"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 4, 2019

Mengelak Penyesalan.....



Sekarang ini sememangnya musim durian yang mencabar kesabaran 
suami saya untuk menahan nafsu makan durian berlebihan.
Maka anak saya beli durian yang baik tetapi hanya beberapa biji sahaja.
Maka tidaklah suami saya makan durian dengan pulut dan santan
 hingga menjejas kesihatan.
Suami saya seorang diabetik maka anak saya terpaksa
 duduk sama dan memantau.

Biar menyesal tidak makan. Jangan menyesal makan berlebihan.

Soal makan sedap dan istimewa ini pada hemat saya adalah
suatu yang sensitif juga.
Sedap pada deria rasa kita tidak semestinya sedap pada orang lain.
Dan isu sedap pun boleh dipertikai.
Ada yang mengatakan: Apalah kita besarkan isu sedap keranan sedap itu
 hanya dirasai dari masa kita menyuapkan makanan itu masuk ke mulut
hinggalah ke hujung tekak sahaja.
Selain itu tidak dapat dinilai dari sudut mana sedapnya.

Maka dalam hal ini saya suka ikut contoh yang arwah emak saya sering buat.
Makan sedap berpada-pada dan kalau ada jimatan duit belanja,
 bolih kita simpan untuk waktu terdesak atau pun kita
sedekahkan sahaja pada orang.
Jika makan sedap tetapi kita tahu ada orang yang tidak makan,
maka itu  menjadi suatu ujian sikap buat kita.

Sememangnya diluar sana banyak iklan mengenai makanan sedap
dan di hidang  bebagai cara yang membuat manusia teruja
 untuk mencubanya dan
untuk terus menikmatinya tanpa kita memikirkan bahawa ada cara lain
untuk memunafaatkan rezeki yang Allah kurnia.

Teringat saya pesanan Ustaz akan surah At Taghabun......
Hari Penyesalan kerana kerugian......
Bila manusia mati amat ramai yang mahu dikembalikan ke dunia kerana
menyesali diri kerana tidak banyak bersedekah.



A016
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(At-Taghaabun 64:16

Demikian sahaja untuk kita fikir-fikir bersama.

.......................

No comments:

Related Posts with Thumbnails