"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 11, 2019

Jangan sentiasa beri pilihan pada anak dalam menentukan sesuatu tindakan.....@ proses mendidik





Siapa pun pastinya rasa "sesuatu" bila melihat foto ini. Saya yakin ada orang terasa seperti nostalgia melihatnya. Saya teringat peristiwa membuang botol seperti ini kerana hendak pastikan seorang cucu yang seharusnya sudah minum dari cawan masih ketagih botol susu. Tabiat ini akan menjadi masaalah jika masuk Tadika nanti.

Pastinya berbagai pengalaman dilalui oleh setiap ibu atau nenek biasanya. Ayah atau Atok jarang-jarang sekali melihat ini dan  mungkin tidak merasakan apa-apa melihat botol susu. Ia perkara biasa. Tetapi kalau kita komitted mendidik anak kecil, tidak ada suatu pun yang kita pandang remeh.

Alhamdulillah hujung minggu lepas anak cucu berkumpul lagi dan entah mengapa pada kali ini saya terpanggil "berhujah" pada anak-anak  perempuan saya / menanatu  apa yang saya fikir terbaik dalam uasaha mendidik anak-anak kecil.


Mendidik anak-anak kecil bukan usaha cuba-cuba. Seseorang harus tahu bagaimana caranya   dan ia perlu  secara langsung atau tidak langsung  belajar dari  ibunya sendiri atau dari pembacaan yang hari ini bolih didapati dimana-mana. Foto di atas dan di bawah adalah antara detik-detik mendidik anak-anak di Taska atau Tadika SmarTop Subur Fitrah yang saya bantu urus di tangkak, Johor.


Pendidikan adalah kegemaran saya. (Education is my passion). Dan dalam keadaan sekarang ini saya hanya mampu memantau dari jauh. Apa jua program yang berlaku Pengetua akan kirimkan cerita melalui Whatsapp. Jika ada apa-apa yang perlu dibincang saya akan telefon.


Ini seorang pengasuh membawa anak-anak ini keluar bangunan
 untuk melihat alam sekeliling.
Mereka belajar melalui penglihatn dan pendengaran kurniaan Allah yang asli.


Guru dan pengasuh harus sensitif dan banyak bersabar
menghadapi setiap karenah anak-anak.



Guru-guru dan pengasuh di pra sekolah SmarTop Subur Fitrah dihantar latihan di Permata atau kami latih dari dalaman. Tiada guru atau pengasuh yang kami diambil tanpa menjalani latihan dan pendidikan yang berkaitan. Kami wajibkan pada semua guru dan pengasuh. Malahan kami pastikan mereka mengikuti kelas bacaan alQuran kerana itu keperluan asas dalam pendidikan.



Ini anak menantu saya dengan tiga dari lima orang anaknya.
Dia ibu yang baik dan amat sayang pada anak-anaknya. Saya mudah berbicara
 dengannya atas masaalah pendidikan anak-anak.
Saya bukan pakar tetapi saya rasa pengalaman saya membesar remaja
 hingga dewasa bolih menjadi bahan perbincangan mengenai bagaimana
 cucu-cucu zaman ini membesar, remaja dan dewasa.

Antara isu yang saya bincangkan panjang lebar ialah bagaimana cara
 seorang ibu menangani masaalah atau menangani karenah seorang
anak yang sentiasa
mahu kehendaknya sentiasa diikuti. Anak ini tidak mahu menerima
 apa jua rasioanal mengapa sesuatu itu tidak dapat di benarkan atau boleh
dibenarkan tertapi harus bolih menerima penangguhan atas
sebab-sebab yang munasabah.
Seorang anak jangan diberi peluang untuk tunjuk perasaan jika
permintaannya tidak ditunaikan serta merta oleh ibunya.
Ini adalah benih-benih seorang anak itu mula bersikap kasar pada ibu.
Jika tidak ditangani dengan baik ia boleh jadi remaja dewasa yang mempunya
 hati yang berdendam dengan ibu.

Bagaimana caranya kita mengelakan perilaku negatif ini.
Soalan ini sememangnya tidak boleh dijawab dengan satu ayat dan
masaalah jadi beres selesai.

Untuk permulaan kita boleh guna teknik tarik papan sorong papan
 (pepatah melayu)yang bermakna kita cuba "negotiate"
atau berbincang atau beri sebab-sebab
 mengapa tidak boleh sesuatu itu diberi kelulusan
setiap kali anak berkehendakan sesuatu.


Dalam alQuran pun Allah "mendidik" hambanya dengan
 "kehalusan dan kekasaran".
(Ini bahasa saya). Maksud saya,  kita boleh bincang
denagn nada halus dan baik.
Tetapi jika anak berdegil kita boleh bertegas.
Dalam bahasa yang mudah saya katakan seperti ia bermaksud :
"Jika kita ikut kehendak Allah kita akan ke Syurga
 dan jika kita mengengkarinya kita akan ke Neraka."
Allah mendidik kita supaya kita tahu siapa yang berkuasa sebenarnya.
 Dalam bahasa pendidikan: Kita mempelajari siapa
yang lebih tahu dan lebih berkuasa.
Anak-anak pun harus tahu bahawa ibu-bapa itu lebih mengetahui
 dan punya cara untuk menyelesai sesuatu. Anak harus tahu
 menyantuni ibu-bapa kerana hanya ibu-bapa yang tahu
apa yang terbaik baginya.
 Dengan cara ini semoga mereka akan lebih "berwibawa dan bijak"
membuat pilihan hidup dalam proses membesar, menjadi remaja
dan kemudian mendewasa.
Mereka akan faham siapa "yang berkuasa" dalam erti yang sebenarnya.

Jika kita sentiasa melayani kehendak anak-anak kecil tanpa cuba memberi
 kefahaman bahawa dalam hidup ini sebenarnya tidak ada sesuatu
yang mudah untuk kita memilikinya,
 maka anak dan kita juga akan kecundang.
Anak-anak harus dididik erti "kebijaksanaan' dalam
 memilih sesuatu dalam hidup.
Kalau mereka sentiasa merasai kesenangan, mereka akan menghadapi
 kesusahan bila mula remaja dan dewasa kerana
dari kecil lagi mereka sentiasa dapat apa yang mereka hendak.
Realiti hidup ini memerlukan kepintaran dalam membuat pilihan.
Anak-anak harus dididik ke arah itu

Setelah kita berusaha sedaya upaya, maka kita berdoa dan pasrah pada Allah
semoga Allah sentiasa memelihara anak-anak kita
hingga keakhir hayat dan semoga semua ahli keluarga akan bertemu semula
 di Syurga Firdaus tanpa hisab dengan kurnia  limpah Rahmat dari Allah semata-mata.
Kita hanya hambanya dan kebergantungan kita hanya padaNYA.


........

No comments:

Related Posts with Thumbnails