulillah.
Allah masih bagi ruang dan peluang yang istimewa bagi kami yang rata-rata sudah melebihi umur 70 tahun,

Di sepanjang jalan saya mengingati karenah kami dan cikgu-cikgu dan sibuk menceritakannya pada anak dan suami saya didalam kereta.





Kami bertemu di Hotel MiCasa seperti di atas. Saya tidak pernah ke sana 
dan selama bersara tidaklah saya sibuk berurusan di mana-mana Hotel.
Tidak seperti waktu bekerja dahulu.. Itu lumrah kehidupan.


Ini kekawan yang kami temui. Kami dihidangkan makanan Di TAPAS Bistro,
sempena Hari Raya Eidufitri 1440H.
Selesa dan amat sesuai untuk bersembang santai melihat kembali
 kehidupan silam dan cuba membuat perubahan.
 Baki masa untuk bersantai amat berkurangan sekarang.


Ini Dato Esa. Beliau Hos pada hari itu. Alhamdulillah. (Terima kasih Dato).
Saya satu kelas dengannya 
dari tingkatan 1 di  Pontian Government English School
pada tahun 1960  hinggalah ke tingkatan 6 atas pada tahun 1966 
di English College Johor Bahru.
Sayu juga rasa sayu mengenang begitu lama masa berlalu dan
dalam celah-celah perbualan santai kami juga mengodit laluan
hidup yang berbagai rupa dan warna.


Ini Basiran Supardi yang dahulu tinggal sekampung. Kami selalu buat lawak 
mungkin arwah bapak kita datang sekapal dari Tanah Jawa dalam
 awal tahun Sembilan belas- puluhan. (1900's)
Kini dia masih sihat dan masih aktif dan ia suka berkebun,
 Hasil mashsul kebunya
 amat menjadi dan saya katakan dia itu "a landed gentry" seperti character
dalam novel-novel Inggeris yang kami digalakan membaca 
semasa di sekolah menengah jika kami mengambil
subject English Literature.
Proses Pendidikan dahulu dan sekarang amat berbeza.


Ini Tamyes di sebelah kira. Jiran sebelah rumah semasa kecil.
 Selepas tamat sekolah saya tidak tahu kemana dia dan dia pun tidak tahu kemana saya.
Cuma saya pernah bekerja di JKR bersama isterinya dan di situlah kami berhubung kembali.

Yang tengah itu David Chay dan yang kanan itu Zainal. Saya dan keduanya
bersama satu kelas hingga ke tingkatan 3 sahaja sebab
 David ke Technical College Kuala Lumpur dan Zainal
 ke Malay Boys College Kuala Kangsar.
Tamyes yang rajin mengumpulakan ramai kami semula dari awal umur empat-puluhan.
Kini ramai yang sudah berpisah buat selamanya,


Ini saya dan isteri Basiran. Kami juga satu kampung tetapi saya 
tidak sekelas dengannya.
Dia junior saya.


Kami menjamu selera dan bersembang
dari jam 12 tengah hari hingga lebih kuran jam 3 petang.
Kami cepat-cepat minta diri mengakhiri sessi yang memang susah untuk berhenti.
Tetapi kami harus Solat dan ingat mengingatkan bahawa
 itu terpenting dalam hubunga silaturrahim kami. 
Alhamdulillah Allah menegur supaya bersegera kerana kami sudah tidak lagi
 dalam zon selamat untuk berlama-lama.

Kami 'berjanji' mencari peluang berjumpa lagi.
Semoga Allah mengurnia izinNya.
Mohon Perlindungan Mu ya Allah....


.......................

Monday, July 1, 2019

Setakat simpati seharusnya tidak mencukupi....




Ini anak kucing kehilangan ibu berkeliaran di kawasan rumah saya.
Saya kasihan kucing dan rasa bersalah tidak menjadikannya anak angkat saya.
Maka anak saya iklankan di kumpulan Whatsupp  kejiranan jika 
ada yang kehilangan anak kucing atau ada yang mahu mengambilnya
untuk dibelai kasih sayang padanya.

Saya tidak ada kemampuan. Saya minta pembantu rumah saya buatkan tempat tidurnya
 dengan kotak dialas kain untuk tidak sejuk waktu malam.
Saya minta diletakan mangkok kecil untuk minuman dan makanan
 untuk anak kucing yang memang ada di rumah saya,

Saya berfikir-fikir apa yang patut saya buat jika tiada yang mahu menjaganya.
Terkesal saya kerana esuk harinya ia didapati mati di porch rumah saya.
Saya rasa bersalah kerana tidak segera buat keputusan yang lebih sesuai.

Semoga Allah mengampuni saya kerana saya harus lebih peka dan lebih
 peduli pada haiwan seperti ini. Suatu pengajaran buat saya.


.........................................



Sunday, June 30, 2019

Sudut Santai.......




Cuba merasai kelainan cita rasa diri.


........

Related Posts with Thumbnails